Diet Plan
May 2, 2014, 10:47am

Berapa Banyak Perlu Minum Air Untuk Sihat ?


  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai yang keliru dan tertanya-tanya berapa banyak perlu minum air untuk sihat? Ada yang kata 25kg = 1 liter. Ada yang kata Minum sekurang-kurangnya lapan 8-auns gelas air (2 liter) setiap hari. Oleh itu, berapa jumlah air yang diperlukan untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda perlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. – Sumber Kevin Zahri

Ingat ! Jika badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Makin lama, ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya end up dengan sakit buah pinggang. Apa-apa pun bersederhana dalam kehidupan minumlah air di antara 2-4liter sehari bagi pendiet atkins.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!