Motivasi
Dec 9, 2014, 10:28am

Bagaimana Saya Buat Duit Dengan Affiliate dan Jana 5 Angka Secara Part Time ?


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh melibatkan diri untuk Buat Duit dengan Affiliate dan terus jana 5 angka kurang daripada 6 bulan secara part time. InshaAllah dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Duit Dengan Affiliate dan Terus Jana 5 Angka Secara Part Time Kurang daripada Setahun. 

Buat Duit dengan Affiliate

Oh ya, sebelum itu adakah anda sudah membaca artikel  Cabaran Menyimpan RM20,000 Dalam Masa 5 Bulan  ? Jangan lupa baca dan mohon doakan semoga saya dapat capai impian saya itu. InshaAllah. Allahumma Ameen Ya Allah.

Persoalan Umum Jika Berada Di Luar Bidang

Jika tanya saya sekarang boleh ke buat duit online dengan Blog ? dengan Affiliate ?
Jawapannya adalah SUDAH PASTI BOLEH dengan izin Allah.

Jika anda bertanya sebelum 2012 boleh ke buat duit online?
Jawapannya adalah MANA mungkin !

Jika anda tanya saya sekarang boleh ke dapat dan simpan RM20,000 (Dua Puluh Ribu Ringgit Sahaja Dalam Masa 5 Bulan) ?
Jawapannya adalah INSHAALLAH BOLEH JIKA BUAT KERJA !

Jika anda tanya saya sebelum 2012 boleh ke dapat RM100 dengan blog?
Jawapannya adalah GILA ! MANA MUNGKIN ! ITU SEMUA TIPU !

Inilah persoalan dan jawapan jika anda sudah berada di dalam bidang dan sebelum bidang.

Blog Adalah Pintu Utama Lubuk Buat Duit Secara Online

Gathering 2014 Tim Infokerjaya

Baru-baru ini saya pergi ke Sesi Gathering 2014 Tim Infokerjaya menghimpunkan sahabat-sahabat affiliateR yang dah berjaya jana income secara pasif dan konsisten bulan-bulan 4 hingga ke 6 angka. Apa yang mereka kongsikan di dalam GATH itu adalah mereka bermula dengan BLOG.

Ya,

Blog adalah Pintu Utama Lubuk Buat  Duit Secara Online. Saya sendiri pun bermula dengan blog. Bila sudah dua tahun buat blog, baru saya nampak buat duit dengan Affiliate, Pengiklanan dan sebagainya. Sebelum ini saya cuma tahu menulis dan syok sendiri. Kini saya menulis adalah untuk duit.

Begitu juga anda, jika mahu buat duit sila buat blog dahulu, tak tahu nak buat blog inshaAllah boleh hubungi saya.

Buat Blog

Peluang Blogger Cerah Untuk Buat Duit dengan Affiliate

Saya mula berblog secara BERNETWORKING bermula 2010. Ramai rakan blogger yang saya kenal, saya melawat blog mereka dan meninggalkan pendapat komen di blog mereka. Sejak 2012 baru saya mula nampak buat duit melalui blog dengan menyertai pelbagai contest, cabaran dan menyediakan pengiklanan serta pergi ke event-event untuk buat liputan.

Secara jujurnya, itu semua penat dan kurang berbaloi pada 2012 dahulu kerana blogger kurang mendapat sambutan daripada orang awam.

Terima pembayaran pun sedikit sahaja.

Bermula penghujung 2013 dan awal 2014 saya mula buka mata dengan program Affiliate. Saya baca ramai rakan blogger boleh jana RM1000 setiap bulan dengan blog. Dan saya jumpa sendiri 2 3 kali dengan Cikgu Affiliate saya (Encik Titan) penulis Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Bertanya dan tanya mengenai Affiliate buat duit online ni dan beliau cakap sila beli  Kitab Teknik SEO Merah Jambu dan buat kerja. InshaAllah hang boleh jana RM100 pertama dengan Affiliate

Saya beli Kitab Teknik SEO Merah Jambu pada awal 2014 dan pada pertengahan bulan 2014 saya mula buat kerja secara part time kerana saya melihat ramai yang mula jana pendapatan dengan affiliate tetapi kenapa aku belum?

Saya marah pada diri saya selepas membeli Kitab Teknik SEO Merah Jambu !

Kenapa saya tidak bertindak sejak awal berblog 2010?
Kenapa saya tidak kenal Cikgu Affiliate saya (Encik Titan) dan buat kerja sebelum 2011?
Kenapa saya tidak beli ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu sebelum 2014?
Kenapa tahun 2014 baru saya beli dan bertindak?

 

Saya telah rugi melebihi RM100k kerana tidak bertindak sejak awal berblog iaitu 2010. Jadi saya tidak mahu anda pun menyesal seperti saya.

Alhamdulillah hasil kerja kuat dan sokongan daripada keluarga dan doa kepada Allah Azza Wajalla saya mula mendapat RM100 pertama sehingga berjaya buat sales hampir RM50,000 (Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja) dengan blog.

Hasilnya adalah saya sudah boleh selesaikan beberapa hutang keluarga, beli kereta pertama ( http://instagram.com/p/tyw-aaAuup/ ), dan mendapat beberapa anugerah seperti berikut kurang daripada 6 bulan ;

1. Top 3 Affiliate Ashadee.com 2014
2. Top 5 Affiliate TimInfokerjaya 2014
3. Beberapa hadiah lumayan di http://instagram.com/p/wQ1GVxAuo0/ (Nak tengok kena follow)

InshaAllah target saya untuk seterusnya adalah BELI RUMAH PERTAMA dan KAHWIN dengan hasil duit affiliate dengan izin Allah Azza Wajalla.

Kesimpulan Mudahnya Buat Duit Affiliate dengan Blog

Tiada perkara yang mudah dalam dunia ini melainkan anda ada ILMU dan BUAT KERJA. InshaAllah jika anda ikuti tips di atas anda boleh berjaya lebih baik daripada saya dengan izin Allah.

Apa lagi jom bertindak dengan BUAT BLOG, BELI Kitab Teknik SEO Merah Jambu sekarang.

Review Talk Seminar Buat Duit dengan Affiliate di KarangKraf

  1. Denaihati
  2. MohdZarin
  3. Deqnoor
  4. HazmanFadhil
  5. FadziRazak
  6. CikPinz
  7. BlogEita
  8. SueSopian
  9. FitraHibu

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: