Review
Jan 9, 2018, 10:46am

Cara Menggayakan Tudung Bawal Shawl dengan lebih Trendy


  •  
  •  
  •  
  •  

Siapa yang tidak tahu tudung? Tudung adalah penghalang yang digunakan oleh wanita muslim yang juga disebut sebagai hijab. Namun dalam islam, tudung lebih tempat merujuk kepada tatacara berpakaian sesuai dengan tuntutan agama. Terdapat pelbagai pilihan tudung di pasaran sama ada tudung bawal, tudung satin dan tudung instant shawl.

pemakaian tudung satin terkini

Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Oleh sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Jesteru itu, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli.

teknik pakai tudung satin

Pada zaman yang serba canggih ini, tudung sudah dipelbagaikan selaras dengan pemodenan. Salah satu trend adalah cara pemakaian tudung satin yang banyak digunakan tidak kira remaja atau dewasa.

Tudung satin terkenal di negara Turki, hampir keseluruhan wanita dinegara tersebut mengayakannya. Sebab itulah ada juga yang mengelarkan tudung satin sebagai tudung Turki. Tudung satin ini sesuai digunakan di mana – mana sama ada ke pejabat mahupun majlis – majlis perkahwinan.

Menggayakan Tudung Satin Supaya Lebih Trendy

Seiring dengan perkembangan tudung, pelbagai tutorial tudung satin pun boleh ditemui di Youtube. Di sini saya cuba kumpulkan beberapa tutorial penggayaan tudung satin supaya si pemakai lebih kreatif dan trendy dalam pemakaian tudung satin ini.

tutorial pakai tudung satin

Gaya Pertama

  1. Mulakan dengan langkah asas dalam memakai tudung bawal. Lipatkan tudung menjadi segi tiga dan kemudian letakkan tudung di atas kepala. Sebelum pin kerongsang disematkan, pastikan panjang kedua – dua bahagian tudung di sebelah kanan dan kiri adalah sama.
  2. Betulkan bentuk tudung di bahagian wajah anda. Setelah berasa puas hati, ambil kedua-dua bahagian hujung tudung.
  3. Simpulkan kedua-dua bahagian hujung tudung tadi seperti di dalam gambar.
  4. Simpulkan tudung dengan kemas seperti di dalam gambar. Pada langkah ini juga anda boleh menetapkan jarak reben mengikut kehendak masing-masing.
  5. Tadaaa! Inilah hasil akhir penggayaan tudung bawal ini. Sangat mudah dan ringkas bukan? Cubalah sendiri.
tudung satin 11

Gaya tudung ini adalah sangat mudah dan boleh anda gayakan di mana-mana jua pada bila-bila masa. Oleh sebab gaya yang amat ringkas dan pantas ini, ia sangat ideal untuk mereka yang mempunyai masa yang singkat untuk bersiap. Lambat ke kelas, ke pejabat, ataupun bertemu janji dengan pasangan mahupun teman-teman, hanya ikuti langkah tutorial yang mudah ini untuk tampil menarik dan berasa yakin dan juga ceria sepanjang masa!

Gaya Kedua

  1. Lipatkan tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga. Bahagikan tudung anda kepada dua bahagian secara sama rata.
  2. Ambil tudung di bahagian kiri anda dan pinkannya di bahagian bawah telinga anda. Biarkan lebihan tudung itu jatuh kebawah dan kemaskannya.
  3. Ambil bucu tudung bahagian kanan anda, dan pinkannya di bahagian atas kepala anda. Pinkan tudung anda menggunakan brooch yang kecil atau jarum peniti.
  4. Kemaskan bahagian dada anda. Selaraskan labuh di bahagian dada anda mengikut keselesaan anda.  Anda boleh meletakkan brooch besar di kedua-dua bahagian bahu kiri dan kanan untuk tampil lebih anggun dan elegan.
tudung satin 10

Gaya tudung ini boleh digayakan pada bila – bila masa. Ianya akan bertambah canti jika anda pandai memilih warna dan corak.

Gaya Ketiga

  1. Betulkan bahagian alunan tudung di hadapan anda sebagai langkah terakhir agar ia kelihatan cantik, kemas dan terletak.
  2. Pastikan anda melipatnya menjadi bentuk segi empat tepat dengan kemas.
  3. Letakkan tudung atas kepala anda. Bahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda menentukannya sama ada di sebelah kanan atau kiri.
  4. Sebelum anda sematkan pin kerongsang, pastikan bahagian pendek itu hanya berukuran 3 inci. Setelah itu, sematkan pin kerongsang di bawah dagu anda dengan kemas.
  5. Kemas-kemaskan dahulu tudung di bahagian muka anda. Kemudian, ambil bahagian hujung tudung yang panjang tadi dan bawa ke sebelah bertentangan untuk dililit.
  6. Lilitkan bahagian tudung yang panjang tadi ke bahagian atas kepala anda. Pastikan lilitan anda kemas dan tanpa lipatan mahupun kedutan untuk hasil yang lebih cantik.
  7. Lilitkan tudung mengikut keselesaan anda. Jangan terlalu ketat dan longgar. Setelah anda puas hati, ambil jarum peniti dan sematkannya di atas kepala anda dengan kemas seperti di dalam gambar.
  8. Inilah hasilnya, mudah dan cepat bukan? Tunggu apa lagi, cubalah.
tudung satin 13

Gaya tudung bawal yang ringkas dan mudah ini boleh anda gayakan tidak kira ke mana tujuan anda sama ada ke tempat kerja, bertemu rakan, berjalan-jalan ataupun ke kuliah. Gaya ini amat santai dan bersahaja, namun masih mampu menampilkan keanggunan dan keayuan si pemakainya.

Gaya Keempat

  1. Letakkan tudung di atas kepala. Untuk gaya ini anda tidak perlu melipatnya menjadi bentuk segi tiga. Pastikan kedua-dua bahagian hujung tudung mempunyai panjang yang sama.
  2. Ambil bahagian hujung kedua-dua belah tudung seperti di dalam gambar.
  3. Ikat kedua-dua hujung tudung tadi di belakang kepala anda dengan kemas. Lihat gambar untuk rujukan.
  4. Efek alunan tudung akan terbentuk di bahagian hadapan hasil dari ikatan tudung di belakang kepala tadi. Betulkan dan kemaskan bahagian dalam di sebelah kiri tepi tudung anda dengan menariknya sedikit ke hadapan. Pastikan ia tidak terlalu ketat dan longgar untuk keselesaan anda.
  5. Ambil jarum peniti dan sematkan di bahagian bawah telinga anda. Sematkan jarum peniti dengan kemas agar pin tidak mudah tercabut atau tertanggal.
  6. Tudung akan kelihatan seperti di dalam gambar setelah anda selesai membetulkan dan mengemaskan bahagian dalam tepi tudung di kedua-dua belah kanan dan kiri.
  7. Betulkan bahagian alunan tudung di hadapan anda sebagai langkah 8 terakhir agar ia kelihatan cantik, kemas dan terletak.
tudung satin 12

Gaya ini amat sesuai dipakai apabila anda bertemu rakan-rakan ataupun keluar bersiar-siar terutamanya kepada wanita yang ingin kelihatan muda dan mempesona. Anda juga boleh menggayakannya ke majlis-majlis istimewa sekiranya anda ingin. Ia kelihatan berbeza tetapi mampu menarik perhatian setiap orang dengan kelainan fesyen tudung ini.

Gaya Kelima

  1. Untuk menggayakan tudung bawal dengan gaya ini, pilih warna inner neck mengikut warna tudung bawal atau yang bersesuaian. Mulakan dengan langkah asas iaitu melipat tudung bawal menjadi segi tiga dan kemudian letakkan atas kepala. Untuk gaya ini, anda tidak perlu risau untuk menyamakan panjang kedua-dua bahagian tudung.
  2. Kemaskan bahagian kepala dan setelah anda berasa puas hati, lipatkan sedikit bahagian atas tudung, terpulang kepada anda sama ada untuk melipat bahagian tudung sebelah kiri atau kanan. Lipat dengan kemas untuk hasil yang cantik. Ambil jarum peniti dan sematkannya dengan kemas.
  3. Pastikan anda mendapat hasil seperti di dalam gambar. Kemaskan bahagian tepi tudung mengikut lipatan yang terhasil untuk langkah seterusnya.
  4. Ambil bahagian hujung tudung mengikut lipatan bahagian atas tudung. Sekiranya anda melipat bahagian atas tudung sebelah kiri, ambil hujung tudung sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan. Tidak perlu terlalu tinggi, cukup pada aras telinga anda. Kemaskan bahagian alunan tudung dan kemudian sematkan dengan jarum peniti.
  5. Setelah anda puas hati dengan hasil di sebelah kiri, mulakan di bahagian kanan dengan mengambil bahagian hujung dan membawanya ke belakang seperti di dalam gambar. Kemaskan dahulu
  6. alunan tudung, setelah berasa puas hati, pinkan. Sesudah langkah ini, kemas-kemaskan tudung dan alunan tudung tadi agar tidak kelihatan serabut.
tudung satin 15

Gaya ini bukan sahaja mudah dan ringkas, malah juga fleksibel dan boleh digayakan oleh semua gadis di luar sana. Mungkin ada yang meminati gaya ini namun mematahkan hasrat untuk menggayakannya kerana tidak menutup bahagian dada. Usah risau, kerana anda boleh menyelaras saiz tudung bawal mengikut keselesaan anda pada langkah pertama.

PIZZASCARF  – Hijab 2 in 1 Pilihan Rakyat Malaysia

pizzascarf trend tudung satin terkini

PIZZASCARF mula diperkenalkan seawal bulan September 2015. Dengan menggunakan konsep dan bentuk tudung berbentuk pizza, PIZZASCARF telah direka sendiri oleh pemilik iaitu Anis Suraya Zulkifly atau lebih dikenali sebagai Chef Ayaya oleh pengikut jenama tudung PIZZASCARF ini.

Tudung ini diinovasikan oleh Chef Ayaya dengan ramuan yang cukup baik yang telah menggabungkan stail pemakaian tudung bawal dan juga selendang. Selain itu dengan teknik yang mudah dan betul, pembeli dapat memakai tudung PIZZASCARF ini dalam pelbagai majlis dan acara.

PizzaScarf Bukan Sekadar Nama Brand

tudung satin 35

Disebalik nama yang unik, PizzaScarf sebenarnya di ilhamkan dari pizza yang sebenar. Bentuk tudung ini adalah 3 / 4 potongan pizza yan sebenar. Tudung ini juga menggalakkan otak kiri anda berjalan serentak dengan imaginasi anda. Sebagai contoh, Untuk gaya bawal, anda perlu lipat satu potongan dan bentukkan sehingga menjadi 2 / 4 potongan Pizza. Jika tidak lipat dengan betul, tudung ini tidak akan terbentuk.

Perkhidmatan Penghantaran “PizzaScarf Delivery” Melalui Aplikasi Mobile Yang Pertama

tudung satin 34

Sebelum ini, pembeli hanya dapat membeli tudung ini melalui website sahaja. Namun begitu, dengan transformasi terbaru 2018 PIZZASCARF telah menyediakan satu lagi perkhidmatan khas melalui aplikasi mobile ataupun mobile app. Pembeli hanya perlu memuat turun aplikasi PIZZASCARF dalam App Store dan juga Google PLAY untuk membuat pembelian melalui telefon bimbit.

tempah tudung satin dengan aplikasi mobile

Yang lebih istimewa melalui aplikasi ini juga, pembeli boleh memilih kawasan penghantaran berdekatan dengan semakan melalui ‘Google Map’ dan membuat tempahan terus dengan memilih menu tudung yang disediakan. Perkhidmatan penghantaran ke rumah ini adalah secara percuma dan pembeli akan menerima stamps atau token khas sebagai tanda penghargaan dari PIZZASCARF.

  koleksi tudung satin terkini pizzascarf

PIZZASCARF telah mengeluarkan 4 koleksi terbaru iaitu, Premium Basic Satin Silk, Premium Basic Chiffon Flamingo, Premium Basic Chiffon Georgette dan juga Premium Basic Adjustable Crepe. Setiap helaian tudung ini akan dihantar bersama kotak berbentuk pizza, backpin metal tag dan juga kad khas dari Chef Ayaya.

Kenapa Anda Perlu Memilih PizzaScarf?

warna tudung satin pizzascarf

PizzaScarf adalah selendang yang amat mudah digunakan dan mudah terbentuk. Bahan yang digunakan bukan sahaja tidak panas, malah anda tidak perlu menyeterika tudung anda. Selain itu, terdapat pelbagai warna yang boleh anda pilih. Antaranya adalah :-

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Grape

tudung satin 20

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Neslo

tudung satin 18

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Rose glaze

tudung satin 19

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Black Legam

tudung satin 21

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Rose Tea

tudung satin 22

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Red velvet

tudung satin 23

Tudung Satin PizzasScarf – Warna Milo

tudung satin 24

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf Yang Mudah Dan Selesa

Tudung ini juga boleh digayakan melebihi 6 stail yang berbeza mengikut cita rasa anda.

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf – Turkey wear

tudung satin 25

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf – Shawl Wear

tudung satin 26

Pemakaian tudung gaya shawl pun boleh. Tapi kena ingat , gaya ini tak sama seperti gaya shawl yang anda pernah lihat.

Tips: Untuk gaya ini, anda perlu pakai dibahagian lurus jahitan. boleh dipakai di tengah2 mahupun di tepi. lilit dengan kemas okay. Premium Basic Chiffon Flamingo sesuai gaya ini.

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf – Hipster Wear

tudung satin 27

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf – Muslimah Wear

tudung satin 28

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf – Flip Wear

tudung satin 01

Pemakaian tudung gaya ini lebih dikenali sebagai gaya selempang. Gaya ini cukup terkenal di Malaysia untuk gaya bawal.

Tips: untuk pastikan lebihan tudung sama panjang. pakai tudung di bahagian tengah sedikit ataupun hampir ke pada centre. Ingat, jangan lepaskan centre sebelum pin tudung.

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf  – Bawal Wear

tudung satin 02

Cara Pemakaian Tudung Satin PizzaScarf  – Basic Wear

tudung satin 03

Gaya – gaya tersebut sesuai kemana-mana majlis kerana selain ringkas dan selesa selain ianya juga mudah dipakai. Anda boleh juga ke youtube rasmi Pizzascarf untuk mengetahui lebih banyak lagi tutorial.

Testimoni Pelanggan Pizzascarf

Mari kita lihat pelanggan yang menggunakan Pizzascarf.

tudung satin 04 tudung satin 05 tudung satin 06 tudung satin 07

Dapatkan PizzaScarf Sekarang!

Sekiranya anda berminat untuk menempah pizzascraf , anda boleh menempah secara atas talian atau menghubungi PizzaScarf ataupun akaun media sosial seperti berikut:

tudung satin 08

PIZZASCARF | TUDUNG SATIN GAYA TERKINI Hotline: Tekan untuk telefon (010-3957122) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @pizzascarf Instagram: @pizzascarf