Review
Dec 4, 2017, 2:26pm

Beli Songket Tenun Online Murah dan Berkualiti Premium


Songket adalah fabrik yang berasal dari negara Indonesia, Malaysia dan juga Brunei. Songket – songket yang berkualiti adalah songket yang ditenun dengan jahitan tangan yang menggunakan benang emas ataupun perak. Corak – corak yang digunakan di atas kain songket adalah corak yang unik dan rumit dan benang – benang ini akan memberikan kesan yang bersinar di atas kain tersebut. Kain songket yang asli di Malaysia boleh ditemui di kawasan pantai timur di mana kain ini boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit Malaysia.

songket-tenun-murah-malaysia

Susunan songket terbahagi kepada tiga iaitu bunga tabur, bunga penuh dan bunga bercorak. Jika anda mahu memiliki kain songket, anda juga perlu tahu cara penjagaan songket agar kain songket anda boleh bertahan dengan lebih lama.

cara-penjagaan-songket

Cara penjagaan kain songket yang baik adalah seperti yang akan saya kongsikan di bawah.

Tips Penjagaan Kain Songket Agar Tahan Lebih Lama

Kain songket yang baik dan berkualiti tinggi bukan sahaja boleh dipakai oleh anda, malahan ada juga yang mewariskan kain songket sejak turun – temurun sehingga boleh dipakai oleh anak cucu. Penjagaan kain songket adalah penting sekiranya anda mahukan songket tersebut dapat disimpan dengan baik dan tidak hilang kualitinya mahupun ditelan zaman.

#1. Elakkan Merendam Kain Songket

tips-menjaga-songket-1

Jika anda mahu membasuh kain songket dengan menggunakan tangan, anda perlu memastikan bahawa kain songket tersebut tidak direndam terlalu lama. Hal ini kerana kain songket yang direndam terlalu lama akan menyebabkan tekstur kain songket berubah dan seterusnya merosakkan benang fabrik kain tersebut. Ia juga akan menyebabkan kain songket menjadi mudah reput dan tidak tahan lama.

Jika mahukan kaedah mencuci yang lebih baik, hantarlah kain songket anda ke dobi dan gunakan cucian kering untuk menjaga kualiti songket anda. Anda tidak perlu mencuci kain songket anda selalu untuk menjaga kualiti kain anda tetapi jika anda mahu mencuci dengan kerap, pastikan anda menggunakan cucian kering ya.

#2. Gunakan Kaedah Gerus Untuk Mengilat Kain Songket

tips-menjaga-songket-2

Bagi yang belum pernah mendengar perkataan ‘Gerus’, ia merupakan salah satu kaedah untuk mengilat dan melicinkan kain songket agar ia kelihatan baru dan berseri. Menggerus kain songket memerlukan kulit siput gewang dan menggunakan kulit siput tersebut untuk mengilatkan permukaan kain songket. Kaedah ini membolehkan anda menyimpan kain songket anda untuk jangkamasa yang lebih lama tanpa mengurangkan kecantikan dan seri kain songket anda.

#3. Elakkan Menjemur di Bawah Cahaya Matahari

tips-penjagaan-songket-3

Cahaya matahari mempunyai sinaran ultra violet yang tinggi yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit anda, tetapi ia juga akan memberi kesan yang buruk kepada fabrik anda. Jika anda menjemur kain songket anda di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi menganjak ke tengahari, kain songket anda akan mudah rosak serta reput. Selain itu, warna kain songket juga akan mudah luntur dan menyebabkan kain songket anda kelihatan kusam dan tidak cantik dipandang.

#4. Cara Menyimpan Kain Songket

tips-penjagaan-songket-4

Kain songket merupakan kain yang memerlukan penjagaan yang baik termasuklah cara anda menyimpan kain tersebut di dalam almari anda. Kain songket tidak boleh dilipat sama sekali kerana ia akan menyebabkan fabrik dan benangnya patah dan ia akan menjadikan corak tenunan kain songket tersebut berubah. Oleh itu, anda boleh menyimpan kain songket dengan membentangkan kain songket anda bersama kertas pelekat. Kemudian, gulungkan kain songket dan kertas pelekat tersebut bersama. Simpan gulungan tersebut dengan cermat.

kain-songket-tenun-murah-dan-berkualiti

Elakkan dari menghempap kain songket anda bersama kain – kain yang lain. Hal ini kerana kain – kain yang menghempap songket anda akan menyebabkan kain songket anda terlipat dan seterusnya mematahkan songket anda. Elakkan juga dari menggosok kain songket anda kerana ia akan menjejaskan kualiti benang – benang kain tersebut. Songket yang telah disimpan dengan elok tidak perlu lagi digosok. Simpan kain songket tersebut di tempat yang betul – betul kering agar benang kainnya tidak terjejas.

#5. Letak Pewangi Di Dalam Almari

tips-penjagaan-songket-5

Menggunakan pewangi di dalam almari anda dapat memberikan bau yang segar kepada kkain songket anda. Ia juga akan memberikan manfaat untuk pakaian – pakaian anda yang lain untuk sentiasa berbau harum ketika anda mengenakannya. Selain itu, anda boleh mengeluarkan kain songket anda daripada almari seminggu sekali untuk memberikannya pengudaraan agar ia tidak berbau kepam. Ini akan membolehkan kain songket anda tidak berbau ketika dipakai ataupun ketika dikeluarkan dari almari.

Ed Fabrics Songket Online Murah dan Berkuliti Premium

Anda telahpun mengetahui cara penjagaan songket yang betul, sekarang tiba masanya untuk anda menambah koleksi kain songket anda agar anda dapat tambil lebih elegan untuk hari – hari penting anda. Ed Fabrics menjual kain songket berkualiti premium secara online dengan harga yang bermula dari RM 90 – RM 195 sahaja. Kain songket yang dijual bukan sahaja berkualiti, malah anda juga boleh mendapatkan dengan harga yang berpatutan.

ed-fabric-songket

Ed Fabrics menjual empat jenis kain songket yang membolehkan anda memilih kain songket kegemaran anda dan anda boleh lihat penerangan setiap jenis kain di bawah;

1. Songket Bunga Tabur ( SBT)

songket-bunga-tabur

  • Harga RM 130/pasang
  • Sepasang 4.25m bidang 45′
  • Songket di tenun kemas sama ada dengan benang silver atau gold
  • Available untuk borong minimum 5 pasang ke atas

2. Songket Bunga Raya ( SBR)

songket-bunga-raya

  • Harga RM 185/pasang
  • Sepasang 4.25m bidang 45′
  • Songket di tenun kemas dengan benang gold dan silver (duo-threads) pada sepasang kain
  • Available untuk borong minimum 5 pasang ke atas

3. Songket Multi Tona

songket-multi-tona

  • Harga RM 180/pasang
  • Sepasang 4.25m bidang 45′
  • Songket di tenun kemas dengan benang pelbagai warna (multi-threads)
  • Available untuk borong minimum 5 pasang ke atas

4. Songket Silver Diamond (SSD)

songket-silver-diamond

  • Harga RM 180/pasang
  • sepasang 4.25m bidang 45′
  • songket hampir 90% di tenun dengan benang silver
  • available untuk borong minimum 5 pasang ke atas

Kenapa Anda Perlu Beli Songket Murah Daripada Ed Fabrics?

Dalam banyak – banyak peniaga yang menjual kain songket, kenapa anda perlu memilih kedai Ed Fabrics? Kelebihan – kelebihan kain dan juga kedai songket Ed Fabrics akan dinyatakan di bawah;

Boleh Dibeli Secara Atas Talian (Online)

kelebihan-ed-songket-kedai-online

Anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah untuk mendapatkan kain songket kegemaran anda. Anda hanya perlu buka Facebook ataupun Instagram Ed Fabrics dan pilih kain songket kegemaran anda dan menunggu poslaju untuk menghantar kain songket anda ke rumah. Ed Fabrics menyediakan gambar – gambar yang jelas untuk kain songket yang berkualiti premium agar anda dapat melihat corak – corak kain songket tersebut dengan baik. Anda boleh memilih berapa banyak yang anda mahukan dan menghubungi Ed Fabrics untuk mendapatkan kain songket tersebut.

Kualiti Kain Songket Yang Tinggi Dan Premium

songket-premium-berkualiti

Ed Fabrics memberikan jaminan kain songket yang berkualiti dan selesa untuk dipakai oleh para pelanggan mereka. Kain songket yang dijual adalah tidak panas dan tidak miang walaupun lining tidak disediakan. Anda boleh bergerak dan memakai kain songket mereka dengan selesa. Benang yang ditenun adalah kemas dan tidak mudah tercabut agar anda boleh menggayakan kain songket daripada Ed Fabrics dengan elegan bersama corak tenunan yang cantik.

songket-premium-berkualiti-1

Kain songket yang ditawarkan oleh Ed Fabrics adalah lembut dan tidak keras atau kejung seperti sesetengah kain songket yang dijual. Meskipun kain yang dijual adalah lembut, corak tenunan di atas kain songket masih akan kelihatan kemas dan tidak mudah patah dan tercabut. Kain songket mereka juga telah dipotong siap sebanyak 4.25m dan mempunyai kepala dan kaki kain tersendiri.

Harga Yang Murah Dan Berpatutan

Kain songket yang berkualiti premium dengan harga yang murah? Bukan senang nak jumpa. Tetapi anda tidak perlu risau lagi kerana Ed Fabrics menawarkan kain songket yang berkualiti premium tetapi kain – kain tersebut dijual dengan harga yang amat berpatutan. Anda tidak perlu lagi menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan kain songket yang berkualiti. Mereka menawarkan kain songket yang bermula dari harga serendah RM 90 sehingga RM 195 maksimum.

Jenis Songket Online Murah Yang Ditawarkan

koleksi-songket-tenun-murah

Ed Fabrics menawarkan pelbagai jenis kain songket untuk membolehkan anda memilih kain songket yang anda mahukan. Terdapat empat jenis kain songket yang ditawarkan oleh Ed Fabrics dan pelbagai corak serta warna yang diberikan untuk anda. Kain songket yang ditawarkan termasuklah bunga tabur, bunga raya, multi tona dan silver diamond. Selain itu, Ed Fabrics juga menjual batik premium dan jika anda mahu bergaya dan tampil elegan untuk majlis ataupun hari – hari penting anda, anda bolehlah melawat kedai online Ed Fabrics ini.

Testimoni Pelanggan Beli Songket Online Murah dari Ed Fabrics

Untuk anda yang mahu melihat testimoni – testimoni pelanggan yang membeli di kedai kain songket Ed Fabrics ini, di bawah anda akan disajikan dengan gambar – gambar testimoni pelanggan sebagai bukti bahawa kain songket Ed Fabrics akan memberikan jaminan kain yang cantik dan berkualiti.

testimoni-1-songket-tenun testimoni-2-songket-tenun testimoni-ed-fabrics-songket (4) testimoni-ed-fabrics-songket (3) testimoni-ed-fabrics-songket (2)

Dapatkan Kain Songket Berkualiti Premium Dari Ed Fabrics Sekarang!

Rugi rasanya jika anda tidak membeli kain songket daripada Ed Fabrics ni, sudahlah berkualiti tinggi, murah pulak tu! Dapatkan kain songket berkualiti premium dengan menghubungi Ed Fabrics seperti di bawah:

 

 

Jom Dapatkan Songket Di Ed Fabrics SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Songket Di Ed Fabrics SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Songket Di Ed Fabrics SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: