Motivasi
Feb 28, 2013, 1:18pm

Bila Jatuh Bangun Semula, Allah Mahu Kita Belajar


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Baru 2 bulan dalam tahun 2013, banyak sangat ujian yang PH kena tempuhi, daripada sekecil-kecil masalah sehinggalah masalah yang paling besar yang membuatkan diri PH jatuh dan rasa tidak berdaya untuk bangun semula. Mungkin ini namanya proses kematangan dalam hidup dan Allah mahu PH belajar erti kehidupan yang sebenar dalam Usaha Peningkatan Kualiti Hidup ?

Bila Jatuh Bangun Semula

Setelah gembira ada kecewa, setelah kenyang ada lapar, setelah kepuasan ada haus dan begitu juga setelah jatuh ada bangun setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang nikmat akan hilang andai kita berlebih-lebihan dan setiap yang hilang pasti ketemu, dalam sesat pasti akan ada petunjuk dalam kesulitan akan ada kemudahan.

Orang yang cerdik akan berusaha merubah kehidupan dari rugi menjadi untung. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat setiap musibah dan masalah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda. Jadi bila jatuh ayuh mari kita bangun semula, Allah tak pernah biarkan kita bersendirian. Kerana sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Ambillah hikmah dari setiap kejadian.

Ketika kita tertimpa sesuatu ujian, kita harus melihat dari sudut yang paling terang dari Allah. Ketika kecewa dalam percintaan, kemungkinan kita akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah terfikir di kepala sendiri. Sebenarnya, putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu langkah yang baik andai kita tangani dengan positif.

Allah Mahu Kita Belajar

Pada permulaan kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah akhirnya kita tetap akan Redha dan Tenang andai kita yakin pada Allah dan serah bulat-bulat pada Allah. Yakinlah wahai hati, semuanya dari Allah adalah yang terbaik untuk kita walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas dan pandangan Dia pula Maha Luas. Mungkin dia bukan rezeki dan jodoh kita sekarang, mana tahu nanti Allah sediakan dia pada waktu yang tepat 🙂

InshaAllah mari kita kendalikan diri kita dalam berbagai kesulitan yang kita hadapi ! Dengan begitu, kita akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum. Sebaiknya Bila Jatuh Bangun Semula, Allah Mahu Kita Belajar Melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab, belum tentu semuanya yang menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.

Bila Jatuh Bangun Semula. Jangan kita bersedih, Ingatlah selalu kepada Allah dan kembali kepadaNYA.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra’d 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

Perumpaan orang yang selalu berzikir kepada Allah dan yang tidak pernah berzikir kepada Allah bagaikan orang yang hidup dan orang mati. Maka, positiflah kala tidak diberikan apa yang diharapkan. Bersangka baiklah kepada Allah, bahawa apa yang Dia beri, itulah yang terbaik buat kita sebagai insan! Bersangka baiklah kepada ALLAH ! kerana ALLAH beserta dengan sangkaan kita.

Sumber Image : http://bukangadisbiasa.tumblr.com