Cara Buka Dan Jalankan Perniagaan Dobi Layan Diri | MCC Smart Service

Dobi layan diri perniagaan di mana pemilik tidak perlu berada di premis perniagaan untuk menjalankan proses perniagaan. Pelanggan hanya perlu menggunakan sistem koin atau syiling untuk memulakan mesin basuh dan mesin pengering. Kebiasaannya, masa yang diambil ialah lebih kurang 30 minit untuk cucian dan 30 minit untuk pengeringan. Siapa sangka pendapatan perniagaan dobi juga akan tetap diperoleh walaupun pemilik atau pekerja tidak berada di premis perniagaan.

Perniagaan Dobi Wanita

Cara Untuk Menceburi Bidang Perniagaan Dobi Layan Diri

Sebelum menceburi bidang perniagaan dobi, beberapa asas perlu dititikberatkan atau diambil kira oleh pengusaha dobi untuk memastikan perniagaan dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang dan dapat bersaing dengan perniagaan lain. Antara asas yang perlu diketahui oleh pengusaha dobi adalah seperti berikut:

1. Jenis Perniagaan dan Keupayaan Diri Bakal

Pengusaha perlu membuat pilihan iaitu sama ada memilih jenis perniagaan sendiri ataupun francais. Pemilihan ini bergantung kepada modal masing-masing. Sekiranya memilih untuk membeli perniagaan dobi daripada pengusaha yang sedia ada, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu mengapa pengusaha itu ingin menjual perniagaannya. Bagi jenis perniagaan francais pula, beberapa perkara perlu dipertimbangkan bergantung kepada keupayaan seperti yuran bayaran. Oleh itu, bakal pengusaha perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya dan membuat keputusan bergantung kepada keupayaan diri sendiri sebelum memilih jenis perniagaan.

Perniagaan Dobi Biru

2. Konsep Perniagaan

Pemilihan konsep perniagaan ini perlu dibuat mengikut kepada keperluan masyarakat setempat. Di negara barat, terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan cafe laundry dan self service laundry kerana mengikut kepada gaya hidup mereka yang lebih cenderung terhadap konsep tersebut. Perniagaan dobi di Malaysia juga mula menunjukkan perkembangan dengan wujudnya pelbagai jenis konsep perniagaan seperti kedai dobi kafe, kedai dobi layan diri dan juga kedai dobi perkhidmatan. Walau apa pun konsep perniagaan yang dipilih, pastikan ia bersesuaian dengan keadaan dan keperluan setempat.

Perniagaan Dobi Baju

3. Pemilihan Lokasi Perniagaan

Pemilihan lokasi merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi akan mendapat sambutan ramai ataupun tidak. Kawasan tersebut hendaklah cenderung kepada tumpuan dan laluan orang ramai serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Perniagaan Dobi Seluar

Kebiasaannya pengusaha dobi akan memilih kawasan perumahan, kawasan berhampiran kilang-kilang ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan sekolah-sekolah berasrama, institut pengajian tinggi ataupun kolejkolej untuk menjalankan perniagaannya. Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka untuk menggunakan perkhidmatannya. Selain itu, pengusaha hendaklah memastikan kawasan atau lokasi pilihan tidak mempunyai pesaing atau mempunyai kekurangan kedai dobi supaya perniagaan boleh berjalan dengan baik.

Mcc Smart Service Menawarkan Perkhidmatan Dobi Layan Diri

MCC Smart Services ( PG0381626-P ) merupakan sebuah syarikat konsultan Dobi Layan Diri yang ditubuhkan secara rasminya pada 11 disember 2015 di Kulim, Kedah Darul Aman. Manakala, MCC Smart Services (M) Sdn Bhd ( 1244422-H ) telah didaftarkan pada 23 Ogos 2017. MCC Smart Services merupakan pakar dalam inovasi, perundingan dan penjenamaan untuk perniagaan dobi layan diri. Mereka akan membantu anda memiliki perniagaan dobi jenama anda sendiri.

Perniagaan Dobi Servis

11 projek Dobi Layan Diri telah dirikan oleh MCC Smart Service

Walaupun baru 3 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, tidak mematahkan semangat syarikat ini untuk terus maju pada masa hadapan. Sebanyak 11 buah projek Dobi Layan Diri berjaya menempah nama dengan menggunakan service darinya. Majoriti Perniagaan Dobi Layan DIri yang ada di kawasan anda tidak kita negeri adalah hasil daripada service MCC Smart Service.

Perniagaan Dobi Malaysia

Perniagaan Dobi Tempat

Perniagaan Dobi Lokasi

Modal Yang Diperlukan Untuk Memulakan Perniagaan Dobi Layan Diri

Anggaran kos projek bagi setiap tapak atau premis sewaan meliputi aset dan pemasangan adalah sebanyak RM95,000. Manakala, anggaran kos bulan pertama bagi sewaan tapak atau premis termasuk deposit sewaan, keperluan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain sebanyak RM7,000. Anggaran pendapatan perniagaan meliputi anggaran caj minimum penggunaan mesin basuh dan kering dalam sebulan.

Perniagaan Dobi Meja

Pendapatan dan perbelanjaan ini menunjukkan perniagaan dobi mampu memperoleh anggaran untung bersih hampir RM18,000 sebulan dan sasaran pencapaian perniagaan tahunan boleh mencapai sehingga RM216,000.

Perniagaan Dobi Layan Diri Mampu Meraih Keuntungan Bersih Maksimum Rm18,000

Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan hala tuju, proses mengatasi kelemahan dan ancaman yang dihadapi, pengurusan operasi dan kewangan serta pengenalpastian isu-isu strategik dan penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.

Perniagaan Dobi Kerusi

Oleh itu, perancangan yang strategik amat penting dalam sesebuah perniagaan terutamanya perniagaan dobi yang merangkumi perancangan sebelum memulakan perniagaan sehingga perancangan perniagaan akan datang. dan perbelanjaan ini menunjukkan perniagaan dobi mampu memperoleh anggaran untung bersih hampir RM18,000 sebulan dan sasaran pencapaian perniagaan tahunan boleh mencapai sehingga RM216,000.

Kenali Asas Sebelum Memulakan Perniagaan Dobi Layan Diri

Sebelum menceburi bidang perniagaan dobi, beberapa asas perlu dititikberatkan atau diambil kira oleh pengusaha dobi untuk memastikan perniagaan dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang dan dapat bersaing dengan perniagaan lain. Antara asas yang perlu diketahui oleh pengusaha dobi adalah seperti berikut:

1. Memilih Lokasi Kedai Dobi

Pilih kedai yang berdekatan dengan tempat perumahan, kondominium dan pangsapuri. Pelanggan patut boleh akses kedai dobi anda dengan senang. Buat penyelidikan tentang sesuatu tempat dan buat anggaran kepadatan tempat penduduk dan jika ada saingan kedai dobi lain. Lihat jika pelaburan anda untuk kedai dobi baru adalah bagus untuk tempat itu. Lebih baik jika tempat perumahan adalah baru dengan penduduk saiz yang cukup dan anda boleh menawarkan servis dobi. Tidak digalakkan untuk buka perniagaan dobi di tempat yang sudah ada tetapi kalau masih mahu; anda mesti bersaing dengan harga atau perkhidmatan yang dobi lain tidak buat.

Perniagaan Dobi Sakura

2. Memilih Mesin Dobi

Pilih mesin dobi berkualiti untuk kerja dobi. Mesin yang mahal tidak semestinya mesti dibeli dan kebanyakan dobi guna campuran mesin dobi komersial dan biasa untuk kerja dobi. Itulah sebab perusahawan melaburkan dalam anggaran RM25,000 untuk mesin dobi yang meliputi mesin basuh, mesin pengering pakaian, mesin aqua wash dan stim seterika. Untuk perkhidmatan cuci toto atau comforter, beli mesin basuh dan mesin pengering berkapasiti tinggi seperti 15kg atau lebih.

Perniagaan Dobi Putih

Lokasi Dobi Layan Diri Yang Strategik Lebih Menguntungkan

Pemilihan lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi tadi akan mendapat sambutan ramai atau tidak. Kebiasaannya usahawan dobi akan memilih kawasan perumahan ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan universiti ataupun kolej. Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka. Ada premis yang terletak dalam kawasan bangunan pejabat akan mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta, memaksa pelanggan mereka berjalan jauh membawa toto dan pakaian yang perlu dibasuh.

Perniagaan Dobi Pakaian

MCC Smart Service Menawarkan Pakej Dobi Layan Diri Terbaik Dan Murah

Pembelian mesin dan peralatan juga dianggap penting untung memastikan untung yang maksimum. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, lebih baik dibeli terus daripada pengedar seperti dari MCC Smart Service. Elakkan daripada membeli daripada ejen atau orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Selain itu, mesin basuh yang digunakan perlulah direka untuk kegunaan industri dan tahan lasak.

Perniagaan Dobi Mesin

Pakej A – 5 Stacked Washer 10kg + Dryer 10kg

Pakej A adalah yang termurah untuk anda yang ingin memulakan perniagaan Dobi Layan Diri secara kecil-kecilan. Sesuai untuk premis yang kecil.

Perniagaan Dobi Pakej A

Pakej B – 5 Speed Queen F/L washer 14kg + Stacked Tumble Dryer 14kg

Pakej B pula didatangi dengan 14kg washer dan dryer. Kapasiti untuk pakej ini jika diletakkan di premis agar besar kawasan yang diperlukan.

Perniagaan Dobi Pakej B

Pakej C – 3 Stacked Washer/Dryer + 2 Washer 14kg +1 Stacked Tumble Dryer 14kg

Manakala pakej C sesuai untuk anda yang mempunyai modal banyak tapi hasil yang akan didapati kemudian hari lebih menguntungkan.

Perniagaan Dobi Pakej C

Pakej D – 3 Speed Queen F/L Washer 10kg + 2 Washer 14kg + 2 Stacked Tumble Dryer 14kg

Akhir sekali adalah pakej D dilengkapi set penuh yang dipelrukan oleh Dobi Layan Diri.

Perniagaan Dobi Pakej D

Kesemua pakej di atas boleh pilih mengikut nilai bajet yang anda ada. Jika anda meragui mana satu yang sesuai dengan modal yang anda ada, pihak MCC Smart Service akan memberikan khidmat terbaik untuk anda memilih pakej yang sesuai.

Perniagaan Dobi Layan Diri Memberi Kemudahan Kepada Pengguna

Terdapat beberapa faktor kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan dobi. Antaranya adalah faktor kesuntukan masa dan faktor cuaca. Faktor kesuntukan masa dapat dilihat dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Hal ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat Malaysia yang tidak sempat untuk mencuci pakaian sendiri dan menghantar ke kedai dobi. Manakala faktor cuaca yang tidak menentu juga telah mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan dobi kerana pakaian yang dicuci pada musim hujan akan mengambil masa yang lama untuk kering

Perniagaan Dobi Rehat

Peluang Untuk Anda Mendirikan Perniagaan Dobi Layan Diri Paling Mudah. Mereka Telah Berjaya Anda Bila Lagi?

Lihat sahajalah testimoni mereka yang telah menggunakan khidmat pakar Dobi Layan Diri dari MCC Smart Service. Jika mereka boleh mengapa tidak anda?

Perniagaan Dobi Bagus

Perniagaan Dobi Lelaki

Perniagaan Dobi Pink

Jalankan Perniagaan Dobi Layan Diri Dengan MCC Smart Service Sekarang

Pakej yang begitu jimat dengan modal yang paling rendah untuk mendirikan perniagaan Dobi Layan Diri. berminat dengan perniagaan ini hubungi segera MCC Smart Service sekarang :

MCC SMART SERVICE | PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI
Hotline 1: Tekan untuk telefon (011-28431318) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (012-4850806) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 3: Tekan untuk telefon (016-4213732) | Tekan untuk Whatsapp
Facebook : https://www.facebook.com/Mycucicuci/
Website : http://mccsmartservices.com/

Hardy Construction (300x250)

Daftar Percuma Untuk Telegram Channel Prof Hariz

Sertai Group Telegram Prof Hariz untuk dapatkan update dan info terkini mengenai Digital Marketing.

LANGGAN SEKARANG