Review
Jan 19, 2018, 9:36am

Brownies Sedap di Ampang dan Wangsa Maju


Apakah benar berita mengenai brownies sedap di Ampang? Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan populariti brownies di Ampang dan juga Wangsa Maju, elok juga sekiranya kita mengetahui sedikit informasi tentang bagaimana sejarah brownies itu bermula. Nampaknya brownies sudah banyak mendapat tempat dalam pasaran Malaysia malah menjadi trend dalam pemakanan yang tidak kurang hebatnya.

Apakah Perbezaan Antara Kek Dan Brownies?

brownies sedap di ampang 01

Kek

Mengandungi bahan-bahan seperti tepung, gula, telur, serbuk koko, butter dan pewarna yang dibenarkan. Kebiasaannya kandungan tepung bagi kek adalah 2 kali ganda melebihi kandungan tepung bagi brownies. Dari segi tekstur pula, kek kelihatan agak lembut dan gebu berbanding brownies.

brownies sedap di selangor dan kl 11

Brownies

Mengandungi bahan-bahan seperti tepung, gula, telur, serbuk koko dan butter. Tidak ada bahan pewarna tambahan sepertimana yang diperlukan dalam bahan untuk membuat kek. Kebiasaannya, kandungan tepung yang digunaka adalah sedikit berbanding kandungan serbuk koko atau coklat. Dari segi tekstur, brownies kelihatan leih kenyal dan kebiasaannya mempunyai topping samada dalam bentuk cairan coklat, lelehan Nutella, taburan kacang badam dan lain-lain sebagai penaik selera.

brownies sedap di selangor dan kl 10

Melalui perbezaan antara kek dan brownies inilah yang menjadikan rasa kedua-duanya berbeza. Malah mungkin di luar sana lebih menggemari brownies berbanding kek. Memandangkan brownies merupakan makanan yang menjadi trend masa kini, pelbagai resepi yang wujud hasil olahan tersendiri untuk mempelbagaikan rasa. Sekiranya brownies diadun dengan pelbagai bahan berbeza atau beraneka resepi, ia akan menjadikan brownies itu menjadi suatu pencuci mulut yang unik dan disukai ramai.

Sejarah Brownies

brownies sedap di ampang 03

Brownies merupakan antara elemen pencuci mulut yang paling digemari ramai ketika ini. Sebenarnya sejarah brownies ini bermula melalui sejarah penghasilan coklat di Britain suatu ketika dahulu. Pada sekitar tahun 1670, satu petisyen berkenaan penjualan kopi dan juga coklat telah didokumenkan. Ia semata-mata untuk memperkenalkan coklat kepada masyarakat.

brownies sedap di selangor dan kl 15

Pada zaman tersebut iaitu antara penghujung abad ke-17 dan di awal abad ke-18, dikatakan hanya golongan yang kaya sahaja yang mampu menikmati secawan air coklat panas sebagai minuman sarapan pagi selain teh atau kopi. Perkembangan coklat selepas itu kian meluas sehingga meliputi seluruh penempatan di Eropah dan juga Amerika Syarikat. Disebabkan itu, para entrepreneur dari England telah sepakat untuk memulakan perniagaan coklat sebagai salah satu bidang pembuatan utama.

brownies sedap di ampang 02

Disebabkan betapa pesatnya perkembangan coklat pada zaman itu juga, pihak Amerika dan England telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama perniagaan. Maka dari situ lahirlah kilang pembuatan tepung kek pertama di Amerika sehingga sekarang yang dikenali dengan jenama Kraft-owned Baker’s Chocolate.  

brownies sedap di selangor dan kl 17

Pada kurun ke-19, satu perubahan telah berlaku dimana elemen coklat sudah mula diolah dan dieksperimentasikan dengan lebih meluas dalam bidang masakan serta bidang pembuatan kek.

brownies sedap di selangor dan kl 16

Sejarah asal penghasilan brownies adalah dengan menggunakan beberapa bahan-bahan asas seperti:

  • Coklat
  • Butter
  • Gula
  • Telur
  • Tepung kek

Paling menarik ialah pada ketika itu juga telah wujud topping di atas brownies menggunakan kacang walnuts dan potongan buah-buahan apricot.

brownies sedap di selangor dan kl 20

Dan sehingga ke hari ini, begitulah rupa sebenar brownies yang wujud di pasaran dimana para pengusaha mahupun pembuat brownies telah mempelbagaikan topping tersebut untuk kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.

Resepi Brownies Pada Tahun 1896 Yang Tidak Menggunakan Sebarang Coklat Sebagai Bahan Asas

Pada tahun 1896, kesemua resepi brownies yang telah dibukukan. Namun, terdapat satu resepi yang agak unik ketika itu dimana brownies yang dihasilkan tidak mempunyai sebarang unsur coklat.

brownies sedap di selangor dan kl 18

Berikut merupakan resepi brownies yang berlainan dari kebiasaan. Malah menggunakan hirisan daging sebagai bahan topping di atas brownies.

Bahan-bahan brownies:

  • 1/3 cawan butter
  • 1/3 cawan gula
  • 1/3 manisan Porto Rico
  • 1 biji telur dipukul hingga sebati
  • 7/8 cawan tepung roti
  • 1 cawan hirisan daging

Cara Menyediakannya:

  1. Kesemua bahan tersebut dicampur mengikut turutan.
  2. Gunakan bekas pembakar yang sesuai yang tidak terlalu besar.
  3. Lapisan atas kek dihiaskan dengan hirisan daging.

Senarai 5 Resepi Brownies Sedap Yang Mesti Dicuba!

  • Resepi Brownies Kukus

Dikenali sebagai brownies kukus kerana teknik membakarnya menggunakan teknik kukus dan tidak menggunakan oven.

brownies sedap di ampang 05

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 3 hingga 4 biji telur
  • 1 cawan air suam

Cara Membuat Brownies Kukus:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan kacau hingga rata dan pastikan keseluruhan bahan bercampur dengan baik.
  2. Kemudian masukkan air suam ke dalam adunan tersebut. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan campuran brownies itu ke dalam Loyang.
  4. Mula kukus dengan menggunakan api yang sederhana.
  • Resepi Brownies Cupcake

Menggunakan cara yang sama seperti cupcake iaitu doh adunan dibakar dalam papercup.

brownies sedap di ampang 20

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • Coklat chip
  • Kekacang yang telah dicincang

Cara Membuat Brownies Cupcake:

  1. Cairkan butter dan angkat.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga larut sedikit.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Kacau sekali lagi.
  4. Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Kemudian masukkan kesemuanya dalam campuran butter tadi.
  5. Gaulkan sehingga sebati.
  6. Masukkan coklat chip dan kekacang yang telah dicincang. Gaul hingga rata.
  7. Masukkan adunan ke dalam papercup dan tabur lebihan kekacang yang dicincang.
  8. Bakar selama 15 minit pada suhu 180C atau tunggu sehingga masak.
  • Resepi Brownies Cheese

Menggunakan cheese sebagai gabungan terbaik brownies.

brownies sedap di ampang 07

Bahan-bahan:

  • 400 gram coklat masakan
  • 150 gram butter
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 50 gram gula kastor
  • 100 gram gula perang
  • 30 gram serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur

Cara Membuat Brownies Cheese:

  1. Cairkan coklat masakan dan butter secara double boil. Gaul hingga rata.
  2. Pukul telur bersama gula kastor, gula perang, esen vanilla dalam bekas yang berasingan.
  3. Ayakkan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko dan campurkan sekali kedua-duanya.
  4. Masukkan campuran coklat masakan dan butter tadi ke dalam campuran telur tadi dan gaul hingga rata.
  5. Adunan tepung pula dimasukkan secara sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi.
  6. Sediakan loyang pembakar dan alaskan dengan kertas.
  7. Tuang semua adunan tadi ke dalam loyang pembakar.
  8. Bakar brownies tersebut pada suhu 180C selama 30 hingga 40 minit atau tunggu sehingga masak.
  • Resepi Brownies Kedut

Dikenali sebagai brownies kedut kerana topping atasnya yang berkerak dan merekah-rekah. Lapisan kedut tersebut tidak keras dan sangat nipis untuk menampakkan tekstur kedutan.

brownies sedap di ampang 06

Bahan-bahan:

  • 400 gram coklat masakan
  • 150 gram mentega
  • 170 gram gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 30 gram serbuk koko
  • Secubit garam kasar

Cara Membuat Brownies Kedut:

  1. Butter, coklat dan garam dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau hingga rata.
  2. Ayakkan tepung dan serbuk koko. Boleh digaul bersama.
  3. Satukan telur, butter yang telah cair, gula kastor dan gula perang dalam mangkuk yang besar.
  4. Masukkan esen vanilla dan kacau kesemua bahan tersebut.
  5. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga rata adunan.
  6. Adunan tadi boleh dimasukkan ke dalam loyang.
  7. Masak adunan tersebut selama 30 hingga 40 minit.
  8. Selepas siap dibakar, sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.
  • Resepi Brownies Nutella

brownies sedap di ampang 09

Bahan-bahan:

  • 1.5 cawan Nutella
  • 7 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula perang
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri

Cara Membuat Brownies Nutella:

  1. Cairkan Nutella sedara double boil.
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
  3. Di dalam bekas yang lain, pukul telur bersama gula perang.
  4. Masukkan Nutella yang telah dicairkan tadi.
  5. Masukkan pula tepung naik sendiri.
  6. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar.
  8. Bakar adunan tersebut pada suhu 180C selama 35 hingga 40 minit atau sehingga masak.

Brownies Sedap di Ampang dan Wangsa Maju

Bandar Ampang dan Wangsa Maju merupakan merupakan antara bandar-bandar yang sangat sibuk dan pesat dengan pembangunan di Kuala Lumpur.

Bandar Ampang adalah salah satu mukim dalam daerah Hulu Langat dan juga sebahagian daripada daerah Gombak manakala Wangsa Maju pula merangkumi daerah Setapak, Taman Melati serta Gombak.

brownies sedap di ampang 08

Di celah-celah kesibukan kotaraya itu, sebenarnya wujud sebuah perniagaan brownies yang tidak kurang hebatnya. Disebabkan itu, tidak salah dilabelkan bahawa mereka merupakan pengusaha brownies sedap di Ampang dan Wangsa Maju.

Apakah Keistimewaan Brownies Sedap di Ampang?

Jika kita lihat melalui resepi-resepi brownies terhebat, penggunaan coklat yang berkualiti tinggi merupakan salah satu faktor yang menjadikan brownies lebih sedap dan menonjolkan teksturnya. Ini kerana, sebahagian besar daripada bahan-bahan untuk menyediakan brownies adalah daripada coklat berbanding kandungan tepung.

brownies sedap di selangor dan kl 26

Maka, pengusaha brownies sedap di Ampang telah memilih untuk menggunakan coklat berkualiti daripada jenis Beryl’s. Coklat jenis Beryl’s sebenarnya tidak semanis coklat lain di pasaran dan disebabkan itulah coklat ini sentiasa menjadi pilihan.

brownies sedap di ampang 21

Beryl’s Coklat

brownies sedap di ampang 10

Beryl’s merupakan jenama yang tidak asing lagi sebagai bahan pembuatan kek dan juga jenama coklat terkemuka. Selain coklat masakan, Beryl’s juga mempunyai pelbagai jenis coklat yang sangat sedap.

Antara kek-kek dan brownies yang terhasil daripada coklat Beryl’s:

brownies sedap di ampang 11

Menggunakan Beryl’s Chocolate Truffle

brownies sedap di ampang 13

Brownies mengunakan dark chocolate Beryl’s

brownies sedap di ampang 14

Macaroons yang juga menggunakan Beryl’s chocolate

Senarai Harga Brownies Yang Ditawarkan

Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada jenis brownies dan juga dekorasi pada bahagian toppingnya.

brownies sedap di ampang 19

  1. Untuk Plain Brownies – RM40
  2. Untuk Nutellla Brownies – RM50
  3. Gabungan antara Nutella dan Strawberry – RM70
  4. Gabungan antara Nutella, Strawberry, Almond dan Coklat – RM90

Juga terdapat 3 saiz brownies yang berlainan iaitu:

  1. 8″ x 8″
  2. 9″ x 9″
  3. 10″ x 10″

Berikut disertakan juga contoh dekorasi brownies yang boleh dipilih:

brownies sedap di ampang 15

Gabungan Nutella, Coklat dan Strawberry

brownies sedap di ampang 16

Gabungan Berrys dan Nutella

brownies sedap di ampang 17

Gabungan Nutella dan Almond

brownies sedap di ampang 18

Gabungan Nutella dan Coklat

Tempahlah Brownies Sedap di Ampang dan Wangsa Maju Dengan Brownieslicious Sekarang!!!

Brownieslicios menerima tempahan brownies untuk majlis seperti party, sebagai wedding gift dan juga untuk dijadikan hantaran. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah, sila hubungi Brownieslicios seperti di bawah:

Jom Buat Tempahan Brownies SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Giant Bukit Antarabangsa Taman Melawati

   
Jom Buat Tempahan Brownies SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Buat Tempahan Brownies SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: