Islam
Jun 5, 2012, 12:08pm

Berpoligami : Cinta Atau Sex


  •  
  •  
  •  
  •  

ENTRI INI DITERBITKAN PADA 30 NOVEMBER 2010 dan DIEDIT SEMULA UNTUK PERBINCANGAN LEBIH LANJUT.

Banyak entri tentang poligami yang saya baca di Blog Kak Siti. Antara entri terbarunya ramalan ku benar belaka. Suka saya katakan saya tidak bersetuju jika Lelaki pada zaman sekarang berpoligami dan Lelaki berpoligami selalunya adalah untuk sex semata-mata bukan atas dasar mahupun membela wanita.

Poligami? Bila disebut berpoligami pasti kaum adam suka.. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju. Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan “Poligami ikut sunnah“. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa masih wujud Berpoligami ? Cinta Atau Sex Abang ?

PoligamiSumber Gambar : Ghazyan.wordpress.com/

Poligami mengikut sunnah ? Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang, Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?

Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:

” Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

  • Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
  • Adil di antara para isteri.
  • Adil memberikan nafkah.
  • Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
  • Adil dalam giliran.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

  • Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  • Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
  • Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  • Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Masih adakah lelaki yang berlaku adil dalam marcaparda ini? Secara mutlaknya.. Saya tidak bersetuju Lelaki yang berpoligami.. Diri sendiri terumbang ambing masih mahu nak bernikah lebih dari satu.. Perkejaan entah kemana.. Lagi satu.. Kepada si kaum hawa.. Sudah tahu yang si suami itu sudah berkahwin masih mahu kahwin? Adakah kerana cinta atau sex? Marilah, Kaum Hawa.. Jangan makan janji manis Sang lelaki yang bertopengkan syaitan.. Mereka berpoligami atas cinta? Wujudkah cinta bila anak sudah 2 3? Apakah berpoligami pada zaman sekarang atas dasar cinta atau sex?

ProfHariz : Berpoligami? Takpe dah jodoh nak buat macam mana? Come on la beb! Jodoh? Jodoh kerana nafsu ke?