Review
Apr 21, 2018, 2:20pm

Cara Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Penampilan Diri


Haruman sebahagian daripada gaya peribadi dan ia mempunyai impak besar terhadap penampilan serta pandangan orang terhadap diri kita. Semburan minyak wangi yang sesuai bukan saja mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menarik, tetapi juga boleh menghilangkan tekanan seharian selain membantu menjadikan diri lebih berkeyakinan. Wangian ialah campuran kompleks beberapa bahan mentah yang diadun antara sumber semula jadi dan sintetik dengan kandungan berbeza hingga menghasilkan bau tertentu.

cara memilih minyak wangi

lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka.

Tahap – Tahap Kategori Minyak Wangi Di Pasaran

Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai. Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-

1) Perfume (Parfum)

contoh dan cara memilih minyak wangi

Perfume atau parfum ( dalam bahasa Perancis ) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 70%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.

2) Eau de Parfum (EDP)

edp-perfume

Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada ( di antara buah dada ), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3) Eau de Toilette (EDT)

contoh edt dan cara memilih minyak wangi

Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana ( di dalam botol kecil ). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

4) Cologne

contoh cologne dan cara memilih minyak wangi

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Panduan Memilih Minyak Wangi

Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:

Kulitcara memilih minyak wangi sesuai dengan kulit

Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau

cara memilih minyak wangi sesuai dengan bau

Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan aroma

cara memilih minyak wangi sesuai berdasarkan bahan dan aroma

Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan Musim

cara memilih minyak wangi sesuai berdasarkan iklim dan cuaca

Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Jika anda sudah peka dengan panduan memilih minyak wangi adakah anda juga peka dengan minyak wangi yang sesuai dengan penampilan diri anda? Kebanyakan 70 peratus dari kita, tidak tahu bagaimana memilih minyak wangi yang sesuai dengan bentuk penampilan mereka. Di sini, saya akan memberi tips yang berguna untuk anda memilih minyak wangi yang sesuai dengan penampilan diri anda.

Cara Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Penampilan Diri

Berikut adalah cara memilih minyak wangi yang sesuai dengan penampilan diri anda;

Cara #1 : Ekstrovert

cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak extrovert

Jika anda seorang yang aktif, mudah mesra, suka bersosial dan gemar bekerja dalam kumpulan, anda termasuk dalam kumpulan ekstrovert, wangian yang sesuai bagi golongan ini adalah beraroma seperti vanila, anggur dan cendana kerana dapat meningkatkan daya penarik ekstrovert.

Cara #2 : Introvert

cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak introvert

Introvert adalah seseorang yang suka menyendiri, tidak suka bergaul, pemalu, dan senang bekerja secara sendirian. Haruman lembut dan tenang seperti aroma bunga sakura sangat sesuai dengan penampilan seperti ini.

Cara #3 : Si Romantis

cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak romantis

Buat si romantis di luar sana, pilihlah wangian aroma mawar dan melati yang memikat pada tubuh anda. Selain itu, parfum jenis musk putih menjadi aksesori sempurna buat anda untuk memancing pasangan.

Cara #4 : Elegan

cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak elegen

Haruman akuatik sangat sesuai buat anda yang mempunyai penampilan yang elegan. Seorang yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya dan Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.

Cara #5 : Sofistikated dan Chic

cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak sofistikated

Anda yang gemar mengenakan bauan yang segar iaitu hijau ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.

Cara #6 : Klasik dan Berkeyakinan

cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak klasik

Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.

Sentiasa Wangi Sepanjang Hari Dengan ELVA REIRA Perfume

Kelahiran ELVA REIRA Perfume telah menggegarkan industri perfumes di negara ini kerana dalam masa yang singkat ia telah menjadi salah satu jenama pilihan oleh rakyat tempatan. ELVA REIRA Perfume adalah wangian Perfume atau Parfum. Ini kerana kandungan pati wangian ELVA REIRA adalah 60% berbanding Eau De Parfum (EDP) sebanyak 10% ke 15% pati wangian sahaja. ELVA REIRA adalah perfume yang halal dan boleh tahan sehingga 12 jam selepas spray dan wangian setanding dengan perfumes antarabangsa yang lain.

cara memilih perfume sesuai dengan personaliti dan perwatakan

Harganya yang tidak terlalu mahal menjadikan ia mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Malah banyak pengguna mengatakan wangian ini setanding dengan produk-produk jenama terkenal antarabangsa yang lain seperti Calvin Klein, Dolce & Gabbana, Giorgio Armani, dan lain – lain.

Kelebihan ELVA REIRA Perfume

Setiap perfume mempunyai aroma dan kelebihan baunya tersendiri. Antara kelebihan ELVA REIRA Perfume adalah;

1. Tahan Lama

cara memilih perfume sesuai dengan personaliti diri dan tahan lama

Tahan lama adalah suatu sifat yang subjektif bagi pengguna. Jika diberikan perfume yang sama dengan kualiti yang sama kepada 10 orang yang berlainan, kami yakin respons ketahanan dari setiap individu adalah berlainan jawapannya. Tetapi, feedback pelanggan yang membeli dengan Pihak ELVA REIRA menyatakan perfume ini tahan 8 jam ke atas.

2. Wangian Setanding Kualiti Eropah

cara memilih perfume sesuai dengan personaliti diri dan setanding perfume antarabangsa

Bahan asas menghasilkan minyak wangi ELVA REIRA ini datangnya dari eropah. Ia di import dari France dan Switzerland. Pati minyak wangi yang ELVA REIRA gunakan adalah original! Bancuhan dan penghasilan bau menyerupai perfume original adalah resipi rahsia ELVA REIRA.

3. Wangian Antarabangsa & Ekslusif

cara memilih perfume sesuai dengan personaliti diri dan berkualiti tinggi

ELVA REIRA Perfume menggunakan komposisi 60% pati wangian dan 40% extrak tumbuhan sebagai agen pencairan pati wangian ini menghasilkan wangian yang sangat wangi dan kualitinya setanding atau mungkin lebih lagi berbanding wangian antarabangsa. Malah, ia juga tidak berubah bau apabila bercampur peluh.

4. Boleh Dibawa Solat

cara memilih perfume sesuai dengan personaliti diri dan halal

Tiada bahan larangan yang bercanggah dengan Islam ELVA REIRA Perfume gunakan. Insyallah penggunaan perfume ini sah dibawa solat. Tidak mempunyai bahan terlarang atau sumber haiwan.

5. Mudah Dibawa

cara memilih perfume sesuai dengan personaliti diri dan mudah dibawa

35 ml sebotol adalah isi kandungannya. Pengguna dapat membawanya ke mana saja yang diingini dan menggunakannya apabila diperlukan (termasuk ketika melancong). Ianya boleh dibawa semasa penerbangan (hand carry luggage).

ELVA REIRA Perfume Memiliki 4 Jenis Pilihan Bau

Anda juga boleh memilih jenis wangian yang anda suka kerana ELVA REIRA Perfume mempunyai 4 pilihan mengikut cita rasa anda. Antaranya adalah;

  • Beauty Queen

perfume beauty queen elvira reira

Ciri – ciri bauan Beauty Queen adalah bauan flowery yang intense dan mewah, motif bunga2an & menggoda. Bauan campuran bunga Rose, Patchouli & Osmanthus yg seimbang maka terlahir bauan mewah bunga2an yg diolah bersama campuran ekstrak cendana menjadikan ia lebih intense. Beauty Queen melambangkan seorang wanita yg berani, tegas serta memiliki daya tarikan tersendiri. Wangian ini sesuai untuk majlis atau event di malam hari.

  • Precious Angel

perfume precious angel

Ciri – ciri bauan Precious Angel adalah bauan sweet & romance. Memiliki campuran bauan vanilla dan kelembutan bauan bunga Geranium, Pink pepper, Lilac, Peach, Amber oil, Patchouli, Papyrus, Litchi & Praline yg diblend lembut untuk membuatkan bauan vanilla lebih dominan. Ia menjadikan bauan sweet lebih menyengat apabila si pemakai mengenakan wangian tersebut. Wangian ini sesuai untuk sesi bersama pasangan dan hari istimewa.

  • Twenty4 SEVEN7

twenty4 seven7 perfume terbaik di malaysia

Ciri – ciri bauan Twenty4 SEVEN7 adalah bauan fruity, aromatic & floral bersifat lembut dan sedikit intense. Bauan campuran ekstrak buah Purple Passion, bunga Shangri la Peony, vanilla Orked, Rose, Patchouli & Osmanthus serta ekstrak cendana menjadikan bauan ini bauan famous yg diminati ramai kalangan wanita yg selesa dengan perhatian. Sesuai bagi semua majlis dan sesuai sebagai bauan untuk bersosial juga di tempat kerja.

  • Virgin Rose

virgin rose perfume

Ciri – ciri bauan Virgin Rose adalah bauan bunga rose segar yg seperti baru dipetik. Softly & fresh seperti berada di taman bunga mawar yg sangat mendamaikan di awal pagi. Walaupun berbau lembut tetapi ianya tahan menyaluti tubuh si pemakai sehingga ke malam hari.

Bauan campuran ekstrak Mandarin, Bergamot, fresh Rose, Neroli, Davana, Osmanthus, Patchouli, warm Vanilla Chocolate, red Apples, white Peach, Lotus, green Apple, creamy Sandalwood. Ia sebagai lambang karisma seorang wanita yg berdikari & sophisticated. Anda jangan terkejut kerana bauan ini juga digemari oleh si Jejaka. Virgin Rose juga adalah bauan unisex. Sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan. Perfume ini juga sesuai bagi semua majlis dan sesuai sebagai bauan untuk bersosial juga di tempat kerja.

ELVA REIRA Perfume Wangi dan Berbaloi

Kuantiti ELVA REIRA perfume adalah 35ml sebotol. Perfume ini juga mempunyai ketahanan bau selama 8 jam hingga 12 jam. Harga untuk sebotol ELVA REIRA adalah RM 88 di mana ia sangat berbaloi dengan ketahanan bau perfume ini.

cara memilih perfume yang sesuai dengan personaliti diri dan berpatutan harga

Namun begitu, jika anda memilih untuk memiliki ELVA REIRA perfume dengan 2 botol, anda boleh mendapatkan harga promosi iaitu RM168 sahaja.

Testimoni

testimoni perfume elvira reira (1) testimoni perfume elvira reira (2) testimoni perfume elvira reira (3) testimoni perfume elvira reira (4) testimoni perfume elvira reira (5)

Cepat Dapatkan ELVA REIRA Perfume Sebelum Kehabisan Stok

Wangian ELVA REIRA ni memang menusuk kalbu. Bila berjalan pasti orang akan menoleh dua tiga kali kerana wangian yang sungguh harum. Pergggh kalau bawak ELVA REIRA Perfume pergi office mesti semua tanya mana beli. Jadi apa tunggu lagi. cepat dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

order perfume elvira riera secara online

ELVA REIRA PERFUME | WANGIAN SETANDING WANGIAN ANTARABANGSA
Hotline 1: Tekan untuk telefon (016-2023936) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (019-2177824) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: ELVA REIRA
Instagram: @elva_reira

 

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: