Islam
Apr 18, 2018, 6:41pm

Cara Melaksanakan Solat Hajat Dengan Betul Dan Mudah Serta Doa Hajat


Hajat dan juga permintaan bukanlah sesuatu yang asing bagi kita kerana setiap manusia pasti mempunyai permintaan merekayang tersendiri. Dari permintaan untuk dikurniakan rezeki yang baik dan pelbagai lagi hajat yang dikehendaki, kita seharusnya bergantung kepada Allah SWT kerana Allah yang akan mengurniakan dan juga memenuhi permintaan kita dengan izin – Nya. Doa merupakan salah satu senjata orang Muslim namun anda juga boleh mengerjakan solat sunat hajat sekiranya anda benar – benar berhajat akan sesuatu perkara.

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh, Hukum Fekah Dan Fadhilatnya

Solat sunat hajat juga mempunyai sedikit kelainan dari solat fardu kerana diwaktu sujud yang terakhir, anda perlu memuji – muji Allah SWT dan juga menyertakan sekali niat perkara yang anda mahu hajati atau permintaan yang mahu dicapai. Setelah solat hajat dilakukan, anda perlu berdoa sekali lagi agar permintaan anda mudah dimakbulkan dengan izin Allah SWT. Oleh itu, kali ini akan dikongsikan cara untuk anda melaksanakan solat hajat dengan betul dan mudah beserta doa hajat. Semoga perkongsian ini akan memudahkan anda.

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh, Hukum Fekah Dan Fadhilatnya

Hadis Tentang Solat Hajat

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Cara Melaksanakan Solat Hajat Dengan Betul Dan Mudah

Solat sunat hajat boleh dikerjakan dengan pelbagai cara, sama ada bersendirian atau berjemaah, waktu malam ataupun siang, dan juga boleh didirikan antara 2 sehingga 12 rakaat. Namun, ia lebih afdhal didirikan pada waktu sepertiga malam dan juga bersendirian kerana anda akan merasa lebih khusyuk dan fokus terhadap solat dan hajat yang mahu diminta.

1. Lafaz dan niat:

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2. Bacaan selepas Al-Fatihah

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)

Bacaan Rumi:

“Allahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

Maksud:

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

[Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

Bacaan Rumi:

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

Maksud:

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’

3. Membaca Tasbih

a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

Bacaan Rumi: “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.”

Maksud: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

b. Atau Tasbih berikut 1 kali:

Maksud:

Maha suci Allah yang bersifat kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya, Maha Suci Allah yang meliputi ilmu segala sesuatu, Maha Suci Allah yang meliputi ilmu – Nya tidak kepada orang lain. Maha Suci Allah yang mempunyai kelebihan dan pemberian. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran an kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Daku memohon dengan Rahmat – Mu dari Kitab – Mu dan dengan Nama – Mu yang mulia, Kehormatan – Mu yang tinggi dan Kalimah – kalimah – Mu yang sempurna dan tidak dapat diatasi oleh segala kebaikan dan kejahatan. Sesungguhnya Dikau berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarganya.

4. Wirid Selepas Solat Hajat

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

a. Istighfar (10 / 100 kali)

Bacaan Rumi: “As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Maksud: Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan aku bertaubat kepada-Nya.

b. Zikir

 

Bacaan Rumi: “Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
Maksud:Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

c. Selawat (10 / 100 kali)

Bacaan Rumi:“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”

Maksud:Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

Doa Solat Hajat

Bacaan Rumi:

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

Maksud:

Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon kepada – Mu dengan keteguhan kemuliaan Arasy – Mu dan setinggi rahmat tercatat dalam Kitab – Mu dan dengan nama – Mu yang Agung, Wajah – Mu yang Maha Tinggi dan Kalimah – kalimah – Mu yang sempurna. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Ikhsan Lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara Arasy yang Mulia. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam! Daku memohon kepada – Mu dengan segala sebab untuk mendapatkan Rahmat – Mu dan segala kepastian mendapat Pengampunan – Mu, terhindar daripada segala maksiat, beruntung daripada setiap kebaikan dan selamat daripada segala dosa. Tiada tinggal pada diriku dosa kecuali Dikau ampunkan, tiada walau satu kesusahan melainkan dilapangkan, tiada dibebani hutang melainkan dilepaskan, tiada sesuatu penyakit melainkan disembuhkan, tiada kefakiran dan kemiskinan melainkan Dikau berikan kekayaan, tiada kejahilan melainkan Dikau ajarkan, tiada persaingan melainkan Dikau berikan kemenangan, tiada keaiban melainkan Dikau tutupkan, tiada kematian melainkan Dikau rahmati dia dan tiada sesuatu hajatyang Dikau redhai melainkan dimakbulkan. Ya Allah! Daku menghadapkan wajahku pada – Mu untuk memenuhi hajatku ini (NIATKAN HAJATNYA), semoga ianya dimakbulkan. Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Fadhilat Solat Hajat

Apabila anda mengerjakan solat hajat, anda boleh menikmati kelebihan dan juga fadhilat solat sunat yang telah anda kerjakan. Antara fadhilat – fadhilat solat hajat termasuklah;

• Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.

Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang pasti akan mendengar setiap permintaan yang umatnya ingini. Jadi, anda secara tidak langsung akan berasa tenang setelah anda mengadu kepada Allah SWT.

• Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.

Hati anda juga akan menjadi lebih ikhlas apabila menerima ketentuan daripada Allah SWT. Ini akan membuatkan anda lebih berlapang dada dan tidak lagi berasa tertekan sekiranya anda diuji dengan pelbagai ujian.

• Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Dengan kuasa dan izin Allah SWT, segala permintaan yang anda mahukan pasti akan dimakbulkan sekiranya anda mengerjakan solat sunat hajat. Jadi, jangan lupa mengamalkan solat sunat ini. Selamat beramal.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: