Umum
Oct 7, 2010, 10:05pm

Berkahwin Usia Muda


Perkahwinan merupakan impian setiap manusia normal di muka bumi ini. Ibubapa selalu memperlekehkan hasrat murni dua pasangan bercinta yang berlanjutan ke jinjang pelamin… “Bolehkah ampa bertahan? Kerja pun tak menentu. Kais pagi makan pagi, kais petang kadang-kadang tak makan“. Peluh di ketiak pun tak sempat kering. Dah gatai nak menikah. Baru kaple 2 minggu dah nak ajak kawin. Macam manalah kami tak dak penyakit kencing manis darah tinggi? Budak-budak muda susahkah nak faham kami?

Laki/Bini masih berhingus bolehkah pikul tanggungjawab?. Inilah persoalan yang selalu dibahaskan oleh orang-orang lama kita. Tidak pernahkah mereka terfikir? Andai dibiarkan kaple sana kaple sini mulalah ulat naik daun. Bila dah membuncit mulalah nak menunding jari sana-sini. Bila anak muda minta nak kawin tak kasi. Bila dah jadi macam tuh mulalah pecah kepala.. Orang-Orang tua.. Susahkah nak faham jiwa anak muda ini?

Agak-agak korang apakah langkah yang patut diambil bagi menangani masalah orang macam kita ni nak kahwin di usia muda. Sejauh manakah perkahwinan di usia muda ini bertahan. Berikan pendapat anda..

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: