Umum
Jul 4, 2010, 11:13pm

Bikini


BEIJING: Tugas sebagai jurutol bukan luar biasa bagi wanita di ibu kota China ini tetapi kemunculan
seorang ‘jurutol’ baru berusia pertengahan umur, benar-benar mengejutkan pemandu kenderaan apabila
hanya memakai coli dan seluar pendek ketika ‘bertugas’.

Wanita itu dilihat mundar-mandir antara lampu trafik untuk memungut bayaran tol daripada semua pemandu
kenderaan yang menggunakan persimpangan Xihuamen dan North Street.
Laporan media tempatan menyatakan, wanita itu akan memberi isyarat kepada pemandu untuk memberhentikan
kenderaan mereka sebelum mendekati tingkap kereta bagi memungut bayaran.
Wanita itu akan menghalang kenderaan daripada meneruskan perjalanan sehingga pemandunya membuat bayaran.
Kebanyakan pemandu akan membayar dan dibenarkan pergi, kata laporan itu.

Bagaimanapun, sikap seorang pemandu sebuah kereta Honda berwarna hitam enggan berbuat demikian mencetuskan kekecohan.
Wanita itu naik radang lalu memanjat kereta itu sebelum menendang cermin depan menyebabkan ia retak.
Dia kemudian membuka kasut tumit tingginya dan mula memukul cermin tingkap sambil berteriak: Kamu mahu bayar atau tidak?
lapor media.

Pertengkaran menyebabkan kesesakan lalu lintas dan polis tiba beberapa minit kemudian.
Wanita itu bagaimanapun berjaya melarikan diri. Seorang warga kota yang menjadi saksi kejadian berkata
wanita terbabit mengalami gangguan mental dan kerap menahan kenderaan di jalan raya untuk meminta tol Agensi
Sumber : Bharian.com.my

PH: Bayangkan jika malaysia sebegini rupa? Bekerja memakai bikini

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: