Review
Feb 23, 2018, 4:43pm

Cara Meningkatkan Keterampilan Diri


Untuk menjadi seorang yang yakin diri dan juga sentiasa mempunyai keberanian untuk berkomunikasi dengan orang ramai, anda perlulah menjadi seseorang yang mempunyai keterampilan diri yang tinggi. Keterampilan diri merupakan salah satu perkara yang perlu ada di dalam diri seseorang agar mereka boleh menjadi individu yang produktif dan juga mempunyai sifat – sifat yang positif ketika melakukan pekerjaan dan juga untuk berkomunikasi dengan baik bersama masyarakat dan juga orang sekeliling.

Cara Meningkatkan Keterampilan Diri

Anda bukan sahaja perlu menunjukkan tingkah laku yang baik, malah anda juga perlu menambahkan potensi diri sendiri agar anda dapat membantu diri anda sendiri untuk meningkatkan keterampilan diri anda. Keterampilan diri yang baik juga bermaksud anda perlu menjaga penampilan diri agar anda akan menunjukkan imej yang baik di hadapan orang ramai. Oleh itu, anda boleh mencuba cara – cara yang bakal dikongsikan di bawah untuk anda meningkatkan keterampilan diri anda.

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

Cara Meningkatkan Keterampilan Diri

Wanita Yang Ada Keterampilan Diri

Anda boleh menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan keterampilan diri dan juga imej anda termasuklah dari segi kemahiran, peribadi dan juga kehidupan bermasyarakat. Cara – cara ini boleh meningkatkan kualiti diri anda dan serta merta meningkatkan juga kehidupan sosial anda bersama masyarakat. Berikut adalah cara – cara yang anda boleh ikuti untuk meningkatkan keyakinan dan juga keterampilan diri anda;

  • Kenali Diri Sendiri

kenali diri sebelum Meningkatkan Keterampilan Diri

Jika anda boleh mengenali orang lain dengan baik, apa salahnya sekiranya anda meluangkan sedikit masa untuk mengenali diri sendiri. Walau bagaimana sibuk pun anda dengan pekerjaan dan juga kehidupan, ambil sedikit masa untuk mengenali diri anda sendiri. Fikirkan tentang tujuan kehidupan anda dan apa yang membuatkan anda betul – betul bahagia. Terokai potensi dan juga kelebihan serta kekurangan diri anda dan dengan cara ini anda pasti dapat meningkatkan keterampilan diri anda dengan berkesan.

  • Cari Motivasi Dan Kekalkan Motivasi Tersebut

cari bahan motivasi untuk Meningkatkan Keterampilan Diri

Kenapa motivasi amat penting di dalam hidup anda? Jawapannya adalah motivasi dapat membantu anda untuk menjadi bersemangat dan semangat yang berkobar – kobar boleh membuatkan anda untuk melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan juga sentiasa berfikiran positif. Hal ini akan membuatkan anda mendapatkan keterampilan diri yang tinggi dan dalam masa yang sama dapat membuatkan anda lebih gembira dan ikhlas dalam menjalani kehidupan seharian jadi cari dan kekalkan perkara yang boleh membuatkan anda bermotivasi.

  • Sentiasa Mencuba Perkara Yang Baru

cuba perkara baru dapat meningkatkan keyakinan diri

Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa bermotivasi adalah orang yang sentiasa melakukan perkara yang baru di dalam hidup mereka. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan mereka dari merasa bosan, malah mereka juga boleh mempelajari kemahiran – kemahiran yang baru dan meneroka bakat – bakat mereka yang tersendiri. Anda juga boleh meningkatkan keterampilan diri anda dengan mencuba perkara – perkara yang baru seperti melawat tempat yang asing dan mempelajari bahasa yang baru.

  • Sentiasa Belajar Untuk Meningkatkan Kemahiran Dan Keterampilan

belajar dengan pakar untuk meningkatkan keterampilan diri

Anda sentiasa boleh mengembangkan potensi diri anda dengan belajar untuk meningkatkan kemahiran dan juga keterampilan diri. Memang ia kelihatan agak sukar tetapi pada masa kini, ianya tidak memerlukan anda untuk bersendirian melakukan perkara ini. Terdapat banyak pihak yang menyediakan kelas untuk anda meningkatkan kemahiran, imej dan juga keterampilan diri anda jadi anda hanya perlu menyertai kelas – kelas yang disediakan ini untuk anda mempelajari cara – cara meningkatkan keterampilan diri anda.

  • Banyakkan Membaca Dan Menimba Pengalaman

banyakkan membaca dapat meningkatkan ilmu dan keyakinan diri

Membaca merupakan jambatan kepada ilmu pengetahuan dan anda boleh lihat sendiri, ramai orang yang berjaya menjadikan membaca sebagai hobi mereka. Jadi, anda boleh mula membaca buku – buku yang berkaitan untuk meningkatkan keyakinan diri anda supaya anda boleh tampil berketerampilan tinggi. Anda juga perlu menimba pengalaman agar anda sentiasa peka dan tidak mudah ditipu oleh orang lain. Bercerita melalui pengalaman adalah cara untuk menunjukkan bahawa anda adalah orang yang bijak dan berpotensi tinggi.

  • Sentiasa Berkongsi Pengalaman Bersama Rakan

berkongsi pengalaman dapat meningkatkan ketrampilan diri

Keterampilan diri yang tinggi tidak bermaksud ianya berpusat pada diri anda sahaja, tetapi ianya juga memerlukan anda untuk mempunyai hubungan sosial yang baik dengan ahli keluarga, rakan – rakan dan juga masyarakat. Sentiasalah berkongsi pengalaman anda bersama orang lain dan dengarkan pula pengalaman mereka di dalam kehidupan. Dengan cara ini, anda boleh menambah ilmu pengetahuan dan juga anda akan dipandang tinggi oleh orang ramai.

  • Elakkan Dari Berfikiran Negatif

jauhi perkara negatif dapat meningkatkan keyakinan diri

Bukan sahaja ianya akan menyebabkan anda untuk hilang keterampilan diri, malah anda akan terdedah dengan risiko penyakit mental seperti depression dan juga anxiety. Fikiran yang sentiasa negatif akan menyebabkan anda sentiasa tertekan di dalam kehidupan dan seterusnya imej dan penampilan anda akan kelihatan lebih tidak bermaya dan serabut. Dalam masa yang sama perkara ini akan membuatkan anda tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan ia akan memberikan kesan kepada keterampilan diri anda.

  • Jadikan Kegagalan Sebagai Pembakar Semangat

jadikan kegagalan sebagai motivasi diri

Siapa yang tidak pernah mengalami kegagalan di dalam hidup, bukan? Anda pasti akan mengalami kegagalan sekurang – kurangnya sekali di dalam hidup anda. Namun, pastikan anda tidak mudah berputus asa dan jadikan kegagalan tersebut sebagai pembakar semangat untuk anda sentiasa melangkah ke hadapan dan memperbaiki diri anda. Lagipun, gagal bermaksud anda telah mencuba yang terbaik dan ini adalah lebih baik dari anda tidak mencuba apa – apa langsung di dalam hidup anda.

ProTRA Academy – Syarikat Perunding Latihan Pilihan Ramai

protra akademi keyakinan diri

Jika anda sedang mencari perunding latihan untuk meningkatkan keterampilan diri dan pelbagai lagi jenis latihan untuk syarikat anda, maka anda boleh menggunakan perkhidmatan ProTRA Academy. ProTRA Academy adalah merupakan sebuah syarikat perunding latihan di Malaysia. ProTra Academy terdiri daripada 3 buah syarikat utama iaitu Protwins Global Sdn Bhd, Twins One Global dan WS Global Consultancy & Services.

gabungan 3 syarikat yang mengemudi akademi keyakinan diri

Mereka mengendalikan pelbagai kursus,bengkel serta seminar bagi memenuhi keperluan Pembangunan Modal Insan sesebuah agensi mahupun syarikat. Pihak mereka juga bersedia merangka kursus/program mengikut mengikut keperluan organisasi anda. Mereka mempunyai kemahiran di dalam bidang;

Team Building

penganjuran kursus team building

  • Green Team Building
  • Super Team Building

Body Language

penganjuran kursus body language

  • Body Language Akrab Super
  • Kemahiran Rundingan
  • Kursus Blue Ocean
  • Malaysia’s Body
  • Language Facilitator

Imej Dan Keterampilan Diri

kursus imej dan ketrampilan diri

  • Kursus Imej & Etiket
  • Kursus Protokol Majlis
  • Kursus Keterampilan Diri
  • Kursus Etika Meja Makan

Pemanduan

akademi pemanduan laju

  • Kursus Pemanduan Berhemah
  • Kursus Pemanduan Defensif
  • Kursus Asas 4X4
  • Kursus Lanjutan 4X4

Motivasi

kursus motivasi

  • Road To Success
  • Terapi Solat
  • Pengurusan Stress
  • Kepimpinan

 

Pensijilan

pensijilan

  • Ujian Psikologi Berjenama Sidek
  • Kursus Professional Fasilitator

Kaunseling

kaunseling

  • Kursus Akrab
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya

Keusahawanan

kursus keusahawanan

  • Kursus Keusahawanan
  • Mypoket Biz
  • Mypoket
  • Kursus Asas Pemasaran
  • Psikologi Perniagaan

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Perkhidmatan ProTRA Academy?

kenapa anda harus hadir kursus motivasi

Terdapat pelbagai sebab kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan ProTRA Academy kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat untuk meningkatkan jati diri anda. Antara kelebihan – kelebihan yang anda boleh dapati melalui ProTRA Academy termasuklah;

  • Boleh Meningkatkan Potensi Diri Anda

meningkatkan motivasi diri dengan hadir kursus motivasi

Setiap kursus yang dilakukan akan membolehkan anda untuk meneroka kemahiran – kemahiran yang baru dan seterusnya memberikan anda peluang untuk meningkatkan potensi diri anda. Anda boleh mengetahui tentang pelbagai jenis perkara seperti pekerjaan dan juga akademik yang sesuai dengan diri anda sendiri yang membolehkan anda untuk menggunakan kemahiran anda secara optimum.

  • Boleh Menambah Pengetahuan Yang Baru

tambah input ilmu baru dengan kursus ketrampilan dan keyakinan diri

Kursus – kursus yang dihadiri akan sentiasa memberikan anda pengetahuan yang baru. Anda akan mempelajari pelbagai perkara – perkara yang anda tidak tahu sebelum ini seperti ujian psikometrik untuk mengetahui psikologi diri anda. Dengan menghadiri kursus bengkel ujian psikologi, anda boleh meningkatkan pemahaman dan kemahiran tentang ujian piskologi. Anda juga boleh menambahkan pengetahuan anda dengan menghadiri kursus – kursus lain yang ditawarkan oleh ProTRA Academy.

  • Trainer dan Fasilitator Yang Professional

kursus ketrampilan diri oleh trainer yang berpengalaman

Semua trainer dan juga fasilitator yang mengendalikan kursus oleh ProTRA Academy ini adalah yang mempunyai pengalaman yang banyak dan juga professional dalam mengendalikan kursus dan juga latihan – latihan yang diberikan. Jadi, anda akan sentiasa dapat mempelajari pelbagai perkara baru dan juga dapat menimba pengalaman yang banyak bersama trainer dan juga fasilitator ProTRA Academy ini.

  • Kursus Yang Memberikan Manfaat Yang Banyak

kursus yang memberi kesan jangka panjang

Kursus – kursus yang diadakan bukan sahaja terhad kepada satu sahaja kelebihan, malah ia juga dapat membantu anda untuk mendapatkan pelbagai lagi kelebihan – kelebihan yang lain. Contohnya, anda mungkin mendaftar untuk kursus motivasi, tetapi dalam masa yang sama, anda juga dapat meningkatkan kemahiran – kemahiran yang ada di dalam diri anda serta meningkatkan keyakinan diri anda.

Testimoni – Testimoni Peserta Kursus ProTRA Academy

Anda boleh melihat testimoni – testimoni para peserta ProTRA Academy yang berpuas hati dengan kursus yang dihadiri seperti di bawah;

testimoni peserta kursus motivasi

Program ini sangat bagus dan berkesan bagi meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam mengendalikan ujian psikometrik berjenama Sidek ini. Tambahan pula sudah banyak pembaharuan terkini yang dilakukan oleh Prof Madya Dr Sidek.

Ini bermakna mereka yang tidak mendapat lesen kelayakan daripada Dr Sidek sebenarnya tidak layak dan kompeten untuk mengendalikan sebarang ujian berjenama Sidek. Program ini seharusnya dihadiri oleh semua kaunselor dan pegawai psikologi dari seluruh negara kerana seperti yang kita maklum bahawa hampir kesemua sekolah dan institusi menggunakan ujian psikometrik berjenama Sidek.

– Ahmad Fadzli, Bachelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) UPM, Motivator& Training Consultants, Personaliti TV Al Hijrah

testimoni peserta kursus motivasi gaya NLP

Program KPF  yang cemerlang. Trainer dan fasilitator program ini telah berjaya menyediakan sebuah ‘safe and condusive environment’ untuk saya belajar menjadi seorang fasilitator professional yang cemerlang.

– Puan Rozaliti Saupi, Pensyarah di Politeknik Tuanku Sirajuddin, Perlis

Tempah Kursus Anda Bersama ProTRA Academy Sekarang!

Anda boleh menempah kursus dari ProTRA Academy untuk meningkatkan potensi anak – anak buah syarikat anda dengan menghubungi talian dan juga info seperti di bawah;

Jom Tempah Kursus Penampilan Diri Dengan ProTRA Academy SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

37-1, Jalan Damai Raya 1, Damai Niaga, Alam Damai, Cheras Kuala Lumpur 56000 Malaysia

   
Jom Tempah Kursus Penampilan Diri Dengan ProTRA Academy SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Kursus Penampilan Diri Dengan ProTRA Academy SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: