Review
Aug 20, 2017, 11:36am

Cara Mudah Dan Murah Untuk Bina Online Store


  •  
  •  
  •  
  •  
pembelian-online

Tahukah anda, anda tidak perlu memiliki segulung diploma ICT atau sebarang kepakaran dalam pengatucaraan html untuk membina sebuah online store?

KUALA LUMPUR: iPay88 Sdn Bhd recorded 38.2 million online transactions last year via its payment gateway systems, for a 161% increase, from the 14.6 million in 2015.
Sumber : TheStar

Menurut iPay88 Sdn Bhd, rekod transaksi menunjukkan sebanyak 38.2 juta berlaku pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 161% berbanding tahun 2015 hanya 14.6 juta.

online-payment

Ini bermakna rakyat Malaysia telah menukar selera dari pembelian offline kepada pembelian online. Lebih-lebih lagi dengan adanya laman sosial seperti Facebook yang banyak memberikan impak besar terhadap tingkah laku pembeli.

In berita baik bagi anda yang ingin mengambil kesempatan dan menjana keuntungan terhadap perkembangan ini melalui e-dagang tetapi belum lagi membina sebuah kedai online.

Apakah Kos Membina Sebuah Kedai Online?

kos-pembuatan-online-store

Modal memulakan bisnes e-dagang dengan mudahnya boleh mencecah sekitar RM5,000 hingga RM10,000.

Fi untuk hosting dan domain sahaja mencecah sudah RM300 – RM500.

Kos mengupah seorang web designer untuk bina sebuah kedai online, boleh mencecah antara RM1,500 hingga RM5,000 bergantung kepada fungsi dan keperluan.

servis-web-design

Anda juga perlu melibatkan kos modal untuk inventori anda, begitu juga dengan logistik, khidmat pelanggan dan banyak lagi.

Jika anda ada modal yang besar, ia tidak menjadi masalah.

Bagi mereka yang ingin jimat kos dan enggan mengupah orang untuk bina kedai online, memilih untuk buat sendiri bina kedai online.

cara-membuat-online-store-mudah

Tetapi tidak semua orang mampu dan mempunyai kepakaran teknikal untuk bangunkan sebuah dan bina kedai online.

Apa pilihan yang ada bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil dan tiada kemahiran membina sebuah laman e-dagang?

Pilihan Ketiga, Bina Kedai Online Dengan EasyStore.co

easystore-logo

Ini pilihan bagi mereka yang tiada kemahiran membina sebuah laman web dan modal yang kecil.

EasyStore.co adalah sebuah pembina laman web (website builder) yang memudahkan anda membina kedai online tanpa pengalaman dan kepakaran teknikal.

Dengan adanya website builder seperti EasyStore.co anda dapat membina kedai online yang kelihatan profesional dan teratur.

easystore-package

Kos untuk mula membina sebuah kedai online bersama EasyStore sangat berpatutan. Terdapat 3 pakej untuk langganan sebulan iaitu Basic, Plus dan Premium, masing-masing bernilai RM32.50, RM57.50 dan 82.50.

Anda jimat 16% jika anda melanggan untuk setahun. Kesemua pakej tiada kontrak dan anda boleh tamatkan bila-bila sahaja masa tanpa ada ikatan.

Memadai jika anda bermula dengan pakej Basic sebagai permulaan. Itu pun sudah cukup dan boleh memasukkan sebanyak 1000 produk. Apabila tiba masanya, anda boleh upgrade ke pakej yang lebih sesuai.

Tiada Kepakaran, Tiada Masalah

features-easystore

Satu pekara yang sentiasa membelenggu apabila hendak membina sebuah kedai online adalah tidak tahu bagaimana hendak membina sebuah kedai online.

 

Dengan EasyStore, anda tak perlu risau kerana anda akan dibimbing langkah demi langkah untuk bangunkan kedai online anda.

Jika anda boleh memilih, menaip, menekan dan mengupload gambar, maka Tahniah, anda beberapa langkah sahaja untuk menyiapkan kedai online pertama anda yang boleh mula beroperasi dengan segera.

Anda hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan. Itu sahaja.

Cantik, Moden Dan Profesional

easystore-theme

Jika pelawat melihat kedai online anda, dengan sekali imbas sahaja, pelawat akan tahu kedai online anda bukan calang-calang.

EasyStore menyediakan beberapa template yang cantik, moden dan profesional. Ini memudahkan anda memilih rekabentuk, warna yang anda inginkan sesuai dengan tema produk anda.

Pada masa yang sama, anda tak perlu risau hal-hal teknikal seperti rupa bentuk apabila dilayari menggunakan telefon pintar. Ini kerana semua template adalah mesra telefon pintar dan ia tetap akan kelihatan kemas tidak kira apa sahaja telefon pintar yang digunakan.

Terima Bayaran Kad Kredit Dan Online Bank Transfer

easystore-payment-merchant

Easystore membolehkan anda mengintegrasikan Payment Gateways seperti iPay88, Molpay, Senangpay, Billpliz dan banyak lagi untuk menerima bayaran melalui kad kredit dan online transfer. Satu fungsi penting jika anda mahu bisnes berkembang dengan maju.

Dengan adanya pelbagai kaedah untuk membuat bayaran, pelanggan anda lebih tertarik untuk membuat pembelian dan pastinya jualan anda akan meningkat. Anda juga mudah untuk menerima bayaran dan mengembangkan lagi perniagaan anda.

Jika anda bertindak sekarang sebelum 1 September 2017, anda akan dapat percuma akaun eGHL dan iPay.

Integrasi Kedai Online Dengan Syarikat Kurier

easystore-courier-partner

Satu fungsi penting dalam sebuah kedai online adalah pilihan untuk kaedah penghantaran. Sudah pastinya apabila anda memiliki sebuah kedai online, maka pelanggan anda juga datang dari seluruh Malaysia, malah seluruh dunia jika anda sasarkan pasaran antarabangsa.

Oleh hal demikian, adalah kritikal untuk menyediakan pelbagai kaedah penghantaran untuk pelanggan memilih. Sama ada khidmat Pos laju untuk penghantaran tempatan sehinggalah DHL untuk penghantaran pantas ke luar negara.

Kupon Promosi Dan Diskaun

coupons

Pelanggan yang setia akan membeli dari anda berulang-ulang kali. Pelanggan berulang bermaksud jualan dan untung berulang-ulang.

Ini dapat dicapai jika anda berikan kupon diskaun kepada pelanggan setia anda.

coupon-example

Dengan Easystore, sistem ini telah siap dibina di dalam. Anda cuma perlu tetapkan nama, jumlah, jenis, tarikh dan kuantiti. Kemudian berikan kepada pelanggan setia anda dan lihat jualan anda meningkat.

Uruskan Operasi Tempahan dan Jualan

dashboaard-easystore

Pekara terpenting sekali dan diperlukan dalam setiap sistem kedai online adalah menguruskan tempahan dan mengesan jualan. Tanpa adanya sistem ini, bagaimana anda hendak menguruskan tempahan.

EasyStore memudahkan anda.

Uruskan tempahan, pembatalan, invoice, penghantaran, semuanya di hujung jari anda. Laporan-laporan bulanan, mingguan dan jualan harian dapat dijana pada ruangan Report untuk melihat perkembangan dan prestasi perniagaan anda.

Bina Kedai Online Anda Dengan EasyStore

shipping-product

Banyak lagi fungsi-fungsi hebat terdapat pada EasyStore yang dapat membantu mengurus dan mengembangkan perniagaan kedai online anda.

Antara lain adalah integrasi bersama dengan online marketplace sperti Lazada, 11steet, Facebook dan banyak lagi, SLL cerificate yang memastikan kedai anda selamat dari penggodam mencuri maklumat sensitif, ruangan chat khidmat pelanggan dan banyak lagi fungsi-fungsi penting tanpa memerlukan kemahiran teknikal membina sebuah kedai online.

SSL-domain-online

Kesimpulannya, EasyStore adalah salah satu cara mudah dan murah untuk bina online store jika anda mempunyai bajet yang kecil dan ingin mula berniaga secara online.

Fungsi-fungsi asas yang disediakan mampu untuk menjalankan sebuah perniagaan e-dagang dengan lancar.

Daftar pautan di bawah untuk mula membina kedai online anda hari ini.

Daftar Sekarang