Memiliki bibir merah jambu secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih berseri, muda dan menarik. Kadangkala wajah nampak lebih cantik sekiranya tidak disapu solekan tebal dan bibir merah jambu semula jadi menyerlahkan sisi lebih menarik pada wajah.
Tetapi bagaimana pula pada mereka yang mengalami masalah bibir kering dan mengelupas? Masalah bibir merekah hingga terluka bukan saja mencacatkan penampilan, ia juga membuatkan seseorang rasa tidak selesa kerana kesakitan pada bahagian bibir setiap kali bercakap, ketawa atau makan. Keadaan itu secara tidak langsung boleh mengganggu aktiviti seseorang malah boleh membuatkannya rasa kurang keyakinan diri atau menarik apabila terpaksa berhadapan dengan keadaan bibir mengelupas saban hari.
Kulit di bibir kita sangat berbeza dengan kulit di bahagian tubuh yang lain. Di muka, antaranya kita ada keratin dan melanin semula jadi yang bertindak sebagai lapisan perlindungan. Muka kita juga boleh berpeluh dan berminyak. Manakala bibir kita pula, keadaannya semula jadi kering sejak lahir. Ia tidak mengandungi minyak, lembapan dan tidak berpeluh. Ia tidak mempunyai lapisan perlindungan. Kulit di bibir kita ialah bahagian yang paling halus, lembut dan sensitif. Sejak lahir sehinggalah kita mati ia tetap akan berkeadaan kering
Ramai yang tidak sedar dan memahami hakikat kenapa bibir mereka kering dan merekah terutama sekiranya kurang minum air, cuaca terlalu panas atau sejuk. Sekiranya kita kurang air dan berhadapan dengan keadaan cuaca seperti terlalu kering, panas atau sejuk, bibirlah yang paling awal menjadi kering dan merekah berbanding wajah dan bahagian tubuh lain kerana ia tidak mempunyai lapisan perlindungan tadi.
Pengambilan air putih yang secukupnya dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang mengakibatkan bibir kering dan merekah.
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Sebagai contohnya buah oren dan epal hijau.
Berikut merupakan petua tradisional untuk mengelakkan bibir daripada kering, Lakukan urutan bibir dengan menggunakan madu atau minyak zaitun kerana urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya menyihatkan bibir.
Di negara Luar yang mempunyai musim sejuk, mereka perlu memakai pelembap bibir untuk mengelakkan bibir merekah dan berdarah. Di sini iaitu Malaysia, kita sentiasa dalam musim panas dan sepatutnya kita juga sentiasa memakainya demi melindungi keadaan bibir kerana bibir yang tidak dilembapkan akan menjadi kering dan nampak tidak sihat. Ada yang berasakan tidak perlu memakai pelembap bibir kerana apabila kering sekadar melembapkannya menggunakan air liur. Walhal sebenarnya cara begitu lebih membuatkan bibir bertambah kering.
Pelembap bibir dari Faraa Lip Butter kini sangat digemari pengguna dan dalam kajian yang telah dilakukan, ia digemari pengguna Melayu yang masih muda. Mereka sukakan pelembap bibir dari Faraa Lip Butter untuk menaikkan seri wajah. Keistimewaan utama Faraa Lip Butter ini terletak pada bahannya yang mampu merawat masalah bibir kering dan mengelupas sekaligus menjadikan bibir anda kelihatan cantik menawan. Tambahan pula, Faraa Lip Butter ini juga digunakan sebagai pengganti gincu yang lebih menjimatkan masa dan senang digunakan sepanjang masa.
Penting untuk mengetahui bahan di dalam pelembap bibir itu. Ada pelembap yang kita pakai tidak mampu melembapkan bibir. Sebenarnya setiap orang berbeza kerana keadaan bibir yang berbeza. Kawan kita mungkin sesuai dengan sesuatu pelembap bibir, tetapi produk itu tidak sesuai dengan kita. Jadi elok tahu bahan yang sesuai dengan bibir kita. Bahan yang ada dalam pelembap bibir Faraa Lip Butter ialah mentega shea, vitamin E, argan oil, bees wax, jojoba oil dan ada tambahan bahan lain untuk memberi lebih kebaikan kepada bibir. Seperti yang saya katakan tadi, pelembap bibir Faraa Lip Butter ini selain mencantikkan bibir ianya juga boleh merawat masalah bibir anda.
Selebriti terkenal iaitu Farahanim Razak merupakan pengasas Produk terbaru Faraa Lip Butter ini. Produk ini terhasil bagi membantu mereka yang memiliki bibir bermasalah dan mengalami bibir merekah yang teruk serta ia tidak dapat diselesaikan dengan pelembap biasa. Selain itu, produk itu juga sesuai untuk mereka yang gemar mencuba pelbagai jenis gincu, tetapi bibir terlalu sensitif selain merasakan sapuan pelembap bibir melecehkan dan terpaksa menyapunya sepanjang hari bagi mendapatkan bibir yang cantik.
Teknologi eksklusif daripada Faraa Lip Butter yang memberi kelembapan yang banyak pada bibir, seterusnya membentuk lapisan pelembap di atas bibir bagi mengikat bahan aktif supaya ia dapat diserap ke dalam bibir dan melembapkannya sepanjang hari. Ia kaya dengan campuran yang penuh dengan kebaikan vitamin E yang membantu menyingkirkan sel kulit mati dan permukaan kasar di atas bibir sepanjang malam, sekali gus melembutkannya dan membuatkannya lebih anjal.
Fara Lip Butter sangat sesuai untuk anda yang suka akan bibir yang kelihatan natural merah. Bila diamati, sejurus memakai Faraa Lip Butter warnanya seakan mengikut warna bibir setiap orang yang memakainya. Tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair. Sangat cantik sekali.
Cara memakainya juga cukup mudah, iaitu sapu rata Faraa Lip Butter ke seluruh bibir. Dengan pemakaian yang kerap, sel kulit mati akan disingkirkan dari bibir dan membuatkan bibir lebih berasa lembap sentiasa
Caramel mint mempunyai bau yang sangat harum apabila dipakai dan rasa sedikit berangin. Rasa mint tersebut lama-kelamaan akan hilang sendiri. Sesuai untuk anda yang inginkan bibir pink berseri. Warna ini sentiasa mendapat permintaan tinggi dari golongan remaja.
Berbau harum sama seperti caramel mint. Lebih nampak natural pada bibir apabila memakainya. Warna ini juga sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dewasa.
Siapa sangka pelembap bibir Faraa Lip Butter ini sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan. Bukan sahaja mampu merawat masalah bibir malah sesuai digunakan dimana sahaja. Bibir tampil lebih menawan setelah memakainya. Lihat testimoni dibawah ini :
Kini dengan produk berasaskan bahan semulajadi dari Faraa Lip Butter ini, pastinya akan menjadi best friend di dalam handbag anda. Anda cuba sekali dan pasti menyukainya. Jom dapatkan sekarang, Faraa Lip Butter menerusi whatsapp di bawah.
FARAA LIP BUTTER | RAWAT BIBIR KERING DENGAN BERKESAN
Hotline: Tekan untuk telefon (013-9412792) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Faaralipbutter By Farahanimrazak
Instagram: @secretlipbutter
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang