Review
Jul 31, 2018, 2:28pm

Cara Belajar Al-Quran Di Rumah Dengan Guru Yang Betul


Bacalah AlQuran kerana sesungguhnya AlQuran itu adalah syafaat untuk semua di hari akhirat kelak! Maka adalah wajib untuk semua umat Islam mengenal huruf jawi dan seterusnya boleh membaca AlQuran ini dengan baik dan lancar.

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Tenang

Walaubagaimanapun, sesungguhnya masih ada di kalangan umat Islam di atas muka bumi ini yang masih lagi tidak dapat membaca AlQuran dengan fasih dan lancar meskipun sudah berada di dalam golongan orang dewasa. Tidak terkecuali juga yang telah berada di dalam kategori warga emas. Tidak mengapa, jangan malu jangan segan sebaliknya anda masih boleh berusaha untuk mencabar diri sehingga ke tahap boleh mengenal huruf dan membaca dengan tajwid yang betul.

Sekiranya anda punya keinginan yang tinggi untuk mempelajari AlQuran namun sayangnya tidak punya masa yang cukup, anda masih boleh meneruskan impian anda itu dengan MENGAJI DI RUMAH BERSAMA ASATIZAH.

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Mudah

Cara Belajar Al-Quran Di Rumah dengan Guru Yang Betul

Dengan adanya konsep ini anda tidak perlu lagi mengalami masalah berkaitan dengan masa kerana guru anda boleh datang secara terus ke kediaman untuk memberikan anda kelas mengaji AlQuran secara terus dari rumah dengan konsep 1 pada 1.

Ini bermakna, anda akan dapat mempelajari ilmu untuk membaca AlQuran ini secara langsung dengan seorang guru dan semestinya dengan cara ini segala perhatian akan difokuskan hanya kepada anda.

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Seronok

Perkhidmatan mengajar dari rumah ke rumah ini sebenarnya diwujudkan demi untuk merealisasikan sebuah masyarakat yang hidupnya bertunjangkan AlQuran dan agar setiap rumah kediaman umat Islam ini khususnya tidak akan sunyi dengan alunan ayat suci AlQuran yang sayup-sayup boleh kedengaran dari kejauhan.

Antara Golongan Yang Paling Sesuai Untuk Mendapatkan Sesi Belajar AlQuran Di Rumah

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Ayah

  1. Anda yang tidak tahu membaca AlQuran, tetapi tiada masa untuk ke kelas AlQuran
  2. Anda yang berasa malu untuk belajar kerana sudah terlajak dewasa
  3. Anda yang masih lagi tergagap-gagap untuk membaca AlQuran
  4. Anda yang berhasrat untuk memperbaiki lagi mutu pembacaan AlQuran
  5. Anda yang sudah pandai membaca tetapi masih lagi susah untuk istiqamah
  6. Anda yang mahu belajar tajwid bagi mendapatkan mutu bacaan yang lebih tepat dan betul

Tenaga Pengajar Yang Sangat Berkelayakan

Tenaga pengajar yang akan di pilih untuk menjadi guru anda itu adalah daripada kalangan yang telah mempunyai kelulusan daripada universiti terkemuka di dalam bidang masing-masing, antaranya sarjana muda fiqh dan fatwa daripada Universiti Sains Islam Malaysia dan juga yang mempunyai pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah agama rakyat dan swasta.

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Ilmu

Anda tidak perlu risau kerana guru yang akan menjadi pengajar anda itu adalah sangat terlatih, terpelajar di dalam bidang agama, berpengalaman dan profesional.

Cadangan Waktu Yang Boleh Digunakan Untuk Kelas Mengaji AlQuran Di Rumah

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Jadual

Harga Yuran Yang Sangat Berbaloi dan Sepadan Dengan Ilmu

Untuk menjadikan matlamat belajar AlQuran dari rumah ini berjaya memenuhi misinya, harga yang yuran yang telah ditetapkan adalah di dalam bentuk pakej pengajian secara bulanan. Pakej secara bulanan ini adalah demi untuk membantu anda supaya sentiasa bersemangat dan istiqamah untuk meneruskan pembacaan AlQuran ini di rumah supaya ilmu yang telah dipelajari itu tidak hanya menjadi sia-sia.

Pakej pembelajaran secara bulanan ini terbahagi kepada dua iaitu pakej bulanan secara individu dan juga pakej bulanan secara berkumpulan yang boleh terdiri kepada dua hingga tiga orang.

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Pakej

Belajar Secara Santai Dalam Suasana Gembira

Pihak Asatizah benar-benar lain jika hendak dibandingkan dengan cara pembelajaran AlQuran yang biasa. Ini kerana pihak Asatizah lebih suka menekankan unsur belajar secara santai di dalam suasana yang gembira. Ini bagi mendekatkan ikatan silaturrahim antara pihak anda dan juga pengajar.

Ini bagi tidak membebankan pelajar dan supaya anda selaku pelajar ini akan berasa semakin bersemangat untuk terus menguasai ilmu membaca AlQuran ini dari masa ke semasa tanpa berasa jemu dan letih.

Segeralah Belajar AlQuran Sebelum Terlambat!

Anda pernah punya azam untuk belajar AlQuran tetapi masih belum terlaksana hingga ke saat ini? Inilah dia masa yang di tunggu-tunggu. Segera laksanakan impian anda bersama pihak Asatizah kerana anda pasti dapat sejukkan hati dan indahkan hari dengan alunan AlQuran dari bibir anda sendiri selepas ini.

Cara Belajar Al Quran Di Rumah Madrasah
MENGAJI DI RUMAH BERSAMA ASATIZAH
Hotline: Tekan untuk telefon (018-3904322) | Tekan untuk Whatsapp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: