Umum
Aug 12, 2010, 10:04pm

Buang bayi: Hukuman Gantung



Buang Bayi

Assalamualaikum dan salam ramadhan
Alhamdullilah akhirnya kabinet juga memandang serius dalam isu pembuangan bayi marcaparda ini.
Kes pembuangan bayi boleh dianggap sebagai kes cuba membunuh atau bunuh.
Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati
atau penjara 30 tahun.
Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, 
sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.
Disini Merupakan keratan akhabar.

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya hari ini berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

“Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” kata kenyataan itu.

Menurut kementerian itu lagi, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu. – Bernama

Selepas ini pasti ramai penzina-penzina akan berfikir panjang dan takut untuk membuang bayi mereka.
PH : InsyaAllah Selepas ini Kes Pembuangan Bayi Dapat Dikurangkan

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: