Umum
Aug 26, 2010, 10:18am

Bin dan Binti Kenalah Bersatu


Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Hari nie berapa hari bulan ye?
Tarikh di pc Hariz 26 Ogos.. Bagaimana pula dengan tarikh di pc korang? 26 ogos jugak ke?
Selalunya bulan ogos terkenal dengan bulan kemerdekaan.. Sudahkah korang kibarkan jalur gemilang?
Tepuk dada tanya diri.. Apa yang Hariz nampak sekarang cukup sukar melihat jalur gemilang
dikibarkan pada kereta, motor, rumah dan dimana sahaja.. Yang nampak sekarang hanyalah sekadar di masjid
dan di sekolah dan juga pejabat-pejabat kerajaan?

Dimanakah semangat patriotisma semangat cintakan negara? Dimana semangat wahai rakyat malaysia?
Adakah semangat patriotisma kita hanya sekadar pada bibir? dan juga pesta-pesta di malam ambang kemerdekaan?
menanti detik 12 tengah malam 30 Ogos? Hanya sekadar melihat bunga api? dan merempit dimalam ambang kemerdekaan?
Itu yang dinamakan semangat cintakan negara? Hey Come On lahhh… Bila bendera malaysia dibakar, pejabat kedutaan malaysia
diserang di indonesia baru-baru ini.. Ramai yang bengang.. Mulalah maki-maki di bulan puasa ini.. Cakap rakyat indonesia
macam-macam.. Tapi bagaimana dengan kita?

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu
pengorbanan yang sebenar pengorbanan”

“Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha dan tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga”

Mahukah anda korbankan jiwa anda? Untuk mengecapi kemerdekaan dan kemakmuran negara malaysia yang ada pada masa kini?
Mahukah anda berjuang guna senapang? guna pistol? seperti dahulu…. Bagi merampas kembali kemerdekaan yang kita kecapi selama 53 tahun
ini daripada penjajah? Apa salahnya korbankan duit anda dengan hanya sekadar RM10 untuk gantungkan pada kenderaan korang?
Tiada makna langsung setakat RM10 untuk kibarkan jalur gemilang..

“Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba
menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma”

“Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya kita dapat menumpukan segala kepada usaha untuk mempertahankan
negara”

Bin dan Binti kenalah bersatu.. Bukan Berjuang guna pistol dan senapang…
Mari kita berjuang kibarkan jalur gemilang di facebook, twitter di blog dan yang paling penting kibarkan jalur gemilang
di kenderaan kediaman kita dan dimana sahaja
..
1 Malaysia Menjana Transformasi… InsyaAllahh…

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: