Review
Apr 30, 2018, 11:25am

Cara Melabur Dengan Menggunakan Public Gold Dan Syiling Emas


Seperti yang kita sedia maklum, emas merupakan pilihan pelaburan masa kini yang digemari oleh masyarakat. Pilihan emas sebagai pelaburan berkait rapat dengan harga emas yang cenderung mengikut harga mata wang dunia yang asli. Yang pasti bukan mata wang buatan manusia dan tidak dimamah oleh inflasi.

cara melabur dengan menggunakan public gold jana keuntungan

Langkah pertama untuk memulai pelaburan emas iaitu persiapan minda dan ilmu pengetahuan mengenai emas, jenis-jenis emas, perbandingan syarikat emas terbaik dan teknik atau strategi dalam pelaburan emas fizikal. Perkara pertama sebelum menceburi pelaburan emas dinar dan perak adalah persiapan ilmu pengetahuan mengenai emas dan persiapan minda atau mental dan dalam pelaburan emas.

Cara Melabur Dengan Menggunakan Public Gold Dan Syiling Emas Untuk Menjana Keuntungan

Cara #1. Perluaskan Pengetahuan Mengenai Emas

cara melabur dengan menggunakan public gold dengan betul

Emas unsur kimia bersimbol Au (Aurum) merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki².Ini menyebabkan emas sesuai untuk penyaduran komponen yang kecil seperti mikrocip, alatan computer dan sebagainya. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling, barangan kemas, penyadur komponen ektronik dan sebagainya.

cara melabur dengan menggunakan public gold dan fahami jenis emas

Jenis emas bergantung kepada kandungan atom Au (emas) dalam sebatiannya. Contohnya, Emas 999.9 emas 24K mengandungi 99.9% kandungan atom Au(emas) dalam sebatiannya. Sifatnya lembut dan biasanya dalam bentuk gold bar atau jongkong emas. Emas 950, emas 23 K mengandungi 95.0% kandungan Au (emas) dalam sebatiannya. Mempunyai 5% kandungan lain seperti besi, aluminum dan sebagainya. Emas 916, emas 22 K mengandungi 91.6% kandungan Au (emas) dalam sebatiannya. Sifatnya sederhana keras biasanya dalam bentuk syiling dinar atau barang kemas dan kadang-kadang digunakan untuk diikat dengan permata. Emas 835 iaitu emas 20K mengandungi 83.5% kandungan atom Au (emas) dalam sebatiannya. Sifatnya keras, digunakan untuk meletakkan batu permata dan popular di Kelantan.

Cara #2. Pilih Jenis Emas Terbaik

Emas terdiri daripada 2 jenis iaitu barangan kemas dan emas pelaburan. Emas pelaburan ialah terdiri daripada gold bar atau jongkong emas 999.9 dan syiling dinar 916. Barang kemas adalah emas 916 kurang sesuai untuk pelaburan emas kerana spread tinggi,jadi lebih lambat untuk mendapat keuntungan iaitu sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

cara terbaik melabur dengan menggunakan public gold

Pilihan terbaik membeli emas adalah emas pelaburan yang mempunyai spread yang rendah supaya mendapat keuntungan lumayan dan cepat iaitu seperti syiling dinar atau gold bar. Syiling emas dinar yang mempunyai spread harga emas yang rendah ialah 10 dinar dan gold bar pula adalah 100g gold bar atau 250g gold bar. Barang kemas tidak berapa sesuai kerana mempunyai spread yang tinggi.

Cara #3. Membeli Atau Menjual Emas Pada Harga Dan Masa Sesuai

Masa yang paling baik membeli emas adalah pada masa harga emas rendah. Masa harga rendah adalah apabila berlaku sesuatu peristiwa atau krisis dunia yang menyebabkan indeks harga emas jatuh mendadak seperti sekarang. Membeli emas pada harga terendah seperti sekarang adalah peluang terbaik untuk menjana keuntungan lumayan kerana boleh menggunakan teknik memanipulasikan emas untuk menambah emas.

cara terbaru melabur dengan menggunakan public gold

Jangan tunggu untuk membeli emas kerana harga emas akan sentiasa naik dan rezeki adalah ditangan yang maha kuasa. Contoh, Wahid membeli emas pada harga RM100 dan Wahad membeli emas pada harga murah RM90, selepas 6 bulan pada hari yang sama mereka mahu jualkan emas tersebut, Wahid jual emas pada pukul 10 malam pada harga RM130 dan Wahad jualkan emas pada pukul 2 pagi dengan harga RM110, kita akan dapati Wahid mendapat untung RM30 sedangkan Wahad dapat untung RM20 sahaja. Kesimpulannya Wahid dapat untung lebih walaupun membeli emas pada harga tinggi, jadi jangan bimbang beli emas sekarang masa emas paling murah.

Cara #4. Teknik Pemurataan Harga

cara bijak melabur dengan menggunakan public gold

Harga emas tidak dapat di ramal oleh sesiapa, Cuma kita dapat ramal harga emas akan naik dalam jangkamasa sederhana atau panjang. Dalam jangkamasa singkat, harga emas turun naik, jadi cara paling selamat dan mengandakan keuntungan ialah dengan dengan menggunakan teknik pemurataan harga. Contoh teknik pemurataan harga ialah katakan anda beli emas 1 dinar pada harga RM800, selepas itu harga turun anda beli lagi emas 1 dinar dengan harga RM780 dan beli lagi dengan harga RM760, jadi harga emas 1 dinar anda sebenarnya adalah RM800+RM780+RM760 bahagi 3 iaitu RM780

Cara #5. Tambah Modal Dan Pelbagaikan Pelaburan

Harga emas sentiasa turun dan naik,jadi apabila harga turun dan mempunyai wang,belilah emas untuk menambah modal pelaburan emas. Jika harga emas turun mendadak dan mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman wang peribadi, inilah masa yang paling sesuai untuk menambah modal pelaburan emas seperti sekarang.

tips melabur dengan menggunakan public gold

Interest pinjaman wang peribadi dari bank hanya dalam 5% sahaja sedangkan purata kenaikkan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun sebelum ini. Jadi anda tidak akan rugi membuat pinjaman peribadi dan lebih baik serta selamat jika merendahkan bayaran bulanan pinjaman peribadi anda dengan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman peribadi.

Disamping itu pelbagaikan modal untuk perniagaan, belian emas murah, dilelong, perniagaan atau pelaburan lain.

Cara #6. Memanipulasikan Emas Fizikal

Satu kelebihan emas fizikal adalah kerana kita dapat manipulasikan emas dengan teknik arrahnu dan sebagainya. Jika menggunakan teknik Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan pelaburan emas, cuba kurangkan pinjaman arrahnu dengan menebus sedikit demi sedikit emas yang anda gadaikan.Sebenarnya inilah tujuan sebenar arrahnu iaitu menambah modal melalui pinjaman arrahnu dan akhirnya emas yang anda beli dari pinjaman arrahnu menjadi milik anda sepenuhnya.

rahsia melabur dengan menggunakan public gold

Jika anda adalah Pengedar emas Public Gold boleh menggunakan teknik Jangka Pendek untuk menjana keuntungan. Strategi pelaburan emas public gold dalam jangkamasa pendek adalah kaedah mendapat keuntungan dengan cepat dan selamat melalui teknik formula one melibatkan penjualan emas segera dan berulang apabila telah mendapat keuntungan. Strategi penjualan emas dan pembelian emas dengan berulangkali akan membolehkan pelabur emas mendapat pendapatan bulanan melalui komisen yang diperolehi oleh pengedar emas public gold. Cth, spread 10 dinar ialah 5%..tolak komisen belian normal dealer 1% dan jualan 0.5%..Jadi spread bersih 3.5%

Cara #7. Melabur Sambil Berniaga Emas

cara melabur dengan bijak menggunakan public gold

Cara mengandakan keuntungan yang paling cepat adalah melabur sambil berniaga emas iaitu jual beli emas kepada rakan-rakan dengan menjadi dealer public gold. Kelebihan dealer public gold adalah dapat berniaga emas atau jual beli emas kepada rakan-rakan atau kenalan tanpa menyewa kedai emas atau tempat menyimpan emas. Mulai 1 februari hingga 31 mac 2014 public gold menawarkan promosi hebat iaitu pembelian gold bar akan dapat menjadi pengedar emas atau agen public gold, bertindak menjadi pelabur bijak sekarang dengar melabur emas fizikal sambil berniaga emas

Cara #8. Kelebihan Public Gold

kelebihan melabur cara melabur dengan menggunakan public gold

Public gold adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang mmberikan banyak kemudahan untuk membeli emas, menjual emas, mengadai emas atau menyimpan emas fizikal. Kelebihan yang diberikan oleh public gold ini boleh digunakan untuk menjana keuntungan yang maksima seperti system EPP (Easy Payment Purchase), tukar emas lama kepada emas public gold (x-plan) dan sebagainya.

Dealer Irenessa Dahlan Sedia Bantu Anda Untuk Simpan/Melabur Menggunakan Public Gold Dan Syiling Emas

cara melabur dengan menggunakan public gold daripada dealer

Public Gold merupakan sebuah syarikat jual beli emas yang telah bertapak selama 10 tahun dan merupakan pengeluar emas dalam bentuk jongkong (gold bar) / syiling emas (dinar). Fokus utama Irenessa Dahlan sebagai dealer ialah untuk mendidik (create awareness) dan membantu masyarakat umum tentang cara-cara menjadikan emas sebagai alternatif simpanan yang lebih kekal lama dan kalis ‘bocor’.

Perkhidmatan Dealer Irenessa Dahlan Adalah Percuma

urusan jual beli dan pelaburan emas

Sebagai dealer/introducer, beliau juga menjadi pemudahcara bagi mereka yang berhasrat untuk membeli dan mengetahui lebih lanjut tentang produk2 emas dan perkhidmatan Public Gold. Segala urusniaga yang dijalankan oleh Public Gold ialah patuh syariah. Khidmat Introducer/dealer ialah FOC. Lokasi beliau di Johor Bahru,namun beliau boleh membantu sesiapa yang berminat untuk berurusan dengan Public Gold di mana sahaja. Public Gold mempunyai 17 cawangan di semenanjung Malaysia,1 di Indonesia dan 1 di Singapura.

Boleh Ke Peroleh Komisen Dengan Public Gold Dan Kenapa Perlu Ada Dealer/Introducer?

kepentingan introducer dalam pelaburan emas public gold

Harga emas public gold adalah tetap, jika anda tidak beritahu atau tulis nama introducer, komisen tidak akan diperolehi kepada sesiapa atau diperolehi oleh Syarikat Public Gold tapi jika beritahu dealer sebagai introducer, panduan serta bimbingan percuma akan anda perolehi itulah pentingnya dealer.

Pelaburan Emas Adalah Pelaburan Jangka Masa Panjang Yang Menguntungkan

cara melabur dengan menggunakan public gold jangka panjang

Pelaburan emas fizikal public gold adalah melibatkan pembelian emas fizikal seperti gold bar, syiling dinar atau barang kemas, beli dan simpan emas sendiri atau disimpan oleh Public Gold melalui program GAP yang boleh dikeluarkan emas pada bila-bila masa dan emas public gold boleh dijual atau digadai apabila harga emas naik untuk mendapat keuntungan, menjana pendapatan aktif dan pasif, perlindungan dari kejatuhan nilai wang, bekalan dana kecemasan dan mengelak kebocoran wang.

Kelebihan Emas Public Gold

  1. Harga murah dan emas bertaraf LBMA bebas GST
  2. Kadar spread terendah di pasaran
  3. Banyak cawangan di seluruh Malaysia.Emas juga boleh diambil di cawangan Pos Malaysia yang ada Ar-Rahnu
  4. Jaminan beli balik walaupun rosak
  5. Diterima meluas di Ar-Rahnu tanpa perlu buka seal (terutamanya Ar-Rahnu Pos Malaysia)
  6. Sistem lock harga/pembelian 24jam sehari
  7. Keupayaan membeli semula emas berskala besar
  8. Emas disertakan sijil ketulenan
  9. Harga emas yang sama untuk semua pembeli (tidak kira dealer ataupun bukan)
  10. Urusniaga patuh syariah

jutawan emas dengan public gold

Produk Emas Public Gold Boleh Dijadikan Sebagai Hadiah

Produk-produk emas Public Gold boleh dijadikan hadiah ataupun dijadikan sebagai simpanan jangka panjang. Public Gold juga menyediakan seminar-seminar bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang emas dan kelebihannya.Seminar-seminar ini semuanya percuma dan dijalankan di semua cawangan-cawangan Public Gold di Malaysia/Singapura/Indonesia.

kelebihan melabur emas dengan public gold

Harga Gold Bar

  • Koleksi Gold bar 0.5g – Rm150
  • Koleksi Gold Bar 1g – rm250 (outright Purchase)
  • Gold bar 10g dan ke atas,Dinar 1dinar dan ke atas,Dirham – mengikut harga pasaran (berubah setiap 20 minit)
  • Koleksi Barang kemas Aurora: Bracelet Rm1858 , charm – antara rm400-rm800
  • Gold Accumulation Program: harga 1gram mengikut harga emas semasa (kemaskini setiap
  • 24jam) ATAU mimimum pembelian rm100

Lihat Apa Kata Anak Didik Irenessa Dahlan Dalam Melabur/Membeli Emas

testimoni pelabur emas public gold testimoni pelabur emas public gold testimoni pelabur emas public gold

Public Gold Dan Syiling Emas Pelaburan Yang Menguntungkan. Jom Kumpul Emas Sekarang!

Selamat memulai pelaburan syiling emas dan public gold semoga kita sama-sama mengubah kehidupan, terselamat dari kejatuhan nilai wang, mempunyai bekalan dana kecemasan, mengelak kebocoran wang dan menjana pendapatan untuk masa depan keluarga. Hubungi dealer Ireneesa Dahlan untuk keterangan lebih lanjut.

rahsia pelaburan emas public gold

DEALER IRENESSA DAHLAN | MELABUR DAN JANA KEUNTUNGAN DENGAN PUBLIC GOLD
(Introducer Code: PG 00084282)
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-7103489) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: