Umum
Aug 12, 2014, 4:08pm

Blogger Pilihan .COM – Prof Hariz Kongsi Tips Kurus


  •  
  •  
  •  
  •  
 

   

Alhamdulillah Ya Allah.

Ya ini adalah keratan akhbar pada 9 Ogos 2014. Terima Kasih kepada Azrin dan Sazali Che Din Editor Blogger Pilihan .COM kerana memberi peluang kepada saya.

Ramai yang keliru dengan status saya. Muda-muda sudah jadi Prof ke? Mohon kepada pembaca semua untuk rujuk biodata saya. InshaAllah disana sudah saya nyatakan. Semoga anda tidak keliru.

Bagi rakan-rakan yang telah lama mengikuti blog Prof Hariz pasti anda nampak dan perasan yang mulanya blog ini “niche” agak kelam kelibut. InshaAllah blog profhariz.com akan meneruskan dengan niche Lifestyle Blogger Malaysia dengan izin Allah. Untuk diet plan saya dalam perancangan untuk cipta blog yang lain bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti. InshaAllah mohon doakan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Oh ya. Saya terlupa juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang memang senantiasa memberi galakkan dan golongan daripada belakang kepada saya. Terima kasih juga kepada Penaja dan Kerjasama Cabaran Kurus Dengan Diet Atkins Malaysia. Tanpa Cabaran Kurus itu mungkin saya tidak layak untuk berada dalam 1 muka surat halaman akhbar utusan malaysia ini.

Terima Kasih semua dan mohon terus doakan saya semoga dapat memberi dan berkongsi tips-tips yang berguna kepada semua. InshaAllah. Mungkin lepas ni kita target Harian Metro? Kosmo? Dan Majalah-Majalah? Hihihi.

Nota : Saya dalam peracangan untuk menganjurkan cabaran kurus bersama penaja. InshaAllah jika ada sesiapa yang berminat untuk menaja. Boleh direct email saya ke hi@profhariz.com