Islam
Apr 18, 2018, 11:14pm

Cara Melaksanakan Solat Taubat Dengan Betul Dan Mudah Serta Doa Solat Taubat


  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap manusia sememangnya tidak dapat lari dari melakukan dosa. Hal ini kerana, setiap orang pasti akan mempunyai kekhilafan tersendiri dan tiada sesiapapun yang diciptakan sempurna di dalam dunia ini. Dosa, tidak kira kecil ataupun besar, boleh diampuni dengan izin Allah SWT. Namun, sekiranya anda berbuat dosa yang melibatkan manusia, maka anda juga perlu meminta maaf dan memastikan anda mendapatkan kemaafan daripada orang yang anda telah sakiti.Oleh itu perlunya seseorang itu melakukan solat taubat sebelum terlambat.

Setelah anda meminta maaf daripada manusia, anda juga perlu meminta maaf kepada Allah SWT agar dosa anda diampuni. Cara yang anda boleh lakukan adalah dengan mengerjakan solat taubat. Solat taubat adalah solat khas yang dilakukan sekiranya anda mahu meminta ampun daripada Allah SWT atas dosa – dosa yang telah dilakukan sama ada anda sedar ataupun tidak.Oleh itu, anda boleh mengikuti entri dibawah untuk mengetahui cara melaksanakan solat taubat dengan betul dan mudah bersama dengan doa solat taubat.

Cara Melaksanakan Solat Taubat Dengan Betul Dan Mudah

Solat taubat juga merupakan salah satu solat sunat di mana anda akan dikurniakan pahala yang besar sekiranya anda melaksanakannya. .Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

 

1. Niat Solat Sunat Taubat

Bacaan Rumi: “Usolli sunnatat taubati rokataini lillahi taála.” Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taa’la.

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

3. Sewaktu Sujud Terakhir

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali;

Cara Melaksanakan Solat Hajat Dengan Betul Dan Mudah Serta Doa Hajat

Bacaan Rumi: “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.” Maksud: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

4. Setelah Memberi Salam

Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.i. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

Bacaan Rumi: “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Maksud: Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

ii. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

Bacaan Rumi: “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Maksud: Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

iii. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali

Bacaan Rumi:“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-tho?-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Maksud:Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

Doa Selepas Solat Taubat

i. Doa Taubat Nasuha

Bacaan Rumi: Alloohumma innii astaghfiruka min kulli dzambin tubtu ilaika minhu tsumma ‘udtu fiih, wa astaghfiruka minkulli maa wa’adtuka bihii minnafsii tsumma lam uufi laka bih, wa astaghfiruka minkulli ‘amalin arodtu bihii wajhakal kariimi fakhoolathohuu ghoiruk, wa astaghfiruka min kulli ni’matin an’amta bihaa ‘alayya fasta’antu bihaa ‘alaa ma’shiyatik, wa astaghfiruka yaa ‘aalimal ghoibi wasysyahaadati minkulli dzambin ataituhuu fii dhiyaain nahaari wasawaadillaili fii mala-in wakhola-in wasirrin wa’alaa niyatin yaa haliim.

Maksud: Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu dari semua dosa yang telah aku pintakan tobatnya kepada-Mu tapi aku mengulangi kembali melakukannya; dan aku memohon ampun kepada-Mu dari semua janji yang telah kuikrarkan kepada-Mu tetapi tidak kutepati; dan aku memohon ampun kepada-Mu dari semua amal yang semula kuperuntukkan bagi-Mu Yang Mulia tetapi lalu dicampuri oleh selain-Mu; dan aku memohon ampun kepada-Mu dari semua nikmat yang telah Engkau curahkan kepadaku lalu aku pergunakan untuk berdurhaka kepada-Mu; dan aku memohon ampun kepada-Mu ya Allah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dari semua dosa yang telah kuperbuat disiang hari ataupun di kegelapan malam, ditempat ramai atau di tempat sunyi, secara tersembunyi atau terang-terangan, wahai Dzat Yang Maha Penyantun.

ii. Doa Taubat

Maksud: Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Syarat – syarat Taubat

Apabila anda mahu menjalani solat taubat, anda juga perlu mengikuti syarat – syaray yang telah ditetapkan agar anda boleh menjadi insan yang lebih sempurna ketika menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Antara syarat – syarat taubat termasuklah;

• Ikhlas Ingin Bertaubat

Solat yang dikerjakan haruslah didatangi dengan hati yang ikhlas. Sekiranya anda berasa terpaksa untuk mengerjakan solat taubat, adalah baik sekiranya anda menunggu dan memastikan dahulu bahawa anda benar – benar bersedia untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. Perasaan terpaksa akan membuatkan ibadah yang dikerjakan boleh menjadi tidak sempurna.

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat

• Tidak Akan Mengulangi Dosa Itu Lagi

Solat taubat bermaksud anda benar – benar menyesal dengan kesalahan dan juga dosa yang telah dilakukan. Jadi, pastikan anda tidak mengulangi dosa itu lagi dengan sedaya upaya anda. Anda juga boleh mencuba dengan sebaik mungkin untuk tidak mengikut hawa nafsu kerana selagi kita mengelak, selagi itu syaitan akan mencuba sedaya upaya agar anda terjatuh dengan godaannya. Maka, ia akan menjadi sedikit mencabar untuk anda.

• Dikerjakan Sebelum Ajal Tiba

Solat sunat taubat juga harus dilakukan sebelum ajal anda. Allah SWT menyembunyikan tarikh ajal kita agar kita sentiasa bersedia dan juga beribadah kepada – Nya. Jadi, anda perlu melakukan solat sunat taubat sebelum ajal anda tiba agar dosa anda diampuni oleh Allah SWT dan meyelamatkan anda dari siksa api neraka.

Solat sunat taubat adalah solat sunat yang amat mudah dilakukan jadi anda boleh melakukannya pada bila – bila masa sahaja yang anda mahukan. InshaAllah taubat anda akan diterima dan hidup juga akan menjadi lebih tenang.Selamat beramal.