Review
Jun 3, 2017, 8:54pm

Bihun Sup Utara Sedap di Kulim Kedah


Bihun Sup Utara

Sedang melawat bandar Kulim, Kedah ke? Selamat datang bagi mereka yang sedang mengunjungi bandar ini. Tentu bagi orang-orang yang biasa travel atau berjalan-jalan sama ada untuk riadah mahupun untuk tujuan kerja, salah satu perkara yang mesti dibuat sekiranya sampai di sesuatu destinasi adalah untuk mencari tempat makan yang best-best, bukan? So apa kata kita cuba try singgah ke Restoran Mak Long Bihun Sup di Kulim Kedah, satu-satunya tempat yang boleh didapat bihun sup utara sedap di kawasan Kulim, Kedah.

Restoran Mak Long Bihun Sup di Mini Stadium Keladi, Kulim, Kedah

Bihun Sup Utara Sedap

Lokasi Mak Long Bihun Sup ni adalah di Kampong Keladi di mukim Kulim. Yang pastinya keistimewaan restoran ini adalah Bihun Sup Utara yang sememangnya sedap sehingga menjadi idaman ramai. Nak tau asal usul Mak Long Bihun Sup? Asalnya, Mak Long dan suaminya mula menjual Laksa Buyong di pasar malam di Kulim, kemudiannya mereka mencuba nasib dengan menjual bihun sup dengan menggunakan perencah sup dan sambal special yang lain dari yang lain. Atas sambutan yang amat menggalakkan maka gerai Mak Long Bihun Sup pun dibuka di Mini Stadium Keladi, Kampong Keladi. Sungguh popular akan bihun sup ini sehinggakan Mak Long Bihun Sup telahpun membuka cawangan baru di Taman Melawis.

Bihun Sup Utara Dalam Akhbar

Tu dia cerita Mak Long Bihun Sup ada keluar kat akhbar Warta Kedah tu! Famous jugak Mak Long Bihun Sup ni ya! Rata-ratanya orang Kulim, Kedah berkata bahawa bihun sup utara Mak Long memang sedap! Mari kita tengok gambar-gambar makanan yang disediakan di Mak Long Bihun Sup ya…

Bihun Sup Utara Sedap di Kulim

Jom singgah ke Mak Long Bihun Sup

Sup Gearbox dan Bihun Sup Special Di Kulim

Bihun Sup Utara Menu Special

Ni menu faveret kami… Sup Gearbox dan Bihun Sup Special! Jemput ya…

Fuh, sekali pandang memang menggiurkan!!! Menu bihun sup utara di Mak Long Bihun Sup ada beberapa jenis… bihun sup utara biasa harganya dalam RM4.50, dan sekiranya anda mahukan yang special, harganya RM5.50, dengan bahan-bahan dalam Bihun Sup Special ini termasuk ayam, daging dan perut. Harga cukup menarik!

Menu special Mak Long Bihun Sup adalah Sup Gearbox! Sekali pandang dah mengidam… sekali rasa nak cuba lagi!!! Harganya dari RM12 ke atas. Cukup berpatutuan, maklumlah, sup gearbox siapa yang tak suka… sedapnya sehingga menjilat jari…

Sup Gearbox Bihun Sup Utara

Sup Gearbox Mak Long

Bihun Sup Utara Sup Gearbox

Meriah kan Sup Gearbox Special

Disamping itu juga, gerai Mak Long Bihun Sup bukan sahaja menyediakan menu bihun sup utara ataupun sup gearbox sahaja. Pelbagai menu-menu yang lain boleh juga didapati di restoran Mak Long Bihun Sup. Selain dari Sup Gearbox, Bihun Sup Utara Biasa dan Bihun Sup Utara Special, pelbagai juadah lain juga disajikan oleh Mak Long Bihun Sup. Bagi sesiapa yang selalu berkunjung ke utara Malaysia terutama di Kulim, Kedah, pasti anda akan tercari-cari laksa Kedah yang semestinya tiada tandingan, apatah lagi kalau disajikan oleh Mak Long Bihun Sup! Ada juga juadah lain, antara lainnya termasuklah:

Nasi Ayam Sedap di Kulim Kedah

Nasi Ayam Sedap di Kulim

Nasi Daging Sedap di Kulim Kedah

Nasi Daging Sedap di Kulim

Laksa Sedap di Kulim

laksa-kedah

  • Ayam Masak Rose
  • Kari Daging
  • Kari Ikan
  • Sayur Kacang Buncis
  • Ayaq Jagung Lemak Manis
  • Dan macam-macam lagi!

Selain dari itu juga, Mak Long Bihun Sup juga menjual antara lainnya, Serunding Bilis Meletops (sedapnya kalau dimakan bersama roti, ketupat, lemang… campur dengan nasi goreng pun sedap…), Nasi Arab Segera, Sambal Mabeles Mak Long Siti (tak terkata sedapnya… ahaha…)

sambal-mabeles

Testimoni Dari Pelanggan Mak Long Bihun Sup

Dah rasa lapar? Tak sabar nak mai datang ke restoran kami? Kata orang putih, “don’t take our word for it”, mari kita lihat apa komen-komen yang diterima oleh pelanggan-pelanggan Mak Long Bihun Sup…

testimoni-pelanggan-maklong-bihun-sup

“Terbaik… sedap… puas hati. Harap harap nanti ada cawangan di KL dan Pahang pulak.”

testimoni-pelanggan-maklong-bihun-sup

“Bihun Maklong memang menjadi pilihan tetap kalau kami ke Kulim. Sambalnya tiada tandingan.”

“Assalamu’alaikum. Saya doakan perniagaanya makin berkembang dan dimurahkan rezeki lg hendakNya. Sapa yang xmai cuba lagi Bihunsup ni, mai la! Resepi turun temurun ni. Memang terbaik!!!”.

testimoni-pelanggan-maklong-bihun-sup

“Bihun Mak Long memang terbaikla dan rasa kekal tradisinya… bahan cukup dan isi ayam banyak… bagi saya kalau nak best lagi tabur sikit kacang goreng yang telah dimesin halus… 4 star saya bagi…”

“Best place to eat. Nice place and food especially ‘gearbox soup’. You should try!”

“Sup best… tambah pula dengan kuah cabai dia… memang sedap…”

Sekali rasa, pasti terpikat hati. Next time datang lagi!Jom ramai-ramai ke Mak Long Bihun Sup!Thumbs up! Cuba jangan tak cuba!

Mak Long Bihun Sup Menyediakan Bihun Sup Special dan Sup Gearbox!

kadnama-maklong-bihun-sup

Tuan-tuan dan puan-puan yang sememangnya tidak sabar-sabar yang nak mencuba bihun sup utara special dari Mak Long Bihun Sup, segeralah ke Mini Stadium Keladi, Kampung Keladi, Kulim Kedah untuk menikmati bihun sup anda!!!

Semestinya tiada tandingan dan menjadi kegilaan dan kegemaran warga Kulim di Kedah. Mak Long Bihun Sup sedia untuk tempahan dan anda boleh menghubungi melalui:

 

Alamat :

Restoren Mak Lang Bihun Sup

Mini Stadium Keladi, Kulim, Kedah

Hari Operasi : Sabtu hingga Khamis (Jumaat cuti)

Waktu : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Alamat Taman Melawis:

Restoren Mak Lang Bihun Sup

No. 16 Jalan Melawis, Taman Melawis, 09000 Kulim, Kedah

Hari Operasi : Ahad hingga Jumaat (Sabtu cuti)

Waktu Operasi : 3.00 petang hingga 11.00 malam

lokasi-restoren-maklong-bihun-sup

Jom Dapatkan  Bihun Sup Special dan Sup Gearbox SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

21, 1, Jalan Melawis, Kampung Keladi, 09000 Kulim, Kedah

   
Jom Dapatkan  Bihun Sup Special dan Sup Gearbox SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan  Bihun Sup Special dan Sup Gearbox SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: