Membeli rumah adalah impian setiap orang di Malaysia. Terutama rumah pertama yang ingin didiami. Rumah untuk pelaburan dibeli dengan strategi lain. Malah viewing rumah hendak dibeli sangat penting bagi pastikan tiada kekesalan selepas anda selesai sign SPA rumah tersebut.
Namun begitu, bagaimana mahu membeli rumah, terutamanya mereka yang pertama kali ingin membelinya. Di sini kami kongsikan tips untuk membeli rumah.
Asingkan sejumlah wang daripada pendapatan anda untuk dijadikan bayaran pendahuluan pembelian rumah. Tetapkan tempoh masa menyimpan yang realistik dan pastikan anda tekun dan berdisiplin dalam menjayakannya.
Terdapat pelbagai cara untuk anda memperoleh hasil wang simpanan yang banyak dalam masa yang singkat. Lazimnya, langkah-langkah tersebut memang tidak mustahil, tetapi ia memerlukan pengorbanan besar terutamanya daripada anda.
Bagi kebanyakan daripada kita, membeli rumah adalah pembelian yang paling berharga dalam hidup. Oleh itu, anda perlu memilih pinjaman perumahan yang terbaik berdasarkan kadar faedah yang ditawarkan. Terdapat pelbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank di seluruh Malaysia. Secara purata menawarkan faedah di antara 4.2% hingga 4.4%. Luangkan sedikit masa untuk menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah paling rendah.
Anda boleh menggunakan laman web seperti Imoney, Ringgit Plus, dan Loan Street untuk mendapat maklumat dan membuat perbandingan pinjaman perumahan yang ditawarkan. Gunakan kalkulator pinjaman perumahan untuk mendapatkan anggaran kadar bayaran balik bulanan. Ataupun, anda boleh menggunakan skim pembiayaan perumahan alternatif seperti skim HouzKEY oleh Maybank. Dengan skim ini, anda boleh menyewa rumah yang ditawarkan oleh pihak bank dan mendapat peluang untuk membeli rumah tersebut apabila anda sudah bersedia. Skim ini terbuka untuk semua. Jika anda berminat untuk menyertai skim ini, anda hanya perlu menyediakan deposit sebanyak tiga bulan harga sewa. Dengan itu, anda boleh memasuki kediaman impian anda pada bila-bila masa.
Memiliki rumah sendiri akan membuahkan hasil kerana terdapat skim perumahan kerajaan yang akan memudahkan urusan jual beli kediaman impian anda.
Antara skim perumahan kerajaan yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia adalah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), MYHOME, My First Home (SRP), My Deposit 2018. Untuk kakitangan, ada juga skim Perumahan Penjawat awam 1Malaysia (PPA1M).
Dapatkan Rumah Bandar pada harga serendah RM 250k++. Masih tak percaya?
RIGHT PROPERTY merupakan suatu entiti yang tidak asing di dalam industri binaan dan pemajuan hartanah, ia telah berkembang maju sejak penubuhan syarikat. RIGHT PROPERTY mula dengan matlamat untuk terlibat di dalam industri pemajuan hartanah dan binaan serta memacu kemajuan dan ekonomi negara.
RIGHT PROPERTY merupakan syarikat pemaju hartanah yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Kenapa harus memilih teluk intan sebagai kawasan rumah anda? Apa kelebihannya? Teluk intan merupakan salah satu kawasan pelancongan yang terdapat di Negeri Perak.
Daerah ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai menara condong yang mirip menara condong di Pisa Itali. Ianya kelihatan seperti bangunan yang mempunyai 8 tingkat, tetapi sebenarnya ianya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini dibina bertujuan untuk menempatkan sebuah tangki air besar yang digunakan untuk musim kemarau. Akibat tangki air ini agak berat dan tanah di tapak menara ini agak lembut, ianya menyebabkan menara ini condong ke arah Barat Daya. Pengunjung boleh masuk ke dalam menara untuk menerokai apa yang ada di dalam menara.
Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
Kompleks Menara Condong juga merupakan satu tarikan utama di sini. Di sini terdapat barangan seperti kuih tradisional dan juga barangan yang agak murah seperti beg, baju dan lain-lain. Kalau nak makan pula, tidak jauh daripada Kompleks ini, ada medan selera yang dikatakan tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi.
Alamat: Kompleks Menara Condong, Jalan Pasar, 36000 Teluk Intan, Perak, 36000, Malaysia
Batu Bertenggek merupakan tempat untuk memperingati para pejuang yang kehilangan nyawa pada zaman perang dunia ke dua. Ianya adalah batu besar yang lebih kurang kereta kancil yang diletak di atas satu binaan.
Alamat: Jalan Speedy, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
Terdapat 2 bentuk rumah yang di bina oleh RIGHT PROPERTY iaitu;
Harga rumah bermula dari RM257K dan anda boleh menempah dengan harga yang sangat rendah. Selain itu, ia jua mempunyai beberapa kelebihan seperti;
Bagi anda yang sedang mencari rumah, ini peluang anda untuk mendapatkan rumah kediaman anda. Bagaimana cara untuk mendapatkannya? Senang saja, anda perlu menghubungi RIGHT PROPERTY untuk butiran lanjut.
RIGHT PROPERTY | RUMAH IDAMAN ANDA
Hotline: Tekan untuk telefon (019-3055025) | Tekan untuk WhatsApp
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang