Review
Nov 22, 2017, 6:04pm

Cara Merawat Wajah Secara Efektif, Agar Wajah Nampak Muda Tanpa Jerawat


  •  
  •  
  •  
  •  

Anda mempunyai masalah jerawat? Sudah ada cara mengatasinya? Atau masih tercari-cari jalan penyelesaiannya? Wahhh dah macam iklan televisyen saja bunyinya. Haha!! Tetapi saya yakin mesti ramai di luar sana yang sedang menghadapi masalah jerawat sama ada ditahap yang biasa-biasa mahupun yang kronik dan mungkin belum menjumpai cara yang efektif untuk merawatnya. Betul tak?

merawat-wajah-kembali-cantik

Sudah menjadi idaman setiap wanita malahan lelaki juga untuk mempunyai kulit wajah cerah, mulus, berseri serta terhindar dari masalah-masalah seperti kulit kusam tidak bermaya, berminyak, kering apatah lagi berjerawat. Jadi untuk mendapatkan wajah yang cantik bebas jerawat, cara penjagaan wajah yang sempurna setiap hari sangat penting untuk anda ketahui dan amalkan. Bagaimana caranya? Ya, disini saya kongsikan dengan anda cara merawat wajah secara efektif agar wajah nampak muda tanpa jerawat.

Cara Merawat Wajah Secara Efektif, Agar Wajah Nampak Muda Tanpa Jerawat

Dengan memiliki wajah yang bersih tanpa jerawat, sihat dan cerah, anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Bukan itu sahaja malahan ia juga dapat membuatkan anda lebih berkeyakinan dan mempunyai pesona yang tersendiri. Jika dilihat anak muda zaman sekarang, mereka agak fanatik dengan kecantikan artis-artis korea yang memiliki kulit wajah yang cantik dan menyimpan hasrat untuk memiliki kulit seperti mereka. Betul tak? Tapi macam mana mereka boleh jadi cantik seperti itu ?

wajah-cantik-dan-mulus

Haa! Mungkin ada di antara kita yang beranggapan bahawa kebanyakan artis-artis Korea menggunakan teknologi terkini iaitu pembedahan plastik untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan bersih. Mungkin ada yang sebegitu tetapi ada juga yang mengamalkan rutin harian tersendiri untuk mendapatkan wajah yang cantik, muda dan bebas jerawat. Nak tahu apakah rutin harian mereka? Jom semak satu persatu.

1. Minum Teh Hijau

khasiat-teh-hijau

Minum teh hijau sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari. Kaedah ini mampu membuat kulit anda bebas dari jerawat kerana ia mempunyai antioksidan yang sangat bagus. Ia juga mampu untuk mengurangkan berat badan.. Wahh dengan mengamalkan teh hijau ni anda dapat 2 manfaat dalam satu masa, bebas jerawat dan juga boleh kurus. Bestkan..!!

2. Pencuci Muka Yang Sesuai

memilih-pencuci-muka-mengikut-jenis-kulit

Untuk pencuci muka pula, mereka lebih gemar memilih pencuci muka jenis Cleansing Oil kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Penyegar Wajah

penyegar-wajah

Penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Pelembap Muka

gunakan-pelembap-muka

Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang lebih sempurna.

5. Urutan Wajah Menggunakan Krim Muka

urut-muka-dengan-krim-muka

Dengan menggunakan krim, urut wajah anda dengan lembut dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah. Selain itu, dapat meremajakan kulit wajah dan paling penting bebas jerawat. Pilih krim yang sesuai dengan wajah anda.

6. Masker Wajah

menggunakan-masker-wajah

Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah bagi melengkapkan rutin kecantikan. Pilih masker yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih masker pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau masker pelembap (moisturising mask).

Guna Bulgarian Damask Rosewater Dari Luna Cosmetics Agar Wajah Nampak Muda Tanpa Jerawat

Bulgarian Damask Rosewater by Luna

Bulgarian Damask Rosewater merupakan make up based yang disyorkan oleh dermatologist untuk menenangkan jerawat dan ia dipercayai dapat mengurangkan kemerahan, keradangan dan mampu mengimbangi pH kulit wajah. Selain itu juga, Rosewater ini dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit sihat sepanjang hari. Dengan campuran Aloe Vera Gel, menambahkan lagi kehebatannya sebagai ejen penyembuhan bagi kulit yang mempunyai iritasi atau sunburn..

Bulgarian Damask Rosewater 2

Bulgarian Damask Rosewater ini mengandungi Vitamin A dan C serta antioksidan yang terdapat di dalam larutan aromatiknya yang sangat efektif membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat pancaran terik matahari yang mengeringkan kulit.. Paling best, ia juga baik untuk merawat jerawat kerana tanpa disedari jerawat adalah disebabkan oleh bakteria di permukaan kulit anda.

Manfaat Bulgarian Damask Rosewater

bulgarian-rosewater-6

  1. Mengecilkan pori-pori

Bagi anda yang mempunyai liang pori terbuka, bolehlah try Rosewater ni kerana ia dapat mengecilkan pori-pori yang terbuka dengan cara, simpan di dalam peti ais atau rendam selama 15 minit di dalam secawan air sejuk sebelum spray dapat membantu menyegarkan wajah dan mengurangkan pori- pori terbuka.

2. Melembapkan wajah

Penggunaan sebelum dan selepas bersolek membantu untuk mengekalkan kelembapan wajah sekaligus membolehkan solekan tahan lebih lama. Untuk kesegaran sepanjang hari, boleh spray 20cm dari muka bila-bila masa. Selain mengekalkan kelembapan ia juga menyegarkan dan mengembalikan mood.

bulgarian-rosewater-1

3. Sebagai toner muka

Boleh dijadikan sebagai toner.. Untuk dijadikan toner, anda boleh menggunakan Rosewater ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selepas membersihkan wajah, semburkan 3 kali semburan dengan jarak 10cm dari muka.. Kemudian sapukan perlahan-lahan ke wajah sehingga menyerap sepenuhnya sebelum anda menggunakan krim siang atau malam..

4. Membersihkan makeup (Makeup remover)

Rosewater ini juga boleh dijadikan sebagai Makeup remover.. Ia dapat menghilangkan kotoran dan minyak yang berada didalam liang-liang pori anda.. Ia juga mampu menghapuskan solekan tebal pada mata anda..

5. Face Mist

Boleh juga dijadikan Sangat bagus digunakan semasa musim panas dengan menyemburkan Rosewater ke seluruh wajah untuk mengekalkan terhidrasi dan menjadikan wajah lebih segar.

bulgarian-rosewater-2

6. Hair Mist

Percaya atau tidak Rosewater boleh menjadi Hair Mist. Campurkan Rosewater dalam syampu yang biasa anda gunakan untuk mendapatkan rambut yang lebih lembut dan segar. Manakala dengan mengurut rambut anda dengan Rosewater pula dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.. Anda juga boleh menyemburnya sebelum keluar untuk melembutkan dan mengelakkan dari rambut kusut.

7. Mengurangkan radang seperti kemerahan dan kekeringan

Jika kulit anda mudah sunburn, Rosewater ini sangat sesuai untuk anda kerana ia bersifat anti-radang.. Dengan menggunakan Rosewater ini, boleh menghilangkan kemerahan, kekeringan dan kerengsaan pada kulit.. Ia juga membantu menenangkan kulit anda.

8. Mengurangkan mata sembap, bengkak dan lingkaran hitam

Untuk mengurangkan mata sembap, bengkak dan lingkaran hitam, anda boleh simpan Rosewater ini di dalam peti sejuk selama semalaman sebelum menyemburnya pada kapas untuk ditekapkan ke atas mata anda… Yang lebih best, ini lebih berkesan berbanding anda menggunakan timun.

bulgarian-rosewater-3

9. Mengurangkan Iritasi

Rosewater ini dapat mengurangkan iritasi. Tidak kiralah pada muka atau pada bahagian yang lain. Kerengsaan dari bercukur juga boleh menggunakan Rosewater ini bagi mengurangkannya.. Sekiranya kaki anda sensitif dan terjadinya iritasi selepas bercukur, anda boleh menggunakan Rosewater ini pada kaki anda yang baru dicukur itu. Ia akan menyembuhkan dan menenangkan kerengsaan yang terjadi.. Hebatkan?

10. Mengurangkan kedutan

Keduatan adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Kita semua akan mengalaminya pada satu ketika nanti, tetapi anda boleh meminimumkannya. Bagaimana? Ya, dengan menggunakan Rosewater dapat membantu mencegah penuaan kerana ia dapat mengecilkan liang-liang pori anda sekaligus membantu mengurangkan kedutan..

11. Makeup base

Rosewater ini boleh dijadikan asas solekan. Sebelum memakai makeup, anda boleh semburkan Rosewater ke wajah dan juga boleh digunakan selepas selesai make up supaya memberikan hasil yang lebih baik.

Bulgarian Damask Rosewater 3

Keistimewaan Bulgarian Damask Rosewater Untuk Kulit

1. Relaxing

Jika digunakan secara aromatik, haruman mawar itu dapat menenangkan dan merehatkan minda.. Malah, kelopak mawar adalah merupakan bahan utama dalam Ayurvedic medicine untuk menyahtoksik dan menenangkan. Walaupun ciri-ciri ini  tidak menambah manfaat kecantikan secara langsung, tetapi ianya pasti menjadikan haruman rose tersebut sebagai satu pengalaman yang menyenangkan..

  2. Antioksidan

Rosewater ini  mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi dan antioktidan yang kuat.. Vitamin penting ini boleh membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan seperti sunburn. Ada yang telah mencuba dan mengakui bahawa Rosewater ini boleh membantu mencegah dan memulihkan kesan sunburn.

bulgarian-rosewater-4

3. Anti-Radang

Rosewater sebenarnya dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, kemerahan dan kekeringan pada kulit anda. Sekaligus ia juga boleh membantu merawat rosecea dan ekzema

4. Anti-Bakteria

Rosewater ini secara semulajadinya antibakteria dengan rose essential oil yang membantu merawat kulit berjerawat. Digabungkan dengan sifat pembersihannya, rose adalah merupakan ramuan yang ideal dalam pencuci muka dan pembersih.

  bulgarian-damask-rosewater-baru

5. Pelembap

Minyak semulajadi yang terdapat di dalam bunga mawar membantu memberikan kelembapan pada kulit, menjaga kulit menjadi lebih lembut dan licin. Mawar sangat bermanfaat untuk kulit sensitif kerana gula dalam kelopaknya memberikan ketenangan kepada si pemakai.

6. Toner

Sebagai astringent semulajadi, mawar membantu mengecilkan pori-pori terbuka dan memulihkan kelembutan kulit agar lebih bercahaya. Tidak seperti toner yang berasaskan alkohol konvensional, Rosewater memjadikan kulit terasa licin tidak kering.

The Mermaid Drop Foundation With Maracuja Oil Memberikan Kesan Yang Lebih Sempurna

The Mermaid Drop Foundation With Maracuja Oil

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh menggunakan Rosewater bersama The Mermaid Drop Foundation With Maracuja Oil.. Gabungan kedua-dua produk ini memberikan hasil yang lebih mantap dan sempurna kerana kedua-dua produk ini menyokong antara satu sama lain.. Percaya atau tidak sekiranya anda menggunakan kedua-duanya sekali bila keluar bekerja mahupun bersiar-siar, makeup anda mampu bertahan sehingga 15 jam lamanya..

Apa itu Maracuja Oil?

Maracuja Oil ini diambil dari passion flower (Passiflora Incarnata). Sumber yang kaya dengan asid lemak, mineral dan antioksidan dan proponents of Maracula Oil mendakwa bahawa ia bertindak sebagai agen penyembuh untuk memulihkan atau menambah penghidratan kulit.

maracuja-oil-fruit-with-passion

Manfaat Maracuja Oil

  • Minyak maracuja adalah emolien yang luar biasa, ia amat berkesan untuk kulit kering dan boleh digunakan untuk membantu mengekalkan hidrasi
  • Minyak Maracuja membantu menyembuhkan dan memperbaiki tanda penuaan dan sunburn tanpa menyebabkan iritasi atau breakout.
  • Sifat anti-radang dan mungkin juga disebabkan oleh kandungan vitamin C, adalah vitamin yang penting untuk pembuatan kolagen. Kandungan vitamin C dalam minyak juga boleh membantu menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah, dan gabungan kalsium dan fosforus berfungsi untuk menyuburkan kulit anda sambil meningkatkan penampilan yang sihat.
  • Tekstur yang halus dan ringan, mudah menyerap ke dalam kulit, tidak meninggalkan kesan lekit pada wajah. Amat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Kebaikan The Mermaid Drop Foundation With Maracuja Oil

The Mermaid Drop Foundation With Maracuja Oil 2

Selain mengandungi Maracuja Oil, The Mermaid Drop Foundation ini mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya :-

  • Teksturnya lembut dan ringan
  • Dapat bertahan sehingga 24 jam
  • Mengandungi SPF35
  • Sapuan sekata dan tak bercapuk
  • Mudah meresap ke dalam kulit
  • Tidak berminyak
  • Pemakaiannya sangat mudah  dan juga mudah dicuci
  • Mengandungi Arbutin yang bertindak sebagai ejen pencerah kulit muka
  • Ejen Maracuja Oil bertindak merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat
  • Kulit menjadi lebih lembap
  • Membantu melindungi kulit dari sinaran UV
The Mermaid Drop Foundation 3

Banyak kelebihannya The Mermaid Drop Foundation ni.. Jadi, anda sangat disarankan untuk menggabungkan penggunaan kedua-dua produk ini untuk tampil dengan hasil yang lebih menarik.. Bagaimana cara penggunaanya? Jangan risau, jom saya ajarkan cara penggunaannya.

cara-menggunakan-rosewater-spray-dan-The Mermaid Drop Foundation

Untuk cara penggunaan kedua-dua produk ini sebagai tips untuk kesan lebih baik, anda haruslah mencuci muka anda terlebih dahulu sebersih-bersihnya dan lap muka anda sehingga kering.. Dan seterusnya, anda boleh ikut step seperti dibawah ini :-

  • Spray Rosewater ke seluruh wajah dengan menjarakkannya 10cm dari muka anda
  • Kemudian apply pelembap yang biasa anda gunakan
  • Seterusnya apply The Mermaid Drop Foundation
  • Setelah itu, bolehlah mengenakan solekan pada wajah. Jangan lupa menggunakan Luna Lipmatte tau. Hehe..
  • Akhir sekali, spray sekali lagi Rosewater ke muka anda untuk finisher makeup dan dah boleh selfie. Haha!!
cara-menggunakan-bulgarian-rosewater

Mudah saja caranya. Dengan mengikuti step yang saya berikan ini, makeup anda pasti akan tahan lebih lama dan paling best muka akan nampak glowing gitu!! Apa yang menarik tentang dua produk ini, ianya tidak melekit bila diapply ke wajah. Saya yakin, itu adalah salah satu ciri-ciri yang anda suka. Ramai yang telah mencuba kedua-dua produk ini dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.. Pasti anda ingin tahu bagaimana hasilnya kan. Jom kita lihat apa kata pengguna produk ini.

Testimoni Pengguna Bulgarian Damask Rosewater Dan The Mermaid Drop Foundation testimoni-pengguna-rosewater-spray-dan-The-Mermaid-Drop-Foundation-1 testimoni-pengguna-rosewater-spray-dan-The-Mermaid-Drop-Foundation 2 testimoni pengguna rosewater-spray-dan-The Mermaid Drop Foundation (3) testimoni pengguna rosewater-spray-dan-The Mermaid Drop Foundation (4) testimoni pengguna rosewater-spray-dan-The Mermaid Drop Foundation (5)

Dapatkan Bulgarian Damask Rosewater Dan The Mermaid Drop Foundation Agar Wajah Nampak Muda Tanpa Jerawat!

Dengan gabungan mantap ini, Bulgarian Damask Rosewater dan The Mermaid Drop Foundation dari Luna Cosmetics, anda akan mendapat wajah anda nampak lebih awet muda dan bebas dari jerawat.. Jadi, dapatkan sekarang kedua-dua produk ini dengan harga yang sudah semestinya mampu milik untuk mendapatkan wajah yang diidamkan..

Harga

Bulgarian Damask Rosewater | RM 59.00 The Mermaid Drop Foundation | RM 65.00

harga-rosewater-dan-mermaid-foundation

Untuk membuat tempahan boleh terus hubungi nombor di bawah. Maklumat lanjut serta promosi terbaru juga ada di laman rasmi Luna Cosmetics HQ seperti di bawah.

LUNA COSMETICS HQ

Hubungi: Tekan Untuk Call (018-2443441) | Tekan Untuk WhatsApp

Facebook: @lunacosmetics.official Twitter: @lunacosmeticskl Instagram: @lunaofficial.hq