Bisnes
Dec 17, 2018, 2:44pm

10 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Oleh Sesiapa Sahaja


Memulakan perniagaan di rumah adalah cara bisnes terbaik yang boleh anda lakukan, terutama jika anda seorang suri rumah sepenuh masa. Anda tentu sedang memikirkan bagaimana meraih sedikit (boleh juga banyak) pendapatan yang dapat membantu melancarkan perjalanan ekonomi anda dan keluarga.

bisnes dari rumah

Sekarang ini pun sudah ramai mulai sedar akan kepentingan untuk buat bisnes sendiri sama ada suri rumah, yang sudah bekerja, pelajar dan juga yang telah tamat belajar. Buat bisnes ini memang satu perkara yang menarik. Namun, pada masa yang sama juga ia adalah sesuatu yang mencabar.

10 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Oleh Sesiapa Sahaja

Anda boleh lakukan perniagaan dari rumah secara sambilan atau full time bergantung kepada sejauh mana besar market pasaran bisnes anda. Akibat desakan ekonomi yang makin merunsingkan dan pendapatan yang sedia ada yang tidak mampu menyokong kadar kenaikan barang dan kos sara hidup.

Maka kita boleh lihat ramai yang melakukan perniagaan dari rumah atau part time bisnes. Sekiranya anda merancang untuk menjadi seorang usahawan dan sedang mencari peluang perniagaan, jom kita tinjau 10 peluang perniagaan trending di Malaysia:

#1 Perniagaan Kraftangan

bisnes dari rumah

Sekiranya anda seorang yang kreatif dan ada banyak barangan terpakai di rumah, jangan buang kerana anda boleh gunakan untuk bisnes kraftangan. Untuk kraftangan, anda boleh gunakan barang-barang terpakai seperti kertas surat khabar, botol, tin minuman, kotak tisu atau pakaian lama yang sudah tidak digunakan.

Ia telah menjimatkan bajet anda kerana semua ini mungkin sudah ada di rumah anda. Anda boleh menggubah origami dengan pelbagai reka bentuk, kraftangan seperti bakul, pencil box dan sebagainya menggunakan barangan terpakai.

Sekiranya anda tidak ada idea, boleh research atau rujuk website tertentu yang mendapat gambaran yang jelas dan idea yang baru dengan kata kuncinya, “DIY”. Setelah siap digubah, anda boleh upload di Facebook, Instagram atau Blog. Sekiranya anda mendapat feedback yang bagus, mulakan jualan dan promosi kraftangan anda.

 

#2 Online Personal Shopper

bisnes dari rumah

Pernah dengar istilah ‘personal shopper’? Tugas seorang personal shopper bukan sahaja untuk membantu membuat pembelian tetapi juga untuk memberi khidmat nasihat dan cadangan kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian.

Kebiasaannya personal shopper ini akan dibayar upah untuk membantu membuat pembelian dan menghantar kepada pembeli sama ada melalui penghantaran terus ke rumah, atau secara pos. Selalunya orang akan gunakan khidmat personal shopper untuk membeli pakaian dan juga perabot.

#3 Bisnes Makanan

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia amat suka makanan. Asal makanan tersebut sedap dan harganya berbaloi, mereka tidak akan kisah untuk mengeluarkan duit. Anda boleh buat bisnes sampingan dengan menjual burger, air, atau cupcake. Ia tidak memerlukan modal yang banyak.

bisnes dari rumah

Pilih tempat-tempat yang strategik seperti sekolah, pasar, karnival dan tempat-tempat tumpuan ramai. Anda boleh gunakan sos atau resepi buatan sendiri bagi mencari kelainan dan menarik tumpuan pelanggan.

Jangan sesekali berniaga di tempat yang banyak persaingan dan jual barangan yang sama. Sebelum anda mula berniaga, anda boleh meminta orang ramai mencuba makanan anda secara percuma untuk mendapat feedback.

 

#4 Frozen Food

bisnes dari rumah

Frozen food adalah antara produk makanan yang anda boleh cuba. Ia menjadi pilihan bagi kebanyakan masyarakat kita pada hari ini kerana mudah dan cepat dimasak. Anda boleh buat karipap, ais krim goreng, mini popia, roti canai, dan sebagainya.

Untuk pasarkannya, anda boleh gunakan teknik ‘direct approach’ iaitu jual secara direct dengan approach pelanggan di kedai-kedai makan, karnival atau sebagainya dengan sedikit kata-kata promosi. Selain itu, anda boleh letakkan di kedai-kedai runcit atau minta suami atau kawan-kawan promosi di office.

Anda juga boleh masukkan maklumat anda di dalam pack makanan tersebut supaya senang jika ada yang berminat untuk membeli atau membuat tempahan.

 

#5 Pembaikan Telefon pintar dan PC

bisnes dari rumah

Salah satu faktor yang paling utama dalam kemajuan teknologi adalah penggunaan telefon pintar dan komputer peribadi. Menurut Statista.com, jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia pada tahun 2017 dijangka mencecah 19.9 juta dan laman web wearesocial.com melaporkan bahawa 35 peratus rakyat Malaysia memiliki komputer riba atau desktop.

Ini bermakna peluang besar menanti mereka yang mampu menyelesaikan masalah dengan peranti ini, menjadikannya tiket emas untuk membuat keuntungan lumayan.

 

#6 Tudung atau Shawl

Anda boleh dapatkan tudung atau shawl secara borong dari pembekal. Jika anda beli secara pukal, harganya lagi murah. Pastikan pilihan tudung anda mengikut trend terkini. Anda boleh jualnya di Facebook atau Instagram.

Selain itu, harga yang anda tetapkan mestilah mengikut harga pasaran atau murah sedikit dari yang ada di pasaran.

bisnes dari rumah

Anda juga boleh tambahkan sedikit details seperti tambah sikit labuci atau manik untuk beri kelainan.

 

#7 Stokis atau Agen

Anda juga boleh menjadi stokis atau agen bagi barangan yang sedia anda dalam perniagaan. Antara barangan yang anda boleh jual ialah wangian, pakaian, tudung, makanan, mekap dan produk kesihatan.

Sekiranya anda berminat untuk menjual barangan sebegini, anda perlu gunakan segala media sosial yang ada untuk mempromosikan produk anda.

bisnes dari rumah

Anda juga boleh cari dan melantik ‘drop shipper’ yang boleh menjual dan mempromosikan barangan tersebut. Yang penting cari ilmu perniagaan dan pemasaran untuk bantu anda.

 

#8 Kelas Tuisyen

Anda boleh buka pusat tuisyen untuk mengajar kanak-kanak belajar. Sekiranya anda mahu jimatkan duit, ia boleh sahaja dilakukan di rumah anda sendiri. Tetapi dengan meminta izin dari ahli keluarga supaya pengajaran dan pembelajaran anda tidak mengganggu ahli keluarga yang lain.

bisnes dari rumah

Selain itu, anda boleh mengajar subjek-subjek yang anda mahir dan fokus pada pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Sekiranya teknik pengajaran anda terbaik, secara tidak langsung akan mendapat perhatian dari ibu bapa yang lain.

Anda juga boleh meminimakan had pelajar anda bagi memberi tumpuan pada kejayaan mereka.

 

#9 Perkhidmatan Am

Orang semakin sibuk dan ramai berfikir yang masa semakin suntuk untuk apa sahaja sekarang ini. Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran tertentu tetapi mempunyai motosikal, atau basikal sekalipun, anda boleh menyediakan perkhidmatan am atau dikenali juga sebagai runner kepada para pengguna.

bisnes dari rumah

Anda boleh membantu mereka untuk mengambil anak dari sekolah, menghantar surat atau barang, menghantar kereta ke bengkel untuk diselenggara, mengambil sesuatu dari seseorang, malah untuk membeli makanan sekalipun.

 

#10 Affiliate

Affiliate juga adalah salah satu peluang untuk berniaga di rumah. Affiliate menerima komisyen berdasarkan jualan yang dibuat. Komisyen ini biasanya telah ditetapkan oleh pemilik produk.  Terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai sama ada affiliate produk fizikal ataupun affiliate produk digital seperti ebook.

bisnes dari rumah

Pilih perniagaan yang tidak memakan banyak masa.

Jika anda menjalankan perniagaan dari rumah yang dijalankan di waktu lapang sebagai punca pendapatan tambahan, maka anda harus memilih perniagaan yang tidak memakan banyak masa sehingga mengganggu waktu pekerjaan utama anda.

Perniagaan dari rumah juga boleh dilakukan secara sambilan untuk menambah pendapatan. Inilah yang ramai lakukan pada zaman sekarang kerana desakan ekonomi dan juga kerana kenaikan harga barang.

bisnes dari rumah

Demikianlah beberapa tips untuk membantu anda memilih perniagaan dari rumah yang sesuai untuk diri anda. Semoga maklumat ini berguna dan dapat membantu anda menentukan perniagaan yang bakal anda jalankan. Itulah sebahagian daripada idea perniagaan atau bisnes yang boleh dilakukan di rumah.

Banyak lagi peluang yang boleh dimanfaatkan untuk buat duit dari rumah. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah, kerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan  banyak masa, serta panduan yang betul untuk berjaya.

 

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: