Islam
Sep 8, 2010, 1:18pm

Bila Takbir Raya Bergema


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

SubhnaAllah.. Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya.. Bagaimana dengan pengisian ramadhan anda pada tahun ini? Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya… Dan InsyaAllah semoga lailatul qadar menjadi milik kita dengan hendaknya… Rakan-rakan ku sekalian.. Entri ini aku menulis bukan kerana suka-suka.. Entri ini aku menulis adalah luahan hati sanubari aku… Sebagai pengakhir ramadhan… Adakah kita akan dapat lagi ramadhan akan datang? Wallahualam bissawab.. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui…

Bilakah takbir raya dilaungkan?… Disaat bila takbir raya bergema ye? Seharusnya.. Disaat malam raya… Iaitu Selepas sahaja solat Maghrib… Jom kita dengar takbir raya. Mari kita hayati dengan hati kita yea.. Alhamdullilah…

SubhanAllah.. Airmata aku mengalir deras bagaikan hujan lebat di suatu negeri… Adakah aku lemah? dengar takbir raya pun nak nangis-nangis…

Serius..  Ini Serius! Disaat saat aku menaip entri ini pun airmata aku deras mengalir… Aku tak tahu nak cakap cam mana.. Bila dan di saat takbir raya dilaungkan… Hati aku rasa sebak gila… Rasa macam nak jerit kuat-kuat je.. Tapi pada siapa aku nak jerit? Aku rasa dekat dengan Allah! Tapi perangai aku pun macam jemuan*orang2 utara cakap* Macam cikgu Siti dalam epilog syurga cinta cakap.. Allah lihat kesudahan seseorang itu bukannya lihat permulaan hidup seseorang itu.. Korang faham kan?

Bagaimana pula dengan perasaan korang bila takbir raya bergema? Pasti seronok kan? Yelahh esok raya… Anyway.. orang cakap tak bagus sedih-sedih nak sambut hari raya.. Yelah hari raya aidilfitri kan hari untuk kita gembira menyambut kemenangan melawan hawa nafsu.. Puasa sebulan tuh.. eheee… Puasa korang cukup tak? Haaa.. kalau tak cukup tak boleh raya! takde duit raya… Best dulu bila puasa penuh je mesti mama kasi RM100.. syuhh senyap.. Taun nie penuh.. Mama nak RM100.. hahahah. TIme kecik-kecik daaa…

Aku takut! adakah aku akan dapat ramadhan akan datang? Aku takut! adakah tahun depan aku akan dapat beraya lagi dengan keluarga aku? Aku takut ya Allah..

ProfHariz : Betul ke orang cakap bila takbir raya bergema orang-orang dalam kubur nangis?

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: