Islam
Apr 19, 2018, 3:30pm

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Serta Doa Dan Fadhilatnya


Solat dhuha merupakan salah satu cara untuk membuka pintu rezeki seluas – luasnya. InsyaAllah, sesiapa sahaja yang mengamalkan solat dhuha tidak akan pernah tertutup pintu rezeki dan tidak akan pernah merasai kesempitan di dunia ini. Maka, ia merupakan salah satu solat sunat yang amat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan untuk diri anda. Ia dipanggil sebagai solat dhuha kerana ia boleh dikerjakan pada waktu dhuha yang bermula dari selepas terbit matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Solat dhuha boleh dikerjakan sekiranya anda tahu cara yang betul untuk solat dhuha. Jika anda mempunyai masa untuk mengerjakan solat dhuha, anda merupakan salah seorang yang bertuah kerana dikurniakan masa dan juga hidayah oleh Allah SWT untuk menjalani ibadahnya. Anda boleh mengikuti cara solat dhuha yang betul disertai bersama doa selepas solat dhuha seperti yang bakal dikongsikan di bawah.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Cara Pengiraan Waktu Dhuha

Pengiraan waktu dhuha adalah mengikut kaedah astronomi di mana ia berdasarkan formula waktu syuruk dan ditambah dengan 1/3 perbezaan di antara waktu syuruk dan juga waktu subuh. Jadi, waktu dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir selepas masuknya waktu zohor. Namun, ada para ulama’ yang bersetuju bahawa waktu terbaik untuk mengerjakan solat dhuha adalah pada jam 9.30 pagi.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Cara Melakukan Solat Dhuha Dengan Betul

Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah ? bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”- Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

1. Jumlah Rakaat

Solat sunat dhuha perlu dilakukan sebanyak 2 rakaat untuk setiap kali solat dan boleh dilakukan sehingga enam kali solat setiap hari. Jadi, jumlah maksimum untuk solat dhuha adalah 12 rakaat.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

2. Niat Solat Dhuha

Niat solat dhuha adalah seperti berikut;

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Rumi: Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

3. Bacaan Surah Di Dalam Solat

Anda bebas untuk memilih surah – surah yang mahu dibaca sewaktu mengerjakan solat shuha kerana tiada penetapan surah yang ditentukan. Namun, anda boleh membaca surah – surah seperti di bawah kerana ia amat digalakkan.

Rakaat Pertama (Surah As – Shams)
Rakaat Kedua (Surah Dhuha)

Selain itu, antara ayat – ayat yang dinjurkan oleh para ulama termasuklah Ayat Al – Kursi 10 kali dan Ayat Al – Ikhlas 10 kali atau Surah Al – Lail dan Al – Insyirah.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

4. Bacaan Surah Untuk Solat Yang Melebihi 2 Rakaat

Jika anda mahu melakukan solat yang melebihi 2 rakaat, anda adalah digalakkan untuk membaca surah As – Shams dan Surah Dhuha pada rakaat pertama dan kedua dan anda boleh membaca Surah Al – Kafirun dan Surah Al – Ikhlas untuk rakaat – rakaat seterusnya.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

5. Bacaan Lain – Lain Di Dalam Solat dan Bacaan Ketika Sujud

Anda boleh menjalankan solat anda dengan meneruskan bacaan seperti biasa ketika anda solat tetapi sewaktu anda mengerjakan sujud terakhir, anda boleh membaca doa ini sebanyak 40 kali sebelum duduk tahiyat akhir.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Rumi: Wahabli ya wahhab, ilman wahikmatan warzuqni ya rozzaq, kulli musahhala
Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang maha memberi akan ilmu dan hikmah dan murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

Doa Selepas Solat Dhuha

Doa selepas waktu dhuha merupakan doa yang amat mustajab dan boleh memberikan anda pelbagai manfaat. Jadi, pastikan anda membaca doa tersebut sejurus sahaja anda selesai menunaikan solat dhuha. Doa selepas solat dhuha adalah seperti berikut;

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Rumi: Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka, walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu, wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu, wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu, bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Maksud: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Fadhilat Solat Dhuha

Solat dhuha bukan sahaja boleh membuka pintu rezeki, malah ia boleh memberikan pelbagai kelebihan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antara manfaat – manfaat solat dhuha di dalam kehidupan harian anda termasuklah;

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya
• Dipermudahkan Urusan Seharian

Urusan seharian anda terutamanya bagi sesiapa yang mempunyai kerjaya dan keluarga pada masa yang sama akan membuatkan anda berasa sangat sibuk dan tidak mempunyai masa yang lapang. Namun, dengan mengamalkan solat dhuha, urusan seharian anda akan berasa lebih mudah dan anda juga tidak akan mudah mengalah kerana ia akan membantu anda untuk menjadi lebih bersemangat ketika melakukan urusan seharian.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Tafsir Serta Fadhilatnya

• Mendapat Pahala Umrah

Menjalani ibadah umrah bukanlah sesuatu yang mudah pada masa kini, dengan keadaan ekonomi yang semakin gawat dan juga harga yang semakin meningkat. Solat dhuha boleh memberikan anda pahala seperti anda mengerjakan umrah dan ini akan membuatkan anda mempunyai pahala yang berlipat kali ganda dengan hanya mengerjakan solat sunat dhuha 2 rakaat.

Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
(Sahih Al-Targhib: 673)

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya
• Meraih Rezeki Dan Keuntungan Yang Besar

Apa yang anda tidak tahu apabila anda mengerjakan solat dhuha ini, anda akan dikurniakan rezeki yang tidak putus – putus. Namun, rezeki tersebut tidak selalunya didatangkan dari segi kemewahan harta benda. Ia mungkin datang dari bentuk yang lain seperti mendapat anak setelah lama mencuba, sentiasa mempunyai makanan di atas meja dan juga berupaya untuk membantu orang lain dan meraih pahala yang besar.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

 

Sabda baginda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib : 666)

• Salah Satu Cara Untuk Bersedekah

Anda yang tidak bekerja ataupun mempunyai gaji yang cukup – cukup makan pasti akan mempunyai masalah untuk bersedekah kerana anda juga sedang mencuba untuk meningkatkan taraf hidup anda. Jangan risau kerana Islam itu mudah. Anda boleh mendapat pahala bersedekah dengan hanya mengerjakan solat Dhuha.

Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Anda mampu merebut pahala sedekah dengan solat dhuha seperti yang dinyatakan di dalam hadis berikut; “Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
(Hadis Riwayat Muslim)Cara Melakukan Solat Dhuha Yang Betul Disertai Doa Selepas Solat Dhuha Dan Fadhilatnya

Solat dhuha sememangnya mempunyai banyak kelebihan yang tidak disangka – sangka. Anda boleh mencuba dan dapat melihat kesannya meskipun anda mencubanya hanya sekali. Pahala yang diberikan juga adalah berlipat kali ganda dan membolehkan anda untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Selamat beramal.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: