Review
Nov 9, 2017, 5:37pm

Brownies Dan Cheese Cake Sedap Di Selangor


Kek merupakan salah satu makanan yang wajib sekiranya anda mahu merancang majlis – majlis yang penting di dalam hidup anda seperti majlis hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Kek juga merupakan salah satu simbol yang untuk menandakan hari – hari penting anda. Tidak lengkap rasanya majlis anda jika tiada kek untuk dipotong. Rasanya yang manis dan bentuk kek yang menarik adalah salah satu kemuncak di dalam majlis penting anda dan semua orang mahu merasakan kek yang telah dipotong itu.

kek-juadah-penting-untuk-majlis

Kebanyakan kek memang cantik dihias dan dapat memikat hati sesiapa sahaja yang melihat. Namun begitu, anda juga perlu menitikberatkan rasa kek tersebut kerana kebanyakan peniaga hanya menitikberatkan rupa kek tersebut tanpa mengambil tahu tentang rasa kek yang dibuatnya. Anda perlu tahu dan merasai kek yang anda ingin pesan sebelum menempah kek yang anda inginkan. Rasa kek yang sedap dan juga rupa kek yang cantik perlulah berada di tahap yang sama agar semua orang dapat menikmati kek tersebut.

Cara Memilih Cheese Cake dan Brownies Yang Terbaik

brownies-sedap

Dalam kebanyakan kek, dua jenis kek yang menjadi kegemaran ramai adalah cheese cake dan juga brownies. Ramai orang telah mencebur bidang baking kerana dua jenis kek banyak mendapat tempat di hati pelanggan. Ianya bergantung kepada anda sebagai pelanggan untuk memilih dua jenis kek ini dengan baik. Anda boleh lihat di bawah cara – cara yang saya akan senaraikan untuk mendapatkan brownies dan juga cheese cake yang terbaik untuk majlis – majlis dan juga pemanis mulut harian anda;

1. Bahan – bahan Yang Digunakan

Bahan – bahan yang terbaik digunakan untuk membuat kek adalah bahan yang asli dan juga kurang pewarna dan bahan pengawet. Ini akan memberikan rasa yang sedap kepada kek tersebut dan tidak membahayakan kesihatan anda. Untuk mendapatkan cheese cake dan brownies yang terbaik, anda boleh bertanyakan bahan – bahan yang digunakan oleh pembuat kek dan anda boleh membuat keputusan sama ada bahan – bahan tersebut adalah bahan yang baik untuk anda.

bahan membuat kek

Selain itu, cheese cake dan brownies yang terbaik juga adalah kek yang dibuat dari rumah ataupun homemade cake. Cheese cake dan brownies yang dibuat di rumah adalah lebih baik kerana mereka akan menggunakan bahan – bahan yang selamat dan tidak terdedah dengan persekitaran yang boleh merosakkan kek anda.

2. Perhatikan Tekstur Kek Anda

Untuk kedua – dua jenis kek ini, anda perlu memerhatikan tekstur untuk kek ini dan ia boleh dilihat dari mata kasar. Untuk brownies, jika tekstur yang dilihat adalah nipis dan bercoklat, ini bermaksud brownies itu akan terasa lembut dan juga kenyal. Ini amat baik untuk anda yang menyukai brownies jenis yang padat dan juga manis. Jika brownies tersebut lebih tebal, ini bermaksud brownies tersebut lebih berongga dan lembut. Anda boleh memilih brownies mengikut citarasa anda.

tekstur-brownies-yang-sedap

Bagi cheese cake pula, ia juga mempunyai dua jenis tekstur iaitu jenis tekstur padat dan juga bergoyang. Cheese cake yang mempunyai tekstur padat selalunya akan berasa lebih manis dan lemak berkrim. Cheese cake yang padat ini selalunya popular di kedai – kedai kek seperti Secret Recipe. Contoh cheese cake yang padat adalah seperti New York Cheese Cake dan Creme Brulee Cheese Cake.

cheese-kek-padat

Manakala, cheese cake yang bergoyang pula akan rasa seperti kek span dan ia akan menjadi sedikit berongga dan apabila anda makan, ia akan menjadi lembut. Selalunya cheese cake ini diperbuat dengan telur yang banyak untuk memberikannya tekstur berspan. Jadi, untuk anda yang menggemari rasa yang lembut dan berspan, anda boleh memilih cheese cake yang kelihatan gebu dan bergoyang.

japan-cheesecake

3. Beli Cheese Cake Atau Brownies Handmade

Produk – produk handmade adalah yang terbaik kerana setiap produk yang dikeluarkan adalah disukat dan dilakukan dengan baik dan lebih istimewa. Ini juga sama dengan kek – kek yang anda mahu beli. Cheese cake dan brownies handmade adalah kek yang anda patut beli kerana setiap resepi yang mereka gunakan adalah unik dan berbeza.

homemade-cake-dan-brownies

Rasanya juga lebih mengikut tekak anda kerana anda boleh meminta bahan – bahan untuk digunakan di dalam cheese cake dan juga brownies anda. Anda juga boleh meminta untuk mendapatkan tekstur kek yang anda inginkan untuk kek handmade ini.

4. Pilih Saiz Yang Diinginkan

Cheese cake dan juga brownies yang ditempah boleh datang dalam pelbagai saiz. Jadi, anda boleh pilih dan juga bertanyakan kepada orang yang anda ingin menempah kek tersebut saiz – saiz yang mereka boleh sediakan kepada anda. Cheese cake selalunya akan dijual di dalam bentuk kilo seperti setengah kilo atau satu kilo.

acuan-kek

Brownies pula selalunya datang di dalam bentuk kotak seperti kotak kecil ataupun kotak besar. Ia bergantung kepada anda untuk mendapatkan kek untuk majlis – majlis besar ataupun untuk diri anda sendiri dan harga juga berlainan untuk jenis – jenis kek dan saiz.

acuan-brownies

5. Pilih Topping Yang Anda Mahukan

Cheese cake dan brownies juga seringkali didatangkan dengan topping – topping tersendiri. Anda boleh memilih topping yang anda mahukan sekiranya anda memilih kek handmade. Topping yang biasa digunakan untuk cheese cake adalah blueberry dan juga coklat.

cheesecake-topping-coklat
blueberry-cheesecake-selangor

Kadang – kadang ada juga cheese cake yang boleh diletak karamel mengikut cita rasa anda. Bagi brownies pula, topping yang selalu digunakan adalah nutella, strawberry dan juga kacang badam. Cheese Cake juga ada menggunakan topping coklat dan strawberry.

Dapatkan Cheese Cake dan Brownies Terbaik Di Kawasan Batu Caves

cheesecake-batu-caves

Berita baik untuk anda yang tinggal di kawasan Batu Cave dan juga Gombak, anda boleh mendapatkan cheese cake dan juga brownies yang terbaik untuk majlis –majlis penting anda ataupun sekadar pemanis mulut untuk diri sendiri. Kak Nana  adalah pembuat kek yang telah bertapak di Selangor sejak tahun 2014 dan kek yang beliau buat adalah handmade dan juga homemade.

Kak Nana boleh membuat pelbagai jenis kek dan juga menghias kek dengan baik. Kek – kek yang dijual termasuklah brownies dan cheese cake. Kek ini boleh digunakan untuk pelbagai majlis kerana Kak Nana boleh menghiaskan cheese cake dan brownies anda mengikut majlis –majlis yang anda mahukan. Beliau juga boleh memberikan kek – kek ini dalam pelbagai bentuk dan juga bekas mengikut permintaan anda.

Sebab – Sebab Anda Perlu Membeli Cheese Cake Dan Brownies Daripada Kak Nana

cheesecake-kak-nana-selangor

Cheese cake dan brownies banyak dijual di pasaran sekarang, tetapi untuk mendapatkan kedua jenis cake ini mengikut cita rasa anda dan juga rupa kek yang menarik adalah agak sukar. Kadangkala, anda tidak menggemari rasa yang terlalu manis tetapi ada juga yang ahli keluarga anda yang mahukan rasa kek yang manis dan ini membuatkan anda sukar mencari cheese cake dan brownies yang sempurna untuk anda dan seisi keluarga. Oleh itu, saya akan kongsikan sebab – sebab anda perlu mendapatkan cheese cake dan brownies dari Kak Nana;

i) Cheese cake dan Brownies Handmade

Kak Nana memberitahu kepada saya, kek beliau menggunakan air tangan dan juga resepi yang diolah sendiri. Jika anda mempunyai apa – apa permintaan mengenai cheese cake dan juga brownies anda, anda boleh memberitahu beliau dan Kak Nana akan memenuhi permintaan anda. Kak Nana juga boleh membungkus kek anda mengikut kesesuaian majlis yang anda mahukan.

happy-birthday-cake

Contohnya, brownies yang anda pesan akan dipotong dan diletakkan di dalam cawan kertas sebelum dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar sekiranya anda mahukan brownies itu untuk diberikan kepada tetamu. Brownies yang lebih besar juga boleh diletakkan di dalam aluminium foil untuk majlis – majlis penting anda.

Cheese cake juga boleh dihias mengikut kesesuaian majlis anda. Jika anda mahukan cheese cake untuk majlis hari jadi atau perkahwinan, Kak Nana boleh menghias kek anda bersama topping dan juga tulisan untuk majlis anda.

ii) Menggunakan Bahan – bahan Yang Terbaik

Kak Nana menggunakan bahan – bahan yang terbaik untuk cheese cake dan juga browniesnya. Bahan – bahan yang digunakan adalah sama untuk membuat kek seperti tepung dan juga telur, tetapi apa yang membuatkan kek Kak Nana berbeza adalah beliau menggunakan pure butter yang berkualiti tinggi untuk dimasukkan ke dalam kek beliau.

pure-butter-cake

Penggunaan pure butter membolehkan kek yang dihasilkan menjadi lebih sedap dan juga lebih berlemak. Ia menjanjikan rasa yang enak untuk setiap kek yang dibuat.

iii) Kuantiti Yang Lebih Banyak

Cheese cake dan juga brownies yang dihasilkan oleh Kak Nana mempunyai kuantiti yang lebih banyak. Ia membolehkan anda berkongsi bersama keluarga dan setiap orang dapat merasai cheese cake dan juga brownies istimewa ini.

kuantiti-setiap-kek-yang-banyak

Kak Nana meletakkan kek yang dihasilkannya di dalam bekas yang agak besar dan keknya juga lebih tebal dan padat. Harganya juga amat berpatutan dengan kek yang dibuatnya.

iv) Rasa Yang Dijamin Sedap

Kak Nana menghasilkan kek yang menambat hati ramai orang dan rasanya juga amat enak dan anda tidak akan cepat muak setelah anda memakan cheese cake dan juga brownies beliau dalam kuantiti yang banyak. Beliau mempunyai ramai pelanggan tetap dan ramai juga yang mengulang kembali pesanan setelah merasai kek yang dibuat oleh air tangan beliau.

kualiti-rasa-yang-enak

Beliau pernah melakukan bidang ini pada tahun 2014 secara part time dan kini beliau membakar kek secara full time. Pelanggan Kak Nana adalah rakan – rakan beliau dan ada juga yang memesan kek melalui rakan – rakan beliau setelah merasai cheese cake dan brownies nya.

Testimoni Cheese Cake dan Brownies Kak Nana

Kebanyakan kek yang dibuat oleh Kak Nana mempunyai rasa yang sangat sedap dan rupanya juga amat menarik. Jadi, anda boleh melihat sendiri kek – kek yang dihasilkan oleh air tangan Kak Nana seperti di bawah;

Koleksi Cheese Cake

testimoni-cheese-cake-1

Cheese cake yang gebu ditambah pula dengan topping coklat dan strawberry. Confirm sedap!

testimoni-kek-cheese-harijadi

Kak Nana juga boleh membuat kek untuk hari jadi

testimoni-cheese-cake-aidilfitri-dan-perayaan

Kek hari raya untuk dinikmati bersama keluarga tercinta

Koleksi Brownies

testimoni-brownies-1

Brownies yang diletakkan di dalam bekas alumium foil. Sesuai untuk majlis –majlis penting anda.

testimoni-tekstur-brownies

Tekstur brownies yang pasti menambat selera semua orang

testimoni-brownies-pelbagai-topping

Brownies bersama topping pilihan anda. Pilih topping kegemaran anda sekarang!

Tempah Cheese Cake Dan Brownies Yang Terbaik Di Selangor Sekarang!

Anda boleh menempah cheese cake dan juga brownies yang terbaik di kawasan Batu Caves dan Gombak dengan menghubungi beliau melalui talian berikut:

 

Jom Tempah Kek Dengan Kak Nana SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Tempah Kek Dengan Kak Nana SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Kek Dengan Kak Nana SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: