Review
Mar 23, 2017, 4:09pm

Bercuti Santai di Ipoh Hotels


Tak tahu nak bercuti ke mana? Apa pilihan tempat penginapan yang sesuai? Apa saja tempat menarik yang ada di Ipoh? Nak tahu jawapannya? Teruskan membaca apa yang saya nak share. Kalau korang nak tahu, sebenarnya dulu bandar Ipoh ni dipandang sepi saja oleh kebanyakan orang. Kata orang, ia bukanlah bandar pelancongan seperti Georgetown dan Melaka. Maklumlah, kedua-duanya Tapak Warisan Dunia kan? Tapi tu dulu. Haaa, dulu lain, sekarang lain. Jika sebut tentang Ipoh apa yang bermain di fikiran anda?

Ipoh Hotels

Ipoh Antara 10 Bandar Yang Perlu Dilawati di Asia

Sekarang ni, Ipoh dah tersenarai antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut penerbit buku panduan pelancongan, Lonely Planet tau. Lebih membanggakan, ia berada di kedudukan keenam dalam senarai sepuluh bandar perlu dilawati di Asia pada tahun 2016. Wow, hebat!

Ipoh Hotels

Sebelum korang datang bercuti ke sini, pastikan korang buat sedikit research tempat-tempat yang korang nak kunjungi. Mungkin ia akan lebih memudahkan perjalanan percutian korang di sana nanti dan perkara paling utama jangan lupa untuk buat pilihan penginapan yang selesa untuk bermalam, okay. Well, book hotels in Ipoh on Traveloka is the easy way bagi saya. Korang pun patut cuba tau sebab selain dapat tawaran harga yang sangat istimewa, ia juga memudahkan pencarian korang.

Bercuti Santai di Ipoh Hotel Regalodge yang terletak di Jalan Raja Ekram, Kinta

Ipoh Hotels

Setelah puas survey akhirnya, saya buat keputusan untuk stay dekat Hotel Regalodge yang terletak di Jalan Raja Ekram, Kinta. Terdapat beberapa jenis bilik yang boleh dipilih iaitu superior, premium superior dan regal suite. Ruangan biliknya sangat selesa bagi saya dan design biliknya juga ber style, saya suka!

Regalorge Ipoh Hotels

Selain tu, kemudahan yang disediakan dalam bilik juga sangat berpuas hati. Apa yang buat saya  impress, bila dekat rak TV siap ada list channel yang kita boleh tonton lagi. Haaa, barulah ada idea siaran apa nak tengok. Memang kreatif betullah cara mereka menarik hati pengunjung. Permandangan dari luar tingkap pun cantik, sejuk saja mata memandang. Selain kemudahan Wi-Fi secara percuma, tersedia juga meja dan kerusi, peti ais, minibar, welcome drink dan lain-lain lagi.

spa Ipoh Hotels

Dari segi kemudahan lain, dekat sini standart lah juga macam hotel yang lain ada Spa, Reflexology, Dobi dan Restoran. Hmmm, memang sedap dan selesa sangat wei bila dapat buat reflexology. Ringan je badan ni sampai nak tertidur saya mereka urut selama sejam. Memang puas.

Ipoh Heritage Ipoh Hotels

Bila dah ada tempat penginapan, kini masa untuk menjelajah tempat menarik di sekitar bandar kawasan ni. So, kemanakah kita? Disebabkan kini Ipoh sudah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bandar-bandar besar lain di Asia seperti Hokkaido, Shanghai dan Hong Kong, jadi memang banyaklah tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Antaranya ialah Seni Mural yang terletak tidak jauh saja dari tempat penginapan saya.  

Seni mural di sini kelihatan agak menyerlah dan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia menonjol berlatarbelakangkan bangunan-bangunan zaman kolonial. Kalau bercuti ke sini, memang tidak sahlah jika kita tidak mengambil peluang untuk melakukan “Heritage tour”. Jika korang kaki selfie ataupun pencinta seni fotografi, jangan lupa untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri 8 karya Ernest Zacharevic sambil merakam detik terindah untuk dijadikan kenangan.

Ipoh World di Han Chin Pet So Ipoh Hotels

Seterusnya, Ipoh World di Han Chin Pet So juga adalah salah satu tempat yang menarik dan ia juga terletak berdekatan dengan tempat saya stay. Dahulunya rumah agam ni kalau korang nak tahu, ia merupakan tempat eksklusif untuk pelombong berbangsa Hakka. Sekarang ianya dijadikan sebuah muzium yang memaparkan informasi dan bahan abstrak khususnya sejarah tentang kehidupan para pelombong bijih besi. Sangat sesuai untuk lawatan sambil belajar mengenai sejarah bandar ini dari dulu hinggalah sekarang.

Kek Long Tong Cave Temple Ipoh Hotels

Kemudian korang juga boleh singgah ke Kek Long Tong Cave Temple dan Zen Garden di mana ia merupakan satu tarikan alam semulajadi yang sangat popular di sini kerana terdapat sebuah tokong di dalam gua. Pemandangan struktur stalagmit di dalam gua ni memang sangat mengagumkan dan di luarnya pula terdapat Taman Zen yang sangat menenangkan jiwa raga.

makanan Ipoh Hotels

Dari segi makanan pula, masyarakat berbilang kaum yang hidup secara aman dan harmoni di sini berkongsi pelbagai makanan yang menyelerakan. Maka, tidak hairanlah jika semua kaum berkumpul di sesebuah warung untuk menikmati juadah yang disediakan bersama-sama seperti nasi ganja, mi kicap, kuey teow kari dan sebagainya. Ingat tau, kalau ke sini jangan lupa untuk try makan nasi ganja ek. Sekali makan pasti terus ‘ketagih’ dan teringat-ingat akannya.

Cuti-Cuti Malaysia Ipoh Hotels

Yelah, mana korang nak cari nasi ‘ganja’ Yong Suan di tempat lain? Korang memang tidak akan jumpa kecuali di Ipoh. Jadi, korang dah tahu kan apa yang menarik? Hmm, jangan lupa pula untuk book hotels in Ipoh on Traveloka bagi memudahkan pencarian korang. So have fun ya!

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: