Insurans
May 15, 2018, 9:07am

Cara-Cara Melegakan Sakit Belakang.


  •  
  •  
  •  
  •  

Rata-rata warga kota yang bekerja di pejabat menghabiskan masa lebih lapan jam sehari di hadapan komputer. Duduk dengan posisi yang sama setiap hari tanpa melakukan senaman ringan menyebabkan tulang belakang berada dalam keadaan tertekan. Lama-kelamaan rasa sengal, sakit dan lenguh yang pada mulanya dianggap hanya sebagai perkara biasa menjadi semakin serius. Bermula dengan rasa cucukan secara tiba-tiba ia menjadi semakin panas dan membuatkan kesakitan berpanjangan pada bahagian belakang badan yang ada kalanya menjalar sehingga ke kaki.

Cara Melegakan Sakit Belakang Cepat

Ia bukan saja mengganggu pergerakan, tetapi membuatkan individu tidak boleh duduk dalam tempoh yang lama. Kesannya bukan kepada kualiti kerja saja, tetapi juga mempengaruhi rutin seharian.

Selain pekerja pejabat, menunggang motosikal dalam tempoh yang lama turut menjadi penyebab sakit belakang yang serius. Ini kerana badan penunggang atau pembonceng seakan-akan dilambung-lambung ketika motorsikal bergerak dan menyebabkan tulang belakang berada dalam keadaan tertekan.

Bagi mereka yang pernah mengalami masalah sakit belakang pasti berpendapat ia disebabkan cakera tergelincir yang berpunca daripada terjatuh atau hentakan kuat pada badan.

Namun, bukan semua sakit belakang berkaitan cakera tergelincir. Sakit belakang sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang misalnya duduk terlalu lama yang menyebabkan postur ini menekan otot dan tulang seterusnya sendi menjadi kaku atau keras. Sebenarnya lebih 60 hingga 80 peratus kesakitan disebabkan postur badan yang tidak betul dan berada dalam satu kedudukan dalam tempoh lama manakala 10 ke 20 peratus pula disebabkan kecederaan dan mengangkat barang berat. Masalah ini sudah semestinya menggangu rutin harian anda. Oleh itu mari kita lihat cara untuk mengatasi masalah ini.

Penggunaan Ubat Sakit Belakang

Cara Melegakan Sakit Belakang Ubat

Ada orang mungkin perlu mengambil ubatnonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) yang lebih kuat atau ubat opioid, yang tentunya memerlukan preskripsi doktor, agar membantu meredakan rasa sakit mereka. Sangat penting untuk berbincang  dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda sedang mengambil ubat lain, termasuk ubat-ubatan yang dijual bebas, untuk mengelakkan kelebihan dos bahan aktif tertentu.

Temui Terapi Fizikal

Cara Melegakan Sakit Belakang Senaman

Terapi fizikal boleh mengajar cara duduk, berdiri, dan bergerak yang membuat tulang belakang anda dalam keadaan selaras dan mengurangkan ketegangan pada punggung anda. Mereka juga boleh mengajar latihan khusus yang boleh menguatkan otot-otot teras yang menyokong belakang anda. Kajian menunjukkan bahawa jika anda meningkatkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan otot, maka sakit belakang akan berkurang, namun ianya memerlukan masa.

Jangan Istirehatkan Punggung Yang Nyeri

Cara Melegakan Sakit Belakang Baring

Jika dulu, doktor sering memberikan nasihat supaya pesakit berehat di tempat tidur bagi pesakit sakit belakang. Tapi sekarang ketahuilah bahawa berbaring merupakan salah satu perkara yang paling teruk yang boleh anda lakukan ketika sakit belakang. Bukannya bertambah baik, sakit belakang mungkin boleh menjadi bertambah parah dan bahkan boleh menyebabkan komplikasi lain.

Sungguh penting untuk anda bangun dan perlahan-lahan mula bergerak. Sukan menjadi salah satu cara paling berkesan untuk meredakan sakit belakang dengan cepat. Cubalah untuk berenang atau berjalan santai di sekitar depan rumah anda.

Pek Sejuk Dan Panas Di Kawasan Yang Sakit

Cara Melegakan Sakit Belakang Tuam

Meletakkan ais ke kawasan yang menyakitkan di belakang badan boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan akibat kecederaan. Cuba lakukan ini beberapa kali sehari selama 20 minit.

Selain itu juga, anda boleh membeli koyok ataupun ubat tampal pada belakang badan buat sementara waktu. Ia memberi kesan rasa panas dan sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Terapkan bantal pemanas atau pak hangat untuk membantu mengendurkan otot anda dan meningkatkan darah yang mengalir ke kawasan yang sakit. Anda juga boleh cuba mandi air suam atau panas untuk membantu merelakskan tubuh anda.

Bekam

Cara Melegakan Sakit Belakang Bekam

Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit pinggang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul (‘Ala warik) berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan pembetulan tulang belakang dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan.

Senaman

Cara Melegakan Sakit Belakang Jogging

Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjogging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

Duduk Dengan Betul

Cara Melegakan Sakit Belakang Duduk

Cara: Rapatkan punggung kemudian sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang. Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Elakkan duduk terlalu lama terutama sekiranya kerusi terlalu keras, selepas 15 minit gerakkan badan, bangun atau lakukan senaman ringan.

Mengangkat Barang

Cara Melegakan Sakit Belakang Petua

Cara: Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Jika bebanan terlalu berat jangan memaksa sebaliknya minta bantuan dengan individu lain.

Memandu

Cara Melegakan Sakit Belakang Memandu

Cara: Cari posisi selesa ketika memandu. Duduk tegak kemudian gerakkan tempat duduk ke hadapan agar lutut berada selaras dengan pinggang. Untuk perjalanan jauh, sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong pada leher sekiranya perlu.

Bagi penunggang motorsikal, laluan jalan berbonggol akan menyebabkan tulang belakang tertekan. Menunggang terlalu lama juga akan menyebabkan kesakitan tulang belakang. Pastikan anda berhenti rehat untuk perjalanan jauh kemudian lakukan senaman ringan dengan menggerakkan badan sebelum menyambung perjalanan semula.

Tidur

Cara Melegakan Sakit Belakang Tidur

Cara: Tidur di atas tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Untuk kesan yang sempurna apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut agar posisi berada dalam keadaan selesa manakala tulang belakang tidak tertekan.

Berdiri dan Berjalan

Cara Melegakan Sakit Belakang Berdiri

Cara: Postur badan ketika berdiri dan berjalan turut memberi kesan kepada tulang belakang anda. Sekiranya anda perlu berdiri terlalu lama pastikan anda menukar posisi anda sekerap mungkin. Pastikan anda berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan.

Untuk berjalan pula, pastikan anda berjalan dengan cara yang betul iaitu dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari kaki mengarah ke hadapan. Elakkan kasut bertumit tinggi sebaliknya cari kasut yang mempunyai tumit rendah atau rata serta tidak memberikan kesakitan ketika berjalan.

Kurangkan Membongkok

Cara Melegakan Sakit Belakang Bongkok

Membongkok adalah posisi tubuh yang buruk bagi badan anda. Dengan melakukan ini maka sakit belakang yang anda rasakan akan bertambah teruk, terutama jika duduk untuk masa yang lama. Bila anda sedang berada di depan komputer, cuba duduk dengan tegak diatas kerusi. Letakkan bantal lembut dibelakang badan untuk memberi sokongan pada tulang belakang dan punggung.

Cara Melegakan Sakit Belakang Kecemasan

Sekiranya tiada langkah pencegahan dibuat, sakit belakang anda mungkin meenjadi kronik dan menjejaskan kesihatan anda secara total. Rawatan untuk mengubati sakit belakang boleh menelan kos yang besar jika di tahap yang berbahaya. Namun ramai individu tersedar akan masalah ini apabila sudah terlambat. Oleh itu, seharusnya anda ambil langkah bijak dengan mebuat persediaan awal, agar kos rawatan tidak akan membebankan anda dan keluarga kelak.

Cara Melegakan Sakit Belakang Hujan

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Cara Melegakan Sakit Belakang Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.