Review
Apr 25, 2018, 9:59am

Cara Bersenam Yang Betul Agar Berat Badan Turun Dengan Cepat


  •  
  •  
  •  
  •  

Pernahkah anda menjalani program diet selama berbulan – bulan tetapi tidak mendapat hasil yang diingini? Ia pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja dan sudah tentu anda akan berasa tertekan dan mahu berputus asa disebabkan tiada kesan yang ketara dari segi berat dan bentuk tubuh badan anda. Namun, jangan berputus asa dahulu! Bertenang dan semak semula jenis diet dan senaman yang anda lakukan.

diet dan cara bersenam yang betul agar berat badan turun dengan cepat

Kadangkala jenis diet dan teknik senaman yang anda lakukan boleh mempengaruhi kesan dan juga berat tubuh badan anda. Diet mungkin boleh diubah, namun cara bersenam yang betul adalah amat penting agar peluh dan tenaga yang dikeluarkan adalah berbaloi dan boleh menunjukkan kesan terhadap tubuh badan anda. Berat badan anda juga boleh diturunkan dengan cepat sekiranya anda menggunakan cara bersenam yang betul seperti yang akan dikongsikan di bawah.

Cara Bersenam Yang Betul Agar Berat Badan Turun Dengan Cepat

cara bersenam yang betul

Anda juga pasti tahu bahawa senaman tidak boleh dilakukan setiap hari disebabkan oleh komitmen kerja dan juga keluarga yang tinggi. Anda hanya boleh meluangkan sedikit masa untuk bersenam tetapi jika senaman anda dilakukan dengan cara yang betul, pasti ia akan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Antara cara – cara yang anda boleh ikuti termasuklah;

  • Menetapkan Jenis Senaman Yang Mahu Diikuti

Sebelum anda mendapatkan jenis – jenis senaman yang mahu diikuti, anda perlu menetapkan dahulu tujuan anda untuk bersenam. Hal ini kerana, terdapat banyak jenis senaman yang disediakan mengikut tujuan anda. Senaman yang dilakukan boleh membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan idaman sekiranya ia seiring dengan tujuan anda.

cara bersenam yang betul agar capai target berat badan

Contohnya, jika anda mahu menurunkan berat badan, anda perlu melakukan senaman jenis cardio agar lemak – lemak dapat dibakar dengan berkesan. Senaman bentuk kardio seperti joging dan juga lompat tali adalah contoh terbaik untuk membakar lemak dengan cepat. Sekiranya anda mahu membina otot, anda perlu melakukan senaman jenis HIIT (High Intensity Interval Training) untuk memastikan otot dan abdomen anda dapat dibentuk dengan cantik.

  • Menggunakan Muzik

cara bersenam yang betul sambil dengar musik

Muzik telah terbukti mampu meningkatkan motivasi anda untuk melakukan sesuatu perkara termasuk bersenam. Ia berkait rapat dengan otak anda di mana muzik mampu membuatkan sel – sel otak anda menjadi lebih aktif. Anda boleh mencipta satu playlist yang dipenuhi dengan lagu – lagu yang boleh meningkatkan niat anda untuk bersenam dan juga mendapatkan tubuh badan yang diingini. Pastikan anda mendapatkan lagu – lagu yang rancak kerana rentak lagu yang rancak boleh membuatkan anda bersemangat dan juga bertenaga untuk bersenam.

  • Workout Challenge

Workout Challenge adalah amat sesuai untuk digunakan sekiranya anda merupakan seseorang yang sukakan cabaran. Anda boleh menggunakan workout challenge seperti 30 – days challenge di mana anda perlu melakukan senaman dengan mengikuti jadual yang telah disediakan dan selepas 30 hari, anda pasti boleh melihat kesan yang jelas terhadap badan anda.

cara bersenam yang betul dengan challenge

Seseorang yang amat menyukai cabaran dan tidak suka perasaan kalah pasti akan mengikuti workout challenge ini sebaiknya. Workout challenge ini boleh ditemui di mana – mana sahaja, anda boleh mendapatkan ia di dalam laman web ataupun aplikasi telefon bimbit anda.

  • Membuat Jadual Senaman

cara bersenam yang betul dengan workout challengeAnda juga perlu konsisten dalam melakukan sesuatu perkara sekiranya anda mahu mendapatkan kesan yang diingini. Jadual senaman yang teratur boleh membantu anda untuk melakukan senaman secara konsisten dan berterusan. Namun, anda perlu mengikuti jadual tersebut dengan baik dan sabar. Sekiranya anda terlepas sesi senaman anda pada sesuatu hari, anda boleh menggantikan sesi tersebut pada hari yang lain. Pastikan juga anda memberikan fokus yang tinggi ketika mengikuti jadual senaman anda.

  • Menggunakan Peralatan Yang Betul

cara bersenam yang betul dengan alat gym yang betul

Gym selalu menyediakan peralatan yang mencukupi untuk anda melakukan senaman dengan berkesan. Jadi, anda boleh melanggan keahlian gym dan menggunakan peralatan yang disediakan untuk anda bersenam. Malah, anda juga boleh menggunakan peralatan tersebut secara sepenuhnya dan seberapa lama yang anda mahukan. Ada juga gym yang menyediakan bahagian khas untuk wanita jadi anda tidak perlu berasa malu untuk bersenam. Harga untuk keahlian juga selalunya tidak mahal dan berpatutan.

  • Mendapatkan Bantuan Trainer/Coach

teknik bersenam yang betul

Anda boleh mendapatkan bantuan trainer ataupun coach yang menawarkan perkhdmatan untuk memastikan anda mendapatkan tubuh badan yang diingini. Mereka boleh memastikan bahawa anda akan mengikuti jadual diet dan senaman yang dikhaskan untuk anda. Malah, setiap senaman dan diet yang dilakukan adalah sesuai untuk tubuh badan dan juga boleh mengurangkan berat badan anda dengan efektif. Jadi, masa dan usaha yang diambil untuk mendapatkan tubuh badan idaman anda adalah singkat dan padat.

  • Melakukan Senaman Secara Berpasangan/ Kumpulan

team bersenam berkumpulan

Senaman yang dilakukan secara pasangan atau berkumpulan boleh meningkatkan semangat anda untuk mencapai tujuan dan impian anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda melakukan senaman tersebut bersama rakan, anda boleh memberikan kata – kata semangat dan juga mencari motivasi untuk meneruskan diet dan senaman anda bersama – sama. Dengan ini, ia akan menjadi lebih efektif dan berat badan juga boleh diturunkan dengan cepat.

Fit Ave Performance Hub – Studio Kecergasan Pilihan Ramai

bersenam dengan betul di fitness centre sri hartamas

Fit Ave Performance Hub merupakan studio kecergasan yang terletak di Kuala Lumpur ni menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk anda mendapatkan tubuh badan yang diingini dan juga mengurangkan berat badan dengan berkesan. Jika anda mahu mengubah hidup anda, pastikan anda menggunakan perkhidmatan Fit Ave Performance Hub yang bermoto “Where Fitness Performance Matters!”

Perkhimatan Yang Ditawarkan Oleh Fit Ave Performance Hub

1. Group Exercise

group fitness cara bersenam yang betul

Senaman berkumpulan bermaksud senaman yang dilakukan lebih dari dua orang dan diketuai oleh seorang instruktor. Fit Ave Performance Hub  menawarkan lima kelas untuk ahli – ahli mereka, di mana ia direka untuk meningkatkan cardorespiratory dan juga kecergasan otot – otot mereka. Kelas ini adalah direka agar ia sesuai dengan latar belakang kecergasan klien. Tahap intensiti senaman juga boleh diubah mengikut kesesuaian klien.Antara kelas – kelas yang ditawarkan oleh Fit Ave Performance Hub adalah;

2. Synchro Performance

cara bersenam yang betul dan synchro performance

Kelas ini dilakukan dengan pergerakan yang sekata menggunakan peralatan yang disediakan di dalam studio mereka. Sesi ini adalah selama 45 minit dan bertujuan untuk membina badan dan juga otot anda.

3. Athletics Peformance

athletic performance dalam bersenam dengn betul

Sesi ini merupakan sesi yang beintensiti tinggi termasuklah explosive, kuasa dan ketangkasan anda dan ia pasti akan mencabar tahap kecergasan anda dan juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi atlet secara keseluruhan. Sesi ini adalah sesi yang terpantas untuk membakar kalori.

4. Bodyweight Performance

bersenam dan bodyweight performance

Kelas ini memberi fokus kepada pembetulan postur ketika anda melakukan senaman, meningkatkan stabiliti dan pergerakan anda untuk menyediakan ahli – ahli kepada senaman yang lebih sukar.

5. Strength Performance

strength performance cara bersenam dengan betul

Kelas ini pula dibuat untuk meningkatkan kebolehan klien mereka untuk mengangkat berat dan dalam masa yang sama, meningkatkan jisim otot dengan memasukkan senaman kompaun, supersets dan giant sets serta pelbagai lagi jenis senaman yang lain.

Endurance Performance

endurance performance untuk cara bersenam yang betul

Kelas ini direka khas untuk klien agar mereka boleh meningkatkan prestasi senaman kardio dan juga penggunaan bodyweight dan peralatan yang pelbagai. Sesi ini adalah amat berintensiti tinggi yang termasuk HIIT dan juga senaman metabolik.

Mereka juga menyediakan jadual yang konsisten jadi ia boleh memudahkan klien mereka untuk melakukan pelan dan menjalankan senaman ini tanpa mengganggu aktiviti harian mereka.

jadual metabolic performance untuk peserta senaman dan training

Kelebihan Memilih Senaman Berkumpulan

  • Pendedahan kepada persekitaran yang seronok
  • Senaman yang selamat dan efektif
  • Jadual senaman yang konsisten
  • Faktor akauntabiliti di mana anda pasti akan bersenam sekiranya anda mempunyai rakan bersama
  • Senaman yang tidak memerlukan pengalaman
bersenam di fitness center sri hartamas

Personal Training Bersama Fit Ave Performance Hub

Personal Training bersama Fit Ave Performance Hub adalah program kecergasan yang direka khas untuk mengikut keperluan dan juga matlamat klien. Sistem latihan mereka boleh membina semula tubuh badan klien mereka dengan menguatkan otot dan memberikan klien tubuh badan yang cergas, pejal dan juga berfungsi dengan baik. Dalam masa 45 minit sahaja, senaman yang diberikan adalah intensif, fokus dan juga berkesan.

personal training coaching senaman di sri hartamas

Proses kemajuan klien juga akan direkod dan dilihat dari semasa ke semasa dengan menggunakan mesin analysis komposisi badan Inbody di mana klien boleh melihat peningkatan jisim otot dan juga penurunan peratus lemak secepat 4 minggu selepas anda memulakan senaman.

Matlamat dan Kelebihan Personal Training

  • Menurunkan berat badan
  • Membina jisim otot dan bentuk otot
  • Meningkatkan postur
  • Menyediakan bimbingan nutrisi untuk mencapai hasil
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Meningkatkan keyakinan diri
cara bersenam yang betul dengan coaching

Bagaimana Fit Ave Performance Hub Mengira Prestasi Klien Mereka?

#1 – Inbody Body Composition Analysis

analisa kecergasan dan kesihatan

Inbody Body Composition Analysis merupakan mesin yang boleh mengira dan juga menguji jumlah air di dalam badan, lemak, protein dan juga mineral klien secara efektif dan juga tepat. Ia juga menunjukkan peratus lemak tubuh badan, pengedaran otot dan juga baki air di dalam tubuh badan di mana ia adalah kunci untuk mereka memahami tubuh badan klien dan juga membantu mereka untuk meningkatkan tahap kecergasan klien dalam mencapai matlamat kecergasan mereka.

#2 – Regular Fitness Testing

regular training untuk kekal aktif

Fitness Ave Performance Hub juga amat mementingkan kemajuan klien mereka ketika bersenam. Mereka melakukan yang terbaik dalam memastikan bahawa klien mereka mencapai matlamat kecergasan yang dimahukan dengan melakukan ujian kecergasan di mana ujian ini boleh menguji kekuatan, ketangkasan, kelajuan dan juga fleksibiliti untuk klien mereka agar klien tersebut bekerja lebih keras dan menjadi lebih cergas dan pantas.

Testimoni Klien Fitness Ave Performance Hub

Anda juga boleh melihat review – review positif yang ditinggalkan oleh klien Fitness Ave Performance Hub di mana anda pasti akan tertarik untuk menyertai program kecergasan bersama mereka. Antara review positif tersebut termasuklah;

testimoni fitave performance ave

Trainer di Fitness Ave Performance Hub akan memahami keperluan tubuh badan anda dengan baik

testimonial fitave performance ave

Gym yang mempunyai peralatan yang baik dengan trainer yang professional

review fitave performance ave

Anda pasti akan suka untuk bersenam di Fit Ave Performance Hub

FitAve Performance Hub Fitness Center Terbaik Di Sri Hartamas. Daftar Sekarang!

Jika anda belum yakin dengn FitAve Performance Hub di Sri Hartamas ini, hubungi mereka dan dapatkan temujanji dan boleh mencuba dan melihat bagaimana instructor di sini melatih peserta mereka. Jika anda berada di sekitar Sri Hartamas dan berdekatan dan inginkan bentuk badan idaman, hubungi FitAve Performance Hub sekarang juga!

senaman terbaik di fitness center sri hartamas

DAPATKAN TUBUH BADAN IDAMAN ANDA DENGAN FITNESS AVE PERFORMANCE HUB Hubungi: Tekan untuk telefon (03-62113044) Facebook: FitAve Performance Hub Instagram: @fitaveperformancehub E- Mail: fit8venue@gmail.com

Alamat: FitAve Performance Hub No 35 – 2, Jalan Sri Hartamas 7, 50480 Kuala Lumpur