Umum
Jun 13, 2013, 10:00am

Bila Blogger Patah Tangan ?


Apabila berada di penang berjumpa dengan kawan-kawan yang bermain besi. Melihat bentuk tubuh badan mereka semakin cantik lalu pada hari isnin yang lalu, perasaan ghairah dan rindu pada dumbbell membuak-buak lalu saya pun keluarkan set dumbbell milik kembar dimana beratnya hampir 20kg.

Blogger Gym

Fat Burning, Muscle Building pun bermula. Kekonon untuk Biceps Muscle 3 set, Concentration Curls 3 set dan beberapa Back and Shoulder Muscles dilakukan. Hampir 40minit juga proses itu bermula. Haaa best habaq hang bila dah lama tak main. Hehehe

Hari isnin petang layan, malam tangan mula terasa. Eh otot aku dah pecah lagipun hampir beberapa bulan tak sentuh ni. Mungkin biasa kalau sengal-sengal, sakit-sakit kat badan *ingat masa memula join Rhyno Muscle Gym. Itu sudah perkara biasa.

Blogger Tangan Bengkak

Tidur malam seperti biasa, dan bangun pagi selasa tangan kanan jadi bengkok dan tidak dapat diluruskan. Ya Allah tangan aku patah ke apa ni? Beberapa minit kemudian baru sedar *Ya Allah aku tidur atas tangan* Berat aku yang 100 kilo ni tidur atas tangan mau tak patah *bisik dalam hati*.

Tangan mula menjadi bengkak dan pada pagi rabu, tangan sebelah kiri pun kena. Kiranya kedua-dua tangan saya tidak dapat dibengkok-luruskan. Punca? Tangan terkepit dengan perut ketika tidur. Serius, sangat sakit ! Proses ambil wuduk dan nak solat pun jadi macam. Err. Err. Tahan aje la. Sebelah petang minta kembar dan adik urut dan sapukan minyak panas ternyata makin sakit *mungkin depa tak pandai urut*

Blogger Patah Tangan

Adik hang pi pakai pembalut tangan *Atas nasihat Tiffa Ishak* supaya angin tidak masuk lagi. Apabila berlaku seperti ini saya terfikir Apakah Nasib Blogger Fulltime Apabila Patah Tangan ? Susah nak menaip wooo. Apa-apapun Alhamdullilah saya masih ada kekuatan untuk menaip artikel walaupun tangan masih tidak dapat dibengkok-luruskan. Doakan semoga angin cepat-cepat keluar dimana June 2013 target Blog  masih belum tercapai.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: