Review
Aug 30, 2017, 10:32am

Beli Telekung Sulam Eksklusif Berpoket


Orang perempuan dengan beg tak pernah berenggang. Biasa lihat wanita membawa beg telekung untuk menyimpan pelbagai barangan berharga. Itu baru satu beg, kadang-kadang  juga akan melihat ada wanita membawa dua beg, satu untuk telekung dan satu lagi  handbag untuk barangan penting. Yang paling sempoi pun ada semua sekali barangan peribadi dan telekung diletakkan di dalam handbag. Besar gedabak jadinya bila semua telekung, telefon, dompet dan pelbagai barangan peribadi dibawa sekali di dalam beg kerana risau sekiranya ditinggalkan di dalam kereta.

Beli Telekung Sulam Exclusive Murah

Mudah untuk membawa beg di dalam surau dan masjid tapi sukar sebenarnya untuk menjaga beg terutamanya apabila solat secara sendirian. Ada kalanya yang menggunakan surau atau masjid pun ramai dan sikap penggunanya pun pelbagai jadi perlu difikir dahulu di mana tempat yang paling selamat untuk beg tangan diletakkan. Takkan solat sambil tengok beg kan? Hilang rasa khusyuk dan rasa selamat. Ada kalanya juga  tanpa disedari sebenarnya ada mata-mata yang memerhati di mana beg diletakkan dan mencari peluang untuk mengambil beg.

Biasanya Para Ibu Akan Pakai Telekung Dari Rumah

Bila dekatnya surau atau masjid dengan rumah pun mula jadi masalah. Biasanya kita akan pakai telekung dari rumah. Memudahkan, tak perlu lagi terkial-kial nak sarung telekung bila di masjid atau surau, tapi bila di fikirkan mana pula nak diletakkan kunci rumah dan telefon. Mula nak capai beg yang perlu dijaga setiap masa. Bukan ke mudah sekiranya di telekung ada semua.

Itu belum lagi kisah pergi umrah dan haji. Bersusah payah  Membawa beg kecil yang di sembunyikan hanya untuk menyimpan barang berharga. Jika tiada rezeki hilang pula dicuri. Kasihan ibu yang bawa anak kecil dan ibu yang lanjut usia. Mana nak tumpukan pada ibadah dan nak jaga barang berharga. Belas bagi yang melihatnya. Usahakan untuk dapatkan yang terbaik untuk ibu-ibu yang berjasa.

Penyelesaian Tiada Lagi 2 Beg Ke Masjid Untuk Para Ibu

Andai diberi pilihan, alangkah seronoknya hati dan tenangnya fikiran apabila tidak perlu lagi memikirkan keselamatan barang-barang penting serta berharga. apabila semua barang tersebut ada pada badan semasa solat di surau, mengerjakan umrah dan mengerjakan haji. Tidak perlu lagi memikirkan di mana beg perlu diletakkan, dicuri atau tercicir. Jangan risau memang ada penyelesaiannya.

Beli Telekung Sulam Exclusive

Memperkenalkan Telekung Durrotul Nailah Telekung Sulam Eksklusif Berpoket

Alhamdulillah, Telekung Durrotul Nailah adalah jawapannya. Telekung sulam eksklusif berpoket dari cotton milllenium silk yang memang diperlukan oleh semua wanita. Rasanya sangat lembut ditangan dan tidak panas. Orang kata “alah membeli menang memakai”. Sangat puas hati jika digunakan. Bercirikan 2 zip pada telekung memang memberi kelainan daripada telekung-telekung yang sedia ada di pasaran. Satu di bahagian dada telekung dan satu lagi di tepi kain memudahkan untuk menyimpan barang-barang penting. Memang memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diperlukan selama ini. Rasa mudah, selamat dan selesa untuk beribadah.

Telekung Sulam Exclusive

Biasa wanita melawa dan rela berhabis duit untuk pakaian dan solekan untuk berjalan. Apa kata kali ini tukar sikit. Mengadap Pencipta dengan menggunakan Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Durrotul Nailah yang terbaik di pasaran. Memberikan yang terbaik untuk yang Maha Penyayang sepertimana Dia memberikan yang terbaik pada hambanya.

Beli Telekung Sulam Exclusive Cantik

Tiada orang nak berikan hadiah? Jangan sedih, berilah hadiah telekung pada diri sendiri untuk kegunaan sendiri. Hargai diri anda dengan menggunakan Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Durrotul Nailah. Terbaik dipasaran, terbaik untuk anda. Merasai sendiri keselesaan dan tidak panas membolehkan anda mengerjakan solat dengan lebih selesa walaupun untuk masa yang lama. Tidak perlu lagi menyimpan peluh yang tersembunyi di dalam telekung. Kepuasannya dirasai sendiri.

Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Yang Didambakan

Perjalanan mengerjakan umrah dan haji merupakan impian setiap umat islam. Sekiranya dapat digayakan dengan menggunakan Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Durrotul Nailah merupakan satu kelebihan yang didambakan. InsyaAllah memberi kemudahan kepada tetamu-tetamu Allah. Sedangkan orang muda boleh tercicir barang semasa di tanah suci Mekah dan Madinah apa lagi ibu yang berusia.

Beli Telekung Sulam Exclusive Berpoket

Menggunakan Telekung Durrotul Nailah membolehkan jemaah umrah dan haji meletakkan barang-barang penting di dalam poket yang telah disediakan di dalam telekung sahaja. Lebih mudah untuk bergerak dan dapat mengelakkan daripada barang tercicir dan hilang. Alhamdulillah bukan sahaja memudahkan orang muda tapi menselesakan ibu yang berusia untuk beribadah. Pasti mereka gembira.

Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Boleh Dijadikan Sebagai Hadiah Eksklusif

Telekung Durrotul Nailah juga boleh dijadikan sebagai hadiah eksklusif kepada sahabat dan sanak saudara. Pastinya sahabat anda akan berasa gembira untuk menggunakannya. Dibawa solat, umrah dan haji pasti akan mengingatkan kepada si pemurah hati pemberi hadiah. Moga menjadi sebahagian dari doa sahabat-sahabat anda.

Telekung Sulam Exclusive Hadiah

Amat sesuai sekiranya anda inginkan Telekung Durrrotul Nailah sebagai hadiah korporat syarikat. Telekung yang mempunyai sulaman yang Eksklusif akan menampakkan prestij syarikat anda. Semestinya penerima berasa berbunga hati kerana mendapat hadiah yang cantik, eksklusif dan cukup menarik hati.

Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Sebagai Hantaran Perkahwinan

Selain itu Telekung Durrotul Nailah juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan. Tambahkan sedikit hiasan pada gubahan akan menaikkan lagi seri sulaman eksklusif yang telah sedia ada pada telekung. Simbolik membina keluarga berasaskan agama. Isteri pasti gembira kerana hadiah perkahwinan merupakan hadiah yang tidak akan dilupa. Memakai telekung hantaran di saat solat akan membuahkan perasaan yang tak terkata. Bersyukur di atas perkahwinan yang dibina. Pasti gembira siapa yang mendapat telekung Durrotul Nailah sebagai hantaran. Pasti puas hati.

Kenapa Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Dari Durrotul Nailah Menjadi Pilihan?

  1. Mempunyai poket berzip. Zip tersebut diletakkan di Telekung dan Kain Telekung yg mana ianya memberi kemudahan kepada anda untuk simpan barang berharga seperti wang, kunci kereta dan telefon bimbit  ketika solat di masjid dan tempat awam. Tak perlu lagi membawa handbag. Selamat dan tiada lagi kecurian. Boleh solat dengan tenang.
  2. Rasa sangat selesa kerana telekung diperbuat daripada material yang sangat berkualiti iaitu cotton millenium silk. Cotton millenium silk merupakan kain yang tak panas dan memeri. Jahitan kekemasan yang diberikan dibahagian muka dan dagu memberi keselesaan kepada pelbagai saiz muka. Rambut juga sukar untuk mencelah keluar dari ruang muka. Solat lebih lama boleh dilakukan dengan cukup selesa.
  3. Eksklusif dengan hiasan renda sulaman bermutu tinggi pada hujung telekung dan kain. Dijahit dengan begitu kemas dan sangat teliti mengikut bentuk renda dan ianya bukanlah sulam tampalan.
  4. Mempunyai lapisan lining dalam sehingga paras bawah dada supaya memudahkan anda solat tanpa perlu memakai anak telekung kerana mereka menitik beratkan patuh syariah. Telekung tidak lagi jarang sehingga menampakkan leher.
  5. Pinggang bergetah memberi keselesaan untuk si pemakai. Sarung sahaja pada pinggang. Bukan sahaja mudah tetapi juga kemas apabila mengerjakan solat. Tidak lagi berlaku kejadian terlondeh  kain apabila dalam solat. Tidak perlu nak ikat

2 Warna Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Durrotul Nailah

Telekung Durrotul Nailah mempunyai 2 warna telekung, sama ada hitam dan putih. Dijahit dengan begitu kemas dan setiap perincian sulam, muka, kain dan poketnya dibuat dengan begitu teliti untuk menjaga standard Telekung Durrotul Nailah.

Sekiranya warna putih jadi pilihan, terdapat enam corak warna sulaman yang eksklusif yang boleh di buat pilihan sama ada warna mint green, light yellow, plum purple, baby pink, grey dan light brown. Perincian sulaman sangat menarik dan warnanya memang memikat dan terpikat hati apabila melihatnya. Apatah lagi apabila menggunakannya.  Kemas, teliti dan berkualiti sehingga menerbitkan rasa yakin dan insyaAllah cukup selesa.

Sekiranya warna hitam jadi  pilihan, corak sulaman juga berwarna hitam. Corak sulaman yang sangat menarik dan menampakkan ciri mewah dan sangat eksklusif buatan dan jahitannya. Selain telekung, beg yang cantik untuk meletakkan telekung juga akan diberikan. Lengkap semuanya.

Saiz Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Durrotul Nailah

Telekung Durrotul Nailah sesuai di pakai oleh semua golongan wanita. Mempunyai saiz muka dari 28 cm hingga 30 cm dan bergetah. Memudahkan memakai telekung tanpa menggunakan anak telekung. Cukup untuk selesakan ruang muka beserta tali yang di jahit pada telekung untuk bagi kekemasan pada ruang wajah. Tiada lagi masalah telekung yang akan menutupi hadapan muka apabila mengerjakan solat atau lapik dagu keluar dari dagu.

Rambut dan anak rambut juga tidak akan terkeluar dari muka telekung. Telekung di bahagian muka akan kemas terletak apabila tali yang dijahit pada telekung diikat kemas mengelilingi kepala. Tidak lagi nak pin atau perlu di jahit tambah untuk mengetatkan muka telekung. Semudah dua langkah masukkan bahagian muka telekung di muka. Ambil tali dah ikat di belakang. Alhamdulillah semudah itu.

Panjang telekung dari dagu sehingga kebawah bersaiz 88 cm dan 115 cm dari kepala. Kainnya yang panjang insyaAllah akan menutup hujung jari. Menutup aurat sebaiknya. Kelebaran telekung memberi keselesaan kepada si pemakai apabila mengerjakan solat dan telekung tidak akan melayang-layan apabila di tiup angin kerana kain telekung tersebut lembut dan tidak jarang.

Untuk kain, mempunyai panjang sehingga 138 cm hingga 140 cm dikira dari pinggang kain. Cukup panjang untuk menutup kaki dari terkeluar dari kain telekung. Tutupan yang sempurna insyaAllah solat pun akan sempurna. Lebaran kain yang cukup besar 82 cm memberikan keselesaan apabila duduk sama ada duduk tahayat atau duduk bersimpuh. Bahagian pinggangnya juga diletakkan getah bersaiz 37 cm dan boleh ditarik sehingga 70 cm. Getahnya lembut dan kejap. Cukup mudah untuk dipakai. Tidak lagi perlu untuk diikat-ikat atau terlucut ikatannya apabila solat. Barulah boleh solat dengan yakin.

Wah! Menarikkan apa yang Telekung Durrotul Nailah boleh berikan. 100% keselamatan barangan peribadi dan keselesaan. Cepat! Jangan tunggu lagi. Jadikan Telekung Durrotul Nailah yang cantik, lembut dan selesa dari cotton millenium silk ini sebagai hak milik eksklusif anda. Jadikan telekung yang perlu anda ada dan yang perlu anda gunakan. Jadikan insan tersayang anda eksklusif juga dengan Telekung Durrotul Nailah sebagai hadiah. Pasti penerimanya senyum dan hati berbunga-bunga.

Anda Boleh Dapatkan Beli Telekung Sulam Eksklusif Berpoket Secara Online

 

Jom order Telekung Eksklusif Durroh SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom order Telekung Eksklusif Durroh SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom order Telekung Eksklusif Durroh SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: