Review
Mar 14, 2018, 11:56am

Borong Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin Johor Bahru


  • 2
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

Ibadah Haji dan Umrah melibatkan penyatuan antara kegiatan ibadah mental dan fizikal. Maka persiapan dan kesediaan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran yang sangat berbeza dengan situasi di tanah air.

persiapan kelengkapan untuk menunaikan umrah dan haji

Persedian Sebelum Pergi memunaikan Haji Dan Umrah

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:

1. Pemeriksaan Kesihatan

pemeriksaan kesihatan sebelum pergi umrah haji

Kepada bakal haji atau hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

2. Latihan Kecergasan

latihan fizikal sebelum menunaikan umrah atau haji

Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti Tawaf, Saie dan Melontar Jamrah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.

Maka ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun cengkaman hawa berbeza. Contohilah bagaimana Uwais al-Qarni mempersiapkan dirinya untuk ke Makkah di sini.

3. Latihan Berjalan Kaki

latihan berjalan kaki sebelum menunaikan umrah dan haji

Lakukanlah latihan fizikal untuk membiasakan diri kita yang bakal menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid di tanah suci nanti, seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 kilometer, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

4. Membiasakan Diri Berada Di Cuaca Panas Terik

membiasakan dalam panas terik sebelum menunaikan haji umrah

Bekerja, berkebun atau beraktiviti di tengah terik panas matahari perlu dilakukan untuk melatih fizikal agar bakal jamaah membiasakan diri dengan sengatan matahari dan keadaan di Tanah Suci yang lebih panas. Pada musim panas, suhu siang hari di Arab Saudi boleh mencapai 40-50 darjah Celsius, kepanasannya menyengat di samping angin kering membahang hingga menyebabkan ramai jemaah meninggal dunia akibat ‘Heat Stroke’ (kekurangan cecair dalam badan).

5. Membiasakan Diri Dengan Suhu Dingin

membiasakan dengan suhu sejuk dingin sebelum menunaikan umrah haji

Latihlah diri untuk bangun malam berqiamullail bagi menzalimi ibadah di samping membiasakan diri dengan air dan cuaca dingin. Ini tujuannya mempersiapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi keadaan di Makkah kerana terpaksa bangun awal untuk ke Baitullah bagi solat Subuh. Di samping cabaran bermalam di Mina dan Padang Arafah kerana suhu waktu malam dan musim sejuknya boleh turun sehingga 10ºC yang disertai angin kering dan dingin menusuk tulang.

6. Manasik Haji

manasik haji sebelum menunaikan umrah haji

Manasik adalah latihan atau tata cara ibadah haji menjelang keberangkatan ke tanah suci. Pergi melaksanakan haji merupakan rangkaian ibadah yang terikat dengan masa dan tempat disertai dengan peraturan dan larangan tertentu

7. Menambah Ilmu

menambah ilmu berkaitan umrah dan haji

Berusaha belajar dengan orang yang arif sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakan Haji dan Umrah, kerana ibadat haji yang tidak mengikut cara-cara yang telah ditetapkan akan rosak, cacat dan tidak diterima sebagai ibadat haji yang sempurna. Amat rugi jika setelah berpeluang ke sana dan berkorban masa, harta dan wang ringgit, ibadah Haji dan Umrah kita menjadi sia-sia begitu saja disebabkan ketidakperhatinan dan kecuaian sendiri.

8. Bacalah Buku-Buku Berkaitan

baca buku berkaitan dengan umrah dan haji

Pembacaan buku-buku berkaitan ibadah Haji dan Umrah, sejarah Madinah dan Mekah akan dapat membantu apabila kita menjalani ibadah tersebut. Membaca buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah dan Haji akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci. Selain untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah, tujuan ke Tanah suci sudah pasti untuk ziarah ke tempat-tempat yang bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah. Dengan mengetahui riwayat dari tempat-tempat bersejarah tersebut terlebih dahulu, maka ketika berziarah ke tempat tersebut nanti, akan dapat lebih memahami dan menyelami makna tempat-tempat yang kita kunjungi.

9. Perbanyakkan Membaca Al-Quran

banyakkan baca alquran sebelum menunaikan umrah dan haji

Berguru dan lancarkanlah pembacaan Al-Quran kita kerana selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermnnfaat apabila kita berada di tanah suci. Iaitu selain daripada ibadah Haji dan Umrah, pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam Al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

10. Sumber Wang Halal

sumber wang halal sebelum menunaikan umrah dan haji

Sumber wang yang diperolehi untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah haruslah jelas kehalalannya, bukan dari hasil subahat dan tidak juga dari wang haram. Wang untuk menunaikan Haji dan Umrah bukanlah berasal dari hasil wang rasuah, penyelewengan, penipuan dan sebagainya kerana sumber nafkah yang haram, hajinya tidak diterima oleh Allah.

Nuraghnia Enterprise Kedai Borong Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Nuraghnia enterprise adalah sebuah butik kelengkapan ibadah di bawah satu bumbung dan menjadi pusat sehenti khususnya kepada jemaah umrah dan haji yang ingin mendapatkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Nuraghnia enterprise menyediakan kelengkapan umrah dan haji untuk seisi keluarga supaya memudahkan bakal tetamu Allah swt mendapatkan kelengkapan umrah dan haji anda. Suasana kedai Nuraghnia enterprise yang berkonsep santai dan mesra keluarga menyenangkan bakal tetamu Allah swt yang datang mencari kelengkapan bersama keluarga. Objektif Nuraghnia enterprise ialah untuk cuba sebaik mungkin untuk membantu para tetamu Allah swt untuk mencari kelengkapan umrah dan haji yang sesuai dengan anda kerana setiap individu mempunyai keperluan dan citarasa yang berbeza.

Pakaian Umrah Haji Yang Berkualiti Dan Corak Sederhana

Kebanyakan pakaian yang di jual di butik Nuraghnia enterprise menitikberatkan soal kesederhanaan serta keselesaan untuk jemaah melakukan rukun ibadah kerana matlamat utama anda bertamu di rumah Allah SWT adalah semata-mata beribadah serta meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.

Pakaian Umrah Haji Yang Berkualiti Dan Corak Sederhana

Justeru, dari pemilihan fabrik dan rekaan semua mengambil kira faktor keselesaan, pada masa sama pemilihan warna juga diberi perhatian dengan memilih warna pastel serta corak minimum supaya tidak kelihatan berlebihan.

Kepelbagaian produk dijual Nuraghnia Enterprise

Antara Kelengkapan Haji dan Umrah yang dijual di Nuraghnia enterprise adalah;

  • Kain Ihram  

Borong Kain ihram dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Dinasihatkan membawa 2 set kain ihram ( 2 helai kain atas, 2 helai kain bawah ). Mudah untuk anda apabila perlu membasuh kain ihram apabila anda mempunyai 2 set. Dengan kainnya yang tebal dan besar, ia mengambil masa yang lama untuk kering apabila dibasuh.

  • Tali Pinggang Haji

Borong tali pinggang haji dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Ada yang tidak mahu memakai tali pinggang haji dan menyangka ia senang digantikan dengan tali pinggang biasa. Untuk pengetahuan anda, kelebihan tali pinggang haji ini bukan pada jumlah poket atau materialnya, tetapi saiz kelebarannya iaitu 3 inci. Hanya tali pinggang yang selebar itu dapat memegang kain ihram yang tebal dan berat dengan kemas dan tidak terbuka. Jika anda menggunakan tali pinggang biasa, anda terpaksa membetulkan kemasannya berkali-kali kerana gulungan kain ihram yang tebal dan besar.

  • Selipar Haji

Borong selipar haji dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Selipar khas ini tidak wajib, jika anda mempunyai selipar lain yang selesa dan ringan juga boleh dibawa ke sana. Cuma, anda perlu pastikan selipar itu menampakkan kelima-lima jari ( bagi lelaki ). Dan ingin saya tekankan, anda tidak mahu bawa selipar mahal yang selesa itu kerana peluang untuk kehilangan selipar sangat tinggi. Jadi kami cadangkan sebaiknya pilihlah selipar haji yang khas kerana ia bukan sahaja ringan dan selesa, malah lebih murah!

  • T-Shirt Berpoket

Borong tshirt berpoket dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

T-Shirt ini fungsinya sama seperti singlet biasa. Bezanya ia mempunyai poket yang berzip. Tujuannya ialah untuk menyimpan wang dengan lebih selamat semasa membeli-belah. T-Shirt ini jugalah yang akan dipakai semasa santai di dalam bilik. Materialnya tidak perlu tebal seperti t-shirt biasa, biarlah sederhana supaya sesuai dipakai sebagai singlet dan sebagai t-shirt biasa. Untuk jemaah yang ingin menunaikan umrah pula, tidak perlu sehingga 4 helai. Cukuplah sekadar 2 helai.

  • Seluar Jubah

Borong jubah dan seluar Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Seluar ini dipakai di dalam bersama jubah. Rata-rata seluar jubah yang dijual di tanah suci ialah jenis kain polyester yang nipis. Ianya khas untuk dipakai di dalam jubah sahaja kerana kainnya yang nipis. Jika anda membeli jenis yang tebal, kelebihannya ia boleh dipakai bersama pakaian lain. Pilihlah jenis yang berzip untuk menyimpan barang anda dengan selamat.

  • Baju Melayu

Borong baju melayu dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Anda boleh bawa samada jubah, kurta, baju melayu atau pakaian yang anda rasakan selesa untuk beribadah dan ziarah. Memadai 2 helai bagi yang mengerjakan umrah. Tidak perlu bawa terlalu banyak kerana ada lebih banyak pilihan pakaian di sana nanti.

  • Baju Sejuk

Borong baju sejuk dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Musim sejuk atau tidak, suhu di sana pada waktu malam agak dingin di musim umrah. Jika anda rasa anda sensitif terhadap suhu yang dingin, bawalah sehelai baju sejuk untuk lebih selesa tidur atau beribadah di waktu malam. Minta nasihat travel agent mengenai perkara ini kerana mereka lebih arif tentang suhu di sana mengikut jadual musim yang anda pilih untuk pergi.

  • Kain Pelikat Tidak Berjahit

Borong kain pelekat tak berjahit dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Digunakan untuk keluar masuk ke tandas semasa di dalam ihram

  • Set Mandian

Borong Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Item seperti tuala, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain mungkin tidak disediakan ( bergantung kepada hotel ). Sila dapatkan kepastian tentang perkara ini dari travel agent masing-masing.

  • Mini Telekung

Borong mini telekung dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Digunakan terutamanya ketika Ziarah, Melontar. Untuk tawaf, solat, saie terpulang kepada anda untuk menggunakan telekung penuh atau mini telekung. Ramai yang gemar menggunakan mini telekung kerana ianya tidak labuh kerana agak mengganggu pergerakan semasa berada dalam kawasan orang yang ramai dan bersesak. Memadai sehelai-dua telekung penuh sekiranya diperlukan.

  • Stokin Tawaf

Borong stokin tawaf dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Stokin tawaf ialah stokin tebal ( seperti kasut indoor ) yang mempunyai anti slip di bahagian tapak. Ia digunakan ketika tawaf dan saie. Kerana permukaan lantai di perkarangan Masjidil Haram yang licin dan orang yang ramai, anda akan mudah tergelincir jika memakai stokin biasa.

  • Uncang Kasut

Borong uncang kasut dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Berlabel, digunakan untuk mengisi kasut atau selipar untuk mengurangkan risiko kehilangan. Boleh dibawa ke dalam ruang solat ( pastikan bersih ) atau diletakkan di rak kasut yang disediakan.

  • Uncang Batu

Borong uncang batu dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Ada juga yang membawa lebih dari 1 unit, mereka gunakannya untuk mengisi ekstra batu untuk melontar ( cicir dan sebagainya ).

  • Botol Spray Wudhu’

Borong botol wudu spray dan Barangan Haji dan Umrah Murah di Larkin

Untuk kemudahan mengambil wudhu’ di dalam kapal terbang dan di kawasan yang jauh dari sumber air. Anda tidak mahu keluar masuk ke tandas di dalam kapal terbang terlalu kerap untuk menjaga kebersihan pakaian ihram anda.

Jom Warga Johor, Datang Beramai -ramai Bagi Memeriahkan Lagi Kedai Kelengkapan Umrah Dan Haji Di Nuraghnia Enterprise

Kepada yg berdekatan, boleh la datang ke Nuraghnia enterprise utk melihat lebih lanjut barangan keperluan untuk menunaikan ibadah umrah dan juga Haji. Kepada bakal jemaah haji 2018 juga sudah mula untuk megumpul barang – barang keperluan sedikit demi sedikit tau. Untuk lanjut layari dan hubungi nombor di bawah.

NURAGHNIA ENTERPRISE | KEDAI KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH Hubungi: Tekan untuk telefon (0178432023) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat: Nuraghnia Enterprise BZ 21 Terminal Bas Larkin, Jalan Garuda 80350 Larkin Johor.

Jom order kelengkapan untuk umrah SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom order kelengkapan untuk umrah SEKARANG!