Sudah menjadi lumrah setiap insan untuk memastikan bahawa orang yang tersayang sentiasa selamat dan dilindungi. Sama seperti slogan penjenamaan Zurich, ‘Untuk Mereka Yang Benar-benar Prihatin’, Zurich menitikberatkan keperluan dan kepentingan masyarakat tempatan. Syarikat takaful dan insurans ini yakin dengan kekukuhan kewangan global serta pengetahuan dan kepakaran tempatan, Zurich adalah pilihan terbaik buat anda.
Dengan pemilikan sepenuhnya MAA Takaful Berhad, Zurich mempunyai kedudukan yang unik di Malaysia kerana mereka kini menawarkan rangkaian produk serta penyelesaian Insurans dan Takaful yang lengkap, di bawah satu jenama. Ya, mereka tidak akan berhenti mencuba memahami dan memberi sepenuh keprihatinan kepada anda. Begitu juga anda. Buktikan keprihatinan dan kasih sayang dengan melindungi mereka yang tersayang dengan Zurich.
“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”, itulah kata-kata bijak pandai oleh Eramus, ahli falsafah pada zaman Renaissance. Ianya begitu ideal tetapi apa yang berlaku sekiranya sakit meskipun pelbagai usaha yang dilakukan untuk kekal sihat, tetap datang? Lawatan ke hospital mungkin perlu dan bil-bil perubatan sama sekali tidak dapat dielakkan. Kos perubatan telah meningkat di seluruh dunia dan ini tidak banyak berbeza dengan keadaan di negara ini. Inflasi perubatan di Malaysia adalah sekitar purata 10% setiap tahun dan dijangka akan terus meningkat.
Sebagai contoh, pada tahun 2013, kos rawatan minimum untuk kegagalan buah pinggang adalah RM150,000 dan sekiranya kos tersebut meningkat berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang, rawatan yang sama akan mencecah setinggi RM225,000 dalam 5 tahun akan datang¹. Sebenarnya, inflasi perubatan adalah salah satu perkara yang amat dirisaukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia di mana, 64% daripada responden kaji selidik ‘The Future of Retirements’ menyatakan kebimbangan mereka ke atas simpanan yang tidak mencukupi untuk rawatan penjagaan kesihatan yang baik apabila mereka memasuki zaman persaraan.
Memiliki pelan perubatan yang komprehensif adalah pilihan yang praktikal kerana ia mungkin menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar bil – bil perubatan, apa – apa kecederaan atau jatuh sakit dan tanggungan perbelanjaan seperti bilik hospital dan caj, yuran pembedahan dan kos untuk bekalan dan perkhidmatan perubatan. Segala kos perubatan yang ditanggung sepenuhnya akan memberikan anda ketenangan fikiran untuk tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri. Di samping itu, ia boleh membantu melindungi kewangan keluarga anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.
Kos perubatan yang besar boleh membebankan anda dengan hutang atau secara drastik mengurangkan simpanan anda. Persaraan anda juga mungkin akan terjejas kerana anda terpaksa menggunakan dana persaraan anda untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Dengan pelan perubatan tanpa tunai, ia melindungi segala bil perubatan seperti yuran pembedahan, bilik hospital dan caj, dan yang pasti anda tidak perlu membayar untuk perbelanjaan perubatan anda dari poket anda sendiri.
Memperkenalkan MEDICA2015, pelan perubatan yang menawarkan faedah yang komprehensif. Ianya dimuatkan dengan ciri-ciri yang komprehensif dan terkini dan memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda apabila anda sakit. MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan daripada bayaran caruman tahunan untuk peserta yang kekal sihat.
Selain itu, anda tidak akan dibebani dengan bayaran ko-takaful1 sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia juga menyediakan anda dengan manfaat khairat kematian sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar sekiranya berlaku kematian atas semua sebab. Jangan bimbang! Zurich melindungi perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Selain itu, nikmatilah persaraan anda tanpa tekanan dengan perlindungan perubatan dan pembaharuan yang dijamin sehingga berumur 80 tahun.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah, di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan terlebih dahulu daripada caruman yang telah dibayar. Baki caruman akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) sebagai Tabarru’ (menderma), di mana ia akan digunakan untuk memberi bantuan bagi kegunaan bersama antara peserta berdasarkan konsep Takaful.
Manfaat hanya akan dibayar dari APRP bagi kerugian yang dilindungi dan bukan semasa sijil matang atau sijil telah tamat. Lebihan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan akan dikongsi antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50 berdasarkan kontrak Hibah setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah. Jika baki di dalam APRP tidak mencukupi untuk membayar manfaat Takaful kepada Peserta, kami akan menampung kekurangan di dalam APRP di bawah prinsip Qardh (pinjaman kebajikan). Sekiranya terdapat lebihan daripada APRP pada akhir tahun kewangan akan datang, pembayaran balik pinjaman akan diutamakan terlebih dahulu sebelum pengagihan lebihan dibuat.
Memang tidak dinafikan bahawa Zurich adalah semua syarikat takaful dan insurans yang mempunyai pelbagai kelebihan. Antara kelebihan yang di tekankan oleh pihak Zurich adalah;
dengan MEDICA2015 anda tidak perlu bimbang mengenai had seumur hidup. Zurich menawarkan manfaat seumur hidup tanpa had yang mana ianya membolehkan anda menikmati rawatan perubatan dan perkhidmatan yang berkualiti sepanjang hayat.
sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, MEDICA2015 memberi ganjaran sebanyak 20% diskaun tanpa tuntutan daripada caruman tahunan anda yang seterusnya.
MEDICA2015 bukan hanya menjaga segala keperluan perubatan, malahan ianya juga menawarkan jaminan kewangan. Dengan kemudahan tanpa ko-takaful bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital, anda yakin dan fokus untuk memastikan anda lebih sihat dan zurich akan menjaga yang selebihnya.
Anda berhak untuk mengetahui yang anda perlu mendapatkan rawatan yang terbaik untuk penyakit anda. Sebab itulah pihak Zurich menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan nasihat perubatan kedua di atas penyakit yang anda hadapi, mana-mana 36 penyakit kritikal.
dengan MEDICA2015, anda diberi 6 pilihan pelan yang komprehensif dan berpatutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda, dan mereka akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.
bebaskan diri anda daripada bebanan proses pengurusan hospital. MEDICA2015 memastikan anda dimasukkan ke dalam mana-mana hospital panel pilihan dan mereka akan menjaga segala keperluan perubatan anda selepas itu.
MEDICA2015 menyediakan kos rawatan untuk kedua-dua kanser dan dialisis buah pinggang seperti yang dicaj bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.
Melanconglah ke seluruh dunia dengan penuh keyakinan. Sama ada anda mempunyai urusan perniagaan atau bercuti, MEDICA2015 memberikan anda bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja anda berada di seluruh dunia. Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan fikiran, mengetahui bahawa anda akan dilindungi dengan manfaat-manfaat seperti berikut:
Pembaharuan bagi pelan MEDICA2015 ini adalah dijamin sehingga umur 80 tahun. Ini akan memberi keselesaan kepada anda dan keluarga anda selagi caruman dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Zurich menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.
Soalan yang sering ditanya oleh semua orang, bilakah pembayaran MEDICA2015 akan berakhir. Sijil MEDICA2015 akan tamat jika Caruman tidak dibayar dalam tempoh ihsan 31 hari dan Orang Yang Dilindungi Telah Mencapai Umur 80 Tahun serta Setelah Kematian Orang Yang Dilindungi.
Sebarang kecederaan atau kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut adalah tidak dilindungi:
Apa tunggu lagi, jom dapatkan segera insurans dan takaful untuk pelindungan diri anda dan keluarga anda. Sebarang info, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah;
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang