Review
Jan 25, 2018, 11:50am

Beli Serunding Daging Online


Serunding adalah sejenis makanan tradisional masyarakat kita yang popular terutama dimakan ketika hari perayaan seperti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji. Serunding adalah makanan berasaskan daging yang dimasak sehingga kering yang dicampur dengan pelbgai jenis rempah ratus dan bahan lain. Terdapat beberapa jenis serunding yang dibuat dan dijual iaitu serunding daging, serunding ayam, serunding ikan, serunding bilis dan serunding kelapa.

beli serunding daging online

Serunding daging merupakan jenis serunding yang paling popular dan bertaraf komersil kerana ia tahan lama, enak dan sesuai dibawa untuk mengembara terutama ketika berada diluar negara. Saya pun banyak kali membawa serunding daging ketika berkursus diluar negara sebagai pilihan terbaik untuk menjamin makanan yang halal, enak dimakan dan mudah dibawa.

Kelazatan Serunding Dari Bahan Rempah Ratus Yang Beraroma

Cara membuat serunding agak sukar kerana daging perlu direbus lama sebelum dicarik menjadi halus manakala ramuan rempah ratusnya perlu dimasak lama sebelum diadun dan dikeringkan. Antara bahan yang digunakan untuk membuat serunding ialah daging lembu, santan kelapa, bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, gula dan garam.

kelazatan beli serunding daging online

Daging direbus selama tujuh jam sebelum dicarik-carik menjadi halus, kemudiannya ramuan rempah ratus dimasak terlebih dahulu sebelum diadunkan dengan daging, selepas adunan tadi sudah benar-benar masak, baru ia dikeringkan. Keistimewaan serunding daging ini terletak dalam ramuan rempah-ratusnya dan cara ia dimasak, rasanya yang manis dan sedikit pedas membuatkan serunding ini digemari ramai

Penambahbaikan Serunding Dalam Bentuk Yang Mudah Di Bawa

Serunding yang satu masa dahulu popular serta enak dimakan dengan ketupat atau lemang pada pagi hari raya, kini mudah diperoleh di pasaran apabila makanan tradisional Melayu itu dikomersialkan. Dalam kalangan masyarakat Melayu, serunding adalah makanan warisan yang istimewa kerana tidak semua orang mampu menguasai teknik penyediaannya yang mengambil masa lebih empat jam. Lazimnya, serunding dalam bentuk packaging yang mudah di bawa lebih mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai.

kelazatan beli serunding daging online untuk traveller

The Maker Empire Menghasilkan Serunding Dalam Imej Baru

Imej terbaru serunding yang di hasilkan oleh The Maker Empire untuk produk serundingnya iaitu Make Serunding telah diciptakan dengan packaging yang mudah di bawa kemana sahaja. Melihat kepada masalah yang sering berlaku kepada para perantau yang sering kelaparan di negara luar akibat daripada sukar memperoleh makanan yang halal, The Maker Empire bertindak sebagai salah satu penyelesaian dengan membekalkan makanan segera yang mengenyangkan seperti Make Serunding.

beli serunding daging online murah

Bermulanya perjalanan mereka didalam pengembaraan ini adalah kerana minat untuk mengelilingi dunia dan membawa bekalan makanan yang mudah dibawa bersama. Di datangi dengan 2 jenis packaging yang menarik mengikut keselesaan penggemar serunding iaitu dalam bentuk botol dan juga bentuk sachet.

Make Serunding Sentiasa Dapat Permintaan Tinggi Oleh Pengembara

Rakan-rakan dari luar negara pun amat suka dengan Make Serunding yang ada rasa masin, pedas, manis dan juga lemak. Walaupun kini harga serunding daging agak mahal tetapi ia amat berbaloi dengan kualitinya. Serunding daging asal usul dahulu disediakan terutama selepas hari raya korban dimana banyak daging lembu yang diberikan untuk setiap keluarga dan dimasak serunding agar tahan lama dan dimakan diwaktu lain.

beli serunding daging online terbaik

Serunding daging sentiasa mendapat permintaan baik dikalangan pengembara kerana ia mudah dibawa, enak dan sesuai dimakan bersama nasi, roti dan sebagainya. Kos perbelanjaan yang dapat di jimatkan merupakan salah satu faktor mengapa Make Serunding ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi oleh pengembara.

Travel Pack Make Serunding Sesuai Di Bawa Ke Mana Sahaja

Travel Pack Make Serunding diilhamkan bagi memudahkan anda membawa makanan cita rasa Malaysia ini ke mana sahaja dan di mana jua. Inilah rahsia ramai ‘traveller’ jimat dalam mengembara dengan hanya membawa travel pack Make Serunding. Kenapa perlu memiliki travel pack Make Serunding semasa melancong? Inilah sebabnya :

serunding online sedap dan murah

1. Packaging Terbaik

Rasa asli daging berempah digandingkan dengan packaging yang menarik dan terbaik supaya mudah dibawa kemana sahaja. Ini adalah hadiah kami kepada anda agar anda tidak malu memperkenalkan serunding dari Malaysia ini kepada sesiapa sahaja di luar negara.

beli serunding daging online dengan mudah

2. Jenama Dipercayai

Jenama Serunding yang dipercayai; pasti memberikan sensasi yang melazatkan
sehingga mampu membasahkan mulut anda sebaik sahaja anda memikirkan kenikmatan rasanya.

beli serunding daging online travelpack

3. Rasa Tiada Bandingan

Daging segar diperap dengan rempah ratus berkualiti, membangkitkan aroma semulajadi dan tradisi. Rasa daging Wangi Berempah menjadi pembuka selera di mana sahaja anda berada.

cara beli serunding daging online

4. Mudah Disimpan

Travel Pack Make Serunding adalah produk Malaysia yang terbaik untuk dibawa ke luar negara kerana ringan, kecil dan mudah disimpan.

cara simpan serunding daging online

5. Mudah Dimakan

Travel Pack Make Serunding Didatangkan dalam bentuk sachet ini dapat memudahkan anda menikmati hidangan tanpa perlu berfikir panjang.

serunding daging online mudah dimakan

6. Mudah Dibawa

Travel Pack Make Serunding diilhamkan bagi memudahkan anda membawa makanan cita rasa Malaysia ini ke mana sahaja dan di mana jua.

serunding daging online mudah dibawa

Cara Menyimpan Make Serunding Boleh Disimpan Lama

Serunding daging yang dimasak sehingga kering dengan cara yang betul boleh disimpan sehingga 1 tahun lamanya selepas dibungkus, amat sesuai jika dibawa untuk merantau ke luar negara, seperti jemaah haji yang menunaikan haji, atau pelajar yang menuntut di luar negara.

serunding daging online paling enak

Selepas dibuka dari pembungkus, sambal daging ini disyorkan disimpan pada suhu bilik, dalam bekas kedap udara. Tidak digalakkan disimpan dalam peti sejuk, kerana akan mengurangkan rasanya dan masuk angin. Jangan simpan dalam tempat yang panas, seperti dalam but kereta. Hendaklah dihabiskan dalam tempoh tidak lebih dari 3-6 bulan bergantung kepada cara penyimpanan.

Make Serunding Boleh Di Makan Dengan Pelbagai Menu Lain

Kelebihan serunding selain daripada boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama ialah serunding ni boleh di makan dengan semua jenis makanan seperti nasi, roti, lontong, bubur, Maggi dan lain-lain. Ratah macam tu pun sudah menyelerakan.

serunding daging online sedap makan dengan roti

Make Serunding Boleh Di Nikmati Dengan Pelbagai Cara Di Mana Sahaja Anda Berada

Rasai keunikan serunding daging dari make serunding, insyaAllah memenuhi citarasa anda. Resepi serunding daging yang dicincang halus,basah-basah berempah,sesuai untuk:

Bawa melancong/travel ke luar negara– Jimatkan perbelanjaan makanan di luar negara,bawa serunding sebagai bekalan makanan halal dengan pek yang mudah dibawa,sesuai dijamu dengan pelbagai hidangan (Cth: nasi,roti,meggi,bubur)

Makanan tradisi hari raya– Tak lengkap hidangan raya tanpa rendang & serunding di atas meja,makan bersama ketupat palas & nasi impit ditambah dengan lemang yang panas dibakar,menambahkan kegembiraan bersama keluarga.

serunding daging online sedap makan sebagai doorgift

Kenduri/Majlis– Samada majlis akikah atau majlis merisik,serunding yang digandingkan dengan pulut kuning memang menjadi pilihan para tetamu,

Buah tangan/Gift– Serunding sebagai hadiah / doorgift ketika dibulan ramadhan,memberikan keunikan kepada para tetamu yang hadir.Sesuai juga diberikan sebagai buah tangan kepada pesakit dihospital,yang dah jemu dengan makanan harian hospital.

Beli Serunding Online Di Make Serunding

Anda tak perlulah nak susah-susah atau perlu lalui kesesakan jalan raya semata-mata untuk membeli serunding yang menjadi kegemaran anda di kedai. Ini kerana Make Serunding boleh dibeli secara online. Jika anda seorang yang sibuk dan ada banyak hal penting yang perlu dibuat sampai tiada masa untuk keluar belanja barang rumah beli sahaja Make Serunding secara online. Mudah dan menjimatkan kos. Tambahan pula, anda akan menerima serunding yang anda order di muka pintu rumah atau pejabat anda. Mudah bukan?

beli serunding daging online pilihan ramai

Keaslian Serunding Daging Make Serunding Tiada Bandingannya

Selain kepakaran The Maker Empire menyediakan khidmat menyediakan, membekal dan menghantar serunding dari resepi serunding daging ini kepada sesiapa yang meminatinya, Make Serunding juga masih mengekalkan keaslian serunding dalam produk mereka. Rasa serunding mereka memang memukau si pemakan yang mencubanya. Sekali rasa pasti nak tambah lagi. Lihat sahajalah gambar di bawah sudah pasti membuat anda terliur.

beli serunding daging online yang asli

Sebab Kenapa Anda Perlu Menyimpan Stok Serunding Bersama Anda

Serunding menu yang pasti menambat selera seseorang. Keenakkan serunding daging ini membuatkan ramai menjadikannya menu utama kerana sesuai dimakan dengan pelbagai menu lain. Anda perlu menyimpan stok serunding jika anda :

1. Ingin Menjimatkan Kos Pembelian Stok Makanan Anda

Kenapa saya kata begitu ye? Ini kerana, serunding memang tahan lama. Dengan satu pembelian sahaja, ianya akan tahan sehingga satu tahun. Menjimatkan, bukan?

beli serunding daging online menjimatkan

2. Serunding Boleh Dinikmati Seisi Keluarga

Dengan satu pembelian sahaja, satu famili anda akan dapat makan atau merasai kelazatannya. Kan ini lebih menjimatkan wang anda berbanding dengan membeli makanan segera yang memang mahal (ada GST).

serunding daging online sesuai seisi keluarga

3. Serunding Boleh Dicampurkan Di Dalam Macam-macam Jenis Masakan Atau Hidangan

Sebagai contohnya, anda boleh gunakan serunding ini untuk dijadikan lauk bagi bubur nasi untuk hidangan anda sekeluarga. Boleh dimakan dengan lemang, ketupat, nasi, bubur, roti, tabur atas kuih, jadi inti kuih dan macam-macam boleh.

serunding daging online boleh divariasikan

4. Serunding Mudah Di Bawa Kemana Sahaja

Serunding boleh dibawa bersama sebagai makanan standby jika anda melancong luar negara. Dari pengalaman pengguna yang telah ke negara China, Hong Kong, Macau, dan Thailand, bukan senang nak dapatkan makanan yang terjamin halal di sana. Jadi, anda tidak perlu was-was bila anda susah nak cari makanan halal. Tak de lah sakit perut nanti jika asyik makan mee segera je.

serunding daging online senang dibawa

Testimoni Pelanggan Make Serunding – Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

serunding daging online dan testimoni pelanggan 1 serunding daging online testimoni pelanggan repeat order serunding daging online viral

Anda juga tak perlu lagi tersangkut di dalam ‘traffic jem’ berjam-jam lamanya atau terpaksa bayar tol dan nak kena bayar parking yang memang mahal semata-mata inginkan dapatkan serunding kegemaran anda. Tempah sahaja di Make Serunding secara atas talian.

Jom Beli Serunding Daging Online Dari Make Serunding Sekarang!

Make Serunding boleh membantu anda memilih serunding pilihan anda dengan mudah dan anda akan menerima serunding yang ditempah dengan pantas di muka pintu rumah atau pejabat anda! Beli sekarang di :

tempah dan beli serunding daging online

Jom Order Make Serunding SEKARANG?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Make Serunding SEKARANG?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Make Serunding SEKARANG?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: