Review
Oct 26, 2017, 1:13pm

Beli Telekung Online Sulaman Penuh, Elegan/Mewah Dari Ummu Dianah


Keselesaan dalam beribadah semestinya menjadi keutamaan semua individu muslim, dengan harapan ibadah kita diterima Allah seadanya. Untuk kaum hawa, jika kita mampu untuk berbelanja membeli make up, baju dan kasut yang berjenama, apa salahnya kita manfaatkan dan berbelanja seadanya untuk menjaga ibadah serta hubungan dan adab dengan Allah supaya Allah juga dapat menjaga hubunganNya dengan kita. Di pasaran kita boleh nampak pelbagai jenis telekung yang dijual contohnya telekung lycra, cotton dan macam-macam lagi dari warna putih hinggalah pelbagai pilihan warna yang ada. Tapi jika tanya saya mana nak beli telekung online sulaman penuh, elegan dan mewah? Sudah tentulah dari Ummu Dianah.

telekung-solat-wanita-masakini

Kebiasaannya kita akan meletakkan syarat dalam membeli telekung ini antaranya adalah kita biasanya akan mencari telekung yang selesa, berkualiti, tidak panas, tidak jarang, labuh dan mukanya tidak ketat. Yang penting ianya sedap dipakai kerana jika kita selesa mengenakannya, kita berharap kita dapat menjaga mata dan hati supaya khusyuk dalam solat. Kalau lihat di pasaran memang banyak pilihan telekung pelbagai corak dan rekaan, namun manakah yang menjadi dan menepati citarasa dan syarat yang saya sebutkan tadi. Ini bagi memastikan kita berpuas hati dengan kualiti produk untuk setiap ringgit yang kita belanjakan.

Hukum Memakai Telekung Warna Warni

azhar-idrus-hukum-telekung

Ramai kaum hawa diluar sana tertanya-tanya apakah hukum memakai telekung berwarna warni. Contohnya warna biru, pink, coklat, merah, hijau, turqoise dan sebagainya. Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya menyatakan bahawa memakai telekung putih adalah sunat dan sah memakai telekung berwarna warni. Hal ini kerana warna pakaian tidak termasuk dalam syarat sah solat. Syarat sah solat mestilah menutup aurat.

solat-sebagai-simbol-kehambaan-kepada-Ilahi
Sekiranya kaum hawa tidak memakai telekung tetapi memakai baju kurung juga sah di bawa solat asalkan baju yang dipakai menutup aurat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Namun yang demikian, pastikan telekung yang kita pakai adalah sederhana corak dan warnanya supaya mendatangkan khusyuk kepada semua jemaah dan tidak menimbulkan ujub kepada si pemakai. Itulah yang sebaik-baiknya.

Memperkenalkan Telekung Online Sulaman Penuh dari Ummu Dianah

koleksi-telekung-ummu-dianah

Ummu Dianah amat memahami kehendak wanita muslim di luar sana. Ini kerana setiap helai telekung yang dihasilkan dipastikan memenuhi piawaian dan kualiti yang telah mereka tetapkan. Setiap produk yang dihasilkan memenuhi permintaan wanita muslim yang inginkan telekung yang selesa, tidak panas, selesa di muka, berbaloi dengan harga dan tidak jarang bagi memenuhi tuntutan shariah dalam ibadah seharian.

9 Kelebihan Memilih Telekung dari Ummu Dianah

  1. Sulaman penuh di bahagian kepala menampilkan ciri mewah dan elegan
  2. Bahagian dahi dikemaskan dengan lapisan getah yang boleh memeri mengikut bentuk muka si pemakai
  3. Tali pengikat anti simpul dihiasi dengan renda sulam yang sedondon dihujungnya
  4. Penutup dagu diperbuat daripada fabrik lycra yang telah diubahsuai rekabentuknya agar dapat melekap dengan kemas dan meliputi dagu dengan lebih sempurna
  5. Telekung Ummu Dianah didatangkan dalam 7 pilihan warna menarik untuk disesuaikan dengan personaliti pemakai
  6. Fabrik putih bersih kekal berseri walaupun selepas dicuci beberapa kali
  7. Setiap telekung dijahit dengan penuh ketelitian. Ia diperbuat daripada kain kapas bermutu tinggi. Kainnya tidak mudah renyuk, tidak jarang dan amat selesa dipakai.
  8. Sulaman indah bersaiz lebar dihujung telekung dan kain sarung menambahkan ciri eksklusif.
  9. Patuh shariah. Sesuai digunakan untuk solat harian dan juga boleh digunakan sewaktu mengerjakan umrah dan haji.

kelebihan-telekung-ummu-dianah

Telekung Ummu Daniah amat memenuhi kehendak dan citarasa wanita muslim. Ini kerana 9 sebab di atas telah dipenuhi bagi memastikan keselesaan dalam menunaikan ibadah, sama ada solat, ibadah umrah mahupun ibadah haji. Apabila semua aspek ini terjaga, Insha Allah apa yang kita lakukan akan dipermudahkan dan diberkati. Antara rekaan atau design yang dihasilkan bagi memenuhi kriteria dia atas adalah telekung classic white, stylish dan eksklusif. Mari kita lihat keistimewaan setiap satu rekaan ini.

3 Design Pilihan Telekung Online Sulaman Penuh dari Ummu Dianah

1. Telekung Online Sulaman Penuh Yang Classic white

telekung-ummu-dianah-classic-white-2

Berwarna putih suci dengan sulaman lebar di bahagian kepala, hujung telekung dan hujung kain. Labuh dan selesa dengan menggunakan material kapas yang sejuk dan tidak luntur jika dibasuh berkali-kali.

2. Telekung Online Sulaman Penuh Yang Stylish

telekung-ummu-dianah-stylish

Didatangkan dengan warna gold, ungu dan biru. Sulaman lebar yang berwarna di bahagian kepala, hujung telekung dan hujung kain sangat stylish dan memberikan impak elegan dalam rekaannya. Sulaman yang berwarna memberikan impak timbul dan menyerlahkan si pemakainya. Warnanya tidak luntur jika dibasuh berkali dan menggunakan material sama dengan design classic white dan eksklusif.

3. Telekung Online Sulaman Penuh Yang Ekslusif

telekung-ummu-dianah-eksklusif

Rekaan ini sangat ekslusif dan elegan. Nampak mewah jika dipakai. Ianya di penuhi hiasan sulaman di kepala, hujung telekung dan hujung kain. Nampak anda sangat menyerlah dalam rekaan yang sememangnya ekslusif.

Kesemua 3 design di atas menggunakan material kain yang sama iaitu kain kapas bermutu tinggi yang sangat teliti dalam pembuatannya. Mereka amat mementingkan tahap kualiti yang mana memastikan setiap telekung dijahit dengan kemas dan teliti. Ianya tidak panas dan sesuai di pakai di negara yang beriklim bercuaca panas seperti di Malaysia.

Dan yang pasti ianya tidak mudah renyuk atau nampak berkedut selepas dibasuh. Dan yang pasti material ini sejuk dan selesa digunakan dalam beribadah. Untuk pengetahuan anda, bahagian dagu dijahit dengan fabrik cotton lycra yang melekap agar si pemakai merasa lebih selesa ketika melakukan ibadah solat. Barulah rambut tidak terjulur atau terkeluar, walaupun anda tidak memakai anak tudung di dalamnya.

saiz-ukuran-telekung-ummu-dianah

Semua telekung di Ummu Dianah adalah Free Size dan anda boleh rujuk gambar ukuran di atas. Yang mana di bahagian belakang, ukurannya adalah 128 cm dari atas kepala hingga ke hujung telekung manakala di bahagian hadapan pula berukuran 123 cm yang mana ianya labuh dan tidak singkat sehingga boleh menampakkan tangan si pemakai. Jangan khuatir kerana ianya cukup llabuh dan tidak akan tersingkap jika ditiup angin ketika anda sedang bersolat.

Lagi satu kainnya juga sangat labuh iaitu 135 cm dengan bukaan lebar 74 cm dan bahagian pinggang yang selesa memastikan ianya tidak terlondeh jika anda sedang bersolat. Kainnya yang labuh juga tidak menampakkan kaki jika anda tidak memakai stokin di dalamnya. Kainnya yang labuh sesuai untuk mereka yang tinggi lampai yang mana ia dapat menutupi bahagian kaki sebaiknya.

rekaan-eksklusif-pada-setiap-hujung

Kesemua design ini mempunyai sulaman pada bahagian kepala, hujung telekung dan hujung kain sarung menjadikan telekung ini kelihatan begitu elegan dan eksklusif. Dan yang paling jarang saya lihat ialah hujung tali ikatan juga dijahit sulam supaya tampak lebih kemas. Ini juga boleh menjadi trademark untuk jenama telekung Ummu Dianah.

Telekung Online Sulaman Penuh Untuk Hadiah/ Hantaran/ Wakaf

kotak-eksklusif-telekung-ummu-dianah

Umum tahu yang mana telekung amat sinonim untuk dijadikan sebagai hadiah mahupun hantaran pertunangan mahupun hantaran pernikahan. Dengan taburan sulaman yang ada di bahagian kepala, hujung telekung dan hujung kain, di tambah dengan material kain kapas yang nampak selesa dan elegen, ianya amat sesuai dijadikan sebagai buah tangan kepada orang tersayang. Ianya boleh dipakai untuk menjadi telekung persalinan di rumah atau jika travel ke mana-mana. Ianya tidak luntur jika kerap di basuh dan warnanya masih kekal cantik. Begitu juga jika anda mahu menjadikannya sebagai telekung wakaf yang mana boleh diletakkan di surau mahupun masjid sebagai pahala berpanjangan untuk kegunaan wanita muslim di luar sana. Wanita dan telekung memang akrab, dan tidak mustahil di setiap rumah mempunyai lebih dari sepasang telekung untuk kegunaan seharian mahupun jika sanak saudara bertandang ke rumah.

Testimoni Pengguna Beli Telekung Online Sulaman Penuh dari Ummu Dianah

Rata-rata pembeli yang telah menggunakan telekung Ummu Dianah amat berpuas hati dengan material dan rekaannya. Maklumbalas positif ini telah membuktikan yang mana produk ini sangat berkualiti dan memenuhi citarasa wanita muslim. Malah ada yang kata ianya setanding dengan jenama terkenal, wah memang tidak menyesal untuk anda memilikinya.

testimoni-pengguna-telekung-dianah-1

testimoni-pengguna-telekung-dianah-2

testimoni-pengguna-telekung-dianah-3

Berita baik untuk semua anda yang berminat untuk mendapatkan kesemua design telekung Ummu Dianah yang mana sekarang ini mereka sedang mengadakan promosi untuk semua design iaitu classic white, stylish dan exclusive. Potongan dan penjimatan sehingga 20% daripada harga asal. Nampaknya anda boleh menikmati harga istimewa bagi setiap pembelian yang anda lakukan.

Jom Beli Telekung Online Sulaman Penuh, Elegan/Mewah Dari Ummu Dianah SEKARANG !

promosi-telekung-eksklusif-ummu-dianah

Anda boleh mendapatkannya dengan melayari website, facebook dan instagram mereka seperti tertera di bawah. Atau untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh terus whatsapp mereka untuk mengetahui stok design yang ada. Juga jangan lupa follow mereka untuk mengetahui promosi terkini atau koleksi terbaru mereka bagi merealisasikan impian anda untuk memiliki sepasang telekung yang elegan dan mewah namun dengan harga yang berbaloi. Sangat menepati kehendak wanita muslim dan berbaloi kualiti dengan harga yang mereka tawarkan. Ingat telekung, ingat telekung Ummu Dianah.

logo-telekung-ummu-dianah

Ummu Dianah Marketing juga membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi ejen dropship di mana keuntungan terus masuk ke poket anda. Jika berminat, sila daftar Dropship di sini!

Jom order Telekung Ummu Dianah Classic / Stylish / Eksklusif SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom order Telekung Ummu Dianah Classic / Stylish / Eksklusif SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom order Telekung Ummu Dianah Classic / Stylish / Eksklusif SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: