Review
Mar 2, 2018, 11:44am

Beli Wiper Kereta Murah dan Berkualiti di Mersing, Kluang dan Rompin


Anda pernah ternampak orang menjual wiper kereta atau gadget – gadget terkini di tepi jalan tak? Sekarang semakin ramai yang menjadikan gaya ini sebagai satu ‘trend’ . Satu gaya di mana mereka meletakkan kereta mereka di tepi jalan raya utama , membuka gerai sementara , menggantungkan banner perniagaan mereka dan segalanya sedia untuk mereka menjalankan perniagaan pada hari itu . Tiada cukai perniagaan , tiada sewa kedai , modal sedikit tetapi untung banyak , malahan kalau ternampak pihak berkuasa , mereka hanya perlu menutup gerai mereka dan bergerak pergi dari situ . Keesokan harinya , mereka masih boleh kembali ke situ untuk meneruskan perniagaan mereka seperti biasa.

perniagaan wiper tanpa lesen

Aktiviti sebegini sebenarnya tidak sihat dan boleh menjejaskan ekonomi setempat sekiranya semakin ramai yang cuba menceburi kegiatan sebegini di masa akan datang. Walaupun saya harus akui bahawa cara perniagaan sebegini sangat menguntungkan dalam masa terdekat , mereka perlu berdepan dengan pelbagai risiko dari pihak berkuasa yang semakin aktif untuk mengenakan saman kepada para peniaga jalanan secara haram. Manakala bagi pengguna pula , anda berisiko kepada beberapa perkara seperti

  • Barang yang dibeli adalah barang tiruan dari negara luar
  • Kualiti barang yang dibeli sangat teruk
  • Anda tidak akan dapat menerima ganti rugi kerana peniaga seperti ini kerap berpindah tempat .

tiada waranty belian di tepi jalan

Tetapi, bukan semua yang menjual barangan mereka seperti ini mempunyai reputasi yang tidak elok, bahkan majoriti masyarakat menerima bahawa taraf kualiti yang dijual oleh mereka mempunyai kualiti yang sama sahaja dengan kedai-kedai besar jika tidak lebih dari itu. Saya sendiri pernah membeli barang dari seorang peniaga jalanan dan barang yang saya beli masih elok dan berfungsi dengan baik walaupun sudah lebih setahun saya menggunakannya.

kedai wiper kereta murah dan berkualiti di mersing, kluang dan rompin

Penduduk Mersing , Kluang Dan Rompin Sangat Bertuah !!

Kenapa saya kata begini? ini kerana terdapat seorang peniaga yang sangat mementingkan kualiti barangan beliau berniaga secara rawak di sekitar kawasan Mersing , Kluang dan Rompin . Bertuah bukan anda yang berada di sekitar kawasan ini . Semakin ramai yang menunggu kedatangan beliau di kawasan mereka saban hari dek kerana kualiti barangan yang dijual beliau tidak pernah mengecewakan . Jika perlu , tidak kurang juga dengan mereka yang pergi sendiri ke kawasan beliau berniaga pada hari tersebut.

pelangggan yang beli wiper kereta murah dan berkualiti di mersing, kluang dan rompin

Para pelanggan sangat mempercayai beliau kerana tiada yang pernah mengadu bahawa mereka tidak puas hati dengan barang yang dijual beliau dan komen yang diberi pelanggan kepada perniagaan beliau sentiasa positif dan membina .

Wiper Kereta Murah Dan Berkualiti Di Mersing, Kluang dan Rompin

Walaupun beliau mempunyai beberapa jenis barangan yang lain , barangan utama beliau yang sentiasa laris di pasaran adalah wiper kereta yang sememangnya murah dan berkualiti . Anda pernah beli wiper kereta yang kononnya sangat elok dan tahan lama? saya pernah. Setelah seminggu saya beli wiper kereta di satu kedai yang baru dibuka , getah wiper tersebur tertanggal dan mencalarkan cermin kereta saya. Wiper itu turut tidak berfungsi dengan elok sejak dari awal lagi. Sejak dari itu , saya susah nak percaya kedai yang tiada reputasi mereka sendiri. Tetapi segalanya berubah setelah saya bertemu dengan peniaga yang saya sebutkan sebentar tadi.

gerai wiper kereta murah dan berkualiti di mersing, kluang dan rompin

Produk beliau bukan sahaja tahan lama malah berkualiti tinggi. Kini saya percaya bahawa masih ada peniaga yang benar-benar mementingkan reputasi dan kualiti mereka dan bukan hanya mementingkan keuntungan semata – mata.

Peniaga jalanan yang saya sebutkan sebentar tadi menjual beberapa jenis wiper yang benar-benar elok dan berkualiti dan hanya yang mereka betul-betul yakin dengan produk tersebut sahaja akan dijual kepada pelanggan . Antara jenis wiper yang ada adalah :

  • HKS Kansai Super Silicone

Wiper ini diimport dari luar negara dan memang jenama yang dipercayai ramai . Silikon wiper tersebut menggantikan getah tradisional yang mudah mereput apabila dibiarkan berhujan dan berpanas terlalu lama . Silikon ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang semakin canggih . Silikon dipilih kerana tahan lasak dan tidak mudah tertanggal .Bahan yang dihasilkan daripada silikon juga tidak merosakkan cermin kereta anda.

wiper HKS Kansai

  • HKS Kansai Super

Seperti yang saya katakan , jenama HKS Kansai ini memang terkenal dengan kualiti mereka , jadi ramai yang percaya dengan jenama ini . Walaupun ramai yang sudah beralih ke silikon daripada getah , masih ada yang masih setia dengan wiper getah . Jadi , HKS Kansai masih mengeluarkan wiper ini. Walaupun ia getah , jangan pandang rendah kepadanya kerana produk dari HKS Kansai tidak pernah tidak elok. Getah yang digunakan sudah diimprovasi oleh syarikat mereka menggunakan teknologi terkini supaya lebih tahan lama dan bermutu.

wiper hks kansai super silikon murah

Kesimpulannya , bukan semua kedai menjual barang yang berkualiti dan bukan semua kedai di tepi jalan itu tidak elok dan mempunyai taraf yang rendah. Semuanya bergantung kepada peniaga itu sendiri.

Produk Lain ?

Pasti bosan jika anda masuk ke dalam kedai yang hanya menjual satu barang sahaja bukan. Jadi , peniaga jalanan yang terkenal ini turut menjual beberapa barangan lain. Barangan yang dijual di situ boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :

Produk Penjagaan Kereta

produk pengilat kereta dan wiper kereta murah dan berkualiti

Kepada yang  baru memiliki kereta , anda perlu tahu bahawa kereta anda perlu dijaga dengan baik walaupun baru dibeli . Jika anda menunggu sehingga setahun baru nak menjaga , segalanya agak terlambat kerana masalah mungkin sudah mula timbul . Antara produk penjagaan kereta yang dijual di sini adalah:

  • Sabun basuh kereta
  • Pencuci berbuih untuk kereta
  • Pengilat kereta
  • A-94 Super Booster ( meningkat taraf enjin )
  • Magic Sponge ( pengelap dalam kereta )

Peralatan Perkhemahan

peralatan perkhemahan dan wiper kereta terbaik

Secara kebetulan , peniaga jalanan ini juga turut menyediakan beberapa barang perkemahan yang kecil sebagai produk sampingan di gerai beliau . Sudah semestinya  , produk tersebut pastilah bagus dan berkualiti.

  • Pisau lipat
  • Pisau hutan
  • Kompas
  • Beg poket
  • Lampu suluh ( boleh dicaj dengan 2 bateri )
  • Pemetik api ( pelbagai jenis )

Aksesori Kereta

aksesori kereta dan wiper kereta murah dan terbaik

Sedikit tambahan di gerai tersebut adalah aksesori kereta. Aksesori yang anda boleh lihat di sini adalah seperti :

  • Stiker
  • Lapik Dashboard

Jam Tangan dan Topi

jam tangan berkualiti dan murah

Jam tangan yang dijual sesuai dipakai di mana sahaja seperti ketika berkhemah dan berjalan-jalan. Jika anda lebih suka dengan jam tangan kasual , mereka juga turut menyediakannya. Bagi topi pula , hanya beberapa topi yang terhad sahaja ada di situ. Siapa cepat dia dapat.

Sila Hubungi Untuk Maklumat Lanjut

Tiada apa lagi yang boleh saya katakan di sini. Sekiranya anda berminat , anda boleh menghubungi sendiri pemilik perniagaan tersebut untuk maklumat lanjut dan pertanyaan yang lebih jelas. Seperti saya katakan , jangan pandang rendah hanya kerana perniagaan ini ada gerai kecil sahaja kerana semua barang yang dijual adalah sangat berkualiti tinggi dan terbaik di pasaran. 

beli wiper kereta murah dan berkualiti di mersing, kluang dan rompin

Jom Beli Wiper Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Beli Wiper Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Beli Wiper Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: