Islam
Jun 13, 2010, 10:59pm

Berpesan-pesan Sesama Kita


 

 
Wahai orang-orang yang beriman.. Janganlah sesekali kamu dilalaikan oleh anak2 kamu.. Harta-benda kamu dari mengingati allah (agama) kerana akhir nanti (alam barzakh) kita akan menerima kesusahan yang sangat hebat.. Manusia akan merayu2 kepada allah untuk balik ke dunia semula untuk melakukan segala amalan yang baik.. Untuk sedekah semua harta.. allahu rabbi . Semuanya sudah terlambat ..
Adab-adab bagi perempuan yang beriman ialah tidak memakai pakaian yang cantik apabila keluar dari rumah .. Kerana ia mampu untuk menarik perhatian lelaki .. Allah sangat menjaga kehidupan seorang wanita sehingga perhiasan yang ada pada seorang wanita hanyalah untuk orang-2 tertentu sahaja .. Berapa ramai umat akhir zaman yang memandang remeh perkara sebegini .. Lebih malang lagi ada yang merendah-rendahkan hukum agama dengan pelbagai alasan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh orang yang beriman..
Allah s.w.t memberi nikmat kepada semua makhluknya.. Tidak kira samada derhaka atau taat..bahkan allah lebih murah kepada golongan yang ingkar perintahnya .. Sebagai “istidhraj”..iaitu satu lorong yang melalaikan mereka ini dari mencari perkara agama .. akhirnya mereka ini akan dilalaikan dengan kemewahan dunia..na’uzubillah.
Islam tidak melarang umatnya berhibur..tetapi jangan sampai melampau batas.. sehingga melakukan perkara2 yang haram. disamping kita mendekatkan diri dengan agama..kita dibenarkan berhibur sedikit..supaya tidak jemu..kerana perkara agama kurang mendapat tempat dikalangan kita..
negeri dunia ialah tempat yang hina..kotor..umpama anjing yang diibaratkan oleh ulama’ apabila kita mencari dunia sehingga kita lalai untuk mencari ilmu agama / akhirat ..ramai antara kita yang sanggup mencari dunia walaupun sanggup bersusah payah..tetapi tidak ramai yang sanggup mencari agama walau dalam waktu yang singkat .. nak cari dunia,cari lah..tetapi jangan sampai lalai pada perkara agama ..
golongan yang dilaknat oleh allah s.w.t ialah mereka yang mencari dunia hingga lupa untuk mencari perkara agama..mereka ini walaupun diberi kemudahan dunia yang sangat banyak..tetapi mereka lupa apa yang sepatutnya mereka cari di dunia…. na’uzubillah…
setiap amalan ibadah yang kita lakukan..allah balas dengan pahala..tetapi adakala pahala yang kita perolehi itu akan terhapus sekiranya perbuatan ibadah itu.. ditunjukkan kepada manusia .. syaitan sentiasa berusaha untuk menghasut anak adam supaya amalan ibadah menjadi sia2 … berhati2 lah dengan bisikan syaitan ini…
sesungguhnya sifat dengki itu memakan amalan kebajikan / ibadah yang telah kita lakukan seperti api memakan kayu yang kering .. pahala yang kita perolehi dengan amalan akan diberikan kepada orang yang kita dengki itu…na’uzubillah..
Selamat Menyambut bulan Rejab..
Sabda Nabi s.a.w.:

 

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan

bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan
LAILATUL-QADARnya.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: