Review
Aug 3, 2018, 12:12pm

Beli Rumah Pertama Murah di Pahang Untuk Kakitangan Awam


  •  
  •  
  •  
  •  

Rumah pertama merupakan aset yang amat penting kerana ia adalah tempat untuk anda sekeluarga berteduh tanpa bergantung harap kepada rumah sewa lagi. Ramai yang akan menggunakan rumah pertama sebagai tempat tinggal tetap dan ada juga yang menggunakan rumah itu untuk dijadikan sebagai perniagaan sama ada untuk disewa ataupun dibuat sebagai homestay. Harga rumah yang semakin meningkat telah membuatkan ramai yang tersedar tentang kepentingan memiliki sebuah rumah.

rumah pertama murah di pahang

Pembelian rumah pertama bukanlah mudah kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi dan juga wang yang mencukupi untuk menguruskan hal – hal guaman serta deposit untuk rumah tersebut. Anda juga perlu memiliki ilmu yang cukup untuk mendapatkan rumah pertama yang baik dan juga untuk dielakkan dari ditipu. Ia boleh menjadi mimpi ngeri bagi orang yang tidak mempunyai ilmu dalam pembelian rumah.

projek rumah pertama di pahang

Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd – Rumah Pertama Murah Di Pahang Untuk Kakitangan Awam

Terdapat pelbagai cara yang boleh diikuti oleh anda untuk memastikan rumah pertama yang dimiliki adalah cantik dan berada di dalam keadaan yang baik. Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan termasuklah kemampuan kewangan, jenis rumah, geran, pelan rumah dan pembiayaan pinjaman perumahan. Selain itu, anda juga perlu memahami dokumen perjanjian jual – beli rumah dan melawat lokasi rumah secara berkala untuk mengetahui keadaan semasa rumah anda.

panduan beli rumah pertama murah di pahang

Sekiranya anda merupakan kakitangan awam, anda boleh mendapatkan rumah yang murah di Pahang dengan mendapatkan perkhidmatan Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd kerana setiap rumah yang dibina adalah mampu milik dan juga selesa untuk didiami. Jika anda belum mengambil pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ataupun telah selesai pinjaman pertama, rumah teres satu tingkat ini boleh menjadi milik anda.

perumahan untuk penjawat awam pahang

Rumah ini dijangka untuk siap pada hujung tahun 2020 dan anda boleh memiliki rumah ini tanpa sebarang deposit, booking, lawyer fee ataupun duit proses. Jadi, anda tidak perlu menyediakan wang yang banyak untuk memiliki rumah pertama anda.

perumahan mampu milik di pahang

Terletak di lokasi Taman Sejahtera, Indera Sempurna, Kuantan, Pahang, projek ini adalah khas untuk penjawat awam sahaja. Ia juga menawarkan harga yang terendah di sekitar Kuantan jadi anda perlu merebut peluang keemasan ini.

projek perumahan taman idaman sejahtera pahang

Lokasi Rumah

Lokasi rumah tingkat satu teres yang terletak di kawasan Indera Sempurna ini adalah bedekatan dengan jalan raya dan juga pelbagai kemudahan yang lain. Jadi, ia akan memudahkan anda untuk mendapatkan akses ke mana – mana sahaja dan juga memberikan anda keselesaan untuk tinggal di kawasan perumahan tersebut.

perumahan di teluk cempedak pahang
  • Berhampiran dengan bandar Kuantan (15minit perjalanan) atau 8km
  • Teluk Cempedak (11km)
  • Airport Kuantan (7km)
  • Kolej Universiti Islam Pahang (2.5km)
  • Hospital HTAA
  • Jalinan jalanraya sedia ada Kuantan – Gambang, persimpangan pekan
  • Berhampiran jalan bypass airport – indera mahkota – gebeng – pelabuhan kuantan
  • Berbagai kemudahan berhampiran
  • Sekolah rendah dan sekolah menengah Mat Kilau yang berhampiran (300meter)
  • Indera Sempurna bakal menjadi bandar baru dan penempatan penduduk seperti Indera Mahkota

Spesifikasi Rumah

spesifikasi rumah pertama murah di pahang

Berikut adalah spesifikasi rumah yang anda bakal miliki dengan harga yang berpatutan tetapi berkualiti dan luas;

  • Luas tanah 20′ X 65′ (1300kps)
  • Luas binaan rumah 20′ x 42′ (840kps)
  • 3bilik 2bilik air
  • Fully tiles
  • Boleh parking 2 kereta

Kelayakan Untuk Memohon

kelayakan pembeli rumah pertama di pahang

Meskipun anda merasakan bahawa gaji anda adalah tidak mencukupi untuk memiliki sebuah rumah idaman, namun dengan Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd, anda boleh mendapatkan sebuah rumah dengan gaji bersih sebanyak RM1550 sahaja. Berikut adalah kelayakan gaji untuk mendapatkan satu unit projek perumahan ini;

  • Gaji Pokok RM1900 (tidak termasuk elaun)
  • Gaji Bersih RM1550 (bergantung kepada kiraan potongan ANGKASA)
  • Penjawat Awam
  • Sah Jawatan
  • Belum ada Loan LPPSA atau sudah selesai loan pertama
  • Layak tangga gaji terkini

Potongan gaji akan bermula antara 18 – 24 bulan dari tarikh lulus pinjaman (sempat untuk 2x kenaikan gaji). Anda juga hanya memerlukan dokumen yang lengkap untuk membeli rumah ini kerana segala urusan guaman akan diuruskan oleh pemaju.

Kelebihan Membeli Dari Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd

1. Tiada Wang Deposit Diperlukan

rumah tanpa deposit

Anda tidak perlu bertungkus – lumus menyediakan wang deposit untuk mendapatkan rumah ini. Meskipun kebanyakan rumah memerlukan sekurang – kurangnya 10% dari harga rumah sebagai deposit, namun rumah ini tidak memerlukan anda untuk mengemukakan sebarang deposit. Anda hanya perlu menunjukkan dan menyediakan dokumen yang lengkap untuk mendapatkan satu unit rumah dari projek perumahan ini.

2. Urusan Guaman Diuruskan Oleh Pemaju

rumah mampu milik dengan guaman diuruskan pemaju

Segala urusan guaman sama ada yuran guaman, billing fee, entry fee dan sebagainya akan diuruskan oleh pemaju. Anda tidak perlu terkejar – kejar untuk menyelesaikan urusan guaman dan hak milik dan juga tidak perlu menghabiskan wang untuk urusan – urusan ini. Pihak pemaju akan memudahkan urusan pemilikan rumah dan anda hanya perlu menunggu masa untuk mendiami rumah tersebut.

3. Harga Rumah Mampu Milik

harga rumah mampu milik di pahang

Harga rumah yang diawarkan hanyalah RM210,000 dan ia merupakan rumah mampu milik kerana ia merupakan rumah teres satu tingkat yang mempunyai 3 bilik. Pada masa kini, rumah apartment biasa sudah mencecah harga RM300,000. Anda merupakan insan yang bertuah sekiranya anda boleh membeli rumah teres dengan harga RM200,000 sahaja jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rumah ini.

4. Pemaju Yang Dipercayai Ramai

pemaju yang dipercayai

Pemaju ini merupakan pemaju yang dipercayai dan membina serta menguruskan pembelian rumah mampu milik tanpa sebarang kos khas untuk penjawat awam. Jadi, anda boleh mendapatkan perkhidmatan mereka untuk memiliki rumah yang cantik dan selesa didiami tanpa memerlukan kos yang tinggi. Mereka hanya menyediakan 657 unit untuk projek perumahan ini jadi anda perlu merebut peluang ini dengan cepat sebelum setiap unit habis dijual.

5. Keadaan Rumah Yang Cantik

ruang dalaman rumah cantik

Rumah – rumah yang dibina oleh Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd adalah rumah teres satu tingkat yang mempunyai 3 bilik dan dua bilik air. Rumah ini juga dibina dengan baik kerana mereka mementingkan keselasaan dan keselamatan penghuni – penghuni yang bakal mendiami rumah yang dibina oleh mereka. Kawasan kejiranan yang dipilih untuk pembinaan rumah juga adalah selamat dan mempunyai akses untuk kemudahan – kemudahan asas.

6. Kawasan Yang Selamat Dan Bebas Banjir

perumahan murah untuk penjawat awam

Kawasan yang digunakan untuk membina rumah adalah kawasan yang dijamin selamat dan bebas banjir. Jadi, aset dan barangan berharga anda adalah selamat untuk disimpan di dalam rumah mampu milik ini. Anda tidak perlu risau akan kerosakan harta benda ataupun rumah anda sekiranya anda membeli rumah di kawasan ini. Malah, ia juga sedang berkembang pesat dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

7. Mereka Akan Berjumpa Anda Untuk Urusan Jual Beli

urusan jual beli secara bersemuka

Anda juga akan bertemu dengan pihak mereka sebelum urusan jual beli berlangsung. Dokumen yang anda perlu bawa hanyalah slip gaji kerana mereka akan melihat dan mengira kelayakan anda untuk memohon. Proses ini adalah mudah dan cepat serta tidak memerlukan sebarang kos. Mereka juga akan memberitahu dokumen – dokumen yang diperlukan serta urusan pembelian. Urusan ini adalah mudah dan tidak memakan masa yang lama.

Kebaikan Memiliki Rumah Sendiri

Memiliki rumah sendiri adalah impian semua orang kerana anda boleh mendapatkan pelbagai kelebihan dan juga anda akan lebih selesa untuk melakukan apa sahaja yang anda mahukan. Rumah yang disewa ataupun bilik yang disewa tidak akan kekal lama. Antara kebaikan yang anda boleh dapati sekiranya anda memiliki rumah sendiri termasuklah;

#1 – Simbol Kejayaan Hidup

rumah hadiah kasih sayang keluarga

Memiliki rumah sendiri merupakan simbol kejayaan hidup kerana tidak ramai orang yang mampu untuk mendapatkan rumah sendiri meskipun umur mereka meningkat tua. Jadi, anda pasti akan mempunyai rasa yang bangga sekiranya anda boleh memiliki rumah sendiri. Meskipun rumah anda tidak mewah, sekurang – kurangnya anda telah mempunyai tempat berteduh sendiri tanpa menghabiskan wang untuk membayar sewa. Rumah anda juga boleh memberikan anda aura yang positif untuk menambahkan lagi kejayaan anda.

#2 – Masa Depan Yang Lebih Terjamin

melengkapkan keluarga dengan rumah sendiri

Pemilikan rumah sendiri juga turut membuatkan masa depan anda lebih terjamin. Sekiranya anda mempunyai anak, masa depan mereka juga akan turut terjamin kerana anda telah mempunyai aset yang kekal dengan harga yang semakin meningkat. Rumah tersebut boleh dijadikan sebagai tempat berteduh atau ditukarkan sebagai aset perniagaan sekiranya anda telah mempunyai rumah yang lain. Sumber kewangan juga akan semakin bertambah.

#3 – Keselesaan Dan Merasa Aman

rumah mampu milik pertama

Anda tidak akan berasa selesa dan juga aman di tempat lain selain di rumah anda. Hal ini kerana anda bebas untuk melakukan apa sahaja di rumah anda dan juga menggunakan ruang di dalam rumah anda secara sesuka hati. Sekiranya anda berada di rumah sewa atau di bilik sewa, anda terikat dengan pelbagai peraturan yang membuatkan anda tidak selesa di dalam rumah tersebut.

#4 – Kebebasan Untuk Renovasi

renovasi rumah pertama murah

Rumah sendiri juga memberikan anda kebebasan untuk renovasi dan dekorasi rumah mengikut kemahuan anda sendiri. Sekiranya anda melakukan perkara ini di rumah sewa, tuan rumah tersebut mungkin tidak akan menyukai dekorasi tersebut dan perkara ini akan membazirkan wang anda. Jadi, miliki rumah sendiri untuk membolehkan anda renovasi dan menghias rumah dengan bebas dan cantik.

#5 – Urusan Kewangan Yang Lebih Terurus

pembayaran pinjaman yang terurus

Pembayaran rumah sewa merupakan satu pembaziran kerana anda tidak dapat memiliki apa – apa setelah anda membayar sejumlah wang yang agak besar. Jadi, pemilikan rumah sendiri membolehkan anda untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik dan dapat memiliki aset tersebut untuk diri anda sendiri meskipun anda membayar jumlah yang tertentu untuk mendapatkan rumah tersebut.

Testimoni Para Pembeli Rumah Dari Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd.

Berikut adalah para pelanggan yang telah menempah rumah dari Nikmat Cemerlang Sdn. Bhd. dan telah merebut peluang untuk mendapatkan rumah mampu milik yang cantik dan selesa;

testimoni pembeli rumah pertama pahang testimoni pembeli rumah pertama pahang testimoni pembeli rumah pertama pahang

Dapatkan Rumah Pertama Anda Sekarang!

perumahan murah mampu dimiliki Untuk dapatkan rumah pertama, pastinya rekod kewangan yang cantik menjadi keutamaan. Tapi belum cuba belum tahu. Hubungi dahulu Tuan Faizal ejen jualan rumah di Taman Sejahtera ini. Boleh picit butang WhatsApp atau terus telefon untuk dapatkan info lanjut.

PERUMAHAN TAMAN SEJAHTERA | RUMAH PERTAMA MURAH DI PAHANG Hotline: Tekan untuk telefon (013-7247666) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Perumahan Mampu Milik Taman Sejahtera Instagram: @cassaidaman