Review
Dec 13, 2017, 10:29am

Beli Tayar Motorsikal Dan Superbike Murah Dan Terbaik Di Malaysia


Hari ini motorsikal merupakan kenderaan wajib bagi setiap rakyat Malaysia. Bukan sekadar orang lelaki, malah orang perempuan turut memilih motorsikal sebagai kenderaan untuk bergerak. Bermula dengan motorsikal kategori cup sampailah superbike, kenderaan beroda dua ini memang banyak berada di jalan raya.

pemandu-motosikal

Tayar Murah Atau Mahal? Mana Lebih Bagus?

Ada kedai yang menjual tayar murah, tetapi kualiti yang ada padanya jauh lebih rendah dari harganya. Memang ada tayar yang lebih mahal dan berkualiti dikatakan boleh bertahan hampir 3 tahun, tetapi bila ia tertusuk besi di jalan, sekejap saja sudah bocor. Nampaknya, membeli tayar yang mahal juga belum tentu berbaloi.

tips-penjagaan-tayar-motosikal

Kalau boleh tampal semula, memang boleh jimat. Tapi bukan semua jenis kebocoran boleh ditampung. Lubang tayar yang koyak besar tidak dapat ditampal lagi. Jadi poket anda pun bocor semula sebab kena keluarkan wang lagi untuk beli tayar. Pilihan lain yang ada adalah menggunakan tayar terpakai. Hakikatnya, tayar terpakai pula hanya boleh dipakai buat sementara sahaja kerana ianya tidak begitu selamat jika digunakan secara berterusan.

4 Tips Penjagaan Tayar Untuk Motorsikal Dan Superbike

Bagaimana pula penjagaan tayar yang anda buat untuk motosikal anda? Adakah pilihan yang dibuat tepat untuk mendapat grip tayar yang maksimum? Pilihlah tayar yang terbaik untuk motor anda untuk memberi tunggangan yang menyeronokkan dan juga keselamatan bersama.

1. Pilih Bunga Tayar Yang Betul Dan Sesuai

Pilih bunga tayar yang sesuai untuk jalan yang kita gunakan.Contoh jalan dekat rumah kita banyak pasir atau faktor cuaca yang sering hujan boleh pakai tayar jenis bunga. Periksa bunga tayar dan bahagian tepi tayar untuk melihat rekahan jika ada. Jika ada bahagian yang sudah bengkak atau kembung, anda disarankan untuk menukar tayar tersebut kerana khuatir ia akan mengganggu kestabilan tunggangan anda. Pastikan tayar anda bersih dari kotoran minyak atau petrol. Kedua-dua bahan ini mampu mempercepatkan pereputan getah pada tayar.

jenis-tayar-motosikal

2. Tekanan Tayar Yang Betul

Tayar yang mempunyai tekanan angin yang secukupnya akan bertahan lebih lama berbanding tayar kurang angin ataupun terlebih tekanan angin. Adalah teramat penting untuk memastikan tayar anda mempunyai tekanan yang mencukupi. Terlalu banyak akan menyebabkan bahagian tengah tayar untuk haus dengan lebih cepat dan semestinya mempengaruhi pengendalian keseluruhan. Terlalu sedikit pula akan mengganggu perjalanan dan menyebabkan ‘tyre cupping’. Semua yang sudah pastinya tidak bagus untuk tayar, motosikal mahu pun penunggang.

tekanan-tayar-yang-betul-untuk-tahan-lebih-lama

3. Saiz Tayar Yang Sesuai Mengikut Jenis Motorsikal

Terdapat berbagai saiz tayar yang boleh didapati untuk kesemua jenis motosikal yang berada di pasaran sekarang. Cara termudah untuk mengetahu jenis tayar anda adalah dengan melihat saiz tayar yang dikeluarkan oleh pengeluar. Ini adalah kerana saiz tayar telah dipilih secara khusus berkesesuaian dengan bagaimana enjin dan kerangkanya dibina. Pengeluar lebih maklum tentang saiz tayar yang sesuai dengan motosikal mereka.

ikut-spesifikasi-dari-pengeluar

4. Elakkan melalui jalan yang rosak

Semasa menunggang motorsikal, elakkan daripada menggunakan jalan yang tidak berturap kerana di situ terdapat banyak objek yang tajam seperti serpihan paku dan pecahan batu yang tajam kerana ia boleh menghauskan bunga tayar dengan lebih cepat. Jadi kos penjagaan tayar anda akan menjadi lebih tinggi.

elakkan-menggunakan-jalan-rosak

Mih Logistics Services Menawarkan Tayar Yang Lebih Berkualiti Dan Tahan Lama

MIH Logistics Services mungkin boleh membantu anda untuk meringankan beban bagi kos tayar motorsikal anda. Perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 2008 ini menyediakan servis mengimport dan menjual tayar motorsikal dan superbike secara borong. MIH Logistics Services juga turut menjadi pembekal tayar motorsikal kepada beberapa kedai-kedai besar di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, MIH Logistics Services membuat servis  logistics / forwarding/ shipping / trading.

MIH-logistic- tayar motosikal

Lokasi MIH Logistics Services

Berpusat di Klang, MIH Logistics Services menyediakan tayar berjenama Corsa bermula dari saiz 70/90-17 hingga 160/60/17. Ia dihasilkan sepenuhnya di Indonesia. Berikut ialah contoh-contoh tayar Corsa untuk panduan anda.

Apakah kelebihan Tayar Corsa S-123

tayar-corsa-123-murah

Model tayar ini merupakan model yang paling laku dalam kelasnya. Dengan ciri-ciri istimewa seperti tubeless, mileage yang jauh dan boleh menghasilkan corner yang terbaik, menjadikan ia sebagai pilihan ramai penunggang motorsikal. Mendapat liputan pasaran yan luas, S123 mula mendapat perhatian di kawasan Asia Tenggara. Selain itu, tayar jenis Corsa S123 menawarkan perbatuan yang tinggi , Bunga lambat habis iaitu bole mencecah 25,000 kilometer.

tayar-corsa-123-murah-2

Apakah pula ciri-ciri Tayar Corsa S123

Sesuai Untuk Kegunaan Harian Penunggangan

Corsa S123 merupakan tayar motorsikal yang dihasilkan untuk kegunaan harian seperti pergi dan balik kerja. Terdapat banyak saiz tayar yang dihasilkan khas untuk kategori kapcai dan superbike. Tayar jenis medium compound ini dirumus khas untuk bertindak balas dengan maksimum di segenap sudut tayar.

tayar-corsa-harian

Bunga tayar yang tidak cepat haus

tayar-corsa-tahan-lasak

Medium compound mempunyai ciri-ciri seperti tidak terlalu lembut dan keras, khas untuk kegunaan harian dengan tidak mengabaikan ciri-ciri keselamatan. Tayar Corsa S123 ini turut menawarkan perbatuan yang jauh. Dengan jarak 25,000 KM barulah bunga tayar akan haus sepenuhnya.

Cengkaman yang kuat di atas jalan raya

cengkaman-tayar-di-jalan

Semasa keadaan kering dan basah, Corsa S123 memberi jaminan yang tidak mengecewakan. Dalam keadaan panas, sebatian tayar memberi tindak balas untuk memberi cengkaman tambahan. Ketika selekoh tajam, kestabilan tayar memberi imbangan yang baik pada penunggang. Ketika hujan, perjalanan motorsikal tetap lancar tanpa ada rasa goyang. Coraknya yang ideal dihasilkan untuk fungsi sports dan touring yang dilengkapi dengan zig zag ditengahnya untuk membelah air.

Berikut Adalah Saiz Tayar Corsa S123 Dan Siri Tayar Corsa Yang Lain

Corsa – S123

corsa-s-123-size

Corsa – R26

corsa-r26-size

Corsa – R93

corsa-r93-size

Corsa – R99

corsa-r99-size

Corsa V22 – mileage sehingga 18,000 KM

corsa-v22-size

Corsa -R46 – Racing compound

corsa-r46-size

Untuk memborong tayar-tayar ini, anda wajib membeli 100 hingga 150 biji tayar.

Servis Terbaik dan Tayar berkualiti dari MIH Logistics Services

Terdapat begitu banyak jenis tayar ditawarkan oleh MIH Logistics Services dan yang terbaik untuk anda bergantung kepada jenis motosikal, gaya penunggangan, keadaan cuaca dan semestinya, dimana dan bila anda menunggangnya. Dengan penerangan dari artikel ini, saya berharap dapat membantu anda dan memberikan maklumat yang berguna supaya pada kunjungan anda ke kedai tayar di MIH Logistics Services, anda dapat membuat pilihan yang sesuai untuk motosikal kesayangan anda.

mih-logistics-pembekal-tayar-motor-1

mih-logistics-pembekal-tayar-motor-2

Jika anda berminat, sila hubungi alamat yang tertera di bawah untuk berurusan :

Jom Order Tayar Corsa SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

MIH Logistics Services (SA0101416-H) No 158 Persiaran Susur Off Persiaran Raja Muda Musa 41100 Klang, Selangor Darul Ehsan

   
Jom Order Tayar Corsa SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Tayar Corsa SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: