Islam
Apr 2, 2018, 2:19pm

Cara Melaksanakan Solat Taubat Dengan Betul


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Cara Melaksanakan Solat Taubat Sujud

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”

(HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Solat Taubat

Solat taubat sangat dituntut di dalam Islam. Ini kerana manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Ini adalah antara fadhilat kepada mereka yang mengamalkan solat taubat dalam kehidupan seharian.

fadilat solat sunat taubat

  1. Diampunkan Allah SWT
  2. Dimudahkan segala urusan
  3. Menceriakan kehidupan seharian
  4. Menghilangkan perasaan yang menekan
  5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan

Cara Solat Taubat

Solat sunat taubat sama seperti rukun solat yang mengandungi 13 rukun. Yang berbeza hanya pada bahagian niat dan juga bacaan ketika sujud terakhir. lazimnya solat sunat taubat dilakukan secara bersendirian dan di waktu sepertiga malam kerana waktu tersebut adalah waktu Allah paling hampir dengan manusia. Jom ikuti cara menunaikan solat taubat ini.

1. Niat Solat Sunat Taubat

lafaz niat solat sunat taubat

“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat tunai kerana Allah Taala.”

2. Berdiri Tegak dan Takbiratul Ihram

Dalam keadaan tegak dan menghadap kiblat, angkat kedua – dua belah tangan ke sisi telinga dan melaungkan takbir ” Allahuakbar “.

3. Baca Surah Al-Fatihah

Baca surah Al-fatihah sehingga habis.

4. Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah

Untuk bacaan surah selepas Al-fatihah adalah sunat. Namun masyhur di kalangan ulama’ mengenai bacaan surah berikut untuk solat sunat.

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

5.  Bacaan Semasa Sujud Terakhir Rakaat Kedua

Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

Cara Melaksanakan Solat Taubat Doa

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Maksud: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

6.  Setelah Memberi Salam Hendaklah Memperbanyakkan Beristighfar

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali:

Cara Melaksanakan Solat Taubat Arab

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Maksud: Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali:

Cara Melaksanakan Solat Taubat kepada Allah

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Maksud: Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 kali:

bacaan sayyidul istighfar ketika solat taubat

Maksud: Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

7.  Baca Doa Taubat

Cara Melaksanakan Solat Taubat Berdoa

Maksud: Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

 

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: