Review
Jan 25, 2018, 5:17pm

Cara Memohon Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia


  • 216
  •  
  •  
  •  
    216
    Shares

Siapa kata mempunyai kemahiran mudah mendapat kerja? Ya, adakalanya amat mudah kerana pekerja yang memiliki kemahiran merupakan aset kepada sesuatu perniagaan disebabkan oleh nilai kerja mereka. Tetapi kebanyakan syarikat inginkan bukti atau hitam putih iaitu sijil atau pengiktirafan yang mengatakan seseorang itu mempunyai sijil seperti Diploma Kemahiran Malaysia.

cara memohon sijil dan diploma kemahiran malaysia

Tak perlu fikir panjang, anda boleh undur diri dari syarikat itu dan teruskan mencari kerja lain sekiranya tidak diperlukan, namun bagaimana pula bagi anda yang telah lama berkhidmat di suatu syarikat itu tetapi tak tahu apa nak buat kerana tak dapat dinaikkan pangkat disebabkan tiada sijil atau pengiktirafan? Sayangnya, anda tidak mampu naikkan tangga gaji anda disebabkan tiada pensijilan atau pengiktirafan. Maka, anda akan bertapak disitu dengan tangga gaji yang sama selama-lamanya. Oleh itu, anda perlu memohon sijil diploma kemahiran malaysia dengan tempoh pembelajaran yang paling pantas seperti 2 bulan sahaja.

Halangan dan Kesan Tiada Sijil Diploma Kemahiran Malaysia

Bagi anda yang sudah bekerja tetapi tidak mempunyai sijil atau pengiktirafan, anda juga pasti memikirkan matlamat jangka masa panjang, anda mesti mahu naik pangkat dan naik gaji, jadi perlu teruskan langkah yang seterusnya iaitu dengan memohon sijil atau diploma. Anda yang bekerja dalam bidang vokasional atau melibatkan kemahiran pula, Sijil Diploma Kemahiran Malaysia sangat penting di mana anda harus memohonnya bagi meningkatkan kerjaya anda dalam bidang kemahiran untuk masa hadapan. Namun, beribu cabaran pula menanti.

halangan untuk mendapatkan sijil dan diploma kemahiran malaysia

Ada orang yang menyambung pelajaran untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia, tetapi akhirnya tersangkut di tengah jalan, sijil tak dapat, masa terbuang begitu sahaja. Ada juga yang mula belajar, tetapi tergendala kerana komitmen hutang dan kewangan yang diperlukan disebabkan sudah tinggalkan bekerja dan tiada wang simpanan. Nak himpun duit dahulu, baru nak sambung belajar, entah sampai bila nak cukup duit. Banyaknya halangan yang membuatkan anda sukar mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Bukan itu sahaja, tetapi banyak lagi halangan yang anda hadapi.

Halangan Mendapatkan Sijil / Diploma / Pengiktirafan

  • Komitmen kerja
  • Komitmen hutang dan kewangan
  • Tiada masa
  • Komitmen keluarga
  • Tidak ada kemahiran dan pengetahuan
  • Sukar fokus kerana banyak komitmen
cabaran untuk mendapatkan sijil dan diploma kemahiran malaysia

Itulah penyebab-penyebab yang membuatkan anda sukar untuk mendapatkan sijil atau pengiktirafan diploma dan sebagainya. Anda harus sedar apakah nilai anda? Adakah anda mempunyai kemahiran diri atau pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi atau yang akan anda ceburi? YA, kebanyakan daripada anda ada kemahiran diri tetapi tidak ada pengiktirafan dan pensijilan yang rasmi dari pihak kerajaan. Maka disebabkan faktor-faktor komitmen yang menghalang anda untuk mendapatkan sijil atau pengiktirafan anda, anda akan berada dikedudukan yang statik dan menyebabkan pelbagai kesan.

Kesan Tanpa Sijil Atau Pengiktirafan

  • Sukar mendapat kerja
  • Sukar dinaikkan pangkat
  • Gaji tidak berubah dan tidak dinaikkan
  • Berada dalam satu tahap sahaja
  • Tidak ada peningkatan kerjaya
  • Kewangan tercabar di zaman kegawatan ekonomi
  • Tidak menjadi kepercayaan majikan
  • Tidak menambah nilai pendapatan anda
  • Kerja semakin berat dan tidak berbaloi
mohon sijil dan diploma kemahiran malaysia untuk kenaikan gaji

Terdapat banyak lagi keburukan yang anda akan hadapi sekiranya anda tidak memohon sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia. Sekiranya kemahiran dan pengalaman yang anda miliki diberikan pengiktirafan dan pensijilan secara rasmi dari pihak kerajaan, semestinya anda akan mendapat faedah dan manfaatnya. Mendapat pengiktirafan tertinggi oleh kerajaan seperti Diploma Kemahiran Malaysia memudahkan anda untuk mengubah hidup anda dari segi kerjaya tidak kira sama ada anda mempunyai pengalaman bekerja atau tidak. Paling tidak, tangga gaji dan pangkat akan dinaikkan.

Memohon sijil diploma kemahiran malaysia sepenuh masa akan melibatkan kos kewangan yang besar dan masa yang banyak. Anda pula akan terbeban dengan komitmen dan asignment serta tugasan yang perlu disiapkan sebelum peperiksaan akhir semester. Bagaimana mahu mendapatkan pensijilan atau pengiktirafan diploma dengan mudah tanpa ada semua risiko atau halangan itu? Bolehlah mendapatkan sijil diploma kemahiran malaysia ini sepantas dua bulan sahaja sambil bekerja part time?

Keperluan Sijil Atau Pengiktirafan dalam Pekerjaan di Malaysia

keperluan memiliki sijil dan diploma kemahiran malaysia

Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai diploma dan ijazah serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) Ali Badaruddin Abdul Kadir pernah berkata dalam satu persidangan, “buat masa ini, tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia hanyalah sebanyak 28 peratus sahaja.” Ia menunjukkan jumlah peratusan yang terlalu sedikit dan Malaysia memerlukan lebih 3 juta pekerja yang berkemahiran pada masa beberapa tahun yang akan datang. Secara tidak sedar, pelajar dan pekerja dalam bidang kemahiran dan vokasional merupakan keperluan negara yang sentiasa di uar-uarkan oleh syarikat-syarikat dalam mengambil masuk pekerja ke syarikat mereka terutamanya syarikat berkaitan Oil And Gas. Disebabkan tidak ramai pelajar yang mendaftar dalam bidang vokasional di negara ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai alternatif dalam memperkasakan bidang vokasional dan kemahiran para pelajar dan para pekerja.

Program Pentauliahan Pengalaman Keterampilan Terdahulu ( PPPKT ) Dalam 2 Bulan Sahaja

Program Pentauliahan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (PPPKT) merupakan Program Persijilan, Pentauliahan dan Pengiktirafan daripada kerajaan berbekalkan kaedah pengalaman kerja sama ada kerja sambilan atau kerja sepenuh masa secara santai dan tidak ada tekanan. Ini juga merupakan program terpantas untuk anda mendapatkan sijil atau pengiktirafan diri anda. Anda bakal mendapat pengiktirafan kerajaan atau sijil diploma kemahiran dengan mudah dan santai tanpa perlu mengambil masa yang panjang serta tidak perlu menghabiskan wang yang banyak. Semua akan berlaku dalam masa 2 bulan sahaja. Pengalaman anda cukup membuatkan anda layak untuk mengikuti program pentauliahan yang sangat santai, mudah, cepat dan berbaloi ini. Paling penting, program PPPKT ini membolehkan anda layak dapat sijil dan pengiktirafan serta realisasikan impian kerjaya anda!

program pppkt untuk dapat sijil dan diploma kemahiran malaysia

Kaedah PPPKT ini telah dilancarkan pada tahun 1996 dan bertujuan untuk memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapatkan pengiktirafan atau sijil melalui pengalaman yang mereka miliki. Mungkin anda merupakan salah seorang pekerja yang mahir di negara kita! Melalui program ini, anda akan dianugerahkan Sijil tanpa perlu memberi komitmen untuk latihan secara formal dan anda hanya perlu menunjukkan dan membuktikan keterampilan yang anda miliki untuk dinilai disamping menepati syarat-syarat lain yang telah ditetapkan pada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

Senarai dan Jenis Program Pentauliahan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (PPPKT)

Terdapat banyak jenis program yang anda boleh pilih untuk mendapatkan sijil diploma kemahiran anda. Anda boleh memilih mengikut pekerjaan anda, jawatan anda atau kesesuaian status kerjaya anda.

sijil dan diploma kemahiran malaysia

Sijil / Diploma / Diploma Lanjutan:

  • SKM Sijil Kemahiran Malaysia
  • DKM Diploma Kemahiran Malaysia
  • DLKM Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
  • VTO Vocational Training Operation
  • VTE Vocational Training Executive
  • VTM Vocational Training Manager

Pengisian Program Dan Apa yang Akan Dipelajari Melalui PPPKT

Pengisian program PPPKT ini dikendalikan Pakar Industri Negara (PIN) dan Pakar Pengajar (PAJAR). Banyak perkara penting yang akan dipelajari dan akan didedahkan kepada anda dalam program ini.

cara memohon sijil menerusi program pppkt  

Pengisian Program PPPKT

  • Teknik dan Kaedah berkesan Menyedia & Mengenalpasti Bukti Kompetensi
  • Kaedah Pemurnian Persijilan
  • Cara Santai Membangunkan Laporan Projek
  • Teknik Pembentangan Laporan Projek yang terkini
  • Permohonan Terus dengan Jabatan
  • Info dan peluang yang banyak berkaitan kemahiran

Bagi anda yang berminat memohon sijil Diploma Kemahiran dengan mudah dan berbaloi, syaratnya tidaklah sukar dan anda juga mampu memohon.

syarat kelayakan memohon sijil dan diploma kemahiran malaysia

Syarat – Syarat Calon

  • Memiliki pengalaman melebihi 4 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 19 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan serta boleh membaca, menulis dan mengira
  • Berminat untuk mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Sanggup memberi masa dalam penyediaan bukti keterampilan dan hadir semua sesi pembelajaran yang berkaitan
  • Menyelesaikan yuran program secara ansuran bulanan atau bayaran penuh
  • Mendapat kebenaran dan sokongan penuh daripada keluarga dan majikan

Perlaksanaan Program PPPKT

taklimat program pentauliahan kemahiran terdahulu

Permohonan Peringkat Sijil (SKM)

  • Wajib hadir 2 kali ke bengkel sebelum permohonan persijilan SKM dibuat
  • Selesai Proses Persediaan dalam masa 2 hari ( 4-6 minggu)
  • Menghadiri Bengkel selama 3-4 jam
  • Bengkel dijalankan pada hari cuti hujung minggu (akan ditetapkan mengikut kesesuaian masa)
  • Anda akan memperoleh sijil dalam masa 2-3 bulan (bergantung kepada pengeluaran Surat Penugasan)
  • Kaedah bayaran adalah dalam bentuk lumpsum (bayaran penuh) atau bayaran setiap sesi dalam tempoh program (4 x bayaran)
ppt-syarat-permohonan

Permohonan Peringkat Diploma/Diploma Lanjutan/VTO/VTE/VTM

  • Wajib hadir 3 kali ke bengkel sebelum permohonan persijilan DKM/DLKM/VTO/VTE/VTM dibuat
  • Selesai Proses Persediaan dalam masa 3 hari (6-10 minggu)
  • Setiap bengkel selama 3-4 jam
  • Bengkel dijalankan pada hari cuti hujung minggu (akan ditetapkan mengikut kesesuaian masa)
  • Akan menerima Diploma anda dalam masa 5-6 bulan (bergantung kepada pengeluaran Surat Penugasan)
  • Kaedah bayaran adalah dalam bentuk bayaran Penuh (lumpsum) atau bayaran setiap sesi dalam tempoh program (5 x bayaran)

Sebab Anda Perlu Mohon PPPKT

  • Program SANTAI Tanpa STRESS
  • Kos berbaloi dan mampu milik (Jimat 90% berbanding kaedah biasa)
  • Tiada Peperiksaan
  • Mudah dan Singkat
  • Tanpa mengganggu rutin kerja anda
  • Diiktiraf kerajaan
  • Tambah nilai Kemahiran Diri Anda
  • Persediaan Kelayakan di masa depan
  • Menjadi individu yang kompeten dan berdaya saing
  • Kaedah biasa memerlukan kos kewangan yang tinggi (RM6,500-RM13,000) dan tempoh masa yang panjang (6-18 bulan)
  • Program ini dikenakan sedikit bayaran yang berbaloi dan mampu berbanding dengan kaedah biasa yang menelan belanja yang sangat tinggi
  • Pelbagai kaedah bayaran disediakan bergantung kepada kemampuan anda dan tidak membebankan
  • Sudah terbukti program ini berjaya mempersijilkan beribu orang sejak 2011
antara calon yang hadir taklimat pppkt

Cara-cara Memohon Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia Sepantas 2 Bulan

Anda berminat untuk mendaftar PPPKT? Atau berminat untuk mendapatkan sijil Diploma Kemahiran anda dalam masa 2 bulan? Jom dapatkan maklumat dan taklimat tentang PPPKT. Selepas mendaftar, anda dijemput hadir ke taklimat terlebih dahulu dan di sana anda dapat mengetahui lebih lanjut mengenai prosedur-prosedur PPPKT dan anda boleh buat pilihan mahu mengikuti program ini ataupun tidak.

cara mendaftar untuk kursus taklimat pppkt

Yuran taklimat dikenakan sebanyak RM50 sahaja manakala yuran pendaftaran sebanyak RM200 iaitu deposit sekiranya anda sudah pasti ingin sertai program ini.

Untuk mendaftar Taklimat:

TAIP <Nama Penuh / No KP / No HP / Bidang Kemahiran / Sijil@Diploma@Diploma Lanjutan / Bandar Pilihan> dan whatsapp ke 0124683275 dengan segera.

3 Kisah Kejayaan Mereka

Kisah Seorang Pendidik

kisah guru

Usin (bukan nama sebenar) adalah seorang pendidik di sekolah kerajaan yang sangat aktif bersukan dan merupakan jurulatih ragbi sekolah. Selain terlibat sebagai Jurulatih Pusat Ko, beliau menjadi pensyarah sambilan di institut kerajaan dan pengajar sambilan di pusat bertauliah swasta. Dia juga terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat serta beberapa NGO’s. Pekerjaan dan aktiviti Usin secara sambilan, melayakkan beliau untuk mendapatkan SKM Sijil Kemahiran Malaysia dan VTO sijil mengajar kemahiran melalui kaedah Pentauliahan Pengalaman dalam bidang Kejurulatihan Sukan, Operasi Latihan Vokasional, Pengurusan Masjid, Perkhidmatan Pusat Kecergasan, Perkhidmatan Rekreasi Luar dan beberapa lagi bidang kemahiran. Berbekalkan SKM dan VTO yang dimiliki Usin berjaya meningkatkan kemahiran dan pendapatan bulanan yang lumayan. Walaupun telah ada pencapaian, Usin masih meneruskan langkah kehadapan untuk cuba mendapatkan DKM, Diploma Kemahiran Malaysia, DLKM Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dan VTE, Vocational Training Executive, VTM Vocational Training Manager serta berusaha untuk menjadi Panel DPIN dan seterusnya menggapai cita-citanya untuk membuka Pusat latihan sendiri.

Kisah Pekerja Kilang

kisah pekerja kilang

Saya seorang Pekerja Kilang dan telah bekerja lebih 4 tahun. Kelulusan saya hanya mempunyai sijil SPM sahaja. Kerja yang saya lakukan berpandukan pengalaman yang saya pelajari semasa bekerja dan kerja-kerja yang berkaitan. Khabar angin yang didengari, syarikat mahu tamatkan operasi dan akan menawarkan VSS/VR kepada pekerja. Masalah saya, saya langsung tiada sijil atau diploma kelayakan untuk mencari kerja lain. Saya tak sempat nak sambung belajar, sibuk dengan kerja, masa juga terhad dan kewangan tak mengizinkan. Tetapi, inilah program yang perlu saya lalui. Program pentaulihan melalui pengalaman.

Kisah Seorang yang Bergelar Doktor PHD

kisah doktor phd-2

Al-kisah seorang yang bergelar Dr. yang sanggup mempersijilkan kemahiran beliau dengan Sijil Mengajar VTO (Vocational Training Operation). Beliau sanggup meluangkan masa untuk mengambil sijil ini demi mengiktiraf kemahiran beliau seiring dengan perkembangan semasa dalam sektor kemahiran. Tujuan beliau adalah untuk menambah nilai diri dan keperluan sijil ini pada masa akan datang. Semua yang dilakukan adalah untuk mengejar impian seperti untuk dilantik sebagai pakar yang beriktiraf (Pakar Industri Negara / Pakar Pengajar), persediaan sebelum menubuhkan Pusat Latihan Kemahiran, untuk mendapatkan pemahaman dalam sektor kemahiran, peluang dalam sektor kemahiran dan pelbagai kebaikan lagi dalam kemahiran. Jelas menunjukkan seseorang yang berpendidikan tinggi pun sanggup mempersijilkan kemahiran mereka, ini kan pula kita yang tidak sempat melangkah ke menara gading.

Daftar Program Pentauliahan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (PPPKT)

bengkel pentauliahan ketrampilan terdahulu Daftar sekarang untuk mendapatkan info lanjut di taklumat berkenaan Program PPPKT ini.

UNTUK MENDAFTAR TAKLIMAT PPPKT TAIP <Nama Penuh / No KP / No HP / Bidang Kemahiran / Sijil@Diploma@Diploma Lanjutan / Bandar Pilihan> dan WhatsApp ke 0124683275 dengan segera.

Atau klik sahaja link di bawah: Hubungi: Tekan untuk telefon (012-4683275) | Klik Untuk WhatsApp Harris

Jom daftar untuk taklimat program PPPKT SEKARANG! -

Call Whatsapp Layari Website

Jom daftar untuk taklimat program PPPKT SEKARANG! -