Review
Dec 13, 2017, 10:02am

Cara Menjual Di Instagram Dengan Betul Dan Senang Profit


Adakah anda penggemar swafoto? Suka mengambil gambar? Mempunyai kemahiran mengambil gambar yang bagus? Tahukah anda, aplikasi Instagram adalah sebuah aplikasi foto dan video yang memungkinkan pengguna mengambil gambar, mengedit gambar menggunakan filter yang disediakan.

aplikasi-instagram-dan-cara-menjual

Instagram merupakan sebuah aplikasi yang boleh di muat turun secara percuma melalui aplikasi AppStore atau PlayStore. Instagram merupakan gabungan dua nama iaitu insta + gramInsta itu bermaksud “instant photo” iaitu gambar segera dan gram pula bermaksud telegram yang mampu mengirim informasi dengan cepat. Ia direka khas untuk anda supaya dapat mengambil gambar dan edit menggunakan aplikasi tersebut dan juga meletakkan pesanan atau sebarang caption.

Bahkan dengan menggunakan Instagram, anda boleh share ke pelbagai media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Tumblr. Semasa Instagram baru diperkenalkan, pengguna menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi gambar dan video semata mata. Pengguna bebas berkongsi segala aktiviti di Instagram dengan pengikut mereka. 

teknik-pemasaran-di-instagram

Namun, tahukah anda, penggunaan Instagram boleh mendatangkan keuntungan secara tidak langsung menjadi sumber pendapatan jika anda tahu mengoptimumkan penggunaannya. Peniaga-peniaga online mampu menjimatkan kos dari segi sewaan tapak perniagaan bahkan untuk tujuan promosi juga. Terdapat pelbagai cara untuk menjual di Instagram dengan betul dan senang profit. Antaranya ialah,

Tips 1. Asingkan Akaun Peribadi Dan Perniagaan

Aplikasi Instagram membolehkan pengguna mengasingkan akaun peribadi dan perniagaan. Sekiranya anda aktif melakukan aktiviti jual beli di Instagram, amat digalakkan untuk mencipta satu akaun khas untuk perniagaan anda. Anda tidak digalakkan mengupload gambar atau video peribadi anda sekiranya anda menggunakan 100% Instagram untuk berniaga. Hal ini kerana, sekiranya anda menyampuradukkan akaun Instagram peribadi dan perniagaan anda, ianya kelihatan tidak profesional sebagai seorang usahawan online.

asingkan-ig-personal-dan-business

Salah satu cara untuk menjadikan akaun Instagram anda kelihatan professional adalah anda boleh menggunakan nama brand anda atau menggabungkan nama brand anda dan nama yang menggambarkan produk yang anda jual. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual tudung, anda boleh meletakkan nama seperti @fara.scarfcantikataupun atau @tudungmeletopnaelofar. Pastikan juga nama yang anda cipta mudah diingat oleh pelanggan anda. Justeru, mereka boleh datang jenguk ke akaun Instagram anda kemudian hari.

2. Susun Atur Feed Instagram Dengan Kemas

Antara salah satu cara untuk menjual di Instagram, anda boleh susun feed Instagram anda dengan menetapkan sesuatu tema. Dengan tema yang teratur, keberangkalian pengunjung anda untuk kembali ke kedai online anda sangat tinggi. Sama juga konsep dengan offline shop. Kalau kedai lawa, kemas dan teratur, kita mesti tak teragak agak nak datang kembali. Betul tak?

Anda boleh lihat contoh Instagram dibawah yang disusun menggunakan 3 jenis feed berlainan.

susunatur-gambar-instagram

3. Muatnaik Gambar Atau Video Yang Menarik Perhatian

Anda perlu tahu bahawa Instagram merupakan aplikasi bergambar. Pengujung sememangnya suka melihat gambar. Lagi lagi gambar yang cantik. Untuk akaun Instagram yang lebih professional, anda boleh belajar mengedit gambar dengan menggunakan beberapa aplikasi di AppStore atau PlayStore anda. Antara contoh aplikasi editing yang anda boleh gunakan ialah Snapseed dan PicsArt.

muat-naik-gambar-yang-menarik

Penggunaan tone warna yang cantik semasa editing juga mampu menarik minat pengungjung atau pengikut untuk ke Instagram anda. Malahan sekiranya anda dapat menghasilkan video yang baik seperti video tutorial menggunakan produk yang anda jual, itu pun lebih baik. Sebagai pengguna Instagram, penulis sendiri gemar scroll akaun Instagram yang mempunyai gambar yang cantik dan kemas susun aturnya.

4. Penggunaan Ayat Atau Caption Yang Jelas

Untuk Instagram perniagaan, anda digalakkan menggunakan copywriting yang tidak membosankan.  Caption yang ditulis perlulah menerangkan terus gambar yang anda upload menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu panjang. Adakalanya tak ada siapa pun suka membaca caption yang panjang lebar. Cukup sekiranya anda meletakkan details yang diperlukan supaya pelanggan boleh terus hubungi anda. Malahan penulis sendiri sebagai pembeli tegar di Instagram tidak gemar membaca caption panjang lebar berkenaan produk. Penulis kebiasaannya akan skip dan cari Instashop yang lain.

contoh-caption-ig-yang-baik
Selain daripada itu, anda digalakkan untuk tidak menggunakan shortform semasa menulis caption. Penggunaan ayat ayat “Wechat” amatlah tidak bagus untuk menjual sesuatu produk. Perlu diingatkan bahawa, pengguna Instagram terdiri daripada berbilang bangsa dan usia. 

5. Penggunaan Hashtag Yang Tepat

Ada yang mengatakan bahawa penggunaan hashtag yang banyak tidak membantu menaikkan jualan. Namun bagi penulis, penggunaan hashtag sangat penting supaya pengguna Instagram dapat mencari produk atau servis yang mereka kehendaki dengan mudah. Contohnya, sekiranya mereka mahu mendapatkan servis fotografi, mereka boleh mencari hashtag #fotografimurahjohor dan servis anda akan terpamer di hashtag tersebut. Cumanya jangan letak hashtag berulang ulang sehingga nampak macam semak je caption anda tu. Cadangan penulis, anda boleh menulis hashtag tersebut di ruang komen setiap gambar. Mudah bukan?

Antara contoh hashtag popular yang digunakan oleh peniaga adalah #bazarpaknil dan #sayajual. Hashtag #bazarpaknil diperkenalkan oleh Pak Nil sendiri manakala hashtag #sayajual telah diperkenal oleh Hanis Zalikha suatu ketika dulu.

hashtag-yang-popular-dan-relevan

Namun, penggunaan hashtag perlulah bersesuaian dengan perniagaan anda. Jangan pula anda promot perniagaan anda dengan  #hashtag yang tidak bersesuaian, contohnya anda buat posting pasal produk kecantikan, dengan gambar yang ceria dan gembira tapi gunakan #savegaza atau #prayforsyria. Ianya sangat tidak sesuai.

6. Share Posting Instagram Anda Di Facebook Dan Twitter Sekaligus

Cara paling mudah untuk perniagaan atas talian adalah dengan menghubungkan posting di Instagram di Facebook dan Twitter. Secara tak langsung anda telah mempromosikan produk anda di tiga media sosial yang berlainan. Hal ini juga akan memudahkan anda untuk tujuan Fb Ads di kemudian hari. Anda tidak perlu membuat posting dua tiga kali di berlainan sosial media. Ini juga akan menjimatkan masa anda.

share-ke-media-sosial-lain

7. Rajin Anjurkan Giveaway Atau Contest

Untuk tujuan engagement di Instagram, anda sebagai peniaga online di Instagram perlulah rajin untuk anjurkan Giveaway atau Contest supaya pengikut anda di Instagram sentiasa berkunjung ke Instagram anda. Sebagai contoh, anda boleh anjurkan Contest Komen & Menang serta tag beberapa rakan lain. Hal ini akan “memaksa”mereka untuk tekan button follow di Instagram kita. Betul tak?

anjurkan-giveaway

Okay cukuplah perkongsian 7 tips untuk meningkatkan jualan anda di Instagram. Selamat mencuba! 

Nak dapatkan 4 Video PERCUMA Teknik Insta Review Expert?

Tekan untuk Akses 4 Video Percuma InstaReview

Nak dapatkan 4 Video PERCUMA Teknik Insta Review Expert?

Klik untuk dapatkan SEKARANG!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak dapatkan 4 Video PERCUMA Teknik Insta Review Expert?

Klik untuk dapatkan SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak dapatkan 4 Video PERCUMA Teknik Insta Review Expert?

Klik untuk dapatkan SEKARANG!