Review
Dec 17, 2017, 11:21am

Cara Merawat Kulit Kepala Dan Elak Rambut Botak Sebelum Usia


  •  
  •  
  •  
  •  

Tidak kira rambut anda jenis yang lurus, ikal atau kerinting semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus mudah dirapi, jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala si rambut kerinting sering dikatakan unik, dan penampilan mereka mencuri tumpuan ramai.

menjaga-rambut-sentiasa-cantik-dan-bersinar

Manakala Rambut yang tebal dan berkilau adalah lambang kesihatan dan daya tarikan. Ia merupakan sumber keyakinan bagi lelaki ataupun wanita. Akan tetapi, fenomena rambut gugur amat merisaukan kerana rambut yang semakin tipis dan botak memberikan impak besar kepada maruah dan keyakinan diri kita.

Punca Masalah Rambut Botak dan Gugur

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah berkaitan rambut, termasuk keturunan, penuaan, hormon yang tidak seimbang, pengurangan berat badan yang drastik, tekanan, dan kekurangan nutrisi.

punca-masalah-rambut

Tanda Awal Keguguran Rambut Yang Anda Tidak Tahu

Hakikatnya, keguguran rambut berlaku secara beransur-ansur. Seseorang yang jelas rambutnya sudah menipis sebenarnya telah menghadapi keguguran rambut sejak beberapa tahun tetapi tidak sedar tentangnya.  Antara tanda-tanda awal masalah keguguran rambut adalah:

  • Kulit kepala gatal/Kelemumur/Rambut berminyak
  • Garis rambut menyusut
  • Kulit kepala jelas kelihatan
  • Gumpalan rambut pada sikat
rambut-gugur-bila-disikat

Setiap masalah rambut berlaku disebabkan punca yang berbeza, dan ada yang akan menjejaskan golongan lelaki ataupun wanita sahaja. Analisis terperinci penting bagi memastikan rawatan yang diberikan sesuai dengan keperluan individu.

Cara Merawat Kulit Kepala Dan Elak Rambut Botak Sebelum Usia

atasi-masalah-rambut

Anda inginkan rambut yang sihat dan cantik atau anda ingin merawat sebarang masalah rambut yang sedang dihadapi, anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak dengan membuat rawatan di salun-salun rambut yang eksklusif. Cuba dahulu cara semulajadi ini untuk merawat masalah rambut anda.

  • Minyak Zaitun

Minyak zaitun baik untuk memulihkan rambut rosak. Kaya dengan asid lemak, beberapa jenis antioksida dan vitamin E, minyak zaitun membaiki lapisan rambut dengan memberikan kelembapan pada rambut.

hilangkan-kedut-minyak-zaitun

Minyak zaitun dapat melindungi rambut dari terus mengalami kerosakan. Letakkan sedikit minyak zaitun yang telah dihangatkan pada kulit kepala dan akar rambut. Lakukan urutan lembut pada kepala selama beberapa minit. Setelah itu bolehlah ditutup dengan tuala yang telah dihangatkan. Biarkan selama lebih kurang 30 minit atau dibiarkan semalaman. Akhir sekali, basuh dengan syampu dan gunakan perapi. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.  

  • Avocado

Kaya dengan pelbagai vitamin, lemak, protein, asid lemak dan minyak semulajadi, avocado boleh digunakan untuk membaiki rambut rosak dengan memberikan hidrasi pada rambut dan menjadikannya lebih fleksibel.

buah-avocado

Avocado juga berfungsi menghalang sebarang radikal bebas dari merosakkan rambut di kemudian hari. Campurkan sebiji avocado dengan 1 hingga 2 sudu teh minyak zaitun lalu dikisar sehingga halus. Lumurkan pada rambut dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum dicuci seperti biasa.

  • Telur

Telur membekalkan nutrien dan nutrisi yang boleh mengurangkan kerosakan pada rambut. Kuning telur mengandungi protein, mineral dan esential asid lemak yang boleh menyuburkan helaian rambut dan menjadikan rambut berkilau secara semulajadi.

telur-rawat-masalah-rambut

Selain itu, putih telur juga menolong membersihkan rambut dan kulit kepala. Lumurkan telur yang sudah digaul sebati ke atas kulit kepala dan rambut untuk beberapa minit. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air dan syampu seperti biasa.

  • Minyak kelapa

Minyak kelapa lengkap dengan nutrien yang baik untuk rambut. Strukturnya yang mudah meresap ke dalam akar rambut, melindungi rambut dari menjadi rosak dan menjadikan rambut lebih sihat.

minyak-kelapa

Urut kepala setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Biarkan semalaman sebelum dicuci dengan menggunakan syampu keesokkan paginya.

FUZA “Thus Precious” Merangsang Pertumbuhan Rambut Anda

FUZA Thus Precious merupakan salah satu produk yang menggunakan castor oil untuk merawat masalah kulit kepala, menumbuhkan, serta melebatkan rambut. Kenapa castor oil digunakan dalam Thus Precious? Kerana Castor oil atau nama lainnya Minyak Jarak adalah ekstrak dari buah jarak, yang juga dikenali memiliki banyak manfaat. Castor oil kaya dengan antioksidan yang dapat membantu mengeluarkan racun berbahaya di dalam tubuh. Digunakan selama ratusan tahun oleh ahli naturopathy dan homeopathy, terapi castor oil sangat efektif dalam membantu mengatasi masalah seperti melembapkan rambut, melembutkan rambut keriting, dan membuat rambut kusut menjadi mudah diatur. Minyak jarak juga berguna untuk membuat rambut lebih kuat dan tebal.

minyak-castor

Kelebihan lain Castor Oil

Banyak manfaat lain dari minyak jarak ini diantaranya mengatasi kulit kering, kurap pada kulit kepala, mengatasi sembelit, merawat bibir, melembutkan kulit dan sebagainya.

Merawat stretchmark

Tanda parut di kulit dapat disamarkan dengan menerapkan minyak jarak. Dengan pemakaian rutin setiap hari, maka warna kulit lebih cerah.

rawatan-stretchmark

Merawat tumit kaki pecah-pecah dan kasar

Tumit retak pastinya menghilangkan rasa percaya diri, terutama bagi kaum wanita. Solusi bagi masalah ini adalah minyak jarak. Cara tradisional yang ampuh untuk mengatasi kulit kasar dan pecah-pecah.

kaki-kasar

Melebatkan rambut

Takut botak akibat rambut gugur? sapukan minyak jarak pada rambut anda setiap hari untuk kesan yang lebih ketara. Jangan bosan melakukan rawatan ini, untuk menjadikan rambut tipis menjadi tebal dan lebat. Minyak jarak ini juga berguna sebagai pelembap, yang akan membuat rambut kelihatan hitam menawan. Caranya ambil 3 sudu makan minyak jarak, 1 sudu makan minyak kelapa dan 1 sudu makan minyak zaitun. Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan sapukan pada kulit kepala.

merawat-masalah-rambut-dengan-minyak-castor

Melebatkan bulu mata

Wanita selalu ingin tampil cantik. Bulu mata yang lebat menjadi salah satu dambaan wanita. Cara semulajadi untuk menebalkan bulu mata, salah satunya dengan menyapukan minyak jarak pada bulu mata setiap hari.

FUZA “Thus Precious” Memulihkan Rambut Anda Secara Semulajadi

Kembalikan Kecantikan Mahkota Anda bersama Thus Precious dan rasai sendiri keajaibannye. Thus Precious menjanjikan pemulihan yang berkesan dan tahan lama dengan penggunaan herba-herba semulajadi yang berkualiti tinggi untuk merawat masalah kulit kepala dan mengelakkan rambut anda daripada terjadinya botak.

lebatkan-bulu-mata

Harga FUZA Thus Precious

Pure Castor Oil 50ml  | Harga RM 39.90

Selain produk melebatkan rambut, anda juga boleh dapatkan bulu mata yang lebat dengan pembelian pure castor mascara with vitamin E.

Pure Castor Oil Mascara With Vitamin EHarga RM 19.90

Kualiti Produk Kami Menyakinkan Ramai

Dengan penggunaan produk yang sesuai, anda boleh memiliki rambut yang lebat dan sihat. Adakah memiliki rambut yang lebat, hitam bersinar dan sihat yang ada mahukan? Apa tunggu lagi dapatkan segera Thus Precious.

dapatkan-minyak-castor-rawat-rambut

PUAN KALSUM |FUZA THUS PRECIOUS – PURE CASTOR OIL

Kalsum Mohammad Aslam

Hubungi: Tekan untuk telefon (012 367 9542) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @fuzathusprecious Instagram: @fuza_thusprecious