Review
Jan 21, 2018, 5:05pm

Cara Memulakan Bisnes Dobi Layan Diri


  • 24
  •  
  •  
  •  
    24
    Shares

Dobi menurut kamus dewan adalah cucian pakaian. Terdapat beberapa faktor kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan dobi. Antaranya adalah faktor kesuntukan masa dan faktor cuaca. Faktor kesuntukan masa dapat dilihat dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Hal ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat Malaysia yang tidak sempat untuk mencuci pakaian sendiri dan menghantar ke kedai dobi. Manakala faktor cuaca yang tidak menentu juga telah mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan dobi kerana pakaian yang dicuci pada musim hujan akan mengambil masa yang lama untuk kering.

cara memulakan bisnes dobi layan diri

Dobi layan diri atau dobi syiling ditakrifkan sebagai komersil gred, peralatan dobi layan diri yang diletakkan ke dalam perkhidmatan di dalam ruang runcit. Kedai dobi syiling umumnya menduduki ruang runcit ke atas pajakan jangka panjang (10-25 tahun) dan menjana aliran tunai yang kukuh sepanjang hayat pajakan. Kedai dobi dobi layan diri adalah perniagaan kecil unik kerana mereka tidak mempunyai inventori. Ada kedai dobi layan diri yang menggunakan pekerja untuk tolong pelanggan

Cara Memulakan Bisnes Dobi Layan Diri

Jenis Perniagaan dan Kewangan

Bakal pengusaha perlu membuat pilihan iaitu sama ada memilih jenis perniagaan sendiri ataupun francais. Pemilihan ini bergantung kepada modal masing-masing. Sekiranya memilih untuk membeli perniagaan dobi daripada pengusaha yang sedia ada, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu mengapa pengusaha itu ingin menjual perniagaannya. Anda sebagai usahawan boleh dapat pinjaman wang untuk bisnes dari badan seperti MARA dan TEKUN untuk dapat dana memulakan bisnes dobi. Sediakan dokumen seperti rancangan perniagaan dan lain untuk memenuhi syarat-syarat pinjaman perniagaaan dari bank atau organisasi lain.

modal dan cara memulakan bisnes dobi layan diri

Konsep Perniagaan

Pemilihan konsep perniagaan ini perlu dibuat mengikut kepada keperluan masyarakat setempat. Di negara barat, terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan cafe laundry dan self service laundry kerana mengikut kepada gaya hidup mereka yang lebih cenderung terhadap konsep tersebut. Perniagaan dobi di Malaysia juga mula menunjukkan perkembangan dengan wujudnya pelbagai jenis konsep perniagaan seperti kedai dobi kafe, kedai dobi layan diri dan juga kedai dobi perkhidmatan. Walau apa pun konsep perniagaan yang dipilih, pastikan ia bersesuaian dengan keadaan dan keperluan setempat.

modal dan cara memulakan bisnes dobi layan diri

Pemilihan Lokasi

Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi akan mendapat sambutan ramai ataupun tidak. Kawasan tersebut hendaklah cenderung kepada tumpuan dan laluan orang ramai serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kebiasaannya pengusaha dobi akan memilih kawasan perumahan, kawasan berhampiran kilang-kilang ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan sekolah-sekolah berasrama, institut pengajian tinggi ataupun kolej kolej untuk menjalankan perniagaannya.

lokasi dan cara memulakan bisnes dobi layan diri

Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka untuk menggunakan perkhidmatannya. Selain itu, pengusaha hendaklah memastikan kawasan atau lokasi pilihan tidak mempunyai pesaing atau mempunyai kekurangan kedai dobi supaya perniagaan boleh berjalan dengan baik.

Keselamatan

Keselamatan merupakan isu paling utama apabila mereka bentuk kedai dobi layan diri. Pengusaha perlu memastikan kedai dobi boleh dilihat dengan jelas kerana pelanggan mahu memastikan dirinya berada pada tahap keselesaan yang tinggi dan selamat terutamanya bagi pelanggan wanita. Pemasangan lampu yang maksimum juga diperlukan terutamanya di tempat letak kereta supaya dapat meningkatkan tahap keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan dobi. Selain itu, pengusaha hendaklah membuat pemasangan kamera untuk menyelia pelanggan sebagai salahsatu kawalan dalaman operasi perniagaan kedai dobi tersebut.

faktor keselamatan dan cara memulakan bisnes dobi layan diri

Memilih Mesin Dobi

Pilih mesin dobi berkualiti untuk kerja dobi. Mesin yang mahal tidak semestinya mesti dibeli dan kebanyakan dobi guna campuran mesin dobi komersial dan biasa untuk kerja dobi. Itulah sebab perusahawan melaburkan dalam anggaran RM25,000 untuk mesin dobi yang meliputi mesin basuh, mesin pengering pakaian, mesin aqua wash dan stim seterika. Untuk perkhidmatan cuci toto atau comforter, beli mesin basuh dan mesin pengering berkapasiti tinggi seperti 15kg atau lebih.

mesin untuk bisnes dobi layan diri

Paip dan Ventilasi yang Tepat

Untuk kedai dobi, pasti guna paip berkualiti seperti High Density Polyethylene (HDPE) paip untuk aliran air dan diguna dengan pam air (1 HP). Jangan guna PVC paip lemah kerana ia akan senang bocor bila diguna dengan pam air. Untuk ventilasi, gunakan ventilasi hos yang dibekal dengan mesin pengering pakaian. Pastikan ventilasi hos diletakkan pada lubang untuk bagi udara panas keluar dari kedai dobi. Untuk air sisa, pastikan paip keluar adalah besar untuk menampung air yang perlu dibuang apabila beberapa mesin basuh dijalankan pada masa sama.

rekabentuk saluran paip untuk bisnes dobi layan diri 

Pemasaran dan Pengiklanan

Pelanggan berpotensi perlu dapat tahu kedai dobi anda akan dibuka pada tarikh yang sesuai dan lokasinya. Ini akan membina jangkaan untuk perkhidmatan dobi anda di mana pelanggan akan sedia pakaian untuk dicuci, digosok atau guna servis cucian kering atau aqua wash.

papan tanda untuk bisnes dobi layan diri

1. Papan Tanda Iklan

Penggunaan papan iklan yang menarik akan menarik perhatian pelanggan terutamanya untuk kedai dobi baru. Pengusaha hendaklah menggunakan papan iklan yang trendy dan kreatif dengan fon, gambar dan warna yang menarik.

papan iklan kedai untuk bisnes dobi layan diri

2. Tawaran Diskaun

Bagi menarik pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan dobi di kedai dobi, pengusaha boleh menawarkan harga diskaun terutamanya pada minggu pembukaan kedai dobi dan diskaun kepada pelanggan yang berulang. Promosi ini akan dapat menarik minat pelanggan untuk berulang mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan di kedai dobi.

diskaun promosi pembukaan untuk bisnes dobi layan diri

3. Laman Sesawang

Perniagaan online atau pengiklanan melalui internet yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Laman web bagi perniagaan dobi perlu dibangunkan bagi menyampaikan maklumat dan perkhidmatan tentang kedai dobi seperti waktu operasi, info perniagaan, perkhidmatan yang disediakan, kelebihan kedai dobi dan lain-lain. Pelanggan boleh melayari laman web untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

laman sesawang untuk bisnes dobi layan diri

4. Media Sosial

Selain daripada laman sesawang, pengusaha juga boleh memperkenalkan perniagaan dobi dengan penggunaan facebook, Instagram ataupun twitter. Ketiga – tiga ini  adalah rangkaian media sosial yang paling pantas berkembang pada masa kini dan dianggarkan hampir separuh daripada pengguna Internet dunia mempunyai akaun akaun tersebut. Ini merupakan satu peluang yang seharusnya direbut segera oleh mana-mana pengusaha atau peniaga untuk melonjakkan perniagaan mereka.

media sosial tentang bisnes dobi layan diri

Jana Pendapatan Anda Dengan MCC Smart Services

MCC Smart Services ( PG0381626-P )merupakan sebuah syarikat perunding perniagaan dobi yang ditubuhkan secara rasminya pada 11 disember 2015 di Kulim, Kedah Darul Aman. MCC Smart Services merupakan pakar dalam inovasi, perundingan dan penjenamaan untuk perniagaan dobi. Mereka akan membantu anda memiliki perniagaan dobi jenama anda sendiri.

mcc service pneyedia peralatan bisnes dobi layan diri

MCC Smart Services mempunyai peralatan perniagaan dobi yang boleh memenuhi keperluan dan bajet anda yang boleh memberikan keuntungan yang maksimum untuk perniagaan dobi anda. Sepanjang pertubuhan MCC Smart Services, syarikat ini telah berjaya jalan 11 projek Dobi layan diri di seluh Malaysia termasuk di Selangor dan Perak.

Pemasangan Dobi layan Diri MCC Smart Services Terbaik

MCC Smart Servie memberikan servis pemasangan yang terbaik di Malaysia kerana melalui MCC Smart Services anda boleh mengaut keuntungan yang tinggi bergantung kepada lokasi permis malah bisnes yang diberikan kepada owner masa operasi yang fleksibel dan ianya tidak memerlukan pekerja. Tidak dengan itu sahaja, anda boleh membuat pemantauan terus premis dari telefon bimbit anda.

pemasangan peralatan bisnes dobi layan diri

Jika Anda mempunyai masalah tentang teknikal atau operasi selepas “sales services” , MCC Smart Services akan turut bersama sama membantu masalah anda agar anda tidak terbeban dan pening kepala dengan masalah masalah tersebut.

Design Kedai Dobi Sendiri Mengikut Citarasa Anda!

Anda mesti tertanya, kenapa perlu memilih MCC Smart Services untuk set up kedai dobi anda? Hal ini kerana jika anda memilih MCC Smart Services untuk set up kedai dobi, anda akan mendapat pelbagai kelebihan. Antaranya adalah;

Kedai Anda, Citarasa Anda

Jika kita design sendiri barulah terasa itu kedai kita. Itulah yang MCC Smart Services amalkan. Anda boleh pilih tema, warna dan design mengikut citarasa anda selepas anda berpuas hati dengan pilihan anda, barulah MCC Smart Services akan proses.

design untuk bisnes dobi layan diri

Set Up Mengikut Dateline

Sebagai supplier, MCC Smart Services akan cuba mengikut dateline yang ditetapkan oleh customer. Apa yang MCC Smart Services pentingkan adalah kualiti bukannya kuantiti.

setup kedai dobi layan diri

Staff  Yang Berpengalaman

MCC Smart Services berpengalaman dalam pemasangan dan service. Sehubungan dengan itu, dengan pengalaman yang ada sebarang masalah teknikal machine akan terus dapat operational support. Pihak MCC Smart Services faham sebarang masalah teknikal akan mengganggu jualan customer, Jadi MCC Smart Services cuba sedaya upaya lancarkan operasi kedai.

staff berpengalaman untuk setup kedai dobi layan diri

Pantauan 24 Jam Dari Handphone Anda

Sistem CCTV yang boleh dipantau terus di telefon anda memudahkan kerja-kerja pemantauan oleh owner kedai. MCC Smart Services akan mengajar dari A-Z bagaimana meggunakan sistem ini.

pemantauan 24 jam untuk kedai dobi layan diri

Pelbagai Pakej yang Disediakan oleh MCC Smart Services

Package A : 5 Stacked Washer 10kg + Dryer 10kg

pakej A untuk bisnes dobi layan diri

Package B : 5 Speed Queen F/L Washer 14kg + Stacked Tumble Dryer 14kg

pakej B untuk bisnes dobi layan diri

Package C : 5 Stacked Washer / Dryer + 2 Washer 14kg + 1 Stacked Tumble Dryer 14KG

pakej C untuk bisnes dobi layan diri

Package D : 3 Speed Queen F/L Washer 10KG + 2 Washer 14KG  + 2 Stacked Tumble Dryer 14KG

pakej D untuk bisnes dobi layan diri

11 Projek Yang Dikendalikan Oleh MCC Smart Services

Antara kedai yang berjaya di set up oleh MCC Smart Services ialah;

antara pelanggan mcc services bisnes dobi layan diri (1) antara pelanggan mcc services bisnes dobi layan diri (2) antara pelanggan mcc services bisnes dobi layan diri (3)

Mulakan Bisnes Dobi Layan Diri Untuk Jana Pendapatan SEKARANG!

Tunggu apa lagi, jom jana pendapatan anda dengan MCC Smart Services. Jika tidak anda pasti menyesal. Untuk sebarang pertanyaan menyeluruh tentang MCC Smart Services boleh hubungi talian berikut;

jom mulakan bisnes dobi layan diri

MCC SMART SERVICES | PAKEJ PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI Hotline 1: Tekan untuk telefon (016-421 3732) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (011-2843 1318) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @Mycucicuci Web: http://mccsmartservices.com Email: mccsmartservices@gmail.com

Alamat: No 11, Persiaran 1,Kulim Avenue,Kulim Hitech Park, Kelang Lama, Kedah, Malaysia

 
Mulakan Bisnes Dobi Layan Diri Untuk Jana Pendapatan SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Mulakan Bisnes Dobi Layan Diri Untuk Jana Pendapatan SEKARANG!