Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan

  • 9
  • 2
  •  
  •  
  •  
    11
    Shares

Sakit senggugut adalah rasa sakit yang dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali haid atau datang bulan. Ramai yang datang ke laman blog ini untuk mencari Cara Hilangkan Senggugut akibat daripada artikel Langkah Mengubati Senggugut di mana petua-petua itu sangat tidak masuk akal. Bila diteliti semula teruknya penulisan saya pada zaman 2010 dahulu. Hehehe.

Okay kembali kepada pengenalan tentang sengugut. Senggugut atau Dysmenorrhea ini pula terbahagi kepada dua iaitu Dysmenorrhea Primer dan Dysmenorrhea Sekunder.

Dysmenorrhea Primer adalah rasa sakit senggugut yang dialami oleh golongan wanita muda yang berpunca dari hormon prostaglandin dan bukan akibat dari penyakit lain.

Manakala Dysmenorrhea Sekunder pula adalah sakit senggugut yang menyerang wanita yang sudah berkahwin. Sakit Dysmenorrhea Sekunder ini dikatakan lebih lama dan lebih teruk sakitnya. Ini kebiasaannya berpunca dari masalah rahim seperti Fibroid.

Merawat Senggugut

Ramai juga wanita yang terpaksa menelan pil penahan sakit untuk menghilangkan sakit senggugut demi untuk memastikan aktiviti seharian mereka tidak terjejas. Namun terlalu kerap menelan pil penahan sakit ini tidak elok dan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tahap kesihatan anda. Untuk anda yang hampir setiap bulan menderita dengan sakit senggugut ini saya ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan sakit senggugut yang anda alami.

Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan

Cara Merawat Senggugut

Bila saya buat survey ke atas gadis-gadis dan wanita dalam laman sosial ramai yang ketawakan dan mengatakan saya ini Nak Jadi Pakar Sakit Puan. Tak cukup dengan Pakar Diet? Hahaha. Saya cuma mampu tersenyum kerana apa yang dikongsikan ini adalah apa yang orang kerap cari ke blog saya. Jadi tidak salah kan untuk saya perbaiki dan memberi semula tips kepada mereka yang mengalami Sakit Senggugut yang keterlaluan. InshaAllah, berikut adalah cara hilangkan senggugut yang boleh diamalkan oleh anda.

Petua Hilangkan Sengugut Dengan Minum Air Suam

Hilangkan Sengugut Dengan Minum Air Suam

Bila anda kena senggugut, anda boleh mengamalkan minum air suam kerana dengan mengamalkan minum air suam ia boleh mengurangkan masalah senggugut anda.

Petua Hilangkan Sengugut Dengan Minum Air Halia

Hilangkan Sengugut Dengan Minum Air Halia

Selain minum air suam anda juga boleh cuba dengan meminum air halia. Caranya dengan merebus halia ke dalam air. Ketuk halia atau hiris nipis pun boleh. Tetapi pastikan anda dah cuci dengan bersih kulitnya supaya tiada pasir – pasir halus yang masih melekat di kulit halia. Orang tua kata khasiat halia ada pada kulitnya.

Kemudian anda masukkan cengkih, kulit kayu manis. Masak hingga air mendidih. Letak gula sedikit supaya anda boleh minum dengan selesa kerana bukan semua orang boleh minum secara kosong. Jika anda seorang yang tegar boleh la cuba minum air halia ini.

Cara yang seterusnya anda boleh mengamalkan dengan meminum air halia selama sebulan. Minum sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya jika sengugut masih menyerang, cepat- cepat rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang dicampur dengan garam. Cuba amalkannya sehingga rasa sakit hilang.

Petua Hilangkan Sakit Sengugut Dengan Pad Pemanas

Hilangkan Sakit Sengugut Dengan Pad Pemanas

Orang zaman dulu suka menggunakan cara tradisional seperti bertungku dengan menggunakan batu sungai atau tungku besi. Ada juga yang menggunakan air panas dan isi dalam botol kosong dan letakkan di perut. Tetapi sekarang anda dah boleh menggunakan pad pemanas yang biasanya di jual di farmasi. Tuam bahagian bawah perut anda untuk menghilangkan rasa sakit senggugut.

Petua ini sering digunakan kerana keberhasilannya menghilangkan sakit sengugut. Dengan meletakkan botol atau pad yang berisi air panas pada bahagian perut dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang ketika haid kerana haba dari botol panas dapat melancarkan pengaliran darah pada otot-otot sekitar rahim.

Petua Hilangkan Sengugut Dengan Urutan

Hilangkan Sengugut Dengan Urutan

Dengan cara urutan juga dapat menghilangkan kesakitan ketika sengugut. Dengan mengurut bahagian abdomen secara perlahan- lahan. Angkat kaki sedikit dengan alaskan bantal kecil di hujung kaki. Kemudian perlahan lahan urut bahagian perut boleh juga menggunakan minyak panas ketika mengurut bagi memberi kelegaan semasa mengurut.

Merawat Senggugut Dengan Menggunakan IVMIST

Merawat Senggugut Dengan Menggunakan IVMIST

Cara yang terakhir sekali bagi menghilangkan sengugut anda boleh menggunakan IVMIST. Dengan menggunakan produk IVMIST secara tidak langsung anda akan mendapat free consultant dari Puan Liza. Tidak sama seperti produk yang lain IVMIST ini dicipta khusus untuk membantu mengurangkan sakit seperti sengugut, resdung, migrain dan sebagainya dengan digunakan pada tempat tertentu.

Anda juga tidak perlu membazirkan masa dan wang semata untuk membeli produk tambahan yang lain kerana anda hanya memerlukan produk IVMIST ini sahaja untuk kembali sihat. Diformulasikan oleh herba-herba organik yang selamat digunakan, ia juga dikilangkan oleh pengilang Muslim dan produk ini halal digunakan oleh semua golongan.

Ramuan Sebenar Produk IVMIST Yang Anda Perlu Tahu

IVMIST dihasilkan daripada formulasi herba-herba dalam perubatan islam dan moden serta selamat dan halal digunakan. Antaranya ialah :-

Habbatus Sauda

iv mist harga

Saffron

iv mist harga produk

Serai

produk iv mist

Limau Purut

iv mist agen

Minyak Argan

harga iv mist

Minyak Eucalyptus

Minyak Eucalyptus

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Minyak Halia

Minyak Halia

Estrak Pudina

Estrak Pudina

Halia Bara

Halia Bara

Tawaran Hebat Untuk Anda Yang Dapatkan IV Mist Hari Ini !

Puan Liza

Puan Liza ingin menawarkan sesuatu yang hebat untuk anda jika anda mendapatkan produk IV Mist ini iaitu free consultant bagaimana untuk merawat senggugut dengan lebih cepat. InshaAllah,

Berminat untuk dapat free consultant dan produk IV MIST?

WhatsaApp Puan Liza +6011 2965 5321
Direct PM di Facebook Puan Liza

Disclaimer : Penggunaan produk ivmist ini memberi kesan yang berbeza beza kepada setiap pengguna. Sila guna mengikut ketetapan cara penggunaan yang tersedia diatas atau dikotak

PS : Sudah amalkan semua benda itu semua sila berehat dan tidur. Okay? Mungkin anda ada apa-apa tips dan petua yang mudah untuk menghilangkan senggugut? Sila kongsi di bawah ye. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Ini kes aku lar k. Kalau sengugut minum air suam boleh menyebabkan rasa loya dan kembang tekak. Bila sengugut selara memang terbatas. Semua benda rasa tak boleh terima. Tapi aku biasanya minum air yogourt untuk redakan stress pada badan dan perut, terutama pada rasa dan texture air yogurt itu sendiri. Lepas minum air yogurt mungkin dia skit memcuci sistem percernaan. Tapi sebenarnya ia sangat melegakan dari krem perut.

  2. Kak Alin adalah salah sorang senggugut tegar. Kadang2 hampir setiap bulan. Kadang-kadang selang-selang bulan. kadang2 sakit sangat. kadanga-kadang masih boleh buat keje.

    Kak Alin mmg taknak amalkan makan paint killer takut kesan dikemudian hari.

    Selalunya kalau kena sesnggugut Kak Alin akan tidur ataupun letak tungku panas kat perut. Bila dah tidur berejam-jam tu, sakit pun jadi kurang 🙂

    Terima kasih atas perkongsian doa senggugut tu….

  3. Pingback: Langkah Mengubati Senggugut

  4. InsyaAllah.. Saya akan amalkan semua ni.. Terima kasih atas perkongsian ni semua.. Setiap kali kena senggugut selalu nya saya akan makan panadol utk redakan sakit senggugut tu.. Kalau ada tips2 yg lain tlg lh share ..

  5. saya selalu jugak kene senggugut . tiap2 bulan . stress jugak sbb mnganggu aktiviti harian saya . seriously mmg tk than . smpai mnggigil2 badan tahan sakitt . kalo keje trpakse balik .. sbb an sggugut sy truk skit , last2 sy trpakse amek painkiller . tp dlm mase tu risau tkot effect akn datang .. mngkin air halia tu saye boleyy try ..

  6. salam..saya kalau senggugud sampai pitam..kadang2 dkt shopping mall pun boleh terduduk sbb pitam…saya pernah cuba cara2 dkt atas..masih pitam kalau lambat bertindak..tapi dapat kurangkan sakit tu dgn tuam perut dgn beg panas.

  7. Salam.Sy slalu jgak stiap bln kena sngugut, trasa sakit smpai ke tulang blkg.Sakitnya tuhan shj yg tahu.Jd stiap bln msti sy akn mkn Panadol yg kaler pink tu untk tahan drpd sakit tp sy jgak tkut dgn effect yg akn dtg nnti.Jd perlu ke sy teruskn mkn panadol tu atau trus stop?

    • Pd pndapat sy, better stop makan painkiller. Takut2 effectnya pada dalaman kita dikemudian hari. Amalkan lah cara tradisional, cth nya minum air suam. InsyaAllah cara ni lebih jamin selamat utk tubuh badan dalam jangka panjang. Wallahualam

  8. Saya merupakan pesakit sengugut tegar, setiap bulan mesti kena, samada kuat, sederhana, sikit sakitnya yang membezakan.

    Cara paling mudah semasa kena sengugut dan dah x dapat menanggung kesakitan, biasanya saya akan mandi lama2.. Caranya duduk dengan biarkan air dr shower buka.. . Memang berkesan

  9. Mak saya selalu pesan ambil jamu before period, supaya period lebih t’atur & krg sakit. Skrng nk dpt jamu susah sikit area saya blaja, so saya ambil vit E, air suam kena minum bnyk. & exercise regularly. InsyaAllah.

  10. salam..terima kasih utk perkongsian..sy pon dahulunya pesakit senggugut tegar jugak..sampai kene papah masuk sickbay zaman sekolah2 dulu..alhamdulillah lepas melahirkan anak dh x sakit,cuma kdg2 kalau sebelum period ade minum air batu,mmg dtg juga sakit tp x kuat sgt..ape yg saya perasan,kalau sblm period if sy mkn sup ayam (of course ada halia),senggugut x sakit sgt..if sakit,sy akan minum air suam dan susu berselang seli..mmg sakit tu hilang lebih kurang 90%..sakit senggugut pun sekejap je dlm beberapa minit..cubalah

  11. Saya juga merupakan pesakit senggugut tegar.. sejak dari sekolah sampailah sekarang. Tiap2 bulan mesti sakit smpai tguling2. ms zaman sekolah, tiap kali senggugut datang, msti cikgu hntr balik rumah.. Ms bljr kt U dulu, 3kali sy tpaksa amik exam dlm wad klinik sbb senggugut..Tp selalunya cara yg bkesan pd diri saya adalah dengan btungku.. alat btungku biasanye iron je la.. hehehe.. senang..

  12. terima kasih ats perkongsian..sy adlh pesakit tegar senggugut..sy selalu beli ubt senggugut kt klinik ataupun farmasi.kdg2 tdk berkesan..lpstu sy beli ubat dkt farmasi cina..mmglh ok lpstu..tapi bila dgr kwn2 cerita effect pengambilan ubt semasa period sy jdi takut..kdg2 mak cik2 kt kmpg suka mengata..bahawa org yg ada senggugut teruk x boleh dibuat bini..sbb x blh mengandung..jht kn mulut..disebabkan itu jga smpai skrg sy x ingin hidup berumah tgga smpai dpt gelaran andartu..whatever diorg nk ckp apa..sy selalu lawan senggugut dgn minum air coca cola dan berendam dlm air pns..bgi sy ianya mmg selesa dn senggugut berkurangan..

  13. selalunya saya amalkan minum air halia suam, green tea panas & bertuam dengan bag yg boleh berisi air panas tu. ( bole beli dekat DIY jer ) . alhamdulillah sangat membantu menghilangkan sakit. Bagi saya, yg paling berkesan bila jogging/walking bermula dari hari period pertama. at least 30 minit. mmg period pain sikit jer or hampir tiada. Kalau rajin boleh buat yoga skali. ( boleh google posture ). selamat mencuba 🙂

  14. Saya nak bgthu saya memang penggemar blog ” tips rawat senggugut ” sebab every month tanpa miss sy akan senggugut teruk sgt . Kalau 7 hari sy period. 2 hari sy akan demam. Dan sehingga hari ke 5 atau 4 sy akan sakit perut n pinggang dan gigil sambil nangis sorang2 .. N 2/3 hari jugak sy akan mc. Bos dah sampai paham sgt. Sy dah try semua tips yg bloger bg. Still x menjadi . Pain killer tu dulu sy amalkan .. ok sikit tp skrg sy dah stop. Sbb takut. So sy akan tanggung sakit yg masyaAllah . Sakit sgt . Nangis je la.. mybee sy kena pegi jumpa pakar sakit puan ke ? Sy dah xtahan sgt .. hmmm