Bisnes
Feb 21, 2019, 9:45pm

Cara Atasi Kecaman Nitizen Sekiranya Viral Seperti Doktor Anti Vaksin


Beberapa hari lepas, menular kisah seorang doktor akibat dikecam nitizen sehingga menjadi viral. Walaupun gelaran doktor ini bukannya calang-calang kerana bukan mudah untuk dimiliki tetapi hakikatnya jawatan sebagai doktor ini tetap boleh dikecam jika ada sesuatu isu yang kurang enak. Yelah, bila mempunyai gelaran doktor secara automatik orang yang ditemui itu akan mula memandang tinggi disebabkan ilmu yang ada di dalam otak si doktor tersebut. Tidak kisahlah samada doktor kerajaan mahupun swasta, ke dua-duanya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk negara.

Atasi kecaman nitizen 41

Siapa Sangka Doktor Anti Vaksin Boleh Menjadi Tular

Tapi, sejak beberapa hari yang lalu secara tiba-tiba gelaran seorang doktor menjadi tercalar apabila di kecam setelah muncul di kaca tv sehingga ke tahap menjadi viral. Doktor yang bergerak secara bebas ini (doktor freelance) menjadi topik perbualan semasa oleh ramai orang disebabkan kesilapannya sendiri yang dikatakan kurang berilmu dan hanya pedas berkata-kata secara tulisan melalui laman facebook berbanding dengan perbahasan secara langsung dengan menggunakan lisan.

Atasi kecaman nitizen 2

Doktor Nurul Huda, itulah namanya dan Doktor Nurul Huda ini sebenarnya seorang yang sangat anti vaksin dan giat mempertahankan pegangannya dari masa ke semasa. Akibat kekemasan pegangannya itu maka pihak TV Alhijrah telah menjemput beliau untuk berdialog secara langsung melalui rancangan Analisis bersama pakar perunding pediatrik, Dato’ Dr Musa Mohd Nordin. Ternyata sesi perbahasan tersebut telah mendapat perhatian meluas di laman sosial sebaik saja mula bersiaran.

Nitizen Kecam Kerana Muncul Di TV Tanpa Ilmu

TV Alhijrah menerusi rancangan Analisis dengan  2 orang panel tersebut mula berdebat tetapi malangnya Dr Huda yang bergerak secara bebas ini bagaikan tidak bersedia. Dato’ Dr Musa (Pakar Kanak-Kanak Negara) sememangnya bukan calang beliau untuk berdebat mengenai tajuk ‘Vaksin : Pelindungan atau Kemudaratan’ yang mendapat sambutan hangat netizen ini.

Atasi kecaman nitizen 1

Keadaan bertambah panas dan tegang apabila Dato’ Dr Musa Mohd Nordin dengan mudah mematahkan segala percakapan Doktor Nurul Huda dengan pelbagai input yang bernas. Dipendekkan cerita, Doktor Nurul Huda bagaikan kelu tanpa dapat menepis dan hanya mampu membalas dengan ayat tidak tahu dan tidak pasti yang sememangnya boleh membuatkan ramai penonton menjadi semakin berang kerana perlu menonton satu rancangan perbahasan dengan seorang pendebat yang seolah-olah tidak bersedia sama sekali.

Terus Menerus Di Hentam Nitizen Membuatkan Doktor Wanita Ini Tampil Memberi Penjelasan

Menurutnya, beliau sampai awal dan tiada sepatah pun briefing tentang apakah sebenarnya persoalan yang bakal diajukan. Bahkan beliau turut mengatakan yang beberapa hari sebelum itu beliau telahpun bertanya apakah topik, soalan dan sebagainya untuk rancangan tersebut tapi sama sekali tidak mendapat maklumbalas.

Atasi kecaman nitizen 5

“Semua isi kandungan program dirancang sedemikian dan pihak kami tidak dilibatkan langsung. Pada sessi sejam tersebut, kami mmg hanya nak fokus kepada apa yg tertulis di dlm GPFK yg dibangunkan sendiri oleh KKM nak seru sama2 kita perkemaskan perlaksanaanya. Ada impak medicolegal kalau dibuat cincai2. Ada tindakan yg ibubapa perlu cakna selepas cucuk anak.. “

“BUKAN fokus untuk mengatakan vaksin tak baik. Bukan fokus juga untuk mempertahankan mereka yg memilih utk tidak vaksin. Itu memerlukan perbincangan yg lebih sistematik, duduk bersama dan bincang dgn harmoni. Saya ada kecenderungan sendiri, tapi bukan untuk pengaruhi supaya ikut. Pilihlah dengan cermat dan telitilah semua baik buruk. Tahu2 ia adalah sessi khas untuk kondem apa yg dilabelkan sebagai “gerakan antivaksin” . Kalau semata2 sessi ini yang digunakan untuk menilai kami, rasanya itu masih belum memberi keadilan buat kami..dan buat anda juga sebenarnya. ” katanya lagi.

Mengapa Perlu Anti Vaksin Sedangkan Vaksin Itu Penting?

Ramai penonton siap sedia di depan kaca TV dek kerana ingin tahu dengan lebih meluas mengenai vaksin ini. Iyalah, kita sebagai rakyat Malaysia memang sejak kecil telah diperkenalkan dengan vaksin. Vaksin ini diberikan sejak awal oleh hospital kerajaan demi untuk memberikan kesan imun yang lebih terhadap tubuh untuk menolak pelbagai penyakit.

Tapi berbeza dengan Doktor Nurul Huda yang sama sekali tidak bersetuju dengan vaksin. Kerana itu beliau dengan sekerasnya mencuba sedaya upaya mempertahankan pendiriannya. Bagi beliau, vaksin ini ada kesan buruk yang tidak bagus di hadapan hari dan masih ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menguatkan imun tubuh.

Atasi kecaman nitizen 6

Kebimbangan mengenai kelompok imuniti yang berkurang kerana pertambahan golongan anti-vaksin membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa redah dan bimbang terutama di kalangan para ibu. Ini di tambah lagi dengan jumlah statistik kematian di Malaysia, Filipina, Amerika Syarikat dan Britain yang semakin meningkat dari hari ke hari akibat daripada program vaksinasi gagal.

Isu vaksin ini mungkin tampak remeh tapi hakikatnya ramai yang berasa risau terutama golongan para ibu ini seandainya anak kesayangan masing-masing perlu berdepan dengan pelbagai penyakit hanya dek kerana tubuh tidak dapat menepis disebabkan tidak mendapat vaksin untuk itu terlebih dahulu.

Dikecam Nitizen Sehingga Viral Seperti Doktor Anti Vaksin, Apa Yang Patut Dilakukan?

Atasi kecaman nitizen 3

  1. Jangan terus melatah sebaliknya tenangkan diri dulu
  2. Ceritakan apa yang berlaku kepada mereka yang boleh dipercayai
  3. Jangan online dan baca komen sebaliknya mohon sahabat baik / ahli keluarga pantau situasi bagi pihak diri sendiri
  4. Jika berada di tempat yang benar, kumpulkan semua bukti yang berkaitan
  5. Jika berada di tempat yang salah, kumpul segala kekuatan dan mohon maaf secara terbuka
  6. Hilangkan diri untuk beberapa waktu sehingga keadaan kembali tenang, ingat manusia ini mudah lupa dan masa adalah perawat sebenar keadaan.

Atasi kecaman nitizen 7

Sebenarnya isu dikecam nitizen ini bukanlah satu isu baru. Bahkan hari-hari ada saja kes yang menjadi viral disebabkan oleh penularan sesuatu kisah tersebut melalui media massa. Dan seandainya diri anda sendiri yang berada di dalam situasi tersebut, jangan cepat naik berang dan pergilah bercuti. Jangan lupa juga untuk semakin dekatkan diri dengan Sang Pencipta kerana Dia ada segala jawapannya.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: