Review
Nov 9, 2017, 5:07pm

Butik Pakaian Wanita Terbaik Di Ampang


butik-pakaian-pilihan-wanita

Para wanita pasti menggemari perkataan ‘butik’ kerana ia adalah tempat untuk mereka mencari pelbagai pakaian dan juga aksesori baharu untuk mereka. Tambahan pula butik sekarang mengikut trend – trend dan fesyen terkini untuk mendapatkan tumpuan para wanita. Pakaian seperti bau kurung, blouse, dress dan juga aksesori seperti tudung dan juga rantai adalah produk yang biasa dijual di butik – butik yang dikhaskan untuk para wanita.

butik-pakaian-trendy-terkini

Kedai yang berkonsepkan butik sekarang tumbuh umpama cendawan selepas hujan kerana ia dikunjungi oleh pelbagai orang untuk mendapatkan pakaian – pakaian yang digemari mereka. Oleh itu, ramai peniaga akan mencari modal untuk memulakan bisnes butik kerana ia dijamin dapat memberikan keuntungan yang baik untuk mereka. Jadi, kita sebagai pengguna atau pelanggan haruslah tahu untuk memilih butik yang baik jika kita mahu membelanjakan wang kita dengan bijak.

Tips Untuk Memilih Butik Pakaian Wanita Yang Terbaik  Di Kawasan Anda

tips-memilih-butik

Pasti ada para pelanggan yang menggemari sesuatu butik dan tidak lagi ke butik lain yang disediakan. Tetapi, ini juga bergantung kepada kehendak seseorang kerana ada yang suka melihat pelbagai butik sebelum membuat keputusan untuk memilih butik yang terbaik. Jadi, saya akan kongsikan cara untuk memilih butik pakaian wanita yang digemari dikawasan anda.

1. Bandingkan Harga Produk Dan Pakaian

Ini bergantung kepada kerajinan anda untuk melakukannya. Sesetengah butik meletakkan harga yang lebih tinggi untuk pelanggan agar mereka boleh mendapatkan profit margin yang lebih tinggi dan ada pula butik yang meletakkan harga yang jauh lebih murah untuk mendapatkan tarikan pelanggan yang lebih baik. Anda perlu rajin dalam mengkaji dengan melihat harga – harga yang dipaparkan oleh butik – butik tersebut. Jika anda tidak mahu pergi ke butik tersebut, anda boleh bertanyakan harga melalui online di akaun media sosial yang disediakan.

wanita-senyum

Walaupun begitu, anda juga perlu ambil berat akan perbandingan harga ini kerana harga yang  lebih mahal menjanjikan kualiti yang lebih baik. Ada juga yang menjual dengan harga yang tinggi tetapi barangannya adalah tidak berkualiti dan juga tiruan. Pilihlah dengan baik ya!

2. Barangan Berkualiti Tinggi

Produk dan pakaian yang dijual selalunya akan dipilih mengikut citarasa pelanggan kerana ia menjanjikan keselesaan pelanggan tersebut dalam menggunakan produk yang dijual. Barangan yang berkualiti tinggi selalunya akan memberikan penggunaan yang lebih baik kepada pelanggan dan seringkali ia akan lebih tahan lama berbanding produk yang rendah kualitinya.

barangan-berkualiti-tinggi-dan-original

Anda perlu berhati – hati kerana ramai yang menjual produk tiruan dan meletakkan harga yang tinggi agar dapat menipu pelanggan. Jadi, pastikan butik yang anda pilih adalah butik yang dipercayai dan digemari pelanggan.

3. Sambutan Pelanggan

Butik yang baik pasti akan mendapat sambutan para pelanggan kerana produk yang dijual akan digemari pelanggan dan juga harganya pasti amar berpatutan.

sambutan-pelanggan-terhadap-sesuatu-butik

Setiap pelanggan akan mempunyai tahap perbelanjaan mereka tersendiri dan jika sesuatu butik itu menerima pelanggan yang baik setiap hari, pasti butik itu mempunyai pelbagai kelebihan yang menambat hati para pelanggan. Sambutan yang baik juga menandakan butik itu telah mendapat kepercayaan pelanggan dan selalunya butik seperti ini telahpun mempunyai pelanggan tetap mereka.

4. Design Pakaian Yang Pelbagai

Para pelanggan mempunyai citarasa yang tersendiri dan saya pasti anda juga mempunyai citarasa anda yang unik dan tersendiri. Anda pasti akan berasa bosan sekiranya anda memasuki satu butik yang hanya mempunyai sejenis pakaian dan juga corak dan warna yang sama bagi setiap jenis pakaian.

butik-yang-banyak-koleksi-dan-pilihan

Butik yang tidak mempunyai banyak jenis pakaian dan aksesori juga akan kelihatan kosong dan suram. Anda boleh memilih butik yang menyediakan pelbagai jenis pakaian serta aksesori untuk memudahkan anda memilih pakaian serta design yang terbaik untuk anda.

5. Saiz Yang Ditawarkan

Kebanyakan pakaian yang disediakan oleh butik – butik adalah saiz yang standard ataupun lebih dikenali sebagai free size. Ini adalah berita buruk untuk anda yang mempunyai badan yang genit ataupun besar kerana saiz – saiz seperti ini tidak ditawarkan untuk anda di dalam kebanyakan butik.

mempunyai-saiz-yang-dikehendaki

Butik yang baik adalah butik yang menyediakan saiz yang pelbagai dan menawarkan saiz dari kecil sehingga besar untuk memenuhi keperluan para pelanggan yang mempunyai saiz yang berlainan.

Preciousbysiska Merupakan Butik Pakaian Wanita Terbaik Di Ampang

butik-precious-by-sista-photo-1

Sekiranya anda tinggal di kawasan Ampang, anda boleh melawat butik Preciousbysiska yang terletak di Wisma Central di Kuala Lumpur. Butik Preciousbysiska menawarkan pelbagai jenis pakaian wanita termasuklah baju kurung, top and pants, long dress, jumpsuit dan juga tudung yang mempunyai pelbagai jenis corak dan design. Tudung – tudung yang dijual termasuklah tudung bawal satin, tudung instant dan juga inner tudung yang mempunyai pelbagai warna.

photo-2-butikprecious-by-siska

Pakaian – pakaian yang dijual oleh butik Preciousbysiska menawarkan empat saiz iaitu dari S / M / L / XL dan memberikan pilihan untuk pelbagai jenis tubuh badan dan menawarkan pakaian – pakaian yang pelbagai untuk semua jenis tubuh. Pakaian – pakaian butik Preciousbysiska ini telahpun mendapat tempat pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia termasuk selebriti terkenal seperti Nonny Nadhirah dan juga Zara Zya.

4 Sebab Anda Perlu Memilih Butik Preciousbysiska

photo-3-butik-pilihan-precious-by-siska

Tidak dapat dinafikan bahawa butik – butik pakaian wanita memang banyak dan dapat membuatkan anda rambang mata dengan pilihan – pilihan yang ditawarkan. Namun begitu, anda perlu memilih butik Preciousbysiska sebagai butik pakaian wanita pilihan anda kerana butik ini mempunyai pelbagai kelebihan yang akan membuatkan anda terpikat. Saya akan senaraikan kelebihan butik Preciousbysiska untuk anda di bawah;

1. Pakaian yang Berkualiti Tinggi

Setiap pakaian yang dijual di butik Preciousbysiska dijamin berkualiti tinggi dan selesa untuk dipakai oleh para pelanggan. Anda boleh melawat butik Preciousbysiska di Wisma Central untuk merasai sendiri kualiti kain yang dijual. Kualitinya juga bukan sahaja tahan lama, malah anda akan terus berasa selesa ketika pertama kali menyarungkan pakaian tersebut di tubuh badan anda. Ini membolehkan anda menggayakan pakaian anda dan mengikut fesyen tanpa perlu menyeksa diri anda sendiri.

photo-4-koleksi-precious-by-siska

Baju kurung yang dijual di dalam butik Preciousbysiska adalah diperbuat daripada kain daripada material lycra yang sangat lembut dan sejuk.  Ia mempertimbangkan cuaca di Malaysia yang beriklim panas. Kainnya juga mudah dipakai dan terletak cantik apabila anda menggayakannya malah kainnya juga mudah digosok. Ini akan memudahkan anda yang sibuk dengan kerjaya ataupun jika anda mahu ke sesuatu tempat dengan cepat.

photo-5-baju-kurung-precious-by-siska

Tudung Bawal Satin yang dijual juga mempunyai kualiti yang baik dan diperbuat daripada kain satin. Tudung bawal ini mudah dilipat dan tidak menyusahkan anda untuk membentuknya. Tudung bawal ini akan mengikut bentuk muka anda dan akan terlentak cantik di muka anda. Kainnya yang licin memudahkan anda untuk menggosok dan apabila ia diletakkan di atas kepala anda, ia menjadi sangat ringan tidak panas dipakai dan ini membolehkan anda untuk bergerak dengan bebas.

photos-6-tudung-bawal-satin-precious-by-siska

Butik Preciousbysiska juga menjual tudung instant yang mudah dipakai tanpa memerlukan anda memebentuknya sendiri. Tudung instant hanya memerlukan anda menyarung terus tudung tersebut dan pinkan mengikut keselesaan anda. Tudung instant ini mudah digosok ataupun tidak perlu digosok terus, tidak panas dipakai kerana ia diperbuat dari material moss crepe dan ia juga membolehkan anda memakainya dengan mudah. Ia juga tidak akan membuatkan anda sakit telinga dan selesa dipakai.

photo-7-tudung-instant-precious-by-siska

Inner tudung ataupun anak tudung yang ditawarkan oleh butik Preciousbysiska adalah jenis yang melekat terus didahi dan full inner neck yang menutupi bahagian tengkuk anda. Kainnya yang diperbuat dari cotton lycra adalah sejuk, selesa dipakai dan terasa ringan di kepala. Ia juga mudah digosok dan tidak sakit telinga. Inner tudung ini didatangkan dalam enam warna.

photo-8-inner-tudung-precious-by-siska

Top and pants juga banyak dijual di butik ini dengan pelbagai design dan corak.

photo-9-top-and-bottom-precious-by-siska

Butik Preciousbysiska juga ada menyediakan long dress untuk anda menggayakan bersama kardigan kegemaran anda.

photo-10-jubah-long-dress

 

Jumpsuit yang memikat hati bersama warna yang menarik juga boleh didapati di butik Preciousbysiska.

photo-11-summer-jumpsuit

2. Setiap Pembelian Akan Menerima Hadiah Percuma

Butik Preciousbysiska bukan sahaja menjual pakaian yang berkualiti tinggi, mereka juga menawarkan hadiah percuma terhadap setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan. Apa yang membuatkan butik ini patut menjadi pilihan anda ialah tiada minimum pembelian yang perlu dilakukan oleh anda untuk mendapatkan hadiah ini.

Anda akan menerima hadiah percuma sekiranya anda melakukan satu sahaja pembelian. Free gift yang akan diberikan kepada anda jika anda berbelanja di butik Preciousbysiska ini adalah sebatang lipstik. Untung kan berbelanja di butik ini?

3. Boleh Didapati Di Media Sosial

Jika anda di kawasan luar Kuala Lumpur dan tidak dapat datang ke butik ini, ia tidak memerlukan anda pergi ke Kuala Lumpur semata – mata untuk mendapatkan pakaian yang menarik di mata anda. Anda hanya perlu pergi ke akaun media sosial anda seperti Facebook dan juga Instagram dan taip sahaja Preciousbysiska dan laman butik ini akan terpampang di skrin anda. Mereka amat aktif di sosial media dan soalan anda akan dijawab dengan pantas. Anda boleh melihat pelbagai pakaian yang ditawarkan hanya dari rumah anda.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan pos juga disediakan oleh butik Preciousbysiska jadi anda hanya perlu memilih pakaian pilihan anda dan membuat pesanan kepada butik ini dan barangan anda akan dipos menggunakan perkhidmatan Poslaju.

4. Harga Yang Berpatutan

Siapa yang tidak sukakan barangan yang berkualiti tinggi dan juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan? Kebanyakan butik yang menjual barangan dan pakaian berkualiti tinggi tidak dapat menawarkan harga yang baik kepada anda. Situasi ini tidak sama dengan butik Preciousbysiska di mana ia membolehkan anda membeli – belah dengan harga yang amat berpatutan dan juga barangan yang berkualiti tinggi. Sales pun kerap dibuat oleh butik ini.

photo-12-harga-menarik-di-preciousbysiska

Testimoni Pelanggan Butik Pakaian Wanita Terbaik di Ampang Preciousbysiska

Pelanggan – pelanggan butik Preciousbysiska telah meninggalkan pelbagai testimoni yang menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga produk yang dijual oleh mereka. Anda boleh melihat testimoni dan juga review yang ditinggalkan oleh para pelanggan butik Preciousbysiska di bawah;

Ramai pelanggan yang menggemari design dari butik Preciousbysiska ni. Anda juga pasti akan jatuh hati dengan design mereka.

testimoni-precious-by-siska-2

Warna hitam tidak semestinya kusam. Pelanggan ini menggayakan koleksi Raya Preciousbysiska dan kelihatan anggun menawan.

Datin Seri Julie Zainal juga menggunakan koleksi dari butik Preciousbysiska. Cantiknya!

Dapatkan Pakaian Pilihan Anda di Butik Preciousbysiska Sekarang!

Anda boleh melawat sendiri butik Preciousbysiska dengan alamat seperti di bawah;

logo-DS

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Lot 3.19 & 3.27, 2nd Floor Wisma Central, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: