Review
Mar 3, 2018, 6:53pm

Cara Mencuci Perabot Kulit, Kayu Dan Besi Dengan Mudah Dan Cantik


Tidak lengkap rasanya jika anda mempunyai sebiji rumah yang kosong tetapi tidak dilengkapi perabot. Perabot – perabot ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dan juga mampu membuatkan rumah anda kelihatan lebih cantik dan juga berseri. Oleh sebab itu, ramai yang tergila – gilakan perabot dan sanggup berhabis duit untuk memastikan perabot di dalam rumah mereka kelihatan cantik di mata mereka dan juga tetamu. Terdapat pelbagai jenis material yang digunakan untuk membuat perabot seperti kayu, kulit dan juga besi.

Cara Mencuci Perabot Kulit, Kayu Dan Besi

Material – material seperti ini perlu dijaga dengan baik sekiranya anda mahukan ia tahan lebih lama dan sentiasa kelihatan seperti baru sahaja dibeli. Perabot yang mahal seperti perabot yang diperbuat daripada kayu jati ataupun kulit asli memerlukan anda untuk memberikan perhatian yang lebih untuk memastikan perabot seperti ini tidak mudah rosak ataupun calar. Jadi, anda boleh mengikuti cara yang bakal dikongsikan di bawah untuk memastikan perabot anda sentiasa tampak bersinar.

cara mencuci perabot kulit, kayu dan besi dengan mudah

Cara Mencuci Perabot Kulit, Kayu Dan Besi

Anda perlu mencuci perabot dari jenis kulit dan fabrik secara rutin untuk memastikan ia sentiasa bebas daripada debu. Selain itu, anda perlu mengetahui bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk mencuci perabot dengan betul. Anda boleh menggunakan tips – tips yang bakal dikongsikan di bawah untuk mencuci perabot kulit dan fabrik anda secara mudah dan juga sentiasa kelihatan cantik.

cara mencuci perabot kayu dengan mudah

Cara Mencuci Dan Mengilatkan Perabot Kulit

  • Menggunakan Bahan Berasaskan Minyak Atau Lilin

Bahan kulit selalunya mengeluarkan minyak unuk melapisi dan juga melindungi permukaannya. Jika tiada minyak yang dikeluarkan, ia akan mula menunjukkan tanda – tanda retak atau pecah kerana terlalu kering. Perabot kulit akan kehilangan minyaknya apabila ia digunakan pada masa yang lama. Jadi, anda perlu menggantikan minyak tersebut dengan menggunakan produk berasaskan minyak ataupun berlilin agar ia berfungsi sebagai pelembap dan boleh melindungi permukaan perabot kulit anda.

cara mencuci perabot kulit dengan mudah

  • Elakkan Dari Terkena Cahaya Matahari

Jangan letakkan perabot kulit anda di bawah cahaya matahari secara langsung ataupun tempat yang terdedah dengan sebarang sumber cahaya yang kuat. Hal ini kerana, perabot kulit akan menjadi kering serta kusam jika ia terdedah dengan cahaya matahari. Selain itu, perabot anda juga akan mudah pecah dan retak akibat kehilangan minyak jadi pastikan perabot anda diletakkan sekurang – kurangnya satu meter daripada sumber cahaya yang kuat agar ia tetap kelihatan baru dalam jangka masa yang lama.

cara mencuci perabot kulit dengan mengelakkan dari cahaya matahari

  • Bersihkan Perabot Daripada Debu

Anda boleh membersihkan perabot kulit anda daripada debu dengan menggunakan berus yang berbulu halus. Anda boleh melakukan rutin ini seminggu sekai sekiranya anda sentiasa menggunakan perabot tersebut. Hal ini kerana, perabot tersebut akan berdebu apabila bersentuhan dengan kulit anda secara langsung. Sekiranya anda menggunakan vakum, pastikan anda menggunakan bahagian hujung yang berbulu halus agar perabot kulit anda tidak mudah tercalar.

mencuci debu pada perabot kulit setiap hari

  • Gunakan Pengilat Khas Untuk Perabot Kulit

Pastikan anda sentiasa menggunakan pengilat khas untuk perabot kulit anda. Anda boleh mendapatkan pengilat yang dijual di pasaran untuk memastikan perabot kulit anda sentiasa mempunyai minyak untuk memlihara kulit tersebut daripada pecah dan retak. Pastikan anda mengikut arahan yang ditulis di pengilat tersebut agar anda tidak tersilap dengan cara penggunaan pengilat tersebut. Pastikan juga bahawa ianya sesuai dengan kulit anda dan tidak membuatkan perabot kulit anda bertukar warna.

gunakan pengilat perabot kulit

Cara Mencuci Perabot Kayu

  • Meggunakan Pencuci Yang Sesuai

Perabot kayu juga memerlukan pencuci yang sesuai kerana ia juga merupakan salah satu material yang memerlukan penjagaan yang teliti untuk tahan lebih lama. Anda boleh menggunakan pencuci dari jenis cecair untuk membersihkan permukaan kayu dan struktur perabot kayu anda. Anda juga boleh menggunakan sedikit cuka sekiranya terdapat kotoran yang degil. Anda juga boleh menggunakan cecair pencuci pinggan jika anda tidak mempunyai pencuci khas untuk perabot kayu.

cara mencuci perabot kayu dengan selamat

  • Gunakan Campuran Air Dan Minyak

Anda boleh membersihkan perabot kayu anda daripada habuk agar ia sentiasa kelihatan cantik dan bersinar. Anda boleh menggunakan campuran air bersama minyak sama ada minyak zaitun ataupun minyak kelapa dan lapkan seluruh permukaaan perabot anda. Minyak sayur juga boleh digunakan sekiranya anda mahukan alternatif yang lebih murah. Anda juga boleh mengelap bahagian – bahagian yang tersembunyi untuk mendapatkan kesan yang lebih baik untuk perabot anda.

guna campuran air dan minyak untuk mencuci perabot kayu

  • Mengilatkan Perabot Kayu

Selain dari mengilatkan perabot kulit, anda juga boleh mengilatkan perabot kayu. Anda boleh menggunakan pengilat ataupun losyen khas untuk kayu untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan kayu perabot anda sentiasa nampak cantik dan berkilat. Apabila anda menggunakan pengilat, perabot kayu anda akan kelihatan baru dan juga akan tampak lebih bersinar.Anda boleh mendapatkan pengilat kayu di kedai – kedai perabot ataupun membeli di atas talian.

mengilatkan perabot kayu supaya nampak cantik

Cara Mencuci Perabot Besi

  • Mencuci Dengan Sabun Yang Lembut

Anda boleh mula mencuci perabot besi anda dengan menggunakan sabun organik ataupun sabun yang diperbuat daripada bahan yang lembut. Jangan sesekali menggunakan detergent ataupun sabun pencuci baju untuk mencuci perabot besi di rumah anda. Hal ini kerana, sifat detergent yang panas boleh menyebabkan besi di perabot anda menjadi terhakis dan juga pudar warnanya.

cara mencuci perabot besi tanpa berkarat

  • Menggunakan Kain Serap Air

Perabot besi boleh dikeringkan dengan menggunakan kain bersih yang menyerap air. Pastikan anda tidak membiarkan perabot besi anda terdedah dengan air dalam jangka masa yang lama kerana ia boleh menyebabkan besi anda mudah karat. Berbeza dengan perabot kayu dan kulit, anda juga perlu memastikan bahawa perabot besi anda tidak terkena sebarang minyak kerana ia juga boleh membuatkan besi anda mudah berkarat. Jadi, pastikan perabot besi anda sentiasa kering dan dilap dengan kain yang serap air.

cara mencuci perabot besi dengan kain serap air

  • Lap Habuk Dengan Kain Yang Kering

Jika perabot besi anda tidak mempunyai sebarang kotoran untuk dicuci, anda boleh membuang habuk di perabot besi anda tanpa menggunakan air ataupun pencuci. Sebaiknya, anda boleh menggunakan kain yang kering dan juga lembut untuk mencuci permukaan besi yang berhabuk. Hal ini kerana, perabot besi lebih mudah untuk ditanggalkan habuk berbanding perabot kayu ataupun kulit. Selain itu, anda perlu menggunakan kain lembut untuk memastikan ia tidak calar.

lap habuk pada perabot besi dengan kain yang kering

Katta Kayu Beeswax (Pengilat Perabot Pilihan Ramai)

katta kayu beeswax pengilat perabot kayu terbaik

Katta Kayu Beeswax merupakan projek 2018 oleh FS Design Furniture Sdn Bhd dan termasuk di dalam kategori produk untuk rumah. Ia menggunakan formula natural beeswax untuk mengilatkan perabot, bahan antik, besi dan juga barangan kulit. Katta Kayu Beeswax adalah 100% natural dan juga merupakan produk food grade. Ia juga merupakan produk eco green dan juga peneraju utama di dalam bidang pengilat perabot di Malaysia.

pencuci perabot kayu,kulit dan besi terbaik

Sekiranya anda merupakan tuan rumah yang mempunyai perabot, peniaga perabot, peniaga barangan kulit mahupun klien tetap Katta Kayu & FS Design Furniture, anda boleh mencuba untuk menggunakan Katta Kayu Beeswax dan lihat sendiri keajaiban produk ini kepada perabot ataupun barangan anda. Dengan menggunakan aluminium tin hitam dan silver sebagai packaging serta rekaan sticker vintage bersama penerangan produk di bahagian packaging, ianya pasti memudahkan anda untuk menggunakan produk ini.

pengilat perabot kulit, kayu dan besi yang murah

Beeswax mempunyai fungsi yang sama seperti wax yang mahal harganya seperti briwax, rustoleum dan juga minwax tetapi beeswax mempunyai harga yang jauh lebih rendah. Ia juga didatangkan dengan 3 jenis saiz iaitu 150g, 200g, dan juga 500g.

Bahan – Bahan Katta Kayu Beeswax

Antara bahan – bahan yang digunakan di dalam Katta Kayu Beeswax adalah;

  • Beeswax Asli
  • Minyak Zaitun
  • Ekstrak Orange
  • Ekstrak Minyak Pine

bahan pencuci perabot kayu katta kayu

Kelebihan Menggunakan Katta Kayu Beeswax

Anda boleh menggunakan Katta Kayu Beeswax sebagai pengilat pilihan anda kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri. Antara kelebihan – kelebihan Katta Kayu Beeswax termasuklah;

  • Selamat Digunakan

Beeswax merupakan bahan asli yang selamat untuk digunakan. Adunan dengan extrak minyak kayu pain ini yang yang semestinya bahan semulajadi tidak membahayakan kepada anak kecil jika terpegang pada perabot yang baru dicuci. Cumanya ia sedikit berbau seperti minyak tanah, tetapi bau tersebut sangat nipis dan tidak menjejaskan haruman di ruangan perabut tersebut.

katta kayu beeswax selamat digunakan

  • Mudah Untuk Digunakan

Anda hanya perlu menggunakan Katta Kayu Beeswax dengan mengelap pada permukaan perabot anda dan biarkan ia menyerap ke dalam perabot anda dengan sendiri. Penggunaan pengilat yang mudah ini membolehkan anda untuk mendapatkan perabot yang cantik dan bersinar dengan mudah.

pencuci perabot kulit yang mudah digunakan

  • Produk Mesra Alam

Produk Katta Kayu Beeswax merupakan produk yang mesra alam di mana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan juga dijamin 100% semulajadi. Oleh itu, anda boleh menggunakan produk ini sebanyak mungkin tanpa membahayakan alam sekitar dan juga kesihatan anda. Bahan – bahan di dalam Katta Kayu Beeswax ini juga selamat untuk digunakan sekitar kanak – kanak.

perabot pencuci kayu yang mesra alam

  • Original

Katta Kayu Beeswax juga dijamin original dan tiada bahan tiruan yang digunakan di dalam produk ini. Jadi, anda boleh mendapatkan Katta Kayu Beeswax daripada pengedar – pengedar yang sah agar anda boleh menggunakan produk Katta Kayu Beeswax yang original dan dijamin ketulenannya.

cara mencuci perabot kulit, kayu dan besi dengan selamat

  • Harga Yang Berpatutan

Bukan sahaja ia boleh memberikan kesan yang terbaik, anda juga boleh mendapatkan produk ini dengan harga yang amat berpatutan tanpa perlu berhabis duit. Tambahan pula, Katta Kayu Beeswax boleh digunakan pada masa yang lama serta pada pelbagai permukaan seperti kayu, besi dan juga kulit. Ini akan membolehkan anda untuk menjimatkan duit dan masih mempunyai perabot yang cantik dan berkilat.

pencuci perabot kulit yang berpatutan

Sifat – Sifat Beeswax Oil Apabila Digunakan Di Atas Permukaan Kayu

  • Ianya mudah untuk diperbaiki sekiranya permukaan kayu anda tercalar
  • Permukaan kayu anda menjadi kalis air
  • Cepat kering
  • Ia akan terus menyerap ke dalam pori – pori kayu anda dan bukan hanya terletak di permukaan kayu.
  • Membuatkan perabot anda kelihatan bersinar
  • Mungkin boleh menukar warna sesetengah kayu kepada warna yang kekuningan
  • Menjadi lebih gelap semakin lama ia digunakan.

sifat beeswax oil pencuci perabot kayu berpatutan

Testimoni Katta Kayu Beeswax

testimoni pengguna pengilat perabot kayu katta kayu beeswax

Permukaan perabot kelihatan lebih bersinar dengan Katta Kayu Beeswax

testimoni pengguna katta kayu beeswax

Dapatkan Katta Kayu Beeswax Sekarang!

Sayang kalau anda ada perabot kayu yang antik dan mahal tapi rosak ataupun nampak kusam kerana tidak dijaga dengan baik. Jika anda memiliki perabot kayu, anda kena dapatkan Katta Kayu Beeswax hari ini juga. Anda boleh mendapatkan Katta Kayu Beeswax dengan menghubungi talian dan juga info seperti berikut;

dapatkan pengilat kayu besi dan kulit katta kayu beeswax

Jom Order Katta Kayu Beexwax SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No 23A-1, Jalan Seri Mas 1, Taman Seri Mas, 43100 Hulu Langat, Selangor

   
Jom Order Katta Kayu Beexwax SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Katta Kayu Beexwax SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: